Jumaat, 8 November 2013

My Anniversary..!!!

Assalamualaikum,

haii u olllsssss... hihihi dah besawang rupenye aku punya blog ni..alah..bukan sengaja pun..aku kan perasan busy kejap..hoho

ok..yesterday my anniversary...horeyyy
dah 4 tahun rupenya aku kawen dgn tuan besar tersayang tuh.. anyway..thanks dear coz be my hero and accompany me for the whole life..

lepastu...jeng jeng jeng...yesterday we went to setia alam mall.. memula layan makan kat seoul garden, mkn barbeque..emmmdapppp!!! pastu layan movie thor...wahhhh...terus falling in love dengan abg thor..hahaha

abis movie kitorang pun balik la..amik anak-anak..layan anak-anak macam biasa sampai tido..aku pun buat la rutin keje biasa..gosok baju kerja untuk hari ni..siapkan beg anak-anak nak hantar babysitter hari ni..

Empat tahun dah rupernya...kejap ja masa berlalu..dan sekarang pun aku dah ade 2 anak..so bleh estimate la..kalu 8tahun..4 anak la..hahahaha wakakakaka...

bila turn back memory masa memula aku plan nak tukar status dari bujang ke berkahwin ni.. tak terimagine yang life aku macam ni.. hahaha... life aku masih macam dulu, simple but happening..full with my kids punya karenah...
gelak ketawa diorang, rengekan ketawa..kejap mengada-ngada manja nak itu ini.. kadang-kadang bengang jugak..penat balik keje, tapi anak-anak buat perangai mengada-ngada..tapi as a mother, kesabaran kena kuat..bukan senang jadi ibu yang berkerjaya..jugak kalau korang jadi suri rumah pun..its not easy to be a perfect housewife..

dan aku bersyukur..suami aku sangat membantu aku menguruskan keluarga kami..walaupun kadang-kadang ada salah faham..ada rajuk kecil..itu adalh normal dalam alam rumah tangga.. time aku kursus kahwin dulu pun ustaz tu dah pesan "jangan risau ya semua hadirin, bila anda semua sudah berkahwin nanti, pasti akan bergaduh suami isteri" hahaha..kedengaran kelakar dengan usikan ustaz tu, tapi memang itu realiti alam perkahwinan..perselisihan dan pergaduhan akan buat kita lebih sayangkan pasangan kita dan lebih memahami each other.. sweet kan macam tu??? dan memang aku nak bagitau kat sini..alam perkahwinan tu seronok sebenarnya..dan akan sangat2 mematangkan kita..so macam mana?ada rasa-rasa nak kawen takkk???

and my anniversary, thanks to my hubby spend time with me yesterday..really appreciated..

sekiannn...

Rabu, 9 Oktober 2013

tips untuk bakal raja sehari..

Assalamualaikum...

wah..wah.. busy benor aku sekarang ni..duk kejar dateline projek la, duk jual jamu susuk dara (sila ke page saya) la, duk jahit bunga, baju kurung..jual baju kurung cotton budak-budak.. (sambil2 promosi- sila ke pesbuk saya)
memang busy, sebab saya suka isi masa saya dengan benda-benda supaya sentiasa sibuk..bila sibuk kita takkan terpikir nak buat benda yang tak berfaedah sangat..hahahaha

lagipun..semua tu menghasilkan pendapatan tambahan untuk aku bantu suami..kan bagus camtu..??? kan kan? lagipun, hidup ni banyak cara yang ada untuk kita nikmati.. samada nak happy atau nak sedih2.. pilih lah dengan sebijaknya kerana Allah dah pun kurniakan akal yang waras kepada kita.. dan jugak, hidup ni terlalu pendek untuk kita sedih atau tatap perkara-perkara yang lepas atau sejarah hitam kita.. teruskan hidup, bina semangat baru.. jangan penah mengalah dengan kegagalan yang lalu..sebab banyak lagi peluang yang ada untuk kita cuba dan nikmati.. pokok pangkalnya kita sendiri..gembira atau berduka..ok..tu mukadimah untuk kuliah dhuha pagi ni..hahahaha

sebenarnya entri ni nak berkongsi cerita, pengalaman dan jugak pandangan serta nasihat dari hati dan akal fikiran yang waras aku nih.. ramai kawan-kawan bujang aku kat luar sana tu, in a few day akan jadi bini orang, dan yang laki mustilah jadi laki orang kan??? sampai beberapa hari lepas, seorang kawan bercerita masalah diri..persiapan untuk kawen tunggang langgang, duit untuk majlis kena tipu dengan kawan, adik beradik tiba-tiba tentang..masalah itu timbul, masalah ini timbul.. haiihhhh...biasalah...namanya pun hidup, kalu lancar je tak best pulak kan?? cuma diri kita, kuat atau tak sahaja..tapi, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..so aku tukar, sebab aku xdapat lihat dan jumpa kawan aku ni, jauh beribu batu.. aku gantikan, ''berdarah menanah telinga mendengar, bedarah patah riuk lagi bahu yang memikul"..

memula, aku nak ucap tahniah kat kawan-kawan yang bakal langsung majlis cuti sekolah ni, syukur jodoh korang dah sampai.. sebab soal jodoh kita tak penah tau, Allah sahaja yang tahu..ada orang yang sampai berumur, masih bujang..sebab apa?sebab jodohnya belum Allah izinkan..hanya Allah saja yang tahu.. 

bebalik tujuan asal aku nak tulis entri ni, 

ya..perkahwinan adalah perkara yang sangat-sangat menggembirakan semua orang.. ibu bapa akan tersenyum, lega, tanggungjawab akan dipikul sambung oleh lelaki yang telah ditakdirkan jodohnya.. kawa-kawan tumpang gembira bila kawan masing akan tamatkan zaman bujang.. majikan pun silap2 bagi angpau tahniah..cuma garu kepala sekejap sebab korang yang nak kawen musti akan apply cuti panjang.. semua orang sekeliling kita, yang berakal waras, pasti akan tumpang gembira.. kalau dikampung, jiran-jiran siap tolong bagi barang untuk dapur, siap tolong tambah jumlah dulang hantaran.. tapi, perjalanan untuk sampai kepada hari yang bahagia tu, tak akan segembira berita yang kita akan kawen..sebabnya??? 
pasti akan ada 1001 dugaan yang mendatang.. pasti akan ada, cuma bergantung kepada kita dan pasangan , kuat atau tidak untuk menghadapi dugaan itu.. 

kalau bertunang, orang mesti akan pesan, "baik-baik..awak tu darah manis". 
kan? pastu orang akan usik-usik, dan kalau korang perasan, masa kita dah bertunang itu la, macam-macam dugaan yang akan uji kita, ramai pulak yang tetiba mengorat, selama ni aku lalu kat sini, mamat tu tak penah pandang aku..sekarang siap tegur bagai.. itu sebab orang yang makin hampir dengan tarikh keramat, muka die akan berseri lebih sikit..sebab kegembiraan yang terpancar tu.. (bukan cerita aku ya, aku takde tunang-tunang, nikah terus je!! save budget!!)

ada pulak dugaan yang bentuk macam ni, lagi seminggu nak akad, tiba-tiba awek lama yang cinta pertama dulu datang balik, menagih cinta dan janji dulu.. agak-agak bergoyang tak??? 

kenapa semua tu berlaku??? 

sebab semua tu kerja iblis laknatullah... iblis akan menangis bersungguh-sungguh jika ada pasangan yang akan berkawen.. dia pasti akan buat macam-macam helah untuk pastikan perkara halal kepada pasangan itu batal.. 

korang paham ke maksud aku tu? kalau paham, maksudnya dah layak le nak jadi khalifah kepada istri korang..

nasihat dan pendapat peribadi aku, yang baru berkawen selama 4tahun sahaja.. aku pun penah diduga macam-macam sebelum sah bergelar seorang isteri.. hampir putus, hampir putus saudara.. tapi ada satu perkara yang menguatkan hati aku dan pasangan.. mak abah aku.. sebab mak aku cakap,  'buat bagi selesai..mak abah restu hubungan kamu berdua, biar apa pun dugaan, kuat.. Allah ada..biar la orang lain tu" itu je penguat semangat aku untuk cukup yakinkan hati aku, yang pilihan aku tepat..

sebab, bila macam-macam dugaan datang, kita pasti akan pikir yang bukan-bukan.. bukan jodoh aku ke? payah sangat, putus jelah, hati aku ingat orang lainlah, camna ni? 
haaa..semua tu hasutan si iblis.. pegang dengan satu perkara yang korang pasti, dan pasangan korang jugak..pastikan die jugak percaya dengan satu perkara yang pasti.. Insya Allah.. akan bejalan lancar.. berdoalah banyak-banyak..

