Rabu, 31 Julai 2013

cerita bulan puasa - bahagian IV (nak sahurrr!!!)

Assalamualaikum

hari ni dah 22Ramadhan..korang sedar tak??
lagi 8hari In shaa Allah..Ramadhan dah nak belalu..time ni la nak kejar Lailatulqadar..

tapi kebanyakkannya ala kadar..lebih banyak kadar di jalan TAR..
hohoho
aku pun same

tapi macam mana pun, berusahalah..mana la tau dapat, lebih baik dari seribu bulan tau..mana nak carikkkk????
xde dalam bulan yang lain..

ok, aku bukan nak cerita pasal malam lailatulqadar ni..sebab aku bukan ustazah..
dan ilmu pun cetek..kang tesalah plak dalil-dalil yang kuar..
tak pasal-pasal tebagi ilmu sesat..
cuma yang pasti..

LAILATULQADAR itu sangat istimewa..dan hamba yang terpilih pasti akan sentiasa mencari dan mengejarnya di setiap Ramadhan...

apa yang aku nak merepek kat entri kali ni adalah pasal sahurrrr...

korang bangun sahur pukul berapa?
ke korang supper je, xsahur?
rugi..keberkatan di bulan puasa tu ada pada sahur..

Alhamdulillah..pagi tadi aku bejaya sahur dengan baik..menu pun sedap..
hasil air tangan aku sendiri..hohoho

tidak seperti pagi haritu It's a disaster!!!
dan tidak juga seperti pagi kelmarin..
waaaaa...

ni yang aku nak cerita..
pagi ahad baru ni, aku beriya kuar awal pagi sorang-sorang bergegas ke pasar tani seksyen 13 shah alam tu (nanti aku cerita pasal ni, kang panjang bejela)
bukan sebab aku nak beli ikan atau barang basah stok dapur
tapi sebab aku nak cari tudung raya
hahahaha

punya la banyak kedai jual tudung, satu pun xde yang aku bekenan..
semua tudung kebanyakkannya jenis tudung Fareeda tu..betingkat-tingkat..
mana mau beb, xreti aku pakai tudung gitu..
dan motip yang paling aku xpaham, kenap design tudung yang macam tu die perlu taruk butang yang ala-ala keronsang tu sebesar-besar alam kat tengah tudung tu?
apakah motip sebenar penciptanya?sebagai pemberat?
waaaa..memang berat..aku pun berat hati nak beli..
hoho

aku ni lebih suka pakai shawl..
dan kadang-kadang pashmina..
jadi aku nak cari shawl atau pashmina yang cantik skit dan nampak menarik sesuai untuk hari raya..
tapi xde..
sangat hampehhh!!

dari pukul 7.40 pagi, sampai pukul 10pagi..
puas aku pusing-pusing
semua kedai jual tudung yang sama design macam Fareeda tu..dan banyak yang jenis bawal 4 segi tu..mungkin trend bawal dah kuar balik..

last sekali aku putuskan, pegi alam sentral je la..lagipun aku memang kena kesana sebab nak pegi Nagoya tekstile tu..
akhirnya dapat jugak tudung yang aku nak..tudung apa?hoho
still simple jugak, sama konsep dengan diri aku..simple
aku beli halfmoon..hoho

sampai umah dah pukul 12.45, dah setengah hari aku bejalan menyoping diri rupanya..
tuan besar kat umah muncung skit..sebab lama sangat kena melayan budak tecit 2orang tu sorang2..
hahaha

sekali lepas zohor, tuan besar ajak bebuka kat luar..
tapi budak-budak plak nyenak tidur..kena la tunggu bangun si dua beradik tu.
last last sampai asar baru dapat kuar..
bulan puasa, kalau ko berangan nak bebuka kat luar..
plak tu xde plan nak bebuka mana, main redah je..memang nasib ko macam sabut dengan batu la..

kitorang pusing-pusing, last-last destinasi ke seksyen 13 shah alam jugak..kitorang ni nama ja duduk usj, tapi sangat suka bershoping, riadah dan makan-makan sekitar shah alam..
jangan tanya kenapa?aku pun tak tau..dah selesa ngan shah alam kot..

sebab teringat dalam tu ada chiken rice shop..budak kecik 2orang tu memang suka chiken rice..
jadi itula destinasinya, korang rasa ada tempat ke?
kompem la xde kan???
jadinya kitorang putuskan, bebuka karang minum la dulu..begilir pegi solat..lepas tu baru masuk chiken rice..
terima kasih kepada Giant sebab sediakan tapak palyground indoor tu..dan mainan mesin free tu..senang aku ngan tuan besar nak uruskan budak bedua yang tengah nak besar tu..
penat giler, lenguh kaki kejor si kecik tu dalam playground, aku takut die jatuh..lasak bukan main, tapi umo baru stahun jagung..ha ni baru betul setahun jagung, sama ngan dia la..setahun setengah..hak hak hak

pukul 8.15 kitorang dapat tempat kat chiken rice, dapat la menjamu selera dengan menu idaman haritu..walaupun aku dah tahap letih giler, kira dah seharian bejalan,Alhamdulillah..
pukul 10.30 baru kitorang sampai rumah sebab lepas makan tu, kitorang masuk shoping kejap dalam Giant, memang aku dah abis bateri giler..

