Selasa, 24 Februari 2009

jom usha product proton.............

PROTON EDAR SDN.BHD
anda berminat dengan produk tempatan?? jom kita usha produk-produk proton ni...
antara produk terbaru adalah saga
(BLM), pesona dan yang terbaru adalah model mpv, exora...
sekiranya ada antara kenalan kenalan ku yang berminat..atau sape-sape yang terjumpa blog ku ini..boleh terus mengemailkan ke pada ku terus...atau..lagi bagus..terus korang tepon orang yang lebih arif dengan model-model jelita dari proton ini..iaitu en.sharudin mahamud(0193885191). lebih bagus untuk korang-korang yang tinggal area kl dan selangor la..aku promote ni bukan ape..aku pun dah angkat satria satu..ok sangat..jom kita sokong produk buatan Malaysia..Malaysia Boleh!!!

Rabu, 18 Februari 2009

abah aku yang suprise..

aku baru balik dari lunch ngan budak opis tadi..tengok tepon ada miskol dari kakak aku yang juga seorang guru (rujuk entry sebelum ni) sekolah menengah yang mana budak budak yang dia ajar lagi tinggi and besar dari die..huhuhu..menakutkan betul...aku pun tepon balik kakak aku"nape" "mak abah baru sampai pagi tadi" "erkk..apsal tetiba datang??tak cakap pun" ha tu la perangai feberet abah aku..suke buat suprise kat anak anak die..ayat keramat die.."abah dah kat dalam bas nak gi shah alam ni"..tau tau pagi esok sampai..abah abah..tak kisah la..yang penting abah hepi.. aku bukan ape risau bila tau abah aku datang ni..alaa..cam tau tau lak die yang ofer cikgu dah keluar..dah siap speech ke ape tuk aku karang..takpe..kali ni aku boleh berdepan dengan hujah hujah abah tu..aku dah buat persediaan..korang jangan ingat aku nak berdebat pulak ngan abah aku..persediaan yang aku buat adalah..aku dah buat permohonan dpli ngan kpli tu(rujuk entry sebelum ni)..waaaa..aku tak rela..hmmm..kate orang..walau setinggi mana pun gunung didaki..walau selaut mana pun kekayaan diperolehi..tanpa restu ibu bapa..kita takkan kemana..so..walaupun tak sepenuh rela..tapi boleh buat mak and abah aku hepi..aku rela isi borang permohonan tu.. sebelum aku menyimpang dari nawaitu asal tulis entry ni, aku pun sok sek sok sek ngan kakak aku..tau la sebab nye.. ABAH BELI KETA BARU??? emmmm..tapi yang tak bestnya..die dah jual keta lame die mecedes E200 yang menjadi kesayangan aku tu..emmm..abah abah..takpe la..walaupun aku and abang sayang keta mecedes tu..tapi abah dah jual..ape nak buat???huhuhu..abah aku ni, walaupun garang ang tegas ngan anak die..tapi die cukup suke buat suprise..tak cukup ngan ayat keramat "abah dah sampai", die buat lagi satu suprise..beli keta baru..yang bestnya bapak saudara aku turut sepakat dengan dia..bapak saudara aku tu keje die jual kereta..so die la yang selalu settlekan hal hal kereta kitorang ni..emmmm..apa apa pun..abah tetap best!!!

Selasa, 17 Februari 2009

kpli vs dpli...