kalau bab duit, tak payah la korang ikut rentak orang, aku ada tengok rancang sembang teh tarik ac mizal tu, masa tu artis jemputan noh hujan.. selamba die cerita pengalaman pertama kali jumpa dengan bapak mizz nina, macam ni die cakap "uncle, saya terus terang cakap.. makan minum, bil api air semua saya mampu, tapi kalau fesyen, makeup hairstyle semua saya tak mampu" gila tak??? sekurang-kurangnya die jujur.. die berterus terang tahap kemampuan die, yelah..mizz nina tu dah la international artis, anak tan sri pulak lagi..maintenan die ko ingat bulan-bulan takat 5,6 ratus je ke??? ratus ribu mungkin... 

jadi sesapa yang nak kawen, ukur lah baju di badan sendiri..agar semua lancar dan korang tak payah nak menanggung hutang lepas kawen.. nak mulakan perkahwinan bukan mudah.. lebih dasat dugaannya.. kalau perjalanan untuk sampai ketarikh perkahwinan pun kita tewas, bagaimana pulak nak hadapi dugaan hidup dalam perkahwinan itu nanti??? 

jadi, kepada pasangan semua, yang akan berkahwin.. sediakan diri korang dari segi fizikal dan mental.. wang ringgit bukan ukuran.. banyak lagi perkara lain yang lebih penting untuk korang pikirkan bagaimana untuk pastikan perkahwinan itu berjaya..pengalaman aku masih cetek, tapi dah banyak yang aku belajar..hidup rumah tangga memang banyak dugaan, yang penting sentiasa jujur, dan percaya satu sama lain.. In shaa Allah.. semua akan baik-baik sahaja.. cubalah untuk membantu pasangan dan bertolak ansur..pasti bahagia akan datang..

harap nukilan aku ni boleh jadi bacaan yang melegakan hati pasangan-pasangan yang tengah gusar menanti hari bahagia mereka.. sekian...

(kongsi cerita lama aku time nak kawen dulu.. kenapa kawen?? )

Rabu, 25 September 2013

kesian pakcik gurd tu..

assalamualaikum..

dah bersawang gamaknya blog aku ni.. asik busy je akhir-akhir ni.. banyak benda nak setel.. penin penin..
tapi takpelah.. janji ade jugak sekali sekala kan dari takde langsung.. arini aku nak ajak sembang pasal kontroversi yang aku rasa bengong jugak la, pasal bini pemain bola mat yo.. korang mesti dah tengok kan.. aku tengok rakaman bini die yang duk maki hamun pakcik pengawal tu, pastu tadi aku tengok rakaman temubual dengan pakcik tu pulak..

kesian pakcik tu, die baru je keje kat lapangan terbang tu..baru 9bulan kalau aku xsalah dengar, sebab rakaman tu tak clear, bunyi bising macam kat tepi lalu lintas..dengar cerita dari mulut pakcik tu sendiri, nampak kerendahan diri dia, masih jaga adap..takde nak marah-marah..elok ja.. siap dia cakap dia ada mintak maaf dengan mat yo, kalau-kalau dia ada terkasar bahasa.. sekali maki hamun bini mat yo yang dia dapat.. pakcik tu cakap, mula-mula die tak tau pun itu bini mat yo, standard la.. ko bukan retis pun nak glamor orang kenal.. pastu pakcik tu cakap lagi, yang suami pun saya tak kenal, tak tau pun iti mat yo..kuang kuang kuang.. ko bajet kerabat la konon, konon glamor..semua orang kenal..sekali pokcik tak kenal pun..hahahaha..

sebenarnya, tak yah tengok rakaman penjelasan pakcik tu pun takpe, memang nampak sangat salah siapa.. pakcik tu cuma jalankan tugas dia.. alah susah sangat ke nak paking.. tapi bila pakcik tu cakap, saya ni orang tua.. terasa kesian sangat la, sebab orang tu maki hamun die, bila si penemuduga cakap ' pakcik tau tak, die ada bahasakan seseorang sebagai anjing, mungkin pakcik atau orang lain', muka pakcik tu nampak terkejut, tapi masih tersenyum tenang je.. takde nak marah atau maki-maki pun..rilek ja..

tapi sebenarnya, orang yang paling kita patut kesiankan bukan pakcik tu, tapi mat yo.. sebab pakcik tu mungkin tak payah nak hadap hari-hari ngan pompuan tu.. mat yoyang nak kena hadap hari-hari.. ke mat yo pun 2x5 je???

lantak korang lah..rumah tangga korang.. kalu nakhoda die karam, karam la jugak anak kapal yang lain.. kepada pakcik-pakcik gurd yang lelain yang kat luar sana, bertugas lah dengan baik.. jasa korang tetap ado dalam menjaga keselamatan negaro!! kerana setiap seorang hamba Allah itu, memang dah ada bahagian masing-masing yang akan memainkan peranan didunia ini sebagai hamba-hamba Nya.. yang meletakkan hina, mulia, dipandang rendah atau tinggi, bukan pangkat harta atau kerabat..juga bukan pemain bola kebangsaan, tapi ketakwaan dan keimanan.. itu ja yang Allah pandang..

sekian..

Rabu, 18 September 2013

beca punya pasalll...!!!

Assalamualaikum..

entri ni aku nak citer day trip kitorang weekend baru ni.. kemana destinasi makan angin tu? dekat je.. Melaka laaa.. bandar bersejarah.. 'melawat melaka, bermakna anda melawat malaysia'.. nak pusing satu malaysia penat, jauh, amik masa terlalu lama dan yang pasti aku tak cukup budget.. jadi pusing melaka je la.. so lepas ni aku bleh la cakap aku dah pusing satu malaysia..hoho

destinasi makan angin ni bukan perjalanan yang dirancang pun.. semua ni angkara tuan besar, main start enjin kereta, pastu terus masuk higway.. sekarang ni tak yah kata perjalanan jauh musti naik highway, takat dari usj nak pi shah alam pun orang naik highway, mudah..xyah nak lalu trafic light, bonggol, terowong..selekoh dan sebagainya. sebab tu bila tuan besar masuk tol elite depan umah kitorang tu, aku tak suspect apa-apa. budget perjalanan biasa ja..lagipun aku tanya tadi, dia kata 'pegi jalan-jalan la..sian budak-budak semalam muntah-muntah sampai demam, hari ni dah sihat bawak la jejalan..' pastu die tuju arah selatan, kat papan tanda bertulis 'putrajaya, klia, johor bharu'.. ok, putrajaya la tu.. yang peliknya, takde satu susur putrajaya pun yang dia masuk.. selamber je terus drive.. aku tanya balik nak kompem, bleh die senyum pastu jawab.. 'teka!'.. arrgghhhhhh...'aku pun cakap..ah malas, yang penting ada tempat makan udah..lapo..' 

aku bukan ape, tuan besar ni, perangai die kadang-kadang susah nak expect, mana tau die sesaja nak drive along the highway, pastu pusing balik.. selamber je buat tabiat yang membuang tebiat tu laki aku ni.. pernah dulu beriya ajak aku naik komuter pergi seremban, ingat nak sangat ajak aku jalan-jalan kat seremban..rupa-rupanya saja nak duduk dalam komuter lama-lama semata-mata nak merasa perjalanan jauh dari stesen komuter kl sentral ke seremban.. kalu korang, rasa bengang ke rasa best???

jadi bila die suruh aku teka sambil muka tersengih-sengih, aku dah menyampah.. layankan je budak-budak sambil makan bekalan ringan yang sempat aku bawa. aku memang suka makan dalam perjalanan, entah..rasa best je, makan sambil tengok pemandangan sepanjang jalan.. bila sampai tol seremban, die punya jem, mak aiii... memula aku ingat nak ke seremban atau port dickson, sebab kereta kitorang kat lorong tengah highway, tapi sebab jem teruk sangat..tak pasal-pasal kereta kitorang terjebak sekali dengan jem tu.. mati-mati aku ingat nak ke port dickson, siap aku cakap.. 'nak pegi pd ke? patutnya kuar awal kalu nak pegi pd, ni dah nak pukul 12'..laki aku toleh kejap, pastu die senyum je.. sah, memang tengah meroyan, tak pun memang die nak kenakan aku.. pastu kereta bertukar laluan ke laluan paling laju yang paling kanan sebab lorong tu je yang tak terjebak dengan jem..

