Rabu, 12 Mac 2014

tenanglah kau disana sahabat...

assalamualaikum...
semalam saya menangis sendirian..entah kenapa hati begitu sedih dikala terkenangkan arwah..

puncanya, malam sebelumnya saya bermimpi..mimpi kenangan zaman persekolahan, rahsia yang dikongsi berdua dengan arwah..dan siangnya bila teringat mimpi tersebut, hati makin sayu terkenangkan arwah sahabat baik saya.. fadzilatul ahya'...

ahya'...dia berpindah kesekolah aku ketika kami ditingkatan dua...aku pun tak tau macam mana aku boleh bersahabat baik dengan ahya'..sedangkan ketika dia dipindahkan kesekolah aku, dia bukannya masuk sama kelas dengan aku pun, dan juga tidak tinggal satu dorm pun kat asrama dengan aku..tapi itulah takdir Allah..jodoh kami tetap menjadi sahabat baik..

ahya' seorang yang baik..sehingga sekarang, tidak pernah lagi aku bertemu dengan kawan yang begitu ikhlas menghargai kehadiran kita sebagai sahabat..bukan bermaksud sekarang aku tiada kawan-kawan yang rapat, ada..malah ada yang seperti saudara sendiri, pelbagai rahsia dikongsi bersama..cuma, tidak sama seperti ahya'..

ahya' sepanjang menjadi sahabat, dia tak pernah lupakan aku.. ketika tinggal di asrama, setiap kali hari minggu kami akan pulang ke kampung atau outing..dan setiap kali kembali ke asrama, tangan ahya' tak pernah kosong dari membawa buah tangan untukku... kegemaran ahya', laksam..itula yang sering dibawa ahya' untuk ku bila pulang ke asrama..kadang-kadang aku naik malu, kerana jarang ada buah tangan dari aku untuk ahya'..

aku berkawan rapat dengan ahya' hanya setahun lebih..antara tingkatan dua dan menjelang pmr.. kerana kebodohan aku, aku membuang ahya' dari hidupku...ahya' maafkan aku...
semuanya bermula ditingkatan 3ketika kami sebuk membuat persediaan untuk pmr, aku tidak tahu darimana datang fitnah tentang ahya'..macam-macam cerita yang tidak enak..tak perlulah aku ceritakan hal fitnah itu..tapi yang pasti, kerana fitnah itulah aku mula menjauhkan diri dari ahya'..entah kenapa aku begitu bodoh, buta-buta lebih percayakan cerita yang entah dari mana timbul, entah benar atau tidak..dan yang paling aku kesali, aku menghukum ahya' tanpa dia sedar punca kemarahan aku, dan aku tidak pernah bertanya tentang cerita fitnah tu..maaf sahabat, aku terlalu hina untuk digelar sahabat..

setelah sekian lama, orang mula lupa cerita busuk tu..begitu juga aku..dan aku tersedar, kejamnya aku..tinggal ahya' sendirian..tapi ketika tu aku dah jauh dari ahya', dan aku kurang ingat apa yang ahya buat, dengan siapa dia berkawan..sebab kadang-kadang aku nampak dia makan sendirian..dan bila aku terasa apa salahnya kembali bertegur sapa, ahya' terima aku sebagai kawan kembali..ahya' memang begitu..hatinya sentiasa ikhlas...ahya' maafkan aku..

seingat aku, selepas spm, aku sama-sama mencuba nasib seperti pelajar lain..mengisi borang upu, semua nak masuk universiti..dan rezeki aku di uitm, sedang ahya' di usm...aku di shah alam, ahya' di pulau pinang..jauh kami terpisah..mungkin sebab aku kembali terasa persahabatan kami yang dulu, banyak kali aku cuba menghubungi ahya', itupun hanya ketika pulang ke kampung..tapi dulu cuti antara universiti tidak sama, setiap kali aku pulang bercuti, ahya' sedang meneruskan kursusnya di usm..begitu juga dengan ahya', bila dia pulang ke kampung dia akan berbuat perkara yang sama..sampai pernah suatu hari ketika aku cuba hubungi ahya' dari kampung, mak aku cakap " asik lawan kirim salam ja, sampai bila baru nak jumpa?" aku senyum ja kat mak..mungkin mak ahya' pun bercakap perkara yang sama, bila aku telefon " laa atie ka, ahya' baru balik penang.. takpa takpa, nanti makcik sampaikan salam atie tu" benar..jodoh tu milik Allah...sekian lama, tak pernah berpeluang untuk berborak walaupun hanya sekali...

