Memaparkan catatan dengan label kisah hidup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kisah hidup. Papar semua catatan

Jumaat, 19 Julai 2013

Kisah Kawen Lagi..

Assalamualaikum

sampai hari ni masih lagi 
berbunyi macam-macam pasal kes poligami Ashraf Muslim..

kita ni membaca je macam macam komen..
memula aku tengok gamba and statement yang di post sorang sahabat FB, Ashraff Muslim mengaku nikahi sakinah di Thailand. 

pastu gamba Wan Sakinah yang menjadi isteri kedua..
pastu hari ni terbaca puisi khas dari dayan untuk Ashraff..
.
.
.
.

Kalau betul puisi tu memang nukilan dayana, 
terbukti hati wanitanya amat kecewa..

terbaca tulisan sorang rakan blog lelaki, 'aku lelaki, kalau bab poligami pastinya akan lebihkan lelaki'..

ok fine..
meh aku lak jawab bagi pihak hati perempuan tentang isu poligami..
sudah pasti akan penuh dengan emosi ya..

ok aku nak review dari awal..
memula aku baca kat Mingguan Wanita tentang perkahwinan Ashraff Muslim dengan Dayana..
Kahwin kat Mekah..
merancang untuk tangguh isu zuriat, sebab time tu dayana masih belajar..
aku tak pasti kat mana dan kursus apa..

perkahwinan pertama dengan Dayana

nampak sangat manis dan bahagia photo-photo yang dipublish kat Mingguan Wanita edisi tu..
sampai aku pun teringin nak cari jubah kaler purple yang dayana pakai..yeke purple, tak ingat dah..

tup tup bunyi cerita Ashraff nk kawen lagi..
tapi nafi..
Alih2 mengaku nikah wan sakinah kat Thailand..

Isteri kedua Wan Sakinah

ok..
komen aku..

LELAKI..
korang memang boleh kawen 4..
tapi kawen 4 tu bukan semudah korang menyatakan nak kawen 4..
besar tanggungjawab kalau berpoligami..
aku pompuan, aku tidak tentang isu poligami..
cuma hati wanita pasti akan terguris jika ada poligami tanpa rela..

sedar-sedar dah ade kawan share laki..
arrgghhhhhh!!!!
memang perang dunia la jadinya..
sebab apa?
dia akan pikir..
sejak bila si dia mula mencari yang baru
sejak bila si dia terfikir hendak mencari yang baru
kerana apa
kerana siapa
apa kurang diri si dia sanggup cari yang baru..
 dan macam-macam lagi la..

pompuan kan emosi???
pasti banyak soalan yang bermain kat kepala dia

dan lelaki akan menjawab..

dah jodoh..
nak buat camna..

hurmmmm...
semudah itu jawapan lelaki setelah melukakan hati wanita pertama yang lafazkan aku terima nikahnya..

kalau betul nak bepoligami
buat la cara elok..
dah ada contoh kot
ustaz Azhar Idrus pun kawen 3..bini bleh duk sebaris
elok ja jadi kawan
Salleh Yakob..(abg Jem i follow)
lagi ramai..dah penuh kuota..
siap bleh p bercuti ke China sama-sama semua bini and anak-anak..

nampak tak???
kalau buat cara betul, ikut cara yang Islam ajar..pasti ok..

tapi ini kalau sembahyang pun tunggang langgang, ko xyah sembang la nak kawen 2,3..meh sini aku blend je anu ko tu..
huh!!

poligami bukan benda mudah..
banyak hati akan terluka..
dan terutama sekali hati si isteri, mungkin die senyum..
tapi dalam hati siapa tahu..
sebab itu wanita yang rela ikhlas berpoligami akan mendapat ganjaran payung emas..
sebab berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..

para suami..
tahukah kalian..
perempuan bila berkahwen dengan kalian, maka dunianya terus berubah..
semua di bawah restu dan izin kalian
bila mengandung..macam-macam alahan, muntah pening dan macam..
bila bersalin lagi bertambah derita yang ditanggungnya demi mendapat redha Ilahi
selepas bersalin nak jaga anak..
dan kesihatan perempuan itu tidak sama seperti dulu lagi..batang tubuhnya akan sentiasa sakit-sakit
penyakit pelupa mula datang
penyakit mata mula tumpang
macam-macam sakit..
kadang-kadang salah makan, mula sakit urat sana sini..

tetiba dapat tau laki kawen lagi satu..sembunyi plak tu..
kawen kat Thailand, kat Songkla..
cerita bos member aku lagi best, second wife kawen kat Australia..

boleh tak korang imagine apa yang pompuan tu rasa?
boleh tak korang yang lelaki tu tolong jawab sat..

isteri-isteri yang suami korang blom buat hal..memang rilek je, sebab blom kena batang hidung sendiri..
aku pun Alhamdulillah..suami aku masih setia dengan aku..
tapi lelaki tetap jugak lelaki, pasti ada keinginan untuk beristeri lebih.
suami aku kata..' i followwwww..'
gulppp...