aku makin konpious pulak.. sebab papan tanda depan tu tulis Ayer keroh, Johor bharu.. aku tengok laki aku lagi, nak pegi Melaka ke??? tetiba 'yeayyy!!! betull!!' anak-anak pun macam konpious.. ' bapak aku ke tu?'
pastu, terjadilah day trip ke Melaka ni.. pastu rasa best tetiba, ni kira suprise untuk aku la kot, sebab last 2 week aku ade cakap ' best gak kalu jalan-jalan bawak budak-budak gi Melaka kan?bleh naik beca..!!'
yeayyyy...!! dapat naik beca..

 budak kecik dua orang kat laluan tepi sungai melaka gambar tak clear sangat sebab cuaca agak mendung, jadi best untuk jalan-jalan. nasib baik tak ujan..


mula-mula sampai kitorang nak pegi river cruise, tapi sebab terlepas entrance dia, kitorang try cari alternative konon dengan menyusuri laluan tepi sungai tu boleh sampai kat tempat jeti cruise tu..tapi tak boleh rupenya, dah kena block laluan tu, bleh jalan separuh jalan je..pastu kena patah balik..





best tengok bangunan yang ada sepanjang jalan kat tepi sungai melaka ni, dinding dia penuh dengan mural yang menggambarkan pahlawan-pahlawan melaka dulu-dulu. gambar last sekali tu request oleh anak aku sebab ada gamba gajah!!







antara gamba yang sempat di snap,memandangkan assistant aku yang baru berusia setahun sembilan bulan tu belum cukup terlatih, jadi banyak pemandangan cantik terlepas, tak sempat nak snap..

pengalaman naik river cruise ni sangat best, suasana dia buat kita enjoy evrything kat kiri kanan sepanjang perjalanan.. cantik dan yang menariknya, sama macam naik gondola kat france walaupun aku xpenah lagi pegi france, tapi aku yakin suasananya dengan pemandangan bangunan deretan kedai kopi serta bangunan yang lain sangat mirip. Malaysia pun ada maaa.. satu je yang aku menyampah, air sungai tu, bau die.. mencacatkan sikit la keseronokan yang tengah dinikmati, tapi bila hanya berselisih dengan boat yang lain je.. akan ada air yang terpercik, time tu la akan dapat aroma tak best tu..
sebab kitorang tak plan perjalanan ni, pulak lagi mula gerak dari usj ke melaka sekitar jam 11.30pagi..jadi setengah hari dah membazir, lepas naik river cruise jam dah pun pukul 6.15petang.. padahal belom sempat ke bandar hilir lagi, nak naik beca lagi..nak pegi pantai klebang lagi..
apa apa pun kena pastikan aku sempat naik beca jugak, jadi kitorang pun cepat-cepat nak ke bandar hilir..

yang tak bestnya, jalan sangat-sangat lah jem nak ke bandar hilir tu, entah lorong mana masuk pun tak tau, siap lalu celah-celah deretan bangunan merah.. tuan besar macam dah givup nak pegi tempat beca, dah la tak tau mana nak paking..sepanjang jalan tepi bangunan orang dah penuh paking..
ni dah round ke berapa entah lalu sini, sebab salah jalan.. melaka dah macam kl la weiii..sesak..!!

tapi nasib menyebelahi kitorang, tetiba elok kitorang dah lalu kat depan simpang yang memang dah bersepah beca, ada kereta keluar dari paking, so dapat la kitorang take turn.. so jalan la kaki sikit sambil dukung dua assistant kecik tu sorang satu pegi tempat beca.. satu pusingan kecik dalam 15-20 minit, boleh pegi tempat-tempat bersejarah kat situ..biasalah, a famosa la, ape lagi kan..dan bangunan bangunan bersejarah yang ada kat sekitar die..termasuk naik tanggan yang tinggi tu..wahhh nak pengsan panjat, mana taknya sambil dukung budak yang berat die 10kilo tuh..waaaaa..oksigen oksigen..!!!hufff huff hufff


 A famosa pun makin kecik..kenapa ekk???



 pemandangan dari atas bukit dekat perkuburan british, nampak dataran pahlawan..dulu masa sekolah rendah, datang melaka, dataran pahlawan ni kawasan luas lapang, sekarang dah jadi bangunan kat situ..





kebanyakkan gambar agak tidak memuaskan sebab cuaca agak mendung, pulak lagi time ni memang dah nak gelap..pukul 7lebih rasanya.. nasib baik takde gamba 'orang lain' dalam semua gamba-gamba yang aku snap tu.. 
lepas naik beca, tangkap gambar kat a famosa, panjat bukit tinggi tu..mula la rasa lapar.. lepak kejap kat bangunan merah balai seni lukis tu, kan ada dataran kecik depan air pancut tu, sebelah gereta besar tu.. layankan tengok beca-beca warna warni..beca aku tak berapa cantik..huhuhu..aku nak naik yang hello kitty come tu sebenarnya, tapi takut abg beca yang ofer tadi tu kecik hati, aku senyum je naik beca die yang takde lampu tu..huhuhu..yang pasti ia masih beca!!!

kalu ade lampu-lampu mesti lagi cantikkk..huhu



dah malam.. sebenar nya malam macam ni lagi best naik river cruise tu..takpelah, next time..hahaha

lepas dah lepak kat depan kolam air pancut tu, tuan besar cakap, dah naik becakan..jom pegi umbai..makan, pastu boleh balik..yeayyyy!!! suasana malam buat kitorang sesat cari jalan nak ke umbai..pulak lagi guna GPS-guna pun sesat, kompem la sesat.. tapi sampai jugak dekat kawasan makan ikan bakar dan makanan laut.. tuan besar mula pilih ikan, sotong udang dan kepah.. memandangkan saiz ikan yang sangat besar, udang yang saiz ukur lilit badan die lebih besar dari jari laki aku, macam udang galah gitu..kitorang pun bajet mesti rm100++, paling murah.. dan...bila bil sampai, total semua sekali termasuk air dan nasik serta nasik lemak anak aku..hanya rm90..
wahhhh!!!!! murahnye.....rasa tak menyesal sesat mencari umbai..walaupun tak jumpa umbai, kat situ pun ok..puas hati!!
lepas kenyang, kami pun gerak balik usj, jam masa tu dah pukul 11.10malam..anak-anak aku pun macam dah teratai layu di tasik madu.. lebih kurang pukul 1.30pagi, baru kitorang sampai kat rumah di usj, subang jaya.. perjalanan yang meletihkan tapi sangat menyeronokkan.. yang paling best, sebab kitorang satu family dapat spend masa trip bersama-sama dengan kos yang sangat murah..itu yang penting..kihkihkih..

lepas ni boleh pegi day trip ke tempat lain pulak, yang lagi best and fun.. macam-macam ada kat malaysia ni..jom tengok bumi ciptaan Allah ni..

sekian..

Ahad, 15 September 2013

uwekkk sana sini

assalamualaikum..

entri tengah malam ni terhasil selepas merasa lega yang amat sangat.. kisah malam tadi belom cukup dasyat tapi cukup merisaukan hati aku dan tuan besar.. kisah dia macam ni, balik dari kerja aku pun amik anak-anak, sampai kat umah aku tengah buat apa yang patut, tuan besar pun layan budak-budak.. iqbal cakap nak chipsmore, pastu tuan besar pun amik chipsmore kat atas dapur bagi die.. berkongsilah adik dan abang tu akan baki chipsmore yang tinggal 4 keping tu..

lepas 30minit, chipsmore pun dah abis licin, plastik bungkusan chipsmore pun entah kemana.. aku tengah siap-siap, sebab nak kena cod jamu susuk dara kat customer.. tertiba aku tengok tuan besar tengah elok urut belakang si ryan.. ryan tengok aku, die cakap ' ma, umpah..umpah..'

jadi aku dah tau, die muntah..aku pun suruh tuan besar bawak die masuk bilik air, cuci badan die dengan tempat yang kena muntah..aku plak bersihkan kat ruang depan..hasil muntah tu totally chipsmore yang baru makan tadi..tengah elok bersihkan, tetiba si iqbal pulak..uwek jugak..dan muka dia pun serba salah tengok aku..sebab muntah tepi tempat yang aku baru bersihkan.. bergegas aku bangun, suruh die tunduk sikit, biar semua muntah die keluar sambil tangan aku urut-urut belakang die..