masatu ahya' tak guna henfon..aku pun belum ada henfon..tapi ahya' ada tinggalkan satu no, katanya dia ada simkad ja..henfon dia tumpang kawan punya..sekadar untuk guna bila nak call family..sampai bila aku dah pakai henfon, aku terlupa akan hal ahya' sebab aku ada masalah sendiri ketika tu..dan satu hari, aku dapat sms dari sorang kawan, kiroh salleh tak silap...

'atie, ahya' dah takda..excident kat sungai dua..'

untuk seketika, aku terduduk..kelu...teman sebilik aku, kak shuhada pelik tengok aku..seminggu jugak aku jadi macam mayat hidup..entah..aku lost sekejap..mungkin terkilan, sekian lama berkirim salam, jodoh kami tetap tiada untuk  berjumpa..dan sampai sekarang bila terkenangkan ahya', aku akan menangis..entah la...mungkin rindu sangat dekat ahya'..tak pelah..moga kau tenang wahai sahabat...

Al-Fatihah untuk sahabat yang tersayang... Fadzilatul Ahya'..dah lebih 10tahun kau pergi meninggalkan kami..

Rabu, 5 Mac 2014

CERITA RYAN : kisah 3

assalamualaikum..

sambung bahagian tiga kisah anak aku, yang merubah status aku kepada suri rumah sepenuh masa..
yang belum baca kisah 2, KLIK SINI.

bila admit, macam-macam la dokter periksa cek bagai..aku malas nak cerita keadaan kat spital..sebab aku stress bila kena duk spital..aku yang sihat pun macam nak demam jadinya..tetiap hari suami aku datang dalam pukul 11pagi, sebab Iqbal tak nak tido spital..beria ajak papa die balik tido umah..dan malam lepas pukul 9 suami aku balik rumah..kira time siang aku rehat skit..bleh gilir..pagi-pagi dia pegi opis sekejap dalam 2jam, lepastu balik amik Iqbal dari rumah babysitter baru(grandma)...best nenek ni, jaga iqbal 2-3jam je pastu payment penuh..huhhuhu..

dipendekkan cerita, lepas 3hari aku mintak juga kat dokter nak discharges..sebab aku tengok ryan makin cergas, selera makan pun dah makin ok..cuma suhu badan kejap naik kejap turun..tapi dia xde dapat serangan sawan kali kedua, so aku berani mintak keluar..sebenarnya aku rasa anak aku suhu naik turun sebab aircond yang terlalu sejuk..aku pun nak demam jadinya..dan sangkaan aku tepat, hari ketiga dalam 2petang kitorang bleh kuar spital..balik rumah aku bagi ryan makan pastu makan ubat semua..esok pagi dia dah sihat..suhu dah normal..kan betul???gerak hati ibu lebih cekap dari seorang dokter!! Alhamdulillah..memandangkan aku discharge hari rabu, jadi sengaja aku cuti khamis jumaat tu..jaga ryan sendiri..biar demam die betul2 ok..

dan minggu depannya aku akan mula bekerja macam biasa..sejak itu hari isnin tu, awal bulan disember 2013..hati aku sangat tak tenang...like butterfly in my stomuch...betul ke pepatah english tu???