budak-budak kepenatan, terus tetido..aku pun sama..terus tetido..
asben aku kejutkan aku pukul 2.30 suruh aku solat Isyak..pastu aku tido balik..alarm dah set pukul 4.30, lauk semua dah ada tuk sahur..
bangun karang panaskan je..

so aku pun sambung tido..
dan aku tejaga untuk sahur tepat jam 5.51 pagi, dan terus kedengaran azan subuh..
waaaa....
nak sahurrrrrr...

korang jagan praktikkan cerita aku ni tau..
~sekian~




Selasa, 30 Julai 2013

Solat Wanita

Assalamualaikum.... 
entri ni aku copy dari FB sorang kawan, dan die pun share dari wall kawan-kawan yang lain..moga kita dapat keberkatan hasil perkongsian ilmu Allah ini..









Cara solat khas untuk wanita
“Biar susah sekarang, jangan susah di alam baqa’”

Sebuah artikel khusus dipinjam untuk tatapan para muslimah dan mukminah. Walaupun penulis asalnya tidak dapat dikenalpasti namun mudah- mudahan banyak darinya dapat kita jadikan pedoman dalam memperbaiki diri insha ALLAH.

Selamat menimba ilmu..

Baiki cara solat khas untuk perempuan. Ingatlah.. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita.

Kaum lelaki tolong forwardkan pada kawan2 perempuan anda dan isteri.

Ilmu yang terlalu bernilai, rugi kalau tak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Bila pergi solat di tempat awam, lihat macam2 gaya org dirikan solat, baru kini timbul kesedaran utk kongsi cara betul solat bagi muslimah agar solat kita berkualiti.

Bagaimana solat yg tidak berkualiti diterima Allah...umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, kita dicadangkan mengambil masa 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap Yg Esa.

2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita.
Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesal-lah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :
i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkatkedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya
kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara : i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

 Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "....illallahh.
." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.

Perlu diingatkan bahawa kain yg digunakan utk solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).

Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini).
Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Adakain telekung yg indah bersulam dan berkerawang.
Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung,
rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.

Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat.
Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat, inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi.

Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna.

‘Biar susah sekarang, jangan susah di alam baqa'.

**Dari Abdullah bin Amr r.a.,Rasulullah s.a.w. bersabda ,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..*

Sabtu, 27 Julai 2013

cerita bulan puasa - bahagian III (its a disaster!!)

Assalamualaikum

dah solat subuh kerrrr???
alhamdulillah...

aku rasa masa semakin cepat berlalu sekarang, sampai aku konpious..
hari ni 17 ke 18 ramadhan??
xpe..yang pasti bila orang raya, aku pun akan raya..hahaha

korang yang berstatus isteri macam aku, camne sahur pagi tadi?
sape-sape yang teror masak sudah pastinya enteng..
tapi tidak bagi aku..
aku bukan seorang isteri yang teror masak, aku cuma teror makan je..
jadi bila nak kena masak, aku blurrr kejap..
nak masak apa ek?

aku tepaksa melukis peta minda dalam minda aku sendiri untuk membayangkan kalau kat dalam peti tu ada ayam, apakah hasil yang tu akan jadi nanti..
kalau ikan apa pulak..
dan kalau udang, sotong daging dan sebagainya..
ntah hape pulak yang jadi..

disebabkan aku yang xreti masak sangat ni, aku selalu spare ayam je dalam peti ais..senang...goreng pun sodappp!!!

biasanya bila menu sahur, aku akan mula bepikir masa tengah tunggu nak bebuka nanti..
bila menu bebuka, aku memang bepikir di awal pagi..hahaha..biasanya time aku dah sampai opis..sekitar pukul 8pagi..
awal gilerrr..dah ingat nak bebuka apa..haihhh..

dan sahur pagi tadi..ia sememangnya...disaster!!!
kenapa aku cakap macam tu?
sebab aku selalu tengok rancangan masakan macam master chef, top chef, my kichen rules, yang paling aku suka..iron cheffff..
majoriti chef-chef ni akan sebut.. it's a disaster!!

kretif tak alasan aku..hoho
diorang sebut macamtu bila time masakan diorang tak cukup masa atau masakan diorang tak menjadi seperti yang diharapkan..

kira sama macam aku pagi tadi la..macam tak cukup masa..
tetiba aku terpaksa memasak seperti master chef, dalam tempoh 60 minit, sahur kena ready kalau tak laki aku bakal makan sahur nasik kosong je la..