hasilnya pun sama, chipsmore.. aku pun mula rasa pelik..tuan besar cakap, cuba call cikgu siti (baby sitter), budak-budak makan ape tadi.. aku pun call, beliau pun terperanjat sebab cucu die yang 3org tu sedang elok je..takde muntah-muntah..so aku dah yakin, punca adalah chipsmore. rupa-rupanya chipsmore dari malam tadi terbiar satu hari kat atas dapur, dengan keadaan bungkusan die dah dibuka..walaupun chipsmore tu masih dalam bungkusan, tetapi sebab ada ruang yang besar dah terbuka..ikut logik, tikus pun muat nak masuk..mujur rumah aku belom ada tikus, tapi aku rasa cukup hanya dengan kesan lalat hinggap.. dengan usia budak-budak tu, cukup untuk meracun diorang sampai macamtu.. sebenarnya aku xberapa pasti apa yang ada kat chipsmore tu, tapi aku yakin chipsmore tu memang dah tercemar..tambahan pulak, kawasan rumah aku selalu ada foging nyamuk aedes, bahaya kalau semburan tu terkena makanan.. memang macam-macam kemungkinan dan penyebab biskut tu tercemar..dan aku sangat menyesal sebab tertido tanpa simpan baki biskut tu dalam bekas bertutup..tuan besar pun nampak susah hati, sebab die main bedal bagi je bila si iqbal mintak..

hampir sejam lebih, iqbal dan ryan muntah..lepas ko aku, lepas aku ko plak..begitulah lebih kurang..aku dan tuan besar memang dah blurr, xtau nak buat macam mana, abru cuci muntah lagi, tak sempat pakaikan baju, muntah lagi..macam mana nak pegi klinik ni??? last-last aku biarkan dua beradik darwish tu duduk kat bilik air, muntah la korang puas-puas sambil diteman tuan besar. aku masih duk cuci tempat yang kena muntah lagi.. tiba-tiba tuan besar cakap, ' ma, ryan dah lembik sangat ni..yg kuar air je ni..isi dah xde'

bila macamtu, aku lagi risau, iqbal pun sama..dah kuar air wana kuning (air hempedu dokter kata)..jadinya, tuan besar terus pakaikan baju budak-budak, sorang dukung satu..lapik tuala..muntah la kat tuala tu..kena pegi klinik..kang kalu dah terhidrat lagi parah.. for information, kanak-kanak yang mengalami muntah-muntah macam ni, sangat bahaya kepada buah pinggang (juga dari dokter klinik tujuan, usj 11 -dokter die sangat klakar).

kat klinik, aku terus suruh dokter bagi suntikan je, sebab aku harap ubat yang paling cepat..sebab bibir ryan dah biru, dan die sangat lemah..terkulai kat bahu bila aku dukung..iqbal pun lemah, tapi masih mampu buat perangai jugak sikit..hihihi..jadi aku lebih risaukan ryan, dan lepas suntikan tu..iqbal rilek je xde nangis pun.. saya kan abang, dan saya adalah otomen!! tapi ryan yang terkulai tadi, suara die masih bertenaga..menangis menjerit semahunya!!! aku pun lega.. atas nasihat dokter, malam tu aku pantau budak-budak tu, kalau berlanjutan, memang pegi hospital..alhamdulillah..anak-anak aku tunjuk perkembangan positif kesan ubat suntik tu..dan malam tu aku tak tido sampai pukul 4, sebab aku masih risau, mana tau tengah malam muntah balik.. tapi kedua-duanya tido nyenyak sangat..cuma kadang-kadang suara mengigau iqbal kedengaran halus..dan tuan besar pun, amboiii...nyenyak jugak..takpelah..biar la aku je yang berjaga..aku kan ibu..hohoho

dan pagi tadi, anak-anak aku bangun dengan ceria, macam takde ape-ape yang berlaku malam tadi..cuma ryan demam sikit..tapi die aktif jugak..jadi aku lega sikit.. tula pengalaman aku kelmarin..bukan senang jadi ibu bapa, kesilapan kecil pun kadang-kadang akan jadi bahaya kepada anak-anak.. harap benda ni tak berulang lagi, kepada semua ibu bapa yang lain, sama-sama kita cuba jadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak kita..terus rindu mak dan abah..huhu

sekian...

Jumaat, 13 September 2013

motivasi diri aku sendiri

assalamualaikum..

salam petang jumaat..hari penuh berkat dan penghulu segala hari..jumaat memang sangat-sangat dinanti, semua orang suka hari jumaat..sebab esok adalah hari sabtu, dan jumaat kali ni lebih menggembirakan sebab hari isnin ni 16 sept adalah hari malaysia maksudnya public holiday lah..jadi wekend punya cuti jadi lebih panjang, sabtu ahad dan isnin.. boleh golek lama-lama sikit dengan permata hati kat rumah tu..

tapi hari ni , walaupun sangat best sebab esok cuti aku tetap kelam kabut macam biasa.. tetap pening memikirkan banyaknye benda aku nak buat, terasa masa cepat betul berlalu..macam sekarang, aku baru tersedar dah nak pukul 5 rupanya..sebab apa? sebab aku rasa aku sangat busy arini..tapi bila aku cek balik, takde benda yang siap kerja-kerja aku tuh..semuanya terbengkalai jugak atau hanya siap separuh jalan..macam nak kena motivasi kejap nih, time-time ni mana nak cari doktor azizan osman ke atau HM Tuah ke..Fadzilah kamsah lagi la..tak yah mimpi die nak datang motivasikan diri..

jadi, aku pun mula buat aktiviti lama aku..iaitu, bermuhasabah kejap..cuba bawak bertenang..sebab aku rasa macam dah makin banyak benda berhimpun dalam kepala aku dalam satu waktu yang sama..dan aku jadi kelam kabut serta tak terurus setiap satu perkara. sudahnya satu pun tak siap, dan hanya separuh jalan..kalau komputer, kira asik 'hang' je lah..


so, kalau korang pun dalam situasi macam aku sekarang ni..meh ikut apa yang aku akan cerita ni..sebab benda ni agak berkesan kepada aku selama ni.. dan dari zaman aku belajar dulu, inilah benda yang aku buat untuk format balik kepala otak aku nihh..

mula-mula.. korang tarik nafas panjang-panjang, hembus..cuba rilek dan bertenang..lagi bagus kalau korang mulakan dengan istighfar dulu 3x..lagi banyak lagi bagus..

lepas tu..korang cuba ambil satu kertas kosong..listkan semua perkara yang korang rasa banyak sangat dalam kepala korang, sampai rasa berserabut..semua benda yang korang rasa buat korang kelam kabut, mana nak dibuat dulu mana nak dikemudiankan..

bila list tu dah siap, korang cek balik satu-satu..tengok mana yang penting, korang susun.. dan dulu aku ada hadir satu tranning, penceramah cakap bila buat list, pastikan kita tau antara perkara yang kita boleh kontrol dan kita tak boleh kontrol, jugak perkara yang penting dan kurang penting..
dari list tu, korang akan nampak kepentingan yang perlu didulukan sampai siap, baru perkara kedua..dan korang boleh set kan perkara yang boleh di kontrol dengan tak boleh.. benda yang tak boleh kontrol contohnya kenaikkan harga minyak yang baru-baru ni, so tak payah serabutkan kepala pikir..nak buat macam mana..dah kerajaan kata naik, naik le..lain kali jangan pangkah.hahahaha
dan perkara yang boleh kontrol, contohnya nak kuruskan badan, kurangkan makan makanan yang berkolesterol tinggi. jangan bagi alasan tak boleh kontrol makan pulak kan..lempang kang!!

bila dah kenal pasti list korang, perkara penting dan perkara yang korang boleh kontrol dan jaga, itu yang korang asingkan ke kertas lain..bila dah salin ke kertas lain, kertas yang tadi yang korang listkan semua benda yang banyak yang jadi punca serabut kepala tadi tu, buang je..umpama korang xpenah kenal dan tak pernah tau kewujudan list tu..kalau kena tangkap sesi soal siasat, jangan mengaku langsung pasal list tu. 

dan list baru yang perkara penting tu, korang boleh tengok dan study..mulakan balik kerja korang mengikut kepentingan dalam list tu..baru otak korang akan rasa tenang dan kerja boleh jalan dengan baik takde separuh-separuh jalan..takde tertangguh-tangguh..kira macam dah diformat serta refresh balik dah..

motivasi macam ni selalu berkesan kepada aku, kalau korang nak praktikkan..cubalah..kalau berkesan, alhamdulillah..dan sangat berkesan ketika aku study dulu, aku selalu listkan topik subjek ikut dari subjek yang aku paham sikit-sikit sampai la subjek yang haram aku tak paham langsung..kira bab by bab.. dan lebih kerap terjadi bila lagi sebulan dua nak final..aku pun mula listkan, dan aku xdelah blurr, mana nak study dulu..nampak sangat suka study last minute, adik-adik jangan ikut!!
sekarang guna untuk susun benda-benda kerja pulak, dan jugak susun benda-benda dalam kepala otak..masih jugak membantu diri aku..
harap-harap jugak berkesan kepada korang..babai!!

sekian..

Khamis, 12 September 2013

hati saya terkilan sangat...