cikgu..cikgu.. emmm..tu la kot panggilan yang diidam idamkan oleh teman teman aku..sume beriya isi borang dpli n kpli..siap paksa aku isi sekali..diorang cakap senang kalu jadi cikgu ni..terjamin masa depan..keje dah tunggu kita..emmm..memang betul tu..keje dah tunggu kita..tapi nawaitu untuk menjadi cikgu yang sebenar dah tersasar la..aku bukan nak sombong diri ke ape..dari dulu lagi diorang sebuk isi borang..tapi aku satu pun tak isi..tak minat..dalam family pun, aku sorang je yang terkeluar bidang..dari abah aku smpai abang atas aku..sume jadi cikgu..tak tau la kenapa aku tak minat nak jadi pendidik ni..aku suke budak-budak..suke sangat..tapi bab nak mengajar jadi orang berguna ni..alahai..lomah den..raso-raso la, budok budok tu lai bijok dari den ni ha..adui la.. satu lagi benda yang buat aku tak berapa minat nak jadi cikgu adalah..sikap..aku ni bukannya baik pun..akhlak tu adala kan..diselimuti sedikit iman yang senipis kulit bawang..jadi jugak la manusia yang beriman..tapi nama kate nak jadi pendidik ni macam tak layak..sebagai pendidik,pada pendapat peribadi aku la kan..patut memiliki sifat sifat seperti dibawah : 1 berakhlak mulia..beriman (penting ni..) 2 berbudi bahasa (percakapan yang penuh ngan lemah lembut bahasa bleh buat pelajar suke) 3 rajin (buat kelas tambahan tuk pelajar) 4 penyabar (sabar je layan karenah degil pelajar sekarang yang perangainye dah takde rase hormat pada guru) 5 seorang yang tekun (tekun bimbing pelajar yang lemah iqnya) 6 sentiasa menjadi contoh (yelah..ko nak nasihat budak2..kalu sendiri macam setan camne?) 7 sentiasa disenangi (budak budak suka baru senang nak ngajar) 8 pandai mengambil hati orang lain (penting untuk pujuk pelajar masuk kelas..mana tau dapat yang degil cam anak jin) emmm...buat masa ni tu la sikap sikap yang aku rasa patut ada untuk menjadi seorang cikgu..baru la anak murid hormat and buat contoh..tapi budak budak zaman sekarang bukan macam budak budak zaman dulu..marah tegur..kita yang kena panggil balik dengan pentadbiran..budak budak dulu siap parent yang suruh rotan je kalau degil sangat..ha..tu la lagi sebab yang boleh aku tegaskan kenapa aku tak minat.. dan ada lagi sebab yang satu ni..pada aku jadi pendidik ni, tanggungjawab die besar..besar sangat..sebab kita kena sampaikan ilmu dan kena bimbing anak anak yang baru mula nak mengenali dunia ni supaya jadi manusia yang berguna..kalu kita gagal membimbing mereka..emmm..kan susah tu.. tapi masalahnya disini..walau apa pun alasan yang aku cube tegak kan dan tegaskan..abah aku and abang aku tetap cakap.."kamu dah mohon belum kpli tu??yang degil sangat kenapa??mohon je la.."huhuhu..untuk mengelakkan diri dari kena ceramah yang tak berbayar sepanjang hari..so..aku terpaksa ketepikan semua hujah hujah ku tadi..emmmm...

Jumaat, 13 Februari 2009

kenapa berkahwin...

