Khamis, 25 Jun 2009

anak-anak kita...

sejak bulan 5 arituh sampai bulan ni..bersilih ganti kawan-kawan aku bersalin..seronok betul aku rasa bila dapat berita kawan-kawan dah selamat melahirkan anak..ade perempuan, ade lelaki..sampai ahri ni, dah ade 6 ke 7 org kawan-kawan aku yang dah jadi ibu n ayah..dan coming soon..dlm sebulan due lagi..ade lagi due atau tiga orang..bersusun la hadiah aku nak kena beli..so tepaksa la beli ikut budget je..kalu tak, aku yang kopak..meraikan ahli baru yang comel..semua orang suke.. anak tu satu anugerah dari Allah..dan merupakan amanah Allah kepada ibu bapa..seperti sehelai kain putih yang diserahkan kepada ibubapa..terpulang lah bagai mana kain putih itu bakal di corakkan.. bukan mudah bergelar ibubapa..tambahan pulak lagi zaman sekarang ni..pelbagai masalah sosial mula timbul..semua ibu bapa risau bila memikirkan hal-hal yang macam tu..buka surat khabar..tengok la..berapa banyak masalah sosial dan kes-kes jenayah yang dilaporkan..dr sekecil-kecil umur..sampai setua atuk..pelbagai tragedi dan cerita..kalau yang budak sekolah tuh, bukan main lagi..merokok, buli, merempit..terpengaruh la tu..pastu mula buat kes..kalau yang dah agak dewasa sikit..mula terjebak dadah, hidu gam..edar dadah pun ramai..tak kurang ngan itu..yang terlibat ngan sumbang mahram..haruan makan anak..bunuh..buang anak..macam citer kat UTM aritu..ade sorang pompuan meninggal dalam asrama, and ade baby baru lahir kat sebelah die..macam mana pihak pengurusan boleh tak sedar???masa baca berita tu aku rasa sedih sangat, biasa kalau ibu meninggal ketika melahirkan anak..syahidlah dia, tapi status gadis tu belum berkawen..dimanakah die bakal ditempatkan..nauzubillah..ngeri bila memikirkan perkara seperti itu.. perkara-perkara yang makin membimbangkan ibu bapa semakin menjadi-jadi sekarang nih..walaupun aku belum pun lagi mendirikan rumahtangga..tapi hanya baru merancang, tapi aku dah berpikir jauh..bagaimana anak-anak aku nanti? akan berjayakah aku mendidik anak-anak aku nanti?

teringat aku lagu m.nasir...

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang

Di bawah mentari sumbing

Sambil bernyanyi laguKetakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban

Kesilapan kita

Hingga dia tak kenal

Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita

Dari padang jerangkap samar

Selamatkan anak kita

Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain

Di hutan belukar

Dengan senapang kayu ubi

Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang

Bila petang kerana terlalu sibuk main lastik

Dan berpistolan

Pistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita

Jangan sampai jadi hamba

Jaga-jaga anak kita

Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang

Ayah nak ajar

Tentang kurang ajar

Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang

Ayah nak ajar

Tentang kurang ajar

Jadi mereka takkan dimomok lagi

Fikir

Selamatkah kita di tangan tukang karut itu

Fikir

Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu

Fikir

Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu

Fikir

Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu

Fikir

Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu

Fikir

Selamatkah kita di tangan Tuhan-Tuhan itu

Rabu, 24 Jun 2009

ape lagi yang aku mampu buat???

aku dah cuba..semua aku dah cuba..setiap hari..setiap detik, minit...saat sekalipun..sepanjang masa aku mencuba..mencuba menjadi yang terbaik..mencuba memenuhi segala yang kononnya adalah sepatutnya begini..sepatutnya begitu..ahh..kenapa suara-suara itu tetap sama..kenapa tidak ada suara atau nada yanag baru mengisi ruang gegendang telingaku???suara yang penuh irama dan nada lembut???lembut yang penuh pengertian dan kasih sayang..lembut yang sentiasa menenangkan..kenapa mesti kebencian yang terjerit di sanubariku..kenapa kemarahan yang sentiasa terjulang???ohhh...... suara itu berbunyi lagi..menbentak segalanya..menilai segalanya..semua canggung..semua terpesong..semua salah..semua tak betul..semua sengalllllllllllllllllllllll!!!!aku dah muakkkk... tapi sampai bila???sampai ujung nyawa ke???sampai aku menutup mata???sampai ke saat itu???kenapa masih wujud suara keegoan itu???dah tiada ketenangan ke di dunia ni untuk aku???apa lagi yang aku belum lakukan???apalagi yang aku belum cuba..apalagi yang aku masih mengagak, belum melangkah???suara-suara itu..hanya tau menilai keburukan..celik pada yang jelik..buta pada yang sempurna..haruskah aku teruskannnn???

Khamis, 4 Jun 2009

Aku copy je nih...buat renungan sendiri..

Renungan Kata Pengisian Jiwa Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup… Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu… Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi… Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya… Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal… Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal……

Isnin, 1 Jun 2009

kalu menyampah..

ape yang korang akan buat kalu dah menyampah?persoalannye..menyampah tu pada apa?kerja?orang?bos korang?kawan korang?bas korang tunggu lambat sampai?tren komuter asik delay?teksi asik amik charge lebih?apa yang korang buat kalau korang menyampah? contoh..tetiba korang menyampah dengan seseorang yang korang rasa agak sewel kerana mengganggu hidup korang,contohnya die sengaja buat benda yang bagi korang sakit hati ke..apa yang korang nak buat tuk ilangkan rasa menyampah tuh??? 1) reverse psikologi? 2) buat balik apa yang de buat kat korang? 3) buat 3x lagi dasyat kat die banding yang die buat kat korang 4) tembak die ngan senapang gajah? 5) lempang muka die 44 kali sampai biru? 6) sumbat stoking busuk korang kat idung die sampai 18 hari? 7) baling telur busuk kat muke die? 8) bagi nasihat atau teguran kat die? 9) baca yasin supaya dia berubah? 10) atau yang paling senang..buat tak tau je..toksah layan orang gila meroyan camtuh.. ha..yang mana satu korang nak pilih?korang pikir la sendiri..
Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™