Assalamualaikum..

lamanya tak post entri baru..sorry ya my reader..mood saya pagi ni mendung sikit..mata saya dah menangis, dan sekarang hati saya masih menangis.. pagi tadi terbaca tajuk muka depan kosmo, pemandu 4 tahun.. hati saya tersentap bila baca isi kandungan  laporan kosmo..Ya Allah...

kenapa saya menangis? kerana saya punya anak juga seusia anak yang menjadi mangsa.. kenapa hati saya terkilan? kerana saya seorang ibu..saya tau perasaan ibu bapa kanak-kanak malang itu..tak juga boleh salahkan abanga mangsa, kerana dia masih kanak-kanak..dunianya hanya bermain..dia tak tau apa-apa.. tapi patutkah salahkan si bapa?sebab kecuaian beliau? saya juga rasa tak boleh.. sebab tak mungkin bapa itu dengan sengaja membiarkan kereta begitu sahaja sekiranya die tahu akan bahaya yang mungkin terjadi..

entahlah..tapi hati saya sangat-sangat terguris, apatah lagi hati si ibu..
kepada si ibu..bertabahlah.. Allah lebih menyayangi anak itu..dan jangan la bimbang, anak itu lebih sempurna dalam jagaan Dia..dan die sedia menanti kalian di syurga.. sekurang-kurangnya, anak itu tak perlu bersusah payah nak bertarung hidup di dunia yang penuh kezaliman ni..dunia yang dah penuh dengan kehancuran..jadi senyumlah wahai si ibu, anakmu sedang menunggu mu di syurga..

sekian...

Jumaat, 30 Ogos 2013

babai...

Assalamualaikum..

busy skit sekarang ni, mana nak buat keje opis, keje partime..ni plak tengah setup lagi satu bisness..waaa..hebat betul aku berbisnes..hohoho..gebang je lebih kannn..In Shaa Allah..menjadi jugak pojek yang seterusnya ni..ingat, berniaga tu sunnah rasul kita..dan aku memang suka buat bisnes..

arini akunye entri nak citer pasal kesah kat opis..kitorang ni sume staff pompuan, bos je jantan!!!! hahaha
datuk lagi u..well, kihkihkih.. kitorang yang pompuan ni plak hanya berlima, campur ahli mesyuarat tingkap sorang, jadi 6 orang geng bergosip.. yang bestnya pasal kitorang ni, semua peringkat umur ada, dan hubungan tu jadi lebih mesra macam keluarga..yang kakak paling tua selalu kena usik je ngan adik-adik dia yang 4 orang tuh..dan aku yang punya sorang kakak je dalam family (sekarang dah ramai, plus kakak ipo yang best) terasa meriah dengan kakak-kakak dan sorang adik..

cerita harini aku tak tau nak klassifikasikan sedih atau happy..tapi yang pasti, harini kakak yang selalu 'gaduh' dengan aku dah last day keje kat sini (tapi masih bersama untuk projek seterusnya). nama beliu k.rose, orangnye nampak macam sopan cantik ayu lemah lembut gitu, tapi aku je yang kenal perangai giloss die (so jangan tertipu-amaran keras)

beliu ni tinggal kat sungai buloh..setiap pagi suami beliu terpaksa bawak satu family  begerak awal pagi dari rumah ke tempat kerja. tapi perjalanan diorang banyak persinggahan, hantar anak, dropbeliu dan suami teruskan perjalanan ke tempat kerja die pulak..macam lawatan satu selangor setiap hari..mungkin faktor itu menguatkan keputusan untuk berhenti kerja..setiap hari beliu solat subuh kat opis tau, so imagine lah pukul berapa nak kuar dari umah..dan malam2 aku tak pasti pukul berapa beliu tiba di rumah, tapi yang pasti perjalanan setiap hari macam tu amat meletihkan.. 

jadi, harini keputusan beliu untuk berhenti dah termakbul lah..dah lastday pun..dari tadi bergurau senda je ngan kitorang nih.. yang palinag tak tahan, bleh plak buat karangan untuk datuk boss tuh..hahahaha..kan aku dah cakap, kakak ku itu sedikit gilosss..

apa pun, bila staff dah kurang sorang keriuhan pun semakin kurang..tapi semangat kami bunga jannah, tetap adoooo..yeayyyyyy!!!

so kakakku, be happy kat rumah dengan zaim, ammar dan muaz yang bambam tu (tidak luper klon ustaz kazem kito abg mahadir).. okes, yang pasti beliu musti tersenyum baca entri khas dari haku nihh..hohoho..

sekian. (nk je aku print screen yang kat fb tuh, pastu tempek sini)

Selasa, 27 Ogos 2013

Si Pengamen Tegar

Assalamualaikum
 
aku petang-petang ni mula la mengantuk..jadi aku pun layanlah lagu-lagu kat youtube tu.. korang kenal adik yang sedang dikenali sekarang si tegar tu? lagu dia 'aku yang dulu bukan yang sekarang' sering sangat meniti dibibir sesiapa sahaja..
aku pun, 2,3 hari ni asik menyanyi-nyanyi kecil lagu dia..liriknya sangat mudah, menceritakan kehidupan dimasa lalunya..jika benar begitulah liku-liku hidup yang terpaksa ditempuhi Tegar suatu masa lalu seperti dalam lirik lagu yang dinyanyikan, sememangnya anak kecil ini begitu tabah..dan akalnya lebih matang berbanding umurnya..

sejak berumur 7tahun Tegar sudah menjadi pengamen jalanan, mencari nafkah..tapi aku, ketika umur 7 tahun, hanya tau bermain dan meminta duit belanja..ke sekolah pun malas-malas..banyak pengajaran dari lagu yang Tegar nyanyikan..dan apa yang aku cuba faham dari lirik lagu ni, buat aku terasa insaf.. betapa anak sekecil ini begitu matang dan berusaha tanpa putus asa untuk menjadi orang kaya.. jom kita tengok lirik lagu tegar yang aku copy paste dari  
 
Tegar - Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia
Cita-citaku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang alhamdulillah
Bersyukurlah pada Yang Maha Kuasa
Memberi jalan untukku semua
Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Membantu keluarga di rumah
Sekolah dulu ku gak punya biaya
Terpaksa ku harus mencari nafkah
Tetapi aku tak berputus asa
Pasti Yang Kuasa memberi jalanNya
Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman
sumber www.rizkyonline.com
Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman
Sekolah dulu ku gak punya biaya
Terpaksa ku harus mencari nafkah
Paling bisa bantu dengan penuh cinta
Cinta yang penuh warna
Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia
Cita-citaku menjadi orang kaya oiii
Dulu ku susah sekarang alhamdulillah
Bersyukurlah pada Yang Maha Kuasa
Memberi ooh memberi jalan untukku semua


dari lirik lagu ni, korang rasa tak apa yang aku rasa? betapa tabah dan matangnya si Tegar.. ok dah, sebab aku terasa sebak dan insaf.. 

Sekian.

Isnin, 26 Ogos 2013

potluck... hari mengisi perot bersama-sama..

Assalamualaikum..

entri ni nak cerita pasal potluck..kalau ikut maksud sebenar potluck ni, yang aku baca-baca la, potluck ni lebih kepada kejutan..apa yang ada dalam periuk atau bekas tu..itu la potluck, macam luckydraw, nama sapa yang naik?kan macam suprise? jadinya semua tertunggu-tunggu nak tau apa yang ada dalam bekas makanan atau mangkuk tingkat masing-masing..harini kawan-kawan opis masing -masing pakat bawak menu memasing..sebab nak buat potluck kan..tapi idok le potluck sangat aku rasa sebab kitorang semua pakat agihkan menu orang ni bawak ape, orang ni bawak ape..sebabnye kitorang ni tak ramai, kalu gamak kate semua bawak makanan berat, adoihhh..sape yang nak abiskan..jadi pakat2 lah.. tapi masih lagi potluck jugak, sebab menu yang dijanjikan tetap ada, pastu ada pulak menu tambahan..hahaha..jenuh nak menghabiskan karang..

satay samuri

popia dari zana
 
 sila abaikan hiasan yg tak menarik tu, ini kes nak menghabiskan benda-benda hiasan yang masih ado..

dan menu-menu yang dibawak pulak macam-macam.. feberet aku lontong kuah lodeh pun ade, dibawak oleh kak isma, jadi harini sayang sangat lah kat kak isma..hahaha..pastu kak rose bawak satay kajang haji samuri, kak zim bawak nasik goreng sardin pedas spesial..shakila bawak mee goreng dengan lauk spesel dari air tangan orang pahang, patin masak tempoyak la..ape lagi..bila bukak je tupperware bekas patin masak tempoyak tu, makkk aiihhhhhh..sedapnyerrr bauuuu...jiran opis depan yang join si zana bawak popia goreng sedap..semua spesel..semua sedap..

aku?korang tanya aku bawak ape?mestilah aku bawakperot je untuk diisi..hikhikhik..akunye menu lah yang paling spesel..aku bawak desert, cheese kek oreo..hohoho..nampak macam banyak..sekali pakat ceduk..dah nak abis..tak cukup rupenye..sedappppp....

so sekarang ni aku tak boleh tulis entri panjang-panjang..kang tak sempat makan semua makanan yang dibawak tu..jadinya aku stop jelah dulu kat sini..sebab aku nak pegi isi perot lagi..yeayyyy!!!

sekian..