aku bangun pukul 4.05 pagi, terus ke dapur..kena siapkan semuanya..biasanya aku memasak waktu malam sebelum tido..dan bila bangun sahur benda dah ready tinggal panaskan balik je..

tapi pagi ni tidak seperti biasa, sebab malam tadi aku sangat mengantuk selepas cuba menyiapkan baju raya anak-anak aku (tapi asben aku dah beli baju siap- spare part katanya, ceh! nampak sangat konpiden yang baju tu tak sempat siap!!), aku terus tetido..tanpa memasak menu sahur macam biasa..

bila bangun pagi tadi, dengan pinggan mangkuk periuk belanga serta sudu garfu..tidak ketinggalan jar dan gelas-gelasnya..
penuh dalam singki..
hampeh betul la..

mana ada rancangan masakan yang cabaran memasak dalam tempoh 60minit beserta cuci pinggan mangkuk yang penuh disingki????

it's a disaster!!!
dengan ayam yang sejuk beku..dengan sayur belom potong..
jadi, tepat pukul 4.10, aku mula membasuh, sebab dapur aku kecik, tak leh letak kat memanapun untuk elak dari membasuh..nak tak nak aku tetap kena basuh dulu dan kosongkan singki..lagi pun itu je periuk yang aku ada untuk masak nasik dan untuk buat sup sayur, serta kuali untuk menggoreng..mujur malam tu lepas bebuka aku dah pikir nak masak apa..hoho

aku mula dengan keluarkan ayam dari peti, rendam je dalam bekas besar supaya cepat nyah beku..pastu mula basuh dengan pantas..masak nasik..sambil nasik masak prepare bahan sup dan masak..bila nasik masak (aku masak nasi secara manual, iaitu tanak nasik..umah aku takde rice cooker hokeyyy!!) gantikan dapur tu dengan kuali untuk goreng ayam..

dan penyudahnya mujur sesasangat..aku bejaya jugak sediakan menu untuk sahur..
nasik putih, sup sayur cendawa+brokoli+suhun dan ayam goreng
tu je..mujur ada menu kecemasan, sambal kering tempe goreng besama ikan bilis..

kitorang mula makan sahur pukul 5.15pagi..dan dapat bersahur dengan baik dan tenang..dapat abiskan air sebotol besar..

dan sekali lagi..it's a disaster!!!

lepas ni aku kena sentiasa pastikan singki kosong dan lauk bersahur dah siap..sebab aku bukan iron chef ataupun masterchef..

dan ketika sahur..asben aku makan dengan senyap je..tak banyak bunyi, walaupun sup aku rasa tawar je..hahaha

selamat berposa untuk kesekian kalinya..

~sekian~

Khamis, 25 Julai 2013

cerita bulan puasa - bahagian II

Assalamualaikum

pejam celik pejam celik..
dalam lebih kurang 2minggu sahaja lagi, Ramadhan akan meninggalkan kita..
tahun depan pasti dia akan datang lagi, tapi masihkah kita didunia ini?
atau mungkin di dunia yang sana..

semalam..24 julai, aku mendapat dua kabar sedih..
memula kabar pemergian seorang rakan niaga dalam business JSD yang aku buat..
walaupun belum sempat kenal, tapi nama beliau tertera dalam group secret kitorang..semoga roh Wan Akhtar Nasuha akan ditempatkan dikalangan orang yang beriman..

dan lepas berbuka, lebih kurang pukul 8.45mlm, aku dapat panggilan dari abah..
kak zura dah meninggal...
eksiden..berdua dengan kawannya untuk ke tempat kerja..
awal pagi, pukul 7..lori tangki yang di drive pemandu mengantuk merempuh kereta yang dinaikki sepupu aku tu..

kak zura..seorang yang sangat mesra, rendah diri...dan baik hati..
sebenarnya dia berkahwin dengan abang sepupu aku..
seingat aku, aku cuma sempat berjumpa dengan dia hanya beberapa kali sahaja..
tak sampai 5 kali..
aku mula kenal arwah sekitar 2010..ketika majlis dia berlangsung dengan abang sepupu, aku xsempat menghadiri majlis tersebut..
selayaknya mereka berjodoh..kedua-duanya seorang yang berbudi pekerti tinggi..dan jodoh mereka berakhir dengan maut..
hanya Allah yang memisahkan mereka..

kak zura..
pertama kali jumpa, dia memang mudah mesra..
ramah, petah bercerita setiap pengalamannya..
sebenarnya kak zura seorang pembantu perubatan yang sentiasa ditugaskan di Mekah untuk menjaga kesihatan jemaah haji kita..
setiap tahun dia memang di Mekah..sebab itu jarang bertemu..
walaupun jarang, tapi keindahan budi dan pekerti yang ada pada kak zura, cukup untuk buat aku ingat dengan jelas siapa itu kak zura walaupun baru jumpa beberapa kali..

dan sekarang tinggal abg sepupu aku sendirian, dan mereka belum pun punya zuriat bersama..

semoga roh kak zura juga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..
dan semoga abang sepupu aku (aku panggil abang keri)juga tabah menempuh dugaan bulan puasa ni..

hanya insan yang terpilih yang meninggal di bulan Ramadhan..dan orang yang meninggal muda ni biasanya orang baik-baik, dan Allah sangat sayangkan mereka..