so..
kalau nak berpoligami, buat la cara elok..
macam Ashraff, die mungkin mampu dari segala sudut..zahir batin..dan mungkin juga mampu berlaku adil, lagipun ilmu agama dia hebat..
silapnya cuma dia berkahwin senyap-senyap di Thailand..
 tu ja..
dan pasti Dayana rasa tertipu..
mustahil die akan cakap kat dayana camni
 'yang, abang nak pegi Thailand ni, nak kawen ngan sakinah plak'
.
.
.
kenapa aku kata dayana rasa tertipu?
sebab dialog sebenar pasti ada unsur tidak jujur
yang tu hanya dayana, Ashraff dan Allah saja yang tahu..

jadi para suami..
kalau berani nak berpoligami, beranikan diri korang jujur dengan isteri korang sedari mula..pasti semua akan mudah dan ok..

tu je..
sekian.

Khamis, 11 Julai 2013

Projek Pertama

Assalamualaikum, salam Ramadhan..

asik sangat membaca blog orang lain..
blog sendiri sampai xdan nak update.. dah dua hari terbengkalai..

hoho..
sebab apa aku tak update belog 2hari lepas?
sebab aku perasan busy kejap dua hari lepas..

apa aku buat yang busy sangat tu?
aku duk belaja menjahit..hoho
hebak tak?

ni projek pertama aku la ni..
aku try buat baju melayu untuk anak bujang aku sendiri.
dua pasang.
bapak nya xyah..pegi je beli sendiri, kedai banyak!
kejam kan?hoho

tahun lepas aku beli baju siap tuk dua budak tecit tu, tapi nak kena otter plak die punya kaki seluar..tu yang aku geram tu..
kalau oter setakat lipat satu inci atau sekali kelim je takpe..
ini baju saiz 8, beli tuk anak aku yang umo die dlm 10bulan time tu..baju ngam-ngam, tak kecik tak besar..
sekali seluar die mak aiiiiii...
 satu jengkal die punya panjang nak kena oter..
aku ni jenis yang sayang barang, nak dipotong kaki tu jahit balik, sayang..kain cantik..so, nak tak nak aku lipat la, kelim sampai 4kali lipat..hambik kau..
alih alih pagi raya pakai, sebab budak tecit tu duk merangkak + belajar memanjat..
 terbuka jahitan tu..benang putus agaknya, dah sebelah terborai..

sudahnya aku salinkan pakai dengan seluar jean je..
ambik ko..kan cool..baju melayu dengan seluar jean, hoho..

so tahun ni aku nekad nak jahitkan sendiri baju dema berdua tu..
senang, saiz dah kompem2 saiz diorang..takkan aku nak ukur saiz orang lain pulak kan..

jadi tunggu la raya nanti..
bejaya ke anak aku pakai baju yang mama die jahit sendiri tu?
atau..tetttt...
tetiba pagi raya baju die kaler lain daaaa..

hahaha..
so tunggu...tengok bejaya tak projek pertama aku belaja buat baju melayu tu. eksited plak rasa nak balik umah petang karang nak sambung jahit.
salah satu sebab aku post entri hari ni pasal jahit baju anak aku ni sebab ni la. nak bagi semangat sikit..

hoho..
korang doakan aku bejaya dengan projek pertama aku ni ya..
nanti kalau dah siap bajunya, aku post kan kat entri berikutnya, beserta modelnya sekali..hoho

Khamis, 4 Julai 2013

Blogger.. dari bosan kepada hobi..

Blogger..

aku mula menulis blog ni tahun 2009.. 
pada masa tu itu adalah pekerjaan atau office ketiga aku dalam setahun aku graduate..gilo..
hahaha..dan kerja disitu memang banyak masa lapang..

bukan sebab aku kena fired, tapi sebab kerja aku base on contrat.
job pertama lepas graduate, aku join ngan member, terjebak dengan sorang brader ni, abg angkat member aku tu. konon baru nak buka company baru, buat project ternak udang galah. skop kerja aku best, aku jadi orang yang sentiasa pantau progress project tu dan cari pelabur untuk project tu..
kerja luar, pakai kemeja dengan jeans hari-hari. ulang alik shah alam ke port dickson setiap minggu..penat, tapi penuh kepuasan..dan banyak bercampur dengan orang yang dah banyak pengalaman dalam bisnes..harapan aku sangat tinggi dengan kerja ni..gaji pun bagus..tapi lepas 3bulan, brader yang kononnya abang angkat member aku tu lesap..

dengan duit gaji kitorang bulan ketiga tak berbayar, duit claim aku dan jugak modal pelabur-pelabur..

semua lesap..aku rasa agak bersalah..sebab aku antara orang yang deal dengan para pelabur ni.. alih-alih diorang kena kelepet..dengan aku aku sekali kena kelepet..

tak tau mana brader tu ilangkan diri..dan aku kurang pasti berapa para pelabur tu rugi.. projek udang tu pun tak pasti apa yang jadi, aku dah tak pergi lawat site lagi dah..