Jumaat, 23 Ogos 2013

tak rugi berbuat baikk..

Assalamualaikum..

salam jumaat.. hari yang indah, penghulu segala hari..korang tau tak apa keistimewaan hari jumaat? banyak tau.. antara perkara istimewa dan kelebihan hari jumaat antaranya, nabi adam diciptakan pada hari jumaat, wafat juga pada hari jumaat..dikeluarkan serta dimasukkan ke syurga, juga pada hari jumaat.. dan hari jumaat jugak lah akan berlaku hari kiamat.. bukan itu je, banyak lagi..doa paling makbul juga pada hari jumaat.. tapi entri ni bukan nak cerita pasal kelebihan hari jumaat..tu cuma sharing intro je.. thank to blogger Hanis Zalikha, sebab dia tercetus idea ni..(kredit to hanis zalikha)

entri ni aku nak bercerita tentang kebaikkan rambang..beberapa hari yg lepas aku terbaca entri dari blog Hanis Zalikha tentang kebaikkan rambang..dan baru aku tersedar, rupanya dalam kehidupan seharian kita memang banyak sebenarnya perkara yang remeh je, tapi sebenarnya kadang-kadang memberi makna yang sangat besar kepada seseorang. macam iklan kat radio yang hans isac cakap tu 'ambil sekeping kertas dan tulis, awak nampak comel hari ni'..

benda-benda macam tu sebenarnya kecik je dalam kehidupan kita..dan kadang-kadang pada orang yang tak pernah ambil endah hal sekeliling akan beranggapan perkara seperti tu hanya buang masa..tapi, pada aku..sama sekali tidak..sebab apa?sebab benda kecik tu telah menggembirakan hati seseorang..mana tau hari tu kita dalam mood sedih, dan tetiba dapat nota kecik dari sorang kawan bertulis ' dont giv up..' tak kisah lah apa pun prob yang dia tengah hadapi..dan tak kisah lah kalau nota tu xde kena mengena pun dengan masalah yang kita sedang hadapi..tapi percayalah..kita pasti akan tetap tersenyum..kannn??? setuju? sape yang tak setuju, dah pegi tido..

dan selepas aku terbaca entri dari blog hanis, baru aku perasan, aku pun suka buat benda tu..tapi bukan tulis nota..kat FB, kan ramai frenlist korang kan..kadang sampai beribu-ribu..dan aku percaya korang tak kenal pun semua yang beribu tu..mungkin yang korang kenal hanya separuh dari frenlist korang atau mungkin juga hanya suku darinya..dan aku pun sama, frenlist aku sikit ja, 900lebih ja..tu pun bukan semua aku kenal.. sapa yang send request biasanya kalau perempuan, aku akan terus approve je.. ni aku sharekan apa yang aku buat, dekat wall kita setiap hari akan ada reminder birthday..dan walaupun kawan-kawan dalam frenlist tu adalah sape-sape ntah yang aku tak kenal, aku akan wish birthday diorang..sebab aku percaya, birthday adalah hari yang menggembirakan..dan semua orang akan happy bila dapat ucapan selamat hari jadi, biar la dari sesiapa pun..dan aku seronok buat perkara tu, setiap hari aku akan tengok birthday sapa yang tertera kat reminder tu, pastu aku akan wish..kalau aku busy sangat haritu, paling kurang aku akan tulis 'happy bzzday my fren..'..tak kisah diorang akan like, komen atau pun just terbiar sepi..tapi perkara yang aku buat tu kecik ja, dan manfaat die kalau ikutkan, aku tak dapat untung apa pun..tapi, korang tau apa yang aku rasa? aku rasa satu perasaan puas, sebab aku tau..orang yang aku wish tu pasti akan tersenyum jugak walaupun hanya sekelumit..


sebenarnya banyak perkara baik yang ada kat sekeliling kita ni yang kita boleh buat..dan aku tertarik bila hanis tulis 'lalu kat lorong tunai, pastu bagi sejumlah duit dan cakap, saya tolong bayar sekali untuk sepuluh kereta di belakang saya..'

kepuasan yang kita buat dari benda-benda macam ni sebenarnya sangat best..sememangnya kenalah ikhlas..tak perlu mengharap pujian atau terima kasih, sebab jika kita ikhlas, akan lahir sendiri perasaan yang aku sendiri pun tak tau nak jelaskan apa perasaan tu, tapi kita merasa puas dengan apa yang dah kita buat, walaupun hanya sekadar tersenyum kepada seseorang yang kita tak kenal.. jom senyum reramai..

sekian..

Khamis, 22 Ogos 2013

beliau sangat berkarisma...!!

Assalamualaikum

masih mood hari raya ke? syawalkan sebulan.. aku masih mood raya, dan setiap minggu bersedia nak pegi open house je..ngeh ngeh ngeh.. aku seorang yang sangat teruja bila nampak makanan yang banyak..semua nak balun..hohoho..kalau ada open house, tolong jemput aku!! 

aktiviti aku kat opis hari ni agak slow..dan aku terasa hari ni lambatnya masa berlalu..bukan takat hari ni je..seminggu ni kot..mungkin sebab cuti lama sangat kan..dari semalam aku asik ingat hari ni jumaat..padahal baru khamis..
plak lagi, aku tengok jarum jam tu macam tak berganjak..ke aku yang nak kena berganjak ni?

ermm...sebenarnya bosan kot..dari semalam aku duk mengkelebek data-data excell yang beribu-ribu tu..halus-halus tulisan, sebab nak tengok keseluruhan..tulisan besar tak nampak semua plak kan..jadinya aku asik gosok mata, kejap-kejap tengok jam..mungkin itula aku rasa lambatnya masa berlalu..pulak lagi boss aku yang datuk tu dari pagi tadi dah ada kat opis..sebab die ada meeting dua sesi..sesi pertama dengan orang lain, sesi kedua dengan orang lain..

orang yang meeting dengan bos aku di sesi kedua sebelah petang ni seorang doktor..pensyarah dari universiti mana aku tak pasti, tapi die adalah salah seorang consultant opis aku ni.. nama die dr.amran..nama penuh aku tak tau..dan aku pun malas nak amik tahu..tapi ada satu perkara yang aku nak kongsi tentang beliau..

biar aku gambarkan perwatakkan beliau dulu.. orangnya tegap tinggi, ukuran aku agak-agak dalam 175++..sentiasa tampil kemas berkemeja dengan seluar jenis khakis..kadang-kadang lengan kemejanya disingsing sehingga ke tengah lengan, menampakkan gaya orang muda yang segak bergaya santai atau pun kasual..raut wajah sangat tampan persis kacukan, tapi anak jati taiping noh..melayu tulin, xde mix-mix ya.. sapa kata lelaki melayu tak tampan? bila bertutur, lagak suara dia macho gitu..bersuara tegas tetapi sedap didengar dicuping telinga.. senang cakap beliau seorang yang sangat berkarisma..macam mana berkarismanya anuar zain yang aku minat tu, macam tu lah dr.amran..tapi dr.amran lebih hensem..hoho

kenapa aku macam admire sangat kat dr.amran ni?sebab bila tengok dia, aku siap cakap macam ni..bestnye kalau ni majikan aku..hohoho setahu aku, dr.amran ni orangnya sentiasa travel..kalau nak set appoinment, mesti cek jadual dia dulu supaya tak ganggu jadual aktiviti dia..dan walaupun bila dia sampai kat opis dengan beg sandang belakang ala-ala beg sandang budak sekolah tu, tapi penampilan dia memang sentiasa kemas dan smart..hebatnya karisma atau tarikan dari dr.amran kan..sampai ayat-ayat aku kat atas tu sangat bertatabahasa melayu gitu..

tapi, yang buat aku lebih kagum adalah..umur die bukan muda remaja, tu gaya die je..umo dia korang tau berapa?dah cecah 55++..tak pasti 56@57..sebab itu aku sangat kagum tengok dia..sebab aku ingat umo dia pertengahan 40an gitu.. 

tapi jangan riso, aku bukan admire pun..aku dah berlaki..tak kepingin aku dengan jantan lain walaupun ensemnye teramat sangat..syurga aku kat suami aku je..cuma aku sedikit kagum melihat penampilan beliau, sudah berumur..dah pencen pun umo die, tapi tegap, tak buncit, bertenaga dan sentiasa kemas..suara lantang dan macho..nampak sopan dan sangat educated..cuma rambut je dah beruban, tapi tak mencacatkan pun kehenseman beliau..mungkin sebab dia seorang pensyarah dan bergelaran doktor, jadi menampakkan dia lebih berkarisma serta berilmu.. atau mungkin juga amalan dia, yang buatkan wajah dia nampak tenang dan bersih.. 

sebab apa aku excited sangat cerita pasal dr.amran ni? sebab dia sorang je konsultan yang tak menyusahkan kitorang kat opis nih..yang lain, huh tengok muka pun aku dah stresss..hahahaha

okeh..sekian..