kenapa berkahwin??kenapa eh?? dulu-dulu masa kat sekolah menengah dulu, adala belajar bab munakahat ni..antara sebab kahwin yang aku ingat..elakkan dosa maksiat..pastu nak ramaikan umat Muhammad..and tu sunnah Rasullullah s.a.w..tetiba kawan aku yang dah berkahwin sorang ni, dah ngandung pun..2bulan rasenye..ade ustaz tanya die..kenapa kamu berkahwin..die jawab la macam yang aku tulih kat atas tadi tu..pastu ustaz tu kate kat die.. "dua sebab sebenar manusia perlu berkahwin adalah..1. sebab nak masuk syurga..2. sebab nak jadi khalifah di muka bumi Allah ni.." emmm..masuk syurga..semua orang nak..persoalannya..LAYAK ke??aku sendiri terasa yang diri ni tak layak nak masuk syurga..malah melihat atau mencium baunya sekalipun diri aku ni terlalu hina untuk dapat..tapi siapa yang sanggup masuk neraka??terlihat api dunia yang marak pun sudah kecut perut..inikan pula api di alam sana..api di dunia ni, kalau aku tak tersilaplah (rujuk yang lebih arif), Allah perintahkan Jibrail ambil api dari neraka sebesar biji saga cuma..kemudian di basuh sebanyak 70,000 kali basuhan(basuhan ni pun aku tak berapa pasti jumlahnya)..barulah diletakkan didunia untuk keperluan hamba-hambanya.. berbalik kepada persoalan kenapa berkahwin??? aku belum berkahwin..bujang lagi..tapi takat perancangan tu ada la..rancang semua orang boleh..tapi untuk capai tu..semua kembali kepada kehendak-Nya.. secara peribadi..aku kalau berkahwin, mula-mula sekali sebab aku nak jadi umat Muhammad..itukan sunnah..ada orang cakap..tak nak berkahwin..nabi tidak mengaku umat..itu aku kurang pasti ada atau tidak dalil ataupun hadis untuk mengesahkan statement tadi.. sebab kedua berkahwin, aku nak ada keluarga sendiri, zuriat sendiri..TAPI..yang paling pasti sebabnya aku berkahwin adalah ingin mencari KEREDHAAN Allah.. bila pulak kahwin ni jadi khalifah..sebenarnya..kalau korang nak tau..semasa kita dalam rahim ibu lagi, kita dah membuat perjanjian dengan Allah yang mana setiap hambanya akan menjadi khalifah dibumi fana ini. tapi kita ni tau ke perjanjiannya???aku pun tak tau..cuma tau setiap orang dibumi ni adalah khalifah..ohh jahilnya aku..bagaimana menjadi khalifah??? macam PM ke??? guru besar??pengetua??ke macam ketua polis negara??? bukan..mereka yang memegang peranan itu sudah pasti sedang melaksanakan tugas sebagai khalifah..tetapi bagaimana kita???aku ni..macam mana jadi khalifah??? ustaz tu kata, sebab kedua berkahwin adalah untuk menjadi khalifah dibumi..mungkin bila bergelar isteri..peranan dan tanggungjawab isteri tu untuk berbakti kepada suami lah yang dimaksudkan sebagai khalifah..benarkah??kalau suami, akan bertindak sebagai ketua keluarga..itulah khalifah kecil..dan isteri sebagai pembantunya..emmm..mungkin begitulah.. plak tu bila nak kahwin...macam-macam pulak benda nak kena buat...alaaaa...susahnye!!!!benda yang patut buat seperti kursus kahwin dan sewaktu dengannya yang mengikut syariat islam..ok..tapi yang jadi payahnya bila sampai bab-bab kenduri ni..emmmm..banyak nak pakai duit tu..kalau pihak lelaki mau nak kena ada dalam 20ribu..tu kalau pihak pempuan mintak hantaran 10ribu la..tapi bagi aku, nape letak mahal-mahal sangat ni??jual anak ke apa??aku ni pun perempuan..tapi kalau ikut pendapat peribadi aku..aku tak mintak pun takpe duit hantaran tu..yang wajib adalah mas kahwin..lepas kahwin nak hidup sebumbug jugak..kenapa masyarakat sekarang terlalu memeningkan kepala dengan mensyaratkan hantaran dengan suatu nilai yang tinggi..macam dah jadi trend dah..aku pun tak tau kahwin aku nanti macam mane..family aku letak macam mana hantaran lak karang..kalau aku mintak cukup-cukup untuk siapkan kenduri bagi sebelha keluuarga aku dan cukup untuk beli barang hantaran je..ok dah kot..emmm..kehidupan sekarang banyak dipengaruhi oleh adat berbanding amalan dalam agama.. kahwin karang, nak sanding lagi..sume tu adat tu..emmm...entah la..kalau buat kecik-kecik takde sanding-sanding..mula la jiran tetangga akan bukak mulut..ade je yang tak kena..ade aje yang nak diumpat keji..hmmm..betul la..susah nak puaskan hati semua orang..tapi kenapa nak di kisahkan dengan orang sekeliling???kalau kita takde duit karang..abis bayar utang kahwin..pelamin..katering mengalahkan hotel 5 bintang..ade orang nak tulung hulur duit??takde..diorang tulung tambah kata je..tu la..kenduri bukan main..bagai nak rak..macam kahwin artis..haaa..kena kata lagi..buat simple kena kutuk..buat meriah..kena kutuk..emmm..kalau cakap bab ahwin ni...macam hal ada..apa yang penting...buat ikut kemampuan kita..mana yang mampu..mana yang wajib dalam hukum..yang adat2 tu kemudian kan pun ok..kahwin bukan sehari..tapi untuk seumur hidup..persediaan selepas kahwin lebih penting berbanding persediaan untuk berkahwin...ok??