pekerjaan kedua informal job sebenarnye, aku dalam keinginan nak sambung master, tapi sebab result aku xcukup bagus..aku boleh sambung bersyarat iaitu, jadi staff for this kind of lecturer, at the same time ur belong to that university also.. so boleh sambung master guna title staff U tersebut..

tapi bidang yang aku bleh sambung ikut course yang dalam fakulti lecturer tu je..mula rasa tertipu jugak, sebab masa interview cakap aku bleh sambung course stattistics or marketing atau apa-apa course ikut kelayakan aku, alih-alih course yang di ofer master in mechanical engineering sahaja..

itu yang di offer..bukan ikut kelayakan aku, sebab aku kerja kat fakulti engineering, jadi research assistant..so dalam kata lain, aku tetap tak leh sambung master walaupun masa tu boleh guna status staff..

dan aku pun resign je dari jadi research assistant kat U tersebut.
akhirnya aku pun tercampak kat office yang menerima aku sebagai pekerja kat situ. dan bekerja kat office tu sememangnya osem..bukan sebab gaji yang besar, tapi sebab sangat flexible..kitorang cuma busy tahap nak mati bila time dateline, mula la tak tido malam..tapi itu dalam 3,4 bulan sekali je..tu pun 2hari je kot..paling lama pun 4hari je..osem kan?

jadi time aku mula kerja kat office tu, 
kebetulan diorang baru submit report, so memang heaven la melepak dan sebagainya..so, sebab dah bosan giler..jadi aku pun belajar buat blog..
aku memang suka membaca, tapi aku tak tau aku pandai menulis atau tidak..membaca dan menulis dalah dua perkara yang sangat berbeza.

sebab aku cuba jugak isi masa terluang cari idea konon nak tulis novel, tapi agak berat..sebab aku bukan orang yang begitu luas pengetahuan dan pengalaman..

tapi bila tulis blog, lain..
lain sangat, die macam ko membebel non stop 24 7..
belasah la ko nak bebel apa pun..blog tu ko punya..as long as ko tidak menulis benda-benda yang melampau sudah..

so sejak itu aku mula jadikan blog tempat aku bercerita, macam sekarang..tempat aku berkongsi pendapat.. dan tempat aku share apa-apa yang aku rasa boleh bagi kebaikkan kepada orang lain..

tapi aku aktiv tahun 2009 je..masuk 2010, dah slow..dan tahun berikutnya pun makin tenggelam..siap aku lupa aku punya password..sebab apa?
sebab lepas besalin anak sulung aku tak kerja, dan rumah time tu xde internet..hoho

dan sekarang, 2013..aku bertekad nak start balik blogging ni..
nak cuba aktif balik menulis dengan blog yang sama..masih sakurakirates..
hahaha..kelakar nama tu sakurakirates..tapi xpe, aku suka, blog aku kan..suka hati aku la..kihkihkih..

so..hobi ini akan berterusan..membebel lah sepuasnya di blog anda!!!

yeayyyy!!!

Rabu, 3 Julai 2013

Manusia atau binatang???

"kenapalah kau di jadikan sebagai manusia?bukankah lebih baik jika kau dijadikan sebagai haiwan??"

dialog ibu mertuaku.. 
last scene kat kubur palsu sabariah
masa kebenaran tentang pembohongan ibu mertua kasim selamat terungkap..

dan dialog tu juga aku rasa patut diucap kepada pasangan suami isteri yang menghiasi mukadepan akhbar kosmo hari ini..

celaka..bangsat..sial..babi..
semua makian tu terhambur dari mulut aku saat tebaca kisah muka depan tu..astaghfirullahalazim...

apa dosa anak-anak tu? ko ibu kandung kot, ko tak terasa ke macam mana ko usung anak-anak tu dalam perot ko suatu masa dulu??

tempoh sembilan bulan yang berulang sampaai 3kali..
tempoh berpantang yang semua ibu tak sabar tunggu hari ke 44..
juga berulang 3kali..

wahai ibu, di mana hati manusia mu?
dan ko jugak xlayak di gelar binatang rasanya, sebab binatang pun tau sayang anak.. rasanya binatang pun xde nak seksa anak macam tu..

entah..tak boleh diterima dek akal fikiran aku bila tahu cara budak-budak bertiga tu di dera ibu mereka? 

disula dengan joran? 
siram air panas? 
dicucuh puntung rokok?

patutnya mahkamah jatuhkan hukuman yang sama macam yang budak-budak tu diperlakukan..

baru adil..baru ada kesedaran..
penjara hanya akan sekat dia dari dunia luar..

pelaku adalah ibu kandung..
bukan ibu tiri atau pengasuh..atau orang lain..
tapi ibu sendiri..
ibu yang telah melahirkan..
Ya Allah..

kenapa ada manusia sekejam itu di bumi ini?
sudah tiada belas ihsan terhadap darah daging sendiri..

Kenapa????

Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™