Al-fatihah buat sahabat ku Wan Akhtar Nasuha dan kak Zura..

~sekian~


Rabu, 24 Julai 2013

BAHAYA SYIAH - 23 Ciri Syiah Yang Patut Kita Ketahui

Assalamualaikum

korang taukan pasal syiah..
ajaran yang telah menyimpang dari Islam yang sebenar..

ni aku share dari Hairan Blog.. kredit tu brader Syam..

moh kita tengok apa ciri 23 yang aku buat tajuk tu..supaya kita boleh kenal siapa pengamal ajaran syiah ni..

1. Mereka tidak membasuh kaki dalam wuduk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf.

2. Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah(disisi) tanpa meletakkan tangan di atas pusat.

3. Kebanyakkan pengikut Syiah Ketika solat mereka akan membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud.

4. Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam tetapi mereka akan memukul kedua pehanya beberapa kali.

5. Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka harus menjamakkan solat zohor-asar dan maghrib isyak walaupun tanpa bermusafir.

6. Menghalalkan nikah mutaah

7. Memaki hamun dan mencela para sahabah Nabi s.a.w dan isteri-isteri Nabi.

8. Mencela imam-imam sunnah seperti imam-imam 4 mazhab dan imam-imam Hadis seperti Bukhari dan Muslim.

9. Mengatakan bahawa al-Quran masih belum lengkap..Sepatutnya al-Quran 2kali ganda tebalnya dari al-Quran yang ada.

10. Mengatakan Saidina Ali lebih layak menjadi khalifah dari Saidina Abu Bakar,Saidina Umar dan Saidina Usman.

11. Seorang syiah tidak boleh diberi nama atau dipanggil dengan nama Abu Bakar,umar,usman,Muawiyah dan Aisyah.

12. Beiktiqad Imam-imam 12 mereka adalah maksum(bebas dari dosa2 kecil dan dosa2 besar).Bahkan ada dikalangan ulama-ulama mereka mengatakan bahawa kedudukan imam-imam 12 adalah setara bahkan ada yang kata lebih tinggi dari kedudukan Para Nabi-Nabi dan Malaikat-Malaikat yang paling hampir dengan Allah.

13. Mengaku sebagai pengikut ahli bait Nabi

14. Rukun islam yang pertama bagi ahli sunnah adalah mengucap 2 kalimah syahadah tapi rukun islam pertama bagi syiah adalah walayah(imam 12).Oleh itu disisi mereka jika ada yang tidak percaya dengan salah seorang dari imam-imam 12 maka jatuh kafir.

15. Kain kafan mayat mereka bertulis

16. Membaca talqin dengan menyebut imam-imam 12

17. Meletakkan gambar-gambar imam-imam 12 mereka di dalam rumah.Biasanya mereka letak di dalam bilik.

18. Suami halal meliwat isteri.

19. Harus taqiah(boleh menipu\berpura-pura)untuk menarik ahli suannah masuk syiah.

20. Mereka tidak ada solat teraweh.Jika ada Orang syiah yang berteraweh itu bermakna mereka bertaqiah.

21. Mereka lebih banyak menyebut nama-nama imam-imam mereka dari menyebut kalimah Allah terutama ketika mereka ditimpa musibah.

22. Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.

23. Setiap kali menyambut hari peringatan seperti peringatan terbunuhnya Saidina Ali bin Abi Tolib dan peringatan terbunuhnya Husein bin Ali,pengikut syiah akan melakukan upacara-upacara yang menunjukkan kesedihan mereka terhadap musibah-musibah yang menimpa ahlul bait.Dalam merayakan ritual ini cara mereka berbeza-beza mengikut tempat.Di negara teluk mereka memukul badan mereka dengan tangan kosong..Tetapi di Pakistan dan Lebanon mereka mencederakan badan mereka sendiri dengan pedang dan belati untuk menumpahkan dan melukai anggota badan.Ditempat lain ada yang memukul badan dengan rantai.

nak baca lagi lanjut..pegi blog hairan brader syam kiri..

Selasa, 23 Julai 2013

Kisah Candy Crush..