Rabu, 11 Februari 2009

monolog diriku..heh!!

ada sorang due kawan aku yang baca blog aku ni tanya..nape ko tak sambung citer cinta tu tie??emmm..aku cume jawab..saje..lum ade idea..sebenarnya aku tak payah tunggu idea pun..tu citer benar yang aku dah tau dari awal sampai habis..dan hanya tunggu jari jemari ni je untuk terus menaip meluahkan semuanya tentang kisah cinta tu..biarlah kesudahan cerita tu kat situ je..aku macam dah malas nak sambung..sebab kesudahan die amatlah sedih..aku pulak jenis yang tak pandai nak mengolah ayat tuk sad ending ni..so aku putuskan..stop!! bukan ape..aku rase hidup ni pendek je..entah kejap lagi..esok lusa..dah jadi arwah..susah atau senang, gembira atau berduka..kita perlu sentiasa menghargai setiapnya..supaya sentiasa rasa setiap satu itu penuh nikmat dari Allah.. sentiasa tersenyum dan bersyukur dengan nikmat die..yang sedih tentang kenangan, biar terus jadi dinding di belakang sana..kita tak perlu lagi menuju ke dinding tu..apa yang perlu ialah gali lauan yang baru..apa yang didepan lebih penting dari apa yang tertinggal dibelakang..tapi jangan lupakan terus yang belakang tu, sebab yang belakang tu walaupun kadang-kadang penuh dengan duri yang dihiasi palitan racun..mungkin itulah pedoman, iktibar serta pengalaman yang terbaik untuk mengajar kita erti kehidupan. kalu nak dikira tentang kesedihan..aku pun menangis malam-malam kenangkan nasib diri..tapi ustaz aku kata..manangis dimalam hari seolah muhasabah diri sebelum tidur adalah baikk..muhasabah..ya..itulah yang patut dibuat setiap malam sebelum tidur..supaya bila bangun esok pagi..aku akan jadi yang lebih baik dari semalam..lebih bagus kalau aku ada iman yang kuat untuk bangun ditengah malam bersolat hajat dan bersolat tahajud beserta solat taubat..ohh..banyaknya dosa aku..tak terpikul dibahu ni rasenya..entah pahalaku mampu bersaing atau tidak..emmm..ramai betul setan..malaikat tak larat nak tolong kepong.. kadang-kadang aku pikir macam mane nak hijrah..berubah dari yang buruk kepada yang baik..tapi aku ni manusia lemah..cepat terpengaruh ngan godaan dunia..setan ramai sangat..bila malam-malam sebelum tido, mata aku terus merenung siling rumah yang berbalam-balam kelihatan. hanya sedikit remang cahaya yang datang dari lampu korridor umah sewaku mencuri masuk sedikit. mata masih tekebil-kebil renung siling rumah..fikiran ligat memutarkan kembali semua perjalanan kisah hidupku pada hari itu..mungkin kadang-kadang terimbas sedikit hari-hari sebelumnya..emmm..seperti biasa..lebih dosa dari pahala..astaga..sebelum lelap mata..niat ku agar hari esok lebih bermakna dan lebih baik..mungkin cube berhijrah..lebihkan pahala..buang terus yang dosa.. setan!!!jangan kacau aku esok!!kacau orang lain!!!

polis..

ngah bekpes nasi lemak pg tadi..tetiba kawan aku buzz kat ym.."ko watpe??ngah bekpes ke??" aii tau pulak die aku ngah bekpes..aku pun terus la berbasa-basi ngan kawan aku ni..yang mana aka budak rumah aku..panjang pulak dienye cerita..ditambah ngan komen2 dan hujah-hujah dari aku.. " ko tau tak??semalam mase kuar..kat tasek umah kita tu..aku ngan kawan-kawan aku kena tahan ngan polis.." "ade roadblok ke??" "a'ahh..banyak motor kena tahan" "emm..biase la tu..takut ade yang tunggang motor curi or yang tunggang tanpa lesen" "yang aku tak puas hati tu..mamat polis tu..die tahan kitorang..mintak lesen kawan aku..aku kat belakang..siap ikut arahan kerajaan lagi..pakai seat belt kat belakang..pastu die mintak lak kad pengenalan kawan aku..alih-alih lesen aku pun die mintak jugak..sape yang drive ni???" emmm..bekerut jugak aku baca ym kawan aku tu..pelik jugak..kenapa penumpang yang duduk di tempat belakang tu pun dimintak jugak lesennya?? mungkin abang polis tu nak makesure takde orang luar (pendatang) la kot.. tapi bila cakap pasal hal polis ni..aku pun kadang-kadang tak puas hati jugak..sebab aku pun kadang-kadang rasa macam dah tak selamat kat malaysia ni..bukan sebab penjenayah ramai or penah kena ngan mane2 penjenayah (nau'zubillah..mintak simpang) tapi sebab aku kadang-kadang rase macam..lebih terancam dengan polis dari dengan penjenayah..padahal penjenayah lagi bahaya..and polis sepatutnya jadi pelindung..tau kenapa?? sebab aku rase polis zaman sekarang ni lebih kepada kerah duit rakyat dari menjaga keselamatan rakyat..aku tak tujukan statement ni kepada semua anggota polis..cume untuk segelintir yang terase pedasnya cili api..biase la..sape makan cili, die la yang rase pedasnya..bukan ape..kalau kat jalan raya tu, banyak je kereta polis..bagus la..mungkin diorang selalu buat rondaan bagi jaga keselamatan..tapi ade sesetengahnya tu..jaga keselamatan sambil amik kesempatan..harap encik-encik polis sume kekalkan imej bersih pihak polis yang sentiasa dipercayai oleh rakyat bagi menjaga keselamatan..jangan sampai semua hilang kepercayaan kepada pihak polis.. aku sebagai rakyat yang sayangkan keharmonian negara malaysia yang tercinta ni..sentiasa mengharapkan pihak PDRM akan sentiasa menjalankan tugas dan amanat yang diserahkan dengan sebaiknya..kerana merekalah yang selama ini menjaga keselamatan rakyat, jangan la ade yang sebuk buat onar..nanti sebab nila yang setitik tu..satu belanga santan kena tuang..kan membazir tu..