aku gelisah je, kerja asik salah..aku lupa itu ini..selera makan hilang..dan lepas cukup seminggu, datang isnin lagi sekali..hati aku makin berdebar-debar masa kat opis..terasa nak balik rumah je..petang tu cepat-cepat aku balik kerja..suami amik anak-anak dari babysitter grandma..dan apa yang aku bimbangkan memang ternyata..ada perkara buruk berlaku pada anak aku..dan Ryan lagi sekali yang menjadi mangsa..habis seblah kiri dahi die lebam, kesan lebam sangat teruk bewarna hitam dan benjol..paling hati aku sakit bila suami aku tanya kepada grandma si babysitter kenapa dahi ryan??? and she just answer like this ' i dont know'...

jadi aku malas nak cerita panjang hal ni..lagi seminggu aku amik cuti jaga anak-anak sendiri kat rumah..aku tak sanggup amik risiko lagi..nampak sangat orang tua tu tak jaga anak aku dengan bertanggungjawab..so aku terus cari ayang, mintak tolong jagakan sampai habis bulan disember..mujur ayang setuju..tapi babysitter grandma tu, walaupun dia cuma jaga anak aku 8hari, aku tak mintak balik duit bulan 12tu walau aku dah bayar di awal bulan..aku anggap tu rezki dia, sebab dia ibu tunggal..tak pelah, walaupun hati aku panas dan sakit..duit tu tak boleh bagi lebam anak aku hilang dalam sekelip mata!!!

sooo...itulah punca aku terus berhenti kerja..aku tak sanggup tengok apa-apa lagi perkara buruk jadi kat anak aku..kalau berlaku juga, dan ketika itu dalam jagaan aku..itu semua aku kena redha..Dia yang atur..

jadinya korang fahamkan hati seorang ibu..ramai ibu-ibu terpaksa tawakkal sebab perkara macam ni, tapi aku tak sanggup..sebab hati aku tak tenang..suami aku pun setuju aku berhenti kerja..walaupun gaji dia tak banyak, tapi cukup lah nak bagi makan kami sekeluarga..yakinlah..rezki tu dari Allah..

ok..tuje cerita Ryan..dah xde kisah 4,5 kay..
babai.

Jumaat, 21 Februari 2014

CERITA RYAN : kisah 2

assalamualaikum..

ok, aku nak sambung cerita haritu...
saper yang belum baca entri tu sila KLIK SINI

bila aku tengok ryan dah macam tu..memula aku panik, lepastu baru aku teringat cerita bekas pengasuh aku si Ayang, tentang anak dia..

jadinya aku terus jerit pada suami aku 'papa, anak papa jadi macam danish..pegi hospital pa!!! cepatttt!!!'

terus aku pusingkan badan ryan, aku cuba tepuk belakang badannya sekuat mungkin untuk sedarkan dia..Ryan bukan pengsan atau apa..dia mengalamai tarik, atau bahasa hospital fit-sawan demam panas.. keadaan kereta masa tu sangat tak selesa, sebab mak mentua aku kirim durian penuh bonet..jadi korang boleh bayangkanlah bau dalam kereta macam mana, dengan aircond semua..nak buka tingkap aku rasa tak sesuai..sebab malam, ada anak kecik semua..jadi hawa durian atau gas yang terhasil dari durian tu la kot yang buat demam ryan makin teruk..sebab aku pun dah pening kepala layan bau durian yang kuat..

mujur kereta memang dah hampir memasuki shah alam..kalau masih di sepnjang jalan meru yang aku tak tau apa kiri kanan, kedai atau rumah orang..macam mana agaknya..shah alam satu-satunya hospital keluarga yang aku rasa agak besar yang paling dekat dengan exit toll adalah hospital UMRA, sebab dekat seksyen 13, sebelah stadium..kitorang memang akan melalui situ..jadi suami aku terus confirm kan akan ke umra..aku hanya bersetuju, sebab kepala aku dah tak boleh berfikir...

nafas ryan tersekat-sekat, air liur die meleleh-leleh dengan teruk..tujuan aku terbalikkan die sambil tepuk belakang adalah uktuk elak die tercekik air liur sendiri dalam keadaan tidak sedar..dan tepuk itu untuk sedarkan die dari tarik, jika biar aku takut die makin teruk..itu yang Ayang dan mak dia ajar dulu masa aku ziarah danish kat hospital (mak ayang nurse kat SDMC).