Assalamualaikum..

tengok tajuk yang aku buat tuh..kisah candy crush..
sampai boleh jadi tajuk belog aku..


aku tak paham la..
kenapa la dasat sangat game candy crush tu?

best sangat ke?

dasat sangat ke?

bila tengok status kat fb..semua pakat post status yang kena mengena dengan candy crush..

sampai balik kampung baru ni, semua tangan pegang gadjet.
pastu xlain xbukan..candy crush la..

sampai sanggup bejaga malam..sampai sanggup xtidor siang..
sebab candy crush..
 zizie ezzeti pun sampai merajuk la..

aku ada jugak main game ni..tapi xdela teruja sangat pun..
mungkin sebab aku xminat main game kot..
dari dulu lagi..

farm ville..
anggry bird..
sekarang ni candy crush..

tu la turun naik game yang aku tengok ramai benor pengikutnya..
sampai berkepuk request kat fb aku..

lepas ni kita tengok..game apa pulak yang bakal muncul..
hoho..

yang pasti, aku main candy crush tu rilex rilex je..
tak dapat naik level pun ok ja..

hahahaha..

yang pasti
 waktu free kat opis aku memang tak main game
banyak lagi benda tak berpaedah yang lain yang aku boleh buat
contohnya baca belog dan tulis belog..kihkihkih..

since zaman study..sampai sekarang..takde satu game pun yang aku berantu nak main..
sebab aku memang tak gemor..okeh???

sekian..

Jumaat, 19 Julai 2013

Kisah Kawen Lagi..

Assalamualaikum

sampai hari ni masih lagi 
berbunyi macam-macam pasal kes poligami Ashraf Muslim..

kita ni membaca je macam macam komen..
memula aku tengok gamba and statement yang di post sorang sahabat FB, Ashraff Muslim mengaku nikahi sakinah di Thailand. 

pastu gamba Wan Sakinah yang menjadi isteri kedua..
pastu hari ni terbaca puisi khas dari dayan untuk Ashraff..
.
.
.
.

Kalau betul puisi tu memang nukilan dayana, 
terbukti hati wanitanya amat kecewa..

terbaca tulisan sorang rakan blog lelaki, 'aku lelaki, kalau bab poligami pastinya akan lebihkan lelaki'..

ok fine..
meh aku lak jawab bagi pihak hati perempuan tentang isu poligami..
sudah pasti akan penuh dengan emosi ya..

ok aku nak review dari awal..
memula aku baca kat Mingguan Wanita tentang perkahwinan Ashraff Muslim dengan Dayana..
Kahwin kat Mekah..
merancang untuk tangguh isu zuriat, sebab time tu dayana masih belajar..
aku tak pasti kat mana dan kursus apa..

perkahwinan pertama dengan Dayana

nampak sangat manis dan bahagia photo-photo yang dipublish kat Mingguan Wanita edisi tu..
sampai aku pun teringin nak cari jubah kaler purple yang dayana pakai..yeke purple, tak ingat dah..

tup tup bunyi cerita Ashraff nk kawen lagi..
tapi nafi..
Alih2 mengaku nikah wan sakinah kat Thailand..

Isteri kedua Wan Sakinah

ok..
komen aku..

LELAKI..
korang memang boleh kawen 4..
tapi kawen 4 tu bukan semudah korang menyatakan nak kawen 4..
besar tanggungjawab kalau berpoligami..
aku pompuan, aku tidak tentang isu poligami..
cuma hati wanita pasti akan terguris jika ada poligami tanpa rela..

sedar-sedar dah ade kawan share laki..
arrgghhhhhh!!!!
memang perang dunia la jadinya..
sebab apa?
dia akan pikir..
sejak bila si dia mula mencari yang baru
sejak bila si dia terfikir hendak mencari yang baru
kerana apa
kerana siapa
apa kurang diri si dia sanggup cari yang baru..
 dan macam-macam lagi la..

pompuan kan emosi???
pasti banyak soalan yang bermain kat kepala dia

dan lelaki akan menjawab..

dah jodoh..
nak buat camna..

hurmmmm...
semudah itu jawapan lelaki setelah melukakan hati wanita pertama yang lafazkan aku terima nikahnya..

kalau betul nak bepoligami
buat la cara elok..
dah ada contoh kot
ustaz Azhar Idrus pun kawen 3..bini bleh duk sebaris
elok ja jadi kawan
Salleh Yakob..(abg Jem i follow)
lagi ramai..dah penuh kuota..
siap bleh p bercuti ke China sama-sama semua bini and anak-anak..

nampak tak???
kalau buat cara betul, ikut cara yang Islam ajar..pasti ok..

tapi ini kalau sembahyang pun tunggang langgang, ko xyah sembang la nak kawen 2,3..meh sini aku blend je anu ko tu..
huh!!

poligami bukan benda mudah..
banyak hati akan terluka..
dan terutama sekali hati si isteri, mungkin die senyum..
tapi dalam hati siapa tahu..
sebab itu wanita yang rela ikhlas berpoligami akan mendapat ganjaran payung emas..
sebab berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..