Rabu, 21 Ogos 2013

Dating ke..???

Assalamualaikum..

heh..pagi ni aku ngan tuan besar tetiba terdating berdua kat kedai tayar..giler romantikkan..dating plak kat kedai Good Year sekseyen 15 Shah Alam tu..alah yang tersergam indah besar giler tepi round board tu..entah pesiaran ape ntah round board tu.. puncanye tayar belakang tu pancit..kempis habis..nak tukar tayar spare ada je, tapi..

moh le aku cerita dari awal..
keta tuan besar tu keempat-empat bijik tayar memang dah lame tak beganti..sepasang tayar depan tu bunga pun ala-ala sonata musim luruh dah..tapi tayar belakang bunganye cantik la lagi..kalau nak ganti memang tayar depan la yang sepatutnya..tapi tayar belakang ni pun ada ceritanya, tak tau kat mana punca kena..setiap 3hari memang kena pam je balik tayar tu, sebab angin die akan berkurang.. tapi tidak lah menjadi masalah, sebabnya di setiap stesen minyak pasti ada pam angin.. Air & Water..hahaha dulu-dulu masa kecik2 baru belajar bahasa omputih, aku slalu duk kate, nape air dan air?padahal angin dan air

dan semalam, tuan besar macam biasalah, kena pegi kerja luar..kat perak sana..kerja apa aku pun tak tau..janji kerja yang rezki die bawak balik tu halal udah le.. mungkin sebab die teringat bab tayar..alang-alang dah kat belah perak yang tempat kos sara hidup idak le setinggi area sini ni, die pun cuba singgah kedai tayar..dan memang..tayar baru, bukan second hand atau tayar toreh..tayar baru..dapat rm210 satu, sepasang dah rn420..murah la kan..tapi tayar indonesia, kualiti die biasanya orang kata getah die keras, bila bawak laju die berdengung skit. tapi tuan besar setuju je, tayar indon pun takpe, janji baru..dah betukar tayar sonata musim luruh tu kepada sonata musim bunga balik..safety first..tayar xde bunga bahaya tau! dan tayar belakang yang satu yang asik kena pam 3kali sehari tu, die mintak pomen tu cek tengok..bocornye kat mana..pomen cek die kata ni ada bocor, tapi boleh tampal lagi..sayang bunga masih cantik..ok, tampal..tuan besar bersetuju..dan die sampai ke USJ malam tadi dari Perak dengan selamatnya..Alhamdulillah..

pagi tadi..

wahhh...kempis habis..tuan besar garu kepala sekejap..aku tengok je, pastu aku tengok jam..8.30, ok lagi..
'nak kena try pam ni' 'kan ada tayar spare, nape tak tukar je?'

'kejap' dibelek tayar die, pastu tersengih..'takpelah, try pam dulu..'

mujur sebelah perumahan tu ade stesen minyak, maka adalah air&water..tapi memang lah tak masuk..keta dah kempis habis kot..jadi pergi kekedai yang jugak kat area situ..mujur dekat dalam 3minit sampai..kalau tak mau jahanam rim tayar tu..sekali sudah buka tayar, pomen tu cakap..'lu punya tayar xde saiz, kena order' mujur la kedai tu hanyalah bengkel..tayar cuma yang ada standard saiz je..
'kalau order berapa?apa jenis?'
'ini tayar indonesia punya, tada brand punya, jenama biasa saja rm260 saja satu tayar baru' huhuhu..takde jenama punya dah rm260, yang petang semalam kat perak tu baru rm210..tayar sama dari indonesia juga..bezakan????

jadi mintak pasang balik dengan pam tayar kempis tu.. tayar baru pun kena order, inikan pulak tayar second..memang mintak maap la kan..jadi berbekalkan angin yang baru dipam tu, berpusing sekejap memikirkan kat mana agak-agaknye kedai tayar yang boleh ada tayar second, tayar baru tak sanggup, dah ujung bulan, mengkome paham ajelah..xmo tayar toreh..tayar baru pun takleh..

so..kenalah cari kedai tayar yang besar punya..supaya kebarangkalian untuk dapat tayar second yang masih cantik itu tinggi..itu yang boleh terdating kat kedai tayar Good Year tuh..dan pandai jugak kedai tu berbissness..sebab kedai die yang sangat besar, ruang tempat paking kereta untuk dicek dan tukar tayar aku rasa ada lebih dari 10 petak kot..tu bukan petak paking tau, aku tak tau orang panggil apa, tapi tempat yang ada lorong untuk tayar keta naik tu..haa..besarkan?biasanya ada dalam 3,4 je satu kedai..ni ade lebih dari 10rasanya..besarkan kedai tu??? dan rasanya semua aksesori kereta ada di kedai tu..sebab apa? ni sebabnya, tengah aku ngan tuan besar minum kat mamak sebelah kedai tayar tu tepun die bebunyi 'allo bos, ini lu punya wiper sudah koyak..mau ganti balu ka'

ape ke jauh bebenor tayar dengan wiper tu..tapi tuan besar just jawab..'yelah, ganti jelah' jadi wiper pun baru, 38hinggit punya..hoho..kan pandai die berbisnes? nak tukar tayar je..agaknye abis satu keta tu die cek, mujur die tak ofer ganti minyak itam sekali..

itulah dating kitorang harini..bukan senang nak dapat dating berdua tau..maklumlah..ada je eskot yang due orang tomei tu..hahaha

dating ke macam tu..lantak lah..hoho..pastu aku masuk keje arini pukul 11 pagi..memang osem..

sekian.

Isnin, 19 Ogos 2013

Maaf..saya tak sengaja..

Assalamualaikum...

masih mood raya..syawalkan sebulan..sampai aku luperrrr..ni kan bulan merdeka, dah 56 tahun kita sambut kemerdekaan negara kita.. yeke merdeka?tapi pendapat aku mengatakan, pemikiran orang kita masih lagi dijajah..itu hanya pendapat peribadi aku je.

baru-baru ni kan heboh isu isteri kena belasah dalam lif hospital..aku rasa laki tu pikir, ah xpe, sini hospital..kalau cedera parah, dekat je..buka pintu lif je dah boleh jumpa dokter..hakkkk tuiiii!!!

pelik la orang yang macam ni.. xde hati perut.. yang ko belasah tu bini ko kot..yang dulu bukan main ko duk ulit peluk siang malam..ni bila dah xnak, camtu je ko boleh belasah..dan aku rasa, perempuan mana pun yang mamat xguna ni jumpa atau ada masalah, memang die belasah je kot..eleh, ngan pompuan ko nak ajak sepak terajang..DAYUSSSS!!! kalau hebat sangat pegilah sepak terajang samseng-samseng atau penjenayah yang besepah kat Malaysia ni..

dengan pembunuhan tembak menembak..huh, dah rasa macam duk kat bangkok dah, tak pun guatemala..sebab tu negara paling bahaya..jenayah, tembak menembak, gengster dengan dadah semua..wahhhh..pastikan negara tu xde dalam list senarai tempai untuk dilawati..

bebalik kepada kes belasah isteri die tu.. aku tak boleh nak pikir apa point atau punca yang buatkan mamat tu tepikir nak belasah bini dia tu..biasa orang laki ni yang kalau nak dibelasah-belasah kalau orang-orang samseng ja, macam peragut memang kena belasah lah..sampai lembik.. tak pun ko ngendap anak dara orang, pastu kantoi, memang kena belasah dengan orang kampung..ko curi getah sekerap ke, curian durian ke..curi lah apa pun..memang biasalah, sebab lelaki memang sifat die sebagai pelindung dan nak jadi wira..
so dia akan protect dengan bersungguh-sungguh lah..tapi bila suami belasah isteri..aku jadi blurr kejap..
sunyi sepi..(bunyi cengkerik kejap)

ok cengkerik semua dah kena makan dek katak ijau..