suami aku macam orang tak tentu arah..dia lebih panik dari aku..aku pelik dengan diri sendiri, aku tak rasa nak nangis atau terlalu panik, aku masih boleh berfikir dan tenangkan suami aku..tapi suami aku 'mama, tolong mama..tepuk ryan lagi..bangunkan die mama..Ya Allah tolong aku Ya Allah..' macam tu la dia..
sampai aku rasa nak lempang laki aku time tu bila die cakap camni 'mama rasa dada ryan, masih bergerak atau tak'..haihhhh...panik terlebih pulak dia..tapi mujur time tu dah sampai kat skesyen 13, shah alam...

sampai depan hospital, belom parking aku terus dukung ryan keluar dari kereta.. aku menjerit mintak tolong di lobi hospital sebab lengang, takde orang..masa tu baru aku macam nak nangis dan panik..'tolong anak saya'

ni adengan yang aku rasa sangat bangang dan ikut hati nak lempang sister sorang ni..dia datang tengok anak aku bila aku jerit mintak tolong..pastu die cakap camni ' eh ni u kena bawak pergi hospital, pergi hospital terus la'
selamber aku sound die balik dalam keadaan sangat terkejut dan marah, memang tindakan reflek. ' nak pergi hospital mana lagi???ni bukan hospital ke???'

baru dia tergamam dan panggil dokter..huhh!!!

bila dokter check sume, anak aku hampir fitt...sebab suhu terlalu tinggi..dokter tanya nak admit atau bagaimana, dokter suggest admit..tapi aku cakap aku nak admit SDMC, sebab dekat dengan rumah pulak lagi insurance aku cover jika SDMC, umra...takkkkk!!!

dokter pun dengan kecewa dan berat hati buat surat refer ke SDMC, jadi selepas dua jam berurusan di SDMC, register dan sebagainya..pukul 2pagi baru aku dapat bilik untuk Ryan..maka ter 'admit' lah ryan buat pertama kali dalam hidupnya di hospital mahal...mujur ada insuran, Alhamdulillah...

Khamis, 20 Februari 2014

CERITA RYAN : kisah 1

assalamualaikum..

hai uollssss...hari ni aku nak kotakan janjiku, ada janji ke? ahhh lantaklahhh...
hari ni aku nak kongsikan cerita kenapa aku konon sibuk sangat, pehtu sampai bersawang bagai sume..
bleh baca entri ni ya KLIK SINI.

aku tak berapa ingat berapa hari bulan, tapi dalam hujung bulan November 2013, maybe dalam 22hb..aku dan suami nak bertolak balik ke subang jaya. masa balik kampung mertua. kebetulan petang tu badan ryan macam panas sikit, aku dah suspek dia nak demam..memang aku dah lali ngan anak-anak aku yang bedua ni, kerap jugak demam..jadinya aku terasa macam, alah demam pulak budak ni, takpe la balik kang bagi ubat kat umah..

perjalanan dari kampung mertua ke umah kitorang hanya 2jam 30minit je pun, pulak lagi suami aku plan nak guna jalan lama, lalu jalan kampung..makin singkat la perjalanan tu, jadi 1jam 45minit je..tapi sebelum tu aku dah cakap kat suami aku, mintak die carikan panadol sirap demam tu, sebab aku terlupa bawak balik ubatnya..suami aku cakap, takpe jom siap2 balik terus la..dah petang lagi pun..sebab jalan kampung tu nanti kena lalu hutan, so takut sikit kalu lalu bila hari dah gelap, ada ank kecik pulak lagikan..bahaya...

pukul 6 kitorang pun bertolak, lalu la jalan belakang tu, dan mak mertua aku yang sentiasa ingat akan anak-anaknya mintak kirim hantar barang ke rumah abang suami aku sekali, alang-alang jalannya sehala, boleh la singgah.