para suami..
tahukah kalian..
perempuan bila berkahwen dengan kalian, maka dunianya terus berubah..
semua di bawah restu dan izin kalian
bila mengandung..macam-macam alahan, muntah pening dan macam..
bila bersalin lagi bertambah derita yang ditanggungnya demi mendapat redha Ilahi
selepas bersalin nak jaga anak..
dan kesihatan perempuan itu tidak sama seperti dulu lagi..batang tubuhnya akan sentiasa sakit-sakit
penyakit pelupa mula datang
penyakit mata mula tumpang
macam-macam sakit..
kadang-kadang salah makan, mula sakit urat sana sini..

tetiba dapat tau laki kawen lagi satu..sembunyi plak tu..
kawen kat Thailand, kat Songkla..
cerita bos member aku lagi best, second wife kawen kat Australia..

boleh tak korang imagine apa yang pompuan tu rasa?
boleh tak korang yang lelaki tu tolong jawab sat..

isteri-isteri yang suami korang blom buat hal..memang rilek je, sebab blom kena batang hidung sendiri..
aku pun Alhamdulillah..suami aku masih setia dengan aku..
tapi lelaki tetap jugak lelaki, pasti ada keinginan untuk beristeri lebih.
suami aku kata..' i followwwww..'
gulppp...

so..
kalau nak berpoligami, buat la cara elok..
macam Ashraff, die mungkin mampu dari segala sudut..zahir batin..dan mungkin juga mampu berlaku adil, lagipun ilmu agama dia hebat..
silapnya cuma dia berkahwin senyap-senyap di Thailand..
 tu ja..
dan pasti Dayana rasa tertipu..
mustahil die akan cakap kat dayana camni
 'yang, abang nak pegi Thailand ni, nak kawen ngan sakinah plak'
.
.
.
kenapa aku kata dayana rasa tertipu?
sebab dialog sebenar pasti ada unsur tidak jujur
yang tu hanya dayana, Ashraff dan Allah saja yang tahu..

jadi para suami..
kalau berani nak berpoligami, beranikan diri korang jujur dengan isteri korang sedari mula..pasti semua akan mudah dan ok..

tu je..
sekian.

Khamis, 18 Julai 2013

saya sangat heppi today!!!

Assalamualaikum

harini entri aku ni pendek ja..tak berjela macam biasa..
sebab ni entri tersentuh hati..rasa sangat bermakna dan sangat-sangat telah berbakti..

aku kan jual produk Jamu Susuk Dara.. dari agent, aku dah berjaya upgrade kepada pengedar..
terima kasih kawan-kawan yang jd cust aku, dan jugak stanger-stranger yang aku baru berkenalan melalui FB..yang jd cust aku jugak..

cust ada yang share testimoni, ada yang tidak..tapi testimoni yang ni yang paling aku rasa aku sangat membantu kawan aku yang sorang ni..
 ok meh aku citer pasal kawan sekolah aku ni..
kawan aku ni ada anak sorang, pastu anak dia baru nak masuk setahun..
tapi sebab faktor umo kitorang ni yang dah 3series, anak baru sorang macam kurang best la kan..

jadi kawan aku mencuba untuk mengandung lagi..
tapi dia ada prob yang lain rupanya, iaitu ada cyst..
aku memula tak tau dia ada cyst, sebab kecuaian aku lupa nak tanya pasal kesihatan..sebab aku pikir dia kawan aku, dan aku kenal dia selama ni pun sihat sejahtera je..

pastu agaknya dia duk tengok post aku kat FB pasal produk JSD tu, jadi dia pun pm aku tanya pasal satu jamu ni..aku pun serba sedikit cerita pasal jamu ni kat diaa..tanpa banyak bicara dan soalan die pun cakap 

"atie, order kat aku satu, meh account no hang, sat lagi aku bank in duit"

aku pun dengan hepinya dan lajunya pun bagi no account MBB aku..
la mana tak hepi?
orang nak beli barang yang aku juai..mustilah hepikan?

2minggu lepas dia guna, dia kata dia ada cyst..aku dah panik, sebab supplier aku kata, orang yang ada cyst ni tak digalakkan amik jamu..jamu kan panas..
takut die rasa sakit..tapi bila aku tanya balik, kawan aku kata setakat dia makan dalam 2minggu ni, xde plak kesan negatif, tp badan die rasa segar adalah..

tup tup harini aku pm kawan aku ni..
nak folow up tanya lagi..

tau apa jawapan dia?

"thanks atie, cyst aku dah kecut..saiz memula 4.6cm, sekarang dah kecut jadi 2cm..pastu aku tak sangka boleh ngandung, upt result positive..alhamdulillah sangat.."

kesan jawapan dari kawan aku tu, baru aku terasa..aku dah bantu dia rupanya..dokter kata, kalu ada cyst, nak ngandung susah skit..tapi tak sangka lepas amalkan jamu jsd tu dia boleh ngandung dengan izin Allah..

so aku terasa sangat lah hepi harini..
dalam tak langsung aku dah buat pahala dengan bantu kawan aku..
owhhh sangat osemmmm...

so mode hari ni sangat hepi..
betul kata mak aku, kita mesti rasa hepi bila dah bantu orang..
walaupun pertolongan tu sebenarnya memula aku nak jual barang je, tak sangka rupenye aku dah tolong die..hoho

sorry sebab aku tak boleh buat entri pendek macam yang aku cakap memula tadi..hoho
so..sekian...