sampai sekarang aku tak jumpa lojik kenapa dia belasah bini dia tu..nak tunjuk sifat pelindung? pelindung apa? orang yang ko patut lindung tu ko dah belasah.. nak tunjuk sikap wira?celah mana? penin penin..aku memang tak jumpa jawapan kepada punca tu..

sebenarnya aku rasa ramai ja kot suami-suami yang masih tinggal dengan isteri..serumah..dan bersama anak-anak..dan kadang-kadang di depan anak-anak jugak, memukul, sepak terajang isteri sendiri..sebab drama ni yang aku sangka dulunya cuma berlaku dalam tv, tapi dialami sahabat aku sendiri..tambahan lagi, dibelasah teruk ketika sedang hamil lapan bulan..korang rasa korang nak buat apa dengan mamat laki kawan aku tu? jangan riso, diorang dah divorce pun, mungkin cerai tu perkara yang Allah tidak suka, tapi Allah juga tidak suka jika wanita dianiaya.

dan penyudah kepada semua benda belasah tu.. saya minta maaf..

maaf..
maaf..
maaf..

perkataan yang 4huruf tu macam dah takde nilai dah..lepas mintak maaf, buat lagi..belasah lagi..itu yang kawan aku rasa..orang lain aku tak tau la..dan kakak yang kena belasah tu pun.. laki dia lagi sempoi "saya mintak maaf kepada semua wanita, saya tidak sengaja mengajar isteri saya macam tu"..

semudah itu perkataan maaf tu digunakan..bukan isu sengaja atau tak, tapi isu kenapa ko tergamak buat macam tu?haihhh..entah la..dunia sekarang ni, dah akhir zaman agaknye..macam-macam perangai manusia yang pelik timbul..makin kejam..

jeles pun kena bom..itu lagi kesian, tak pepasal dah menjanda pompuan tu..giler kejam..

dah penat dah aku ngomel sorang-sorang..hoho

Sekian.

Jumaat, 16 Ogos 2013

Selamat Hari Raya..!!!!

Assalamualaikum...


tumpang bergambar kat umah pak anjang kat perlis-motif rumah dia lawa..huhu

sekejapnyerrr dah 9 syawal kan.. tapi boleh lagi lah nak ucap selamat hari raya kan??? raya kan sebulan.. pejam celik pejam celik..dah 9hari..ada yang buat puasa sunat tak?sape-sape yang rajin tu musti dah raya enam kan? alah puasa sunat enam hari bulan syawal..

Sabda Nabi SAW :

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ صَامَ الدَّهْر     


 maksudnya : "barangsiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun" (HR Muslim) 


-aku rujuk sini

yang dah buat syukur..untung korang..yang belum buat macam aku..duk tamak terbayang makanan je memanjang, ihihi.. kawal-kawal lah..macam kata kat diri sendiri je nihhh

ok jom kita kongsi cerita raya..korang raya mana? yang bujang standard lah kan, kampung sendiri..tarak payah penin kepala lambung syiling bagai..yang laki bini somi isteri macam aku..memang kena ada giliran..kalau tidak mau perang dunia.. mana idaknye tahun ni umah awak, tahun depan umah awak lagi..pastu awak lagi..bila masa tahun kat umah saya???haa...susah tu..

tapi tahun ni giliran aku..hihihi..sori lah tuan besar, your turn next year okeh!! tapikan sama je pun..umah aku ke, umah tuan besar ke..dua-dua meriah dan seronok.. rayakan..apa yang tak seronok..nak sedih..nak syahdu..dah..pi duk jauhh jauhh..tapi kena ingat, dalam kita bergumbira tu, memang ada insan yang sedang berduka, cuma kita tak tau apa kedukaan yang ditanggung tu.

ok..menu raya..negeri orang lain aku tak pastilah..tapi utara maiii kedah nun, menu biasalah.. ketupat daun kelapa tu..ok, ni kena tukar loghat lah.. kami panggei ketupat jawi(ketupat nasi), guna daun nyork, tak pun kalau nak ketupat tu besaq sikit, abah aku ambik daun ibuihh..rupa dia macam daun nyork jugak..cuma dia lebih lebaq dan panjang, so hasil dia ketupat agak besaq lah sikit..(aku lupa snap gambar masa duk anyam aritu)

pastu menu lainnya ketupat daun palas ataupun disana dipanggil ketupat pulut..ni kira macam lemang lah..cuma lemak dia kurang skit..lemang lagi sedap..orang kedah jarang buat lemang (area kawasan aku lah-kubang pasu) mungkin sebab susah nak dapat buluh. jadi ketupat adik-beradik lah yang akan menjadi menu utama. penemannya mesti gulai daging, rendang, sambal tanghun (suhun), sambal kacang (sambal kacang ijau+udang=sedap giler),dan adalah lagi..jenuh nak sebut..

menu rumah aku pulak, hari last puasa tu, mak dan abah aku gotong royong masak nasi daging untuk anak-ank dan menantu serta cucu-cucunya..haaaa..romantik tak?best woo tengok mak abah aku gaduh kat dapur berebut resepi sapa lagi sedap..hoho

dan malam tu selepas isyak..aku plak take turn..sebab adik aku duk nyendeng2 tanya.."esok raya selain ketupat ni, xdak yang lain yang lg spesial ka?"
"yelah yelah..jom buat soto" kisah hidupku bertukar lagi, jadi chef ni..hebakkk..
so esoknya menu raya tahun ni lain la sikit kat rumah aku..selain ketupat, gulai daging dan rendang..adolah soto satu family..sampai pukul 2pagi aku gentel2 begedil tu..sebabnya aku buat kecik-kecik saiz telur puyuh..baru senang makan..best skit.. balasannya adik lelaki aku kena iron baju aku satu family..hahahaha...

soto yang adik aku request bersama dengan menu raya yang lain

dan esoknya hari raya..memang soto aku yang habis dulu..soto bertahan sampai petang, ada la 2,3 family saudara mara yang datang sempat merasa..sebab pagi tu pukul 11.45pagi, rumah kitorang kena serbu dengan kawan-kawan adik aku..12orang sekali serbu..semua lelaki..memang la diorang melantak tak ingatkan???habis bergedil aku yang cumil2 tu..patut la bukan main request yang special bagai..hampeh tul..tapi rasa best dan puas hati..sebab abis licin..hoho

apa-apa pun beraya memang saat paling seronok dalam hidup..sebab time ni lah nak jumpa sedara mara yang dah lama tak jumpa, sedara mara yang jauh umah die, yang sebelum ni nak pegi pun terasa jauhnya..tapi bila time raya..lagi jauh, lagi best pegi beraya..macam lari lari raya.. lagi pulak bila masih berkesempatan beraya dengan keluarga dan mak abah sendiri..lagi lah bermakna..huhu..

so enjoy raya puas-puas korang ekk..yang ada mak bapak lagi, kalau hari raya tak dapat cuti..balik la ujung syawal pun takpa..raya kan sebulan..hargai ketika diorang masih ada, atau kita masih dipanjang usia..

~sekian~

Khamis, 15 Ogos 2013

kenapa niiiii...?????

Assalamualaikum...

hari ni mood aku sangat tak ok..kisah hidupku berubah skit, tetiba moody..aku tak penah sangat macam ni..aku pun tak tau kenapa..mungkin tanda2 nak kena ganti minyak itam kot.. tapi ngan kawan-kawan opis aku rilek ja..gelak-gelak macam biasa..

tak reti sangat nak tunjuk mood tak ok tu.. tapi dalam hati memang amat terasa tak bestnya..macam nak menangis..nak marah..nak termenung tanpa buat apa-apa..

dan makin menyampah bila teringat aku tepaksa tunggu tuan besar jemput baru boleh balik keje..sebabnya kawan baik aku tu semput lagi..masih tersadai kat bawah rumah..kalau terpaksa tunggu ni, memang jawabnya lewat lah..kalau drive sendiri, cukup jam aku dah berambus..

jadinya harini serba tak kena..masa solat tadi je rasa tenang skit..tu pun adalah dalam 15minit..ikut hati nak duk je dalam surau tu sampai petang..biar tenang jiwa aku..tapi panas lak dalam tu..xde kipas..

dan...kenapa niii???
kenapa aku rasa sangat tak best hari ni? semua rasa macam tak kena..dah la rasa sakit kat gigi geraham (bengkak gusi sebab geraham bongsu yang tak habis2 kuar) tak ilang lagi...

makin stress aku jadinya..cuba bersabar..duk beristighfar lagi..nak cuba tenangkan jiwa..sebab tu aku dapat buat jugak satu entri yang bengong ni..

adeh adeh adeh..

aku rasa sangat tak best hari ni..

sekian...
Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™