Rabu, 20 Mac 2013

Pesanan tuk cik abang semua..

cik sakura copy dr sini https://www.facebook.com/engkaujodohku

::Pesanan Buat Suami::

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Orang perempuan sila SHAREEEEEE...

Selasa, 12 Mac 2013

Lelaki untuk di fahami..Wanita untuk disayangi..

entry ni ditujukan khas kepada semua kawan2, isteri2 dan suami2 sekalian..

cik sakura nk guna bahasa diri aku plak..sebab kalu guna cik sakura rasa macam terikat nak mengeluarkan idea..huhu gitu..

topik ni xde kena mengena ngan sape2, yang hidup atau pun yang mati..tapi perkara yang ni memang biasa menjengah dalam hidup kite..sebab ape, sebab die bermula ngan CINTA..

haaa...semua orang dalam duni ni mesti ada rasa cinta..mustahil lah xde..orang gila pun ade rasa cinta tu, cume mugkin cinta die tak berbalas je..yelah, cinta orang gila..sapa yang berani nak becinta ngan orang gila?becinta ngan orang siuman yang jelas-jelas tiada gilanya pun boleh jadi gila..kan kan kan..

aritu aku tedengar ucapan dari seorang pemanggil kat HOT FM, ucapan die ditujukan kepada bakal isteri die, dema ni nak nikah lagi 2,3 hari..ucapan die bebunyi macam ni 
" kepada bakal isteri saya, terima kasih sebab sudi melengkapkan tulang rusuk saya yang telah hilang"

bukan la bemakna bakal bini die tu tulang, atau die sendiri skeleton.. kan perempuan itu umpama tulang rusuk kiri suaminya..bila berkawen seorang suami dengan seorang perempuan, maka lengkaplah tulang rusuknya..maka lengkaplah kehidupannya..

kenapa lengkap???sebab setiap kita ni, adalah tak sempurna setiap seorang.. semua penuh dengan kekurangan..maka pasangan anda lah yang akan melengkapkan hidup antara, menyempurnakan apa yang kurang pada diri anda..begitu juga sebaliknya..

tapi keperluan lelaki ngan perempuan tu tak sama, memang la tidak sama, udah simbol jamban pun lain2.. sebab tu topik entry ni, lelaki untuk difahami..dan wanita untuk disayangi..biasanye orang laki musti akan cakap, kalu aku nk cari bini, bior yg paham perangai aku..senang..ha, kan..
pastu kalau pompuan plak, musti macam ni, kalau aku nk cari laki, harap2 die sayang n cinta aku sorang sepenuh hatinya..tu je.. betoi tak?

aku pun penah becinta, aku tau le..dan kawan-kaan sekeliling aku jugak penah je becinta dan putus cinta, aku tak penah putus cinta, sebabnya..aku first time kapel ngan en.shomi, maka itu rupanya jodoh aku.terus kawen..Alhamdulillah..

tapi pengalaman becinta sama la, memang die nak kite fahami die..
dan kite memang nak die sayan kite je..

memang la kan..kalu ko da kawen, takkan ko nak laki ko sayang orang lain
semestinya tidak..huhu..bleh perang dunia ko tau..

tapi lelaki pun satu, walaupun ko harap bini ko sangat memahami ko, jangan pulak ko ambik
kesempatan..'takpe, bini aku tau aku penat kerja..krohhh..kroohhh..' di bantainya tido sampai tak teringat nk tolong bini uruskan rumahtangga..

dah tu bini ko xkeje??dah tu bini ko tak penat??

hamboiiihhhhh....!!!

so pikir-pikirla..timbang rasa la..isteri dah sangup tolong awak cari rezki..sanggup bersusah hidup setia disamping awak..sanggup tak cukup tido malam2 bangun kalu anak nak susu (tapi aku terkecuali, sebab malam2 en.shomi yang bangun buat susu..hihi)...betapa isteri sanggup segalanya..dan sebolehnya die tak nak suami die nampak kekurangan diri..sebab tu die sanggup buat semua tuk suami, sebabnye die nak suami die sayang die je...

kalu suami yang memang ikhlas memperisterikan seorang perempuan itu..perempuan yang memang dicintainya, die takkan sanggup biarkan perempuan itu hidup susah kerana dirinya..