Khamis, 5 Februari 2009

mlm..mlm..mlm..

MLM..korang mesti tau kan??ngah browse intenet ni tejumpa lak web company ni, aku baru tau company ni pun ade bisnes mlm bagi pegguna produk-produk keluarannya..sebenarnya aku pengguna produk company ni..jaga kesihatan wanita..kehkehkeh..emmm..ramai orang yang dengar pasal mlm ni..sume lari sume taknak..aku pun kalau boleh nak mengelak dari terjumpa ngan manusia-manusia yang buat benda mlm ni...sebab ape??sebab dah pernah terkena..dulu aku join satu mlm..bisnes ni..sebenarnya bagus..die bukan menipu..sistem die tu kira memang bleh bagi untung la..tapi dengan syarat kalu kita sabar and rajin..sistem multi level ni..betul..boleh buat kita kaya..tapi lambat sikit la..biase la..nak bejaya,bukan mudah..dulu mase aku buat satu bisness mlm ni..sistem die macam biase la..beli barang die sekian-sekian..jadi ahli percuma seumur hidup..pastu kena la mula aktif, cari manusia-manusia lain..yang mana die ade keinginan tuk berjaya..tapi yang tak bestnye..upline aku tu tak best..ok aku citer sikit.. sistem mlm ni..die ade upline ngan downline..tu maksud die, bile kite join, jadi ahli..kite secara automatik..akan dapat upline..so kita ni downline die la..lepas tu, kita kena la pulak cari orang-orang lain untuk dijadikan downline kita..tu la caranya kembangkan bisnes kita..cari downline ramai-ramai..bila kita punya downline dah ramai..senang kita nk naik.. ok..sambung balik citer aku join mlm ni..dulu aku masuk omega trend..ni pun salah satu bisnes mlm jugak..mula-mula aku cuma teman kawan aku..so aku ikut pegi seminar bisnes diorang..biasela, bila kite dah terjoin..umpama menyerah diri la tu..aku ni orang yang suke pada motivasi diri..dalam seminar tu,motivasi diri yang ditekankan adalah dari segi keyakinan diri, tidak mudah mengaku kalah dan sentiasa berfikiran positif..jadinya aku pun berminat and terus join.. dipendekkan cerita..mase join tu memang seronok and best..tapi yang tak bestnye..asyik kuar duit je..bayar tu bayar ni..tapi untung kita tak dapat-dapat lagi..aku mula pelik, so diskus ngan kawan aku..die cakap die pun dah sangsi balik ngan upline kitorang tu..last-last..selidik punya selidik..kitorang dapat tau jugak la.. upline kitorang ni asyik menipu je..main duit..so kitorang pun..angkat kaki..and blah..so kalau korang ade berfikir-fikir nak join mlm ni..berhati-hati..sistem die betul..cume upline tu je yang selalu tipu and main duit downline..sebab tu downline kadang-kadang susah nak naik..ok..selamat berjaya!!!