sampai satu simpang, ada jalan baru tengah buat..suami aku kata, dia penah lalu jalan baru ni, lagi dekat tembus terus ke rumah abangnya nanti..aku main setuju je, sebab aku tak tau..tapi jam ketika tu dah nak pukul 7, kira senjalah..aku macam tak best plak,sebab hutan kan..aku memang penakut sikit..cerita filem hantu, takyah ofer ajak aku tengok..memang takkan punya..dah lalu jalan baru tu dekat setengah jam, tetiba suami aku cakap.. 'apsal macam lain ja jalan ni?'. Pulak lagi takde kereta yang ikut belakang kitorang atau yang didepan kitorang, tapi arah bertentangan adalah yang berselisih..

kemudian suami aku pun pusing balik, katanya macam nak sesat..aku dah mengeluh..jam dah 7.15, time tu pulak maghrib awal..rasanya dah maghrib kot..mujur jumpa balik simpang yang memula tu..jadi suami aku ikut jalan yang biasa lalu, cuma perjalanan jadi panjang la skit..dah bazir dekat sejam gara-gara jalan baru tu..

Alhamdulillah, dalam pukul 8 lebih kitorang sampai jugak rumah abang suami aku tu..masuk kejap tumpang solat semua..kakak ipar ni jenis ligat..tetiba dia cakap, 'makan tie, dah hidang tu.." loh bila masalah die masak, padahal bukan die tau pun kitorang nak singgah..aku pun ajak suami jamah..budak-budak bermain ngan sepupu diorang..tapi aku tengok ryan macam masih lemah..mungkin demam die xnak kurang..plak lagi dah malam..penat agaknya..aku segera ajak suami aku balik cepat, lambat-l;ambat karang sian budak tu..

Peel laki aku ni, bila dah bersembang mau ralit..last-last dekat pukul 10 baru kitorang gerak..rumah abang suami aku ni kat kawasan baru buka kat Meru nun..jadi jalan kiri kanan nak keluar dari rumah die hutan..tapi aku dah biasa jadi takde rasa pelik pun..cuma jalan meru malam tu walaupun baru 10.30malam, jalan agak lengang, mungkin sebab esok isnin..semua orang rehat awal nak elak monday blues esok pagi..tetiba si anak sulung aku tegur sesuatu, 'mama apa tu?' ishhh..berderau jugak la darah bila tengok jari kecik die tunjuk kat tingkap, sedangkan bila aku toleh xde apa-apa..lepas tu die buat balik hal die tengok upin-ipin..sedang Ryan terlentok kat bahu aku tetido kepenatan..badan die pun masih panas..

jam masa tu dalam 10.45, dah nak sampai toll setia alam, kira dah nak dekat shah alam..tetiba aku perasan ryan yang sedang nyenyak tido kat bahu aku seperti terbangun...mendongak..matanya hanya pandang ke atas, kearah tingkap...sedang nafas die macam tersekat-sekat...

tambah pendapatan sampingan...moh toraiiii...

assalamualaikum...

arini aku nak share entri ringkas, pasal tambah pendapatan..yelah, hidup sekrang dasat sangat kan, semua naik...air limau ais (hanya air, gula dan 2biji limau kasturi-kat kebun mertua aku bersepah limau kasturi) harga dah rm1.50-rm1.80..kalau jus orange aku tak tau la kan..

plak lagi kat area umah aku ni, makin banyak aku tengok orang mula buka gerai2 payung kat tepi-tepi jalan.. macam cendawan tumbuh..semua berusaha nak tambah pendapatan, dalam erti kata lain cuba menambah untuk menampung mana-mana yang boleh.. teruk sangat rasanya kehidupan sekarang ni..malaysia oh malaysia..
kesian rakyat mu menderita dibumi sendiri...

oleh itu, sesapa yang rajin beronline, blog, fesbuk, twitter..dan sebagainya termasuk blog..meh aku share benda ni..mudah giler..xyah modal..mean kalu menda ni tipu pun ko xrugi ape..