Rabu, 17 Julai 2013

cerita bulan puasa - bahagian I

Assalamualaikum..

sorry readers..
byk hari dah tak updated..
aku busy skit dua tiga hari ni
sambil perasan ramai orang yang baca blog aku. kat opis banyak plak kerja sekarang ni, antara tulis blog dengan buat kerja opis, memang la buat kerja opis perlu diutamakan..
sebab opis tu tempat cari rezki, kang tak berkat plak rezki tu karang..
bila masa lapang baru boleh buat benda lagha ni kan..

plak tu aku dah maju sikit dalam bisnes jamu berjamu ni..Alhamdulillah, rezki bulan Ramadhan dari Allah..aku dah bejaya upgrade bisnes aku dari agen biasa kepada pengedar..

ok itu citer pasal bisnes aku,and cerita pasal projek aku plak, masih berjalan lancar..sesi jahit menjahit masih belum siap..itula, buat baju ikut pandai sendiri ja..memang la problem skit..asik salah jahit ja..takpe2, yang penting aku mencuba dan tidak berputus asa..ko adee???
hoho

pastu, aku nak citer pasal orang tak posa..
maklumla, ni kan bulan posa..plak lagi malam tadi aku tengok berita kat TV9, ada 12 orang kena tangkap sebab makan kat cyber cafe.. ada sorang tu pakai baju staff sah sah uniform gomen, ada tulisan jawi lagi kat belakang bahu baju biru die.
pastu pagi tadi tengah drive kat federal highway yang sesak tengah jem..pukul 8pagi, selambar mamat taiko ni makan..
aku xtau la ko agama apa, muka pure melayu ala-ala jawa..
lantak ko la kan, tapi ko tak rasa malu ke? cina keta sebelah pun duk jeling ko..haihhh..

dan tahun lepas..
tahun lepas punya cerita pun, puasa tahun ni baru aku nak share ngan korang, busy giler kan aku? jiran kat perumahan rumah tinggi aku..
sebelum ni kalau terserempak ngan asben aku, elok ja borak..
satu ptg tu, kitorang satu family baru nak kuar, die tengah nak paking keta reverse bontot, dengan tingkap keta terbuka..
bibir ko bukan main kental kepit rokok sebatang..sejak insiden tu, dah tak penah die betegur ngan asben aku..
hoho

orang sekarang memang dah takde rasa malu agaknya..
apa taknya, malu dengan Allah pun dah hilang ni pulak dengan manusia..
ayat biasa kita yang hamba ni musti cakap, ko apa pandang?aku nak makan ke nak ape ke, ko peduli apa bukan ko pun yang bagi duit kat aku..

cuba kita tengok plak kalau bab malu dengan Allah..
acaner??? 
duit tu dah sah sah rezki dari Allah.. kecuali la kalo ko memang jenis hamba yang dah tak sedar diri.. segala kudrat tubuh badan ko pun, nikmat tangan, nikmat kaki, semua tu dari Allah.. udara yang ko sedut tu pun untuk benapas hari-hari, tu pun nikmat dari Allah.. 
acaner?? 
ko pikir la sendiri bak kata Nabil.

aku kagum tengok budak kecik sekarang, 
umo 5,6,7 dah pandai puasa penuh..memang hebat adik adik tu, sebab aku dulu, umo 7tahun pun baru belajar puasa separuh-separuh hari..
sebab abah aku cakap, puasa separuh hari dulu..dah boleh tahan baru puasa penuh..tapi sembahyang jangan tinggal..

abah aku didik aku sembahyang dulu, 
memang garang giler bapak aku kalau bab tinggal sembahyang..memang anak-anak semua takut..
giler ko, maau kena sebat dengan ekor ikan pari kalau tinggal sembahyang..umur 7 tahun, pagi2 sebelum pegi sekolah aku dah belaja solat subuh..

time tu sembahyang sebab takut abah sebat ngan ekor ikan pari..
tapi bila dah besar, aku mula paham..bila makin belajar, dah kenal rukun iman, rukun islam..aku makin jelas kenapa abah aku ajar solat dulu banding puasa..sebab solat tu tiang agama..
ibarat sebuah rumah, kalau takde tiang, camne rumah tu nak dibina?
jadinya senang cakap dan buat kesimpulan, ko puasa dari pagi sampai petang, tahan lapar dan dahaga..alih alih solat 5 waktu satu pun takde..
tak pun lopong2..tak pun time hari jumaat je ko pegi solat jumaat, pastu time tarawikh..
korang rasa-rasa posa yang macam ni kira macam mana?

haaa..pikir la sendiri ya..aku bukan ustazah pun, ilmu agama aku pun cetek..iman aku pun senipis kulit bawang..

korang yang pandai agama dan iman tebal..tolong la jawab kejap..
sekian dari aku yang sentiasa sibuk!!!
hoho

Khamis, 11 Julai 2013

Jom pegi bazar..!!