Isnin, 2 Februari 2009

keje oh keje..

cakap pasal keje..semalam noni (dak umah aku yg paling sewel) membebel pasal keje die..merungut sebab kene siapkan projek yang die tak bape suke..haha..sebuk membebel bila nk dpt keje len..aku cume senyum je..bukan ape..sume org kalu boleh nak keje yang kena ngan jiwa masing-masing..nak buat keje yang kite suke je..tp lumrah kehidupan la kan..yang kite nk biasenye tak dapat la..dapat yang kita tak berapa nak sangat..itula namanya kehidupan.. pagi ni aku ym ngan kawan lame aku..merungut gaji die kecik..emmm..aku pun tak tau nak cakap ape..pada aku senang je..dah rezeki masing-masing..kalu nak lebih..kenala berusaha lebih sikit..dapat la yang lebih tu..jangan setakat merungut gaji ciput je..usahanya tidak.. tapi yang paling penting kena ade sikap tau bersyukur..sikit ke..banyak ke..bersyukur la..daripada tak ade??betul kan??tapi jangan plak jenis yang berpuas hati takuk tu je..nanti tak ada kemajuan pulak..apa-apa kena berfikiran posistif kot..emmm.. cube tengok negara luar yang lain..lagi terukk..sekarang memang ekonomi kurang stabil..US pun tidak terkecuali..negara yang mengaku polis dunia tu pun turut terkena tempias dari segi kejatuhan ekonomi dunia ni..aku tak ingat bila punya surat kabar aku baca..suami tembak isteri dan 6 anak sebelum tembak diri sendiri..tu dekat US la tu..emm..tu sume sebab tekanan..baru dibuang keje..so takde pendapatan..kite yang berpendapatan ni..walaupun kecik..BERSYUKUR la..rezki Allah yang bagi..mane-mane pun In'Allah ada.. emmm...tetiba aku pun rasa insaf..sebab kadang-kadang bila sowang-sowang..merungut jugak..emmm..astaga..sama-sama la kita mengingatkan diri memasing..

Ahad, 1 Februari 2009

suriati..oh suriati...

semalam ade kenangan yang agak best gak lerr...actually semalam 31 jan birthday my hubby...so aku dah janji nk belikan jaket idaman hati die tu..so lepas je breakfast..kitorang terus pegi munuju ke bukit tiggi...jaket idaman die tu brand smart master...laju je die bejalan ke kedai tu...masuk je kedai..die terus pilih and try la mane2 yang die nk try...baru aku tau..hubby aku ni,cerewet jugak kadang2..tak kisahlah..sebab birthday die..aku layankan je..kebetulan..budak pelayan ni pun ramah layan karenah hubby aku ni...mungkin sama spesis kot...jantan!!hehehe...atau mungkin betul..rakyat malaysia memang peramah...and tu memang keje die..nama pun pelayan kat situ..kena la layan kitorang buat pilihan.. hampir setengah jam...nasib baik aku ni jenis yang penyabar..hehehe..bila die dah dapat die senyum..cantik..smart pun smart yang die pilih tu..sebab janji, aku pun cakap happy birthday pa..then kasi duit suruh die pegi bayar..bila dah selesai sume..kitorang pun blah..pastu gi lepak2 kejap kat cafe level bawah..aku tegerak hati nak buka beg plastik jaket hadiah bzzzday hubby aku tadi..aku keluarkan jaket tu..tujuan nk tengok beg plastik smart master tu..cantik design die..kat dalam plastic bag tu aku nampak ade kertas..aku pun amik..mungkin resit tadi..tapi korang tau tu kertas ape?? "suriati...sudah lama abang perhatikan suriati..hati abang dah benar-benar terpikat kepada suriati..sudikah suriati menerima cinta abang??tidak mengapa...abang akan menunggu sehingga suriati benar-benar bersedia untuk menerima cinta abang..daripada abang smart master" kuang..kuang..kuang..surat cinta rupenye..berdekah-dekah aku ngan hubby aku ketawa..kitorang terpikir..mesti mamat yang serve kitorang tadi punye..mungkin die tersalah kasi plastik tu..hubby aku terus bangun and menuju ke kedai smart master tu balik..tujuan nak pulangkan surat tu..bila mamat tu nampak je hubby aku, die terus tanya..kenapa abang??ada masalah ke jaket tadi?? hubby aku jawab..takde ape..cume..sambil tangan die hulurkan sesuatu..die pun cakap..kirim salam kat suriati ye... apalagi..merah la muka mamat tu...haahahahahaha...suriati..suriati....
Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™