pasal benda yang aku cerita ni, ringkasnya macam korang dibayar upah untuk mempromosi web page diorang..korang akan dibayar dengan cheqeu.. tapi adala terma dan syarat dia yang korang kena ikut..ni ha benda yang aku maksudkan ni..korang klik ja link kat bawah ni

http://stayreward.com/index.php?share=122169 

pastu register kat situ, nanti korang akan dapat akaun korang sendiri..korang promote la akaun korang tu kat fesbuk atau memana media sosial yang korang suka..aku rasa lumayan juga payment yg akan dapat walaupun hanya register as member, sebab dalam USD...maksudnya akan darab 3.4 xsilap aku untuk tukar ke mata wang ringgit malaysia..jadi, cubalah..pastu baca terms dia yang banyak kat bawah tu..

ok, aku dah share benda bermanfaat ni..terpulang la kat korang nak buat ke tidak..sebab usd25 sekali join, kalu darab 3.4 dekat rm80 kan...sape senang2 nak bagi korang duit camtu?semua kena usaha tau..jadi cubalah..mana tau berhasil...

ok..rezeki perlu dicari, bukan duduk melepak sambil mengharap jatuh dari langit...
babai.

Selasa, 18 Februari 2014

Jodoh.. semua itu ketentuan Ilahi...

assalamualaikum....

haiii u ollls...hermmm... camna hari korang hari ni??? 
gembira? 
sedih? kecewa?
marah? 
sangat bahagia? 
capai kejayaan..
hari yang sangat bemakna???

tak kisah apa pun hari korang hari ni..semoga sentiasa positif...dan entry ni aku taip hari selasa, asikkena kacau je dek bebudak kecik dua orang tu..mungkin akan siap hari rabu..ok?

busy kan aku..macam busy giler...macam bagus ja..hahahaha

penghujung 2013...dan permulaan 2014...

untuk aku, Alhamdulillah...tapi aku sedih bila mendengar berita tentang kawan-kawan...yang gembira, aku tumpang senyum dan gembira..tapi yang berduka...soal jodoh..

jodoh tu Allah yang tentukan..

apa yang aku maksudkan kat sini tentang perpisahan..lebih spesifik lagi..perceraian a.k.a divorce!!!

satu perkataan yang sangat ditakuti oleh setiap pasangan..dan dimurkai Allah...tapi ada baik dan ada buruknya... aku sedih bila kawan-kawan aku diusia sama dengan aku, dah terpaksa melalui perkara macam ni..pulak lagi sudah memiliki cahaya mata, masih kecil..tabahnya korang...

aku tak dapat nak tulis panjang entry ni, sebab aku tak pernah laluinya..dan aku pun berdoa agar tak perlu melalui perkara seperti ni...banyak hati yang akan terluka, banyak perasaan yang akan terguris..rasanya, takkan ada pihak yang boleh tersenyum, kecuali pihak yang meraancang meruntuhkan masjid itu je la..

apa-apa pun, kawan-kawan aku yang terpaksa melalui kisah sedih ini, aku doakan korang akan temui kebahgian yang lebih hebat di masa akan datang..percayalah, yang datang akan sentiasa lebih baik dr yang pergi..dan yakin lah...Allah sentiasa ada untuk kita..

ok, nampak gayanya, aku berjaya menamatkan entry ni dihari selasa jugak..

babai.