tapi kome yang mana terpaksa mengharungi kesusahan dalam berumah tangga, urus rumahtangga, kerja pagi petang, buat kerja partime..sebab nak tolong tambah pendapatan suami, bukan bemakna somi korang tak cintakan korang pulak..tapi sebab die belum mampu nak salutkan badan korang ngan emas berkoyan-koyan..die belum mampu nak sediakan semuanya untuk keluarga die..so tolak ansur dan bertimbang rasa la..
kan itu lagi bagus..

muafakat suami isteri dalam rumah tangga adalah yang terbaik..jadi isteri cuba fahami suami, suami tak mampu, so kite kerja..tolong tambah income..suami pulak, kat rumah ringan-ringankan tulang tolong bini kome.. hargai die dengan sebaiknya..sayang dan cintai isteri kome dengan seadanya..

baru aman rumah tangga..Allah pun suka...

keluarga pun bahagia..

yesss...
ok ya..lelaki tuk difahami, wanita tuk disayangi..

~sekian~

Isnin, 11 Mac 2013

botak yang budget taiko!!

 Petang ahad baru ni, Cik sakura sekeluarga sama ngan family adik ipo dah menculik ibu mertua kitorang tuk di bawa jejalan ke pantai morib...saje lepak2 santai2.. bleh gak tengok orang men lelayang..tapi bila sampai, suasana tak mcm selalu, rupenye ada program kat situ...Maybe projek Iam4u kot..sebab banner kat stage tu bertulis Showcase Anak Muda..Projek for palestin..tp mana tulisan Iam4u tu???kihkihkih..

bila ada program kat situ, maka paking dah bekurangan, sebab tapak paking yang besar dan luas tu semua di tutup..yang boleh masuk cume puluhan jenis motor lumba je..aku xtau apa jenis motorsikal yang berkumpul kat situ..motor cross agaknye, sebab kalau Iqbal, semua dipanggil motor lap..hahaha

jadi kerana kekurangan paking, berpusing2 la en.shomi tecinta mencari paking, sampai ke satu tapak..ade keta iswara nak kuar..so, memang cantik la..sbb dekat ngan tapak foodcourt..en.shomi pun memberi signal ke kiri, supaya keta kat belakang tak bising..menunggu la kereta iswara tu sampai keluar, lame jugak..tapi kitorang tak merungut, sebab pasangan yang nek keta tu uncle n auntie berbangsa cina, dan kelihatan sudah agak berumur..so tau la..slow la skit..orang tua kan..nanti kite pun akan tua jugak..sama macam tu jugak..

sedang molek kereta iswara tu keluar, en.shomi pun nak masuk la paking, tetiba ada sorang budak laki datang bejalan ke paking tu, bloking la kereta kitorang dari masuk..dan budak tu yang lingkungan usia dalam 13tahun gamaknye, dah terkial-kial nak menjawab bila en.shomi macam betanya kenapa pulak?? dari belakang kereta kitorang, ada sorang lelaki otak singlet biru yang budget taiko datang ketuk bonet belakang dan becakap sambil lalu ke kedengaran sedikit menegking.. "orang da nk masuk paking tu, jalan depan..!!"

waahhh...gile kental ko punye taiko..ko ingat pakin tu bapak ko yang punya?ada nama ko?? kalu diikutkan hati ni..memang nak turun gaduh je, kitorang yang sabar tunggu orang tu kuar paking, ko senang2 perintahkan anak ko tunggu situ jaga paking..plak tu senang2 arahkan orang cari paking lain..ko ingat ko taiko sangat ke..huh..mujur en.shomi masih mampu sabar, so kitorang pun sebab malas nk layan si lelaki botak singlet biru yang budget taiko tu, so terus je cari paking lain..bukan ape, kitekan orang melayu..kan ada budi bahasa..lagipu malas anak pening kepala..kang lain plak ceritanya..

yang terkilannye, impak perangai bapaknye begitu, bukan ke akan turun ke anak die yang tekial-kial tadi tu..sebab die tengok bapak die selamber je bleh buat dajal macam, so die pun boleh la..