Assalamualaikum..

 2 ramadhan 1434h

haa..
dah masuk hari kedua kita puasakan..
semalam aku cuti..
saje monteng keje..kepala berpusing kejap..
sebabnya malam tu tido lewat sebab duk kelebek baju melayu budak tecit tu..sedar-sedar dah pukul 3pagi da..

bepikir kejap...jap lagi pukul 4 nak bangun sahur plak ni..
aku takut kalau aku tido, mau telajak tak sahur jawabnya..sebab dah lewat sangat jamnye..so, aku pun stay le bejaga sesorang sampai pkul 4..

aku punya peel, malam tu lepas tarawikh, aku akan masak siap-siap lauk untuk sahur..
biasanya lauk yang simple je, macam sup ayam, ayam masak kicap, sotong masak tiram.. pastu nasik putih..

plak lagi wekend baru ni aku buat sambal ikan bilis dengan tempe goreng kering..so boleh buat lauk sahur yang kedua a.k.a lauk emergency..
sebab sambal kering ni tahan lama, walaupun tak simpan dalam peti..
pastu plak lagi, makan dengan roti keping gardenia pun sedap..
bukan apa, lauk emergency ni bagusnya sebab, mana tau telajak tido, sedar-sedar tinggal lagi setengah jam nak azan subuh, kan boleh sahur sambal goreng tu dengan roti..pastu minum milo..
dah selamat sahur..

tak pun bangun dah awal, alih2 gas xde nak masak..
mana ada kedai runcit nak supply gas kat ko pepagi buta tu..kalu gamak kate ko dail no petronas pun xdenye die nak anta kat ko..
apa pun menunya tuk sahur tak kisah, janji sahur..tu sunnah tu..
pastu ada keberkatan dalam besahur..
bangun minum air kosong pun dikira bersahur..

bila bulan puasa ni, semua orang suka...
orang islam macam kita sudah pasti la kan..
orang bukan islam pun suka bila datangnya bulan puasa ni, sebab apa?
"banyak kueh maaa, saya suka saya suka" 
buat gaya mei mei ya..

"aku pun suka, time ni la nak buat duit raya"
tu plak buat gaya mail.
hoho

tapi aku xde nak buat duit raya, saja buat selingan iklan upin-ipin..

bulan ramadhan memang meriahkan?semua orang mula cari rezki lebih, jual baju raya, kueh raya, jual kat bazar..
haaa..yang jual kat bazar ni yang best ni..jom gi bazar..!!

aku ni sangat la suka jejalan gi pasar malam, dan aku juga sangat suka jejalan pegi bazar..

nanti mula la tamak..itu nak beli, ini sedap, itu sedap..
perut tengah lapar, nunggu time je nak bebukakan?
semua nampak sedap jewww....

pastuuu....


bedarah tak mata nengok?


ni lagi satu..hahaha..
macam-macam kueh ko..

kalau ikut tekak, semua nak balun..semua nak beli..


dan yang ni plak..feberet aku jugak la bila tiba time bulan posa ni..
tepung pelita, masuk peti lagi sedap..kueh la yang masuk..ko nak masuk peti buat ape?
bulan tak posa, takde teringin pun, bagus jugak..sebab susah nak jumpa kalau time bukan bulan puasa..


semalam ni la kueh yang aku makan tuk bebuka..
memang osem and mabeles..

istimewanya bazar ramadhan ni banyak kueh atau makanan yang jarang kita jumpa kita akan dapat jumpa..kadang-kadang kueh-kueh tradisional yang dah xde sangat orang nak buat jual time sarapan pagi, ko akan dapat time bazar ramadhan..

antara contoh kueh yang jarang jumpa kecuali time bulan puasa macam tepung pelita, kueh lopes, kueh akok, pulut panggang (pulut udang-utara version), tepung bungkus, puteri mandi, kueh qasidah, lompang, seri muka (pulut sekaya-utara version), putu bamboo, murtabak dan macam-macam lagi la..

dan semua tu memang sedap-sedap belako..
kalau lauk-pauk pun same..dari sesimple-simple lauk macam sambal ikan bilis, sampai sesusah-susahnya, beriani kot, tak pun gulai kawah yang osem tu..

beraneka..ko pilih, tunjuk dan bagi duit..maka dah jadi menu berbuka ko..senangkan?hoho

petang nanti sesamala kita meriahkan bazar ramadhan ya..
jom pegi bazar..!!hoho


Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™