Rabu, 12 Februari 2014

bulan cinta???

assalamualaikum...
ok..i'm back..akan cuba menulis..menulis dan menulis...
sebenarnya aku masih cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan sekarang..suri rumah sepenuh masa..dan juga sambil-sambil berbisnes di internet...kedengaran biasa dan tak menarikkan???

tapi korang tau tak???jadi suri rumah lebih mencabar dari menjadi apa-apa ja watak di mana-mana tempat bekerja yang layak aku mohon..sebab???

sebagai suri rumah, aku adalah ibu kepada dua orang anak kecil yang masih mentah dan kencing pun masih dalam pampers..dan kedua-duanya lelaki..
dan sebagai suri rumah, aku juga isteri sepenuh masa kepada suami aku yang sangat kuat bekerja..sangat berdedikasi, kalu boleh setiap tahun aku nak calonkan die sebagai suami mithali yang kuat mencari rezki untuk keluarga...

ok korang dah dapat gambaran kan?keluarga aku dikonker oleh lelaki, setakat inilah..dan sememangnya tersangatlah penat kerana memang aku satu-satunya wanita yang menguruskan hal rumah kami..yelah, sebab aku kan suri rumah, dah memang tanggungjawab la kan..

korang tau tak apa yang aku maksudkan mencabar sebagai suri rumah?sebab akulah segala-galanya untuk keluarga aku...
biar aku senaraikan...
business women
chef
cleaner
pengawal keselamatan
akauntan
penasihat
dokter/ jururawat
penyanyi/ penghibur
baby sitter
badut
alarm jam
blogger
dan yang paling spesel, aku adalah raksasa dan k.rose (upin ipin) kepada anak-anak aku..

haaa.... itulah aku, bila jadi suri rumah..rasanya banyak lagi yang aku tak senaraikan...tapi takpelah, nanti kalu ingat aku tambahkan kemudian..apa yang mencabar?sebab aku cuma ada 24jam untuk jadi semua diatas tu..

entri kali ni aku nak cerita pasal CINTA...
wowwwww.....
C.I.N.T.A

perkataan keramat pada aku..dan aku percaya semua orang suka dengan cinta...in positive way lahhh...
kita tak mau cerita pasal cinta yang curang dan sedih..kita cerita pasal cinta yang menarik dan indah je..

tau sebab apa aku nak tulis pasal ni?sebab bulan ni kan februari, korang pun tahu 14feb kan????
TAPI KITA ORANG ISLAM....INGAT ITU BUKAN BUDAYA ORANG ISLAM!!!!!

aku kebetulan dapat idea ni sebab aku tengok kat astro, banyak benar movie berkenaan percintaan ditayangkan..antara yang paling aku suka ialah channel life 709 astro biasa bukan HD..hahahaha

tajuk cerita tu "beuty and the briefcase". Lakonan Hillary duff yang comel tu... sebenarnya yang buat aku tertarik nak tengok cerita tu sebab dia mirip-mirip cerita drama "carrie diarie's"..cuma watak utama tu bukan carrie la..watak yang hillary duff guna Lane Daniels..

aku tak nak buat sinopsis cerita beuty and the briefcase tu, aku cuma nak kisahkan perjalanan cinta si Lane ni..dia ada satu senarai semak untuk mencari lelaki magis yang tercipta untuk dia..kira cinta sejati dia la...malangnya kat tempat kerja yang penuh dengan lelaki, berpuluh-puluh lelaki yang kacak handsome cute..tapi semua tak menepati senarai semak yang dia inginkan...termasuk watak Seth, cute giler mamat tu..tapi takpe..sebab dia mat saleh...huhuhu
dan penyudah kisah lelaki magik yang dicarinya tu adalah majikan dia sendiri..Tom, seorang yang tak ada citarasa, agak membosankan..terlalu lurus atau tak tahu berseronok untuk menikmati kehidupan..lebih kepada macam seorang yang sangat formal. senang cakap, dari 10 senarai semak tu, tom adalah 0/10..

nampak tak??? bermakna tak semestinya apa yang kita nak memang kita akan dapat dan sesuai untuk kita..
message dari cerita tu, "Tom bukan lelaki yang penuh dengan ciri-ciri lelaki yang saya inginkan, tapi sikap yang pelik itu adalah keunikan bagi saya" Lane Daniel.