sedara yang tak sedar diri si botak singlet biru yang budget taiko, ko pikir-pikir la..elok sangat ke perangai ko tu..kalo setakat ko duk jual burger je pun kat pantai morib tu..tak yah eksen sombong sangat..orang memang takkan respek ko sampai bila-bila kalu macam tu..menga kedai burger ko tu kitorang dah pangkah la..cik sakura bukan orang yang suke menghina orang lain..jual burger tak hina dan tak memalukan, malah cik sakura pandang tinggi sape-sape yang meniaga begitu, goreng pisang ke..cekodok ke..nasik lemak ke..sebab cik sakura tau, kerja macam diorang lagi masyuk dan lagi best..tapi kalu keja macam tu, jual burger pakai singlet biru ngan spek itam..kepala botak plak, ko budget taiko..memang la..perangai ko tu sangat teruk dan hina...sekian..(mode: marah yang petang semalam dekat si botak singlet biru yang budget taiko tu tak abis lagi..!)

Khamis, 7 Mac 2013

kopi ajaib...

okeh...ni nak share pasal kopi ajaib..sebab apa cik sakura panggil kopi ajaib? sebab memang ajaib la..mudahkan?kihkihkih..

ok, apa yang ajaib sangat kopi ni? kopi ni ajaib sebab peminum-peminum nye, lepas try satu peket petama, terus order 3kotak, 2kotak kat cik sakura..sebab tu ajaib..

dan yang lagi ajaib, first paket yang diorang try, truss terserlah keberkesanannya..waaa....sampai kestemer cakap, 'atie..dah bocor ni baju akak..blom sempat pam lg da bocor dah..abis masam baju..' jadi ibu-ibu yang risau susu tak cukup tuk baby, bleh try..bukan tuk tambah susu je, itu antara manfaat kopi ni la..manfaat yang lain, sy ibu yang tak nyusu anak, apa cik sakura dapat lepaih minum?

ok ni testimonial cik sakura sendiri, selepas sy amalkan kopi ni, masalah keputihan yang saya alami dah bekurang...sengugut pun berkurang...alhamdulillah..

ibu-ibu yang tengah pantang pun bagus minum, bantu lawaskan penyahtinjaan korang..susahkan tiap kali time n tuttt..sembelitnye lahai..tapi ngan kopi ajaib ni..insyaallah..

korang tau tak kopi ape yang cik sakura duk citer dari tadi ni?ha..inila die..kopi ajaib tu



kopi ni dah glemer dah...nama singkatan die HKCC, tuan kopi ni nama die Haida Kamruzaman... sape nak try kopi ni leh order ngan cik sakura kat sini.

kalu nak tau banyak lagi, bleh gak baca kat blog kawan saya ni..banyak la pot pet pot pet die pasal hkcc ni makbed.. macam crito ado..

okeh..nak blah dah..nk minum hkcc..huhuhu

Selasa, 5 Mac 2013

Entry kali ni nak citer pasal satu produk yg mmg cik sakura duk guna la..tapi idok le semua produk die aku guna.. hanya 2 jenis ja..so far sangat bagus..first time guna pun dah terasa keberkesanannya, dan produk ni memang sangat laris dan ramai yang suke..

ok produk yang cik sakura maksudkan adalah Jamu Susuk Dara (JSD)..so korang musti tau la kan..betapa mashur n glemernye produk ni skrang..ok ni pengenalan produk2 JSD ni ye..

  • Rahsia malam pengantin / Jamu susuk pengantin dara
  • Magic powder 'susuk dara' / Masker vagina
  • Jamu aku dara 
  • Jamu lelaki jutawan
  • Majun 'Abe Gagoh'
  • Minyak ikat kaseh
  • Susuk dara 'Intim Gel'
  • Coklat Luv Habibi
  • Susuk dara 'Feminine Wash'
  • Medicated deep heat lotion
  • Magic Body Slim Soap
  • Jamu Jalinan Cinta

ok itu antara produk yang laris la.. Macam Jamu Aku Dara tu, memang laris..macam goreng pisang panas..sekarang ni pun xde stok..cik sakura sendiri pun xdpt tuk diri sndiri..hebat betul produk ni..

okes..nanti cik sakura hapdetkan detail setiap satu produk tu.okes..daaaa..
Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™