korang paham tak???
macam ni la...kita semua ada kisah cinta, cuma perjalanan tu mungkin berbeza dan mungkin tidak semenarik jalan cerita cinta dalam novel. tapi ada jugak yang kisah cinta mereka sehebat kisah Lagenda Budak Setan, kashah dan ayu. Atau mungkin sedasyat cerita Ombak Rindu...

kisah cinta aku???aku takde kisah cinta...giler bosan jalan hidup aku kan????
hahaha...
bukan takde, kisah cinta aku satu-satunya suami akulah...itulah satu-satunya lelaki yang aku berani terima kehadiran dia dalam hidup aku, dan Alhamdulillah dia memang jodohku..sekali couple terus kawen, senang cakap aku takde ex-boyfren la..hahahahaha

macam yang aku cerita dalam kisah beuty and the briefcase, tak semestinya ciri-ciri yang kita ingin tu sesuai dengan diri kita... dan aku, suami aku bukanlah lelaki kaya atau kacak atau handsome sangat..sekadar cukup sedap mata aku pandang..dia juga takde ciri-ciri lelaki idaman aku pun..tapi dia istimewa kepada aku, sebab dia pelengkap hidup aku.. aku harap kalian diluar sana, jangan cari pasangan yang hanya menepati ciri yang korang inginkan, sedangkan korang tak mampu untuk saling melengkapi antara satu sama lain..

jadi, sebagai perempuan dan isteri, jadilah tulang rusuk yang sempurna untuk suamimu..melengkapkan tulang rusuknya yang tiada itu...huhuhu puitis gilerrrr...

yang belum ada cinta atau kekasih hati, carilah..dia sedang menunggu kalian diluar sana..cuma mungkin korang tak sedar...orang yang korang cari tu sebenarnya memang dah lama kat depan mata korang pun..tapi mungkin orang tu kononnya tak menepati ciri yang korang nak..haaa..itu sesuatu yang merugikan..buka mata, hiasi hati korang dengan perasaan cinta yang suci, dan aku walaupun dah berkahwen, aku tetap jadikan suami aku tu kekasih hati aku..jadi, indahkan hidup berumahtangga..
so cepat-cepatlah kawennnn...hahahaa

ok, macam dah panjang bebenor ni..
babai....

Jumaat, 24 Januari 2014

saya dan dunia saya...





assalamualaikummmm.....

ekekekeke...bukan takat berhabuk..besawang...sarang labah semua dah ada ya???hahaha
kan dah cakap..aku ni sibukkkk...hahaha

yelah yelah..sori la kepada sesapa yg memang nunggu aku menulis..aku busy skit sebelum ni..banyak hal dan masalah yang timbul..
dan banyak lak keputusan yang terpaksa diambik..semua berlaku terlalu pantas..dan tak sempat nak ready..
jadi everything tunggang tebalik..

tapi..jangan risau, setiiap masalah yang datang, aku percaya..tu semua ujian dari Yang Esa..dia nak suruh kita ingat kat Dia..tu maknanya Allah sayangkan kita..Dia ingat kan kita, supaya jangan lalai..ujian tu sebagai peringatan la tu..supaya kita tersedar akan kelalaian kita tu..

ok, sejujurnya..(cam lagu firman plak)..problem aku bemula bila anak aku demam..kemudian satu persatu benda timbul..dan berita-berita luar yang macam-macam buatkan aku terfikir untuk amik satu keputusan yang drastik..dan keputusan ni bukan benda yang suami aku suka..tapi keadaan tu telah merubah suami aku, yang mana dia pun sokong tiba-tiba..pelik tak ayat aku?bebelit belit..akupun macam pening gak bila baca balik...argghh...whatever lahh!!

jom sambung lagi,jadinya sekarang ni semuanya dah kembali teratur dan ok.. aku sangat enjoy dengan keadaan sekarang dan sudah boleh menyesuaikan diri dengan dunia aku sekarang ni..
simple..flexible..dan seronok!!

nanti aku cerita dalam enttri yang akan datang...tak best la kan..xde sambungan, buat sambungan-sambungan baru bleh jadi macam drama tv..hahahaha..
Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™