Jumaat, 21 Februari 2014

CERITA RYAN : kisah 2

assalamualaikum..

ok, aku nak sambung cerita haritu...
saper yang belum baca entri tu sila KLIK SINI

bila aku tengok ryan dah macam tu..memula aku panik, lepastu baru aku teringat cerita bekas pengasuh aku si Ayang, tentang anak dia..

jadinya aku terus jerit pada suami aku 'papa, anak papa jadi macam danish..pegi hospital pa!!! cepatttt!!!'

terus aku pusingkan badan ryan, aku cuba tepuk belakang badannya sekuat mungkin untuk sedarkan dia..Ryan bukan pengsan atau apa..dia mengalamai tarik, atau bahasa hospital fit-sawan demam panas.. keadaan kereta masa tu sangat tak selesa, sebab mak mentua aku kirim durian penuh bonet..jadi korang boleh bayangkanlah bau dalam kereta macam mana, dengan aircond semua..nak buka tingkap aku rasa tak sesuai..sebab malam, ada anak kecik semua..jadi hawa durian atau gas yang terhasil dari durian tu la kot yang buat demam ryan makin teruk..sebab aku pun dah pening kepala layan bau durian yang kuat..

mujur kereta memang dah hampir memasuki shah alam..kalau masih di sepnjang jalan meru yang aku tak tau apa kiri kanan, kedai atau rumah orang..macam mana agaknya..shah alam satu-satunya hospital keluarga yang aku rasa agak besar yang paling dekat dengan exit toll adalah hospital UMRA, sebab dekat seksyen 13, sebelah stadium..kitorang memang akan melalui situ..jadi suami aku terus confirm kan akan ke umra..aku hanya bersetuju, sebab kepala aku dah tak boleh berfikir...

nafas ryan tersekat-sekat, air liur die meleleh-leleh dengan teruk..tujuan aku terbalikkan die sambil tepuk belakang adalah uktuk elak die tercekik air liur sendiri dalam keadaan tidak sedar..dan tepuk itu untuk sedarkan die dari tarik, jika biar aku takut die makin teruk..itu yang Ayang dan mak dia ajar dulu masa aku ziarah danish kat hospital (mak ayang nurse kat SDMC).

suami aku macam orang tak tentu arah..dia lebih panik dari aku..aku pelik dengan diri sendiri, aku tak rasa nak nangis atau terlalu panik, aku masih boleh berfikir dan tenangkan suami aku..tapi suami aku 'mama, tolong mama..tepuk ryan lagi..bangunkan die mama..Ya Allah tolong aku Ya Allah..' macam tu la dia..
sampai aku rasa nak lempang laki aku time tu bila die cakap camni 'mama rasa dada ryan, masih bergerak atau tak'..haihhhh...panik terlebih pulak dia..tapi mujur time tu dah sampai kat skesyen 13, shah alam...

sampai depan hospital, belom parking aku terus dukung ryan keluar dari kereta.. aku menjerit mintak tolong di lobi hospital sebab lengang, takde orang..masa tu baru aku macam nak nangis dan panik..'tolong anak saya'

ni adengan yang aku rasa sangat bangang dan ikut hati nak lempang sister sorang ni..dia datang tengok anak aku bila aku jerit mintak tolong..pastu die cakap camni ' eh ni u kena bawak pergi hospital, pergi hospital terus la'
selamber aku sound die balik dalam keadaan sangat terkejut dan marah, memang tindakan reflek. ' nak pergi hospital mana lagi???ni bukan hospital ke???'

baru dia tergamam dan panggil dokter..huhh!!!

bila dokter check sume, anak aku hampir fitt...sebab suhu terlalu tinggi..dokter tanya nak admit atau bagaimana, dokter suggest admit..tapi aku cakap aku nak admit SDMC, sebab dekat dengan rumah pulak lagi insurance aku cover jika SDMC, umra...takkkkk!!!

dokter pun dengan kecewa dan berat hati buat surat refer ke SDMC, jadi selepas dua jam berurusan di SDMC, register dan sebagainya..pukul 2pagi baru aku dapat bilik untuk Ryan..maka ter 'admit' lah ryan buat pertama kali dalam hidupnya di hospital mahal...mujur ada insuran, Alhamdulillah...

Khamis, 20 Februari 2014

CERITA RYAN : kisah 1

assalamualaikum..

hai uollssss...hari ni aku nak kotakan janjiku, ada janji ke? ahhh lantaklahhh...
hari ni aku nak kongsikan cerita kenapa aku konon sibuk sangat, pehtu sampai bersawang bagai sume..
bleh baca entri ni ya KLIK SINI.

aku tak berapa ingat berapa hari bulan, tapi dalam hujung bulan November 2013, maybe dalam 22hb..aku dan suami nak bertolak balik ke subang jaya. masa balik kampung mertua. kebetulan petang tu badan ryan macam panas sikit, aku dah suspek dia nak demam..memang aku dah lali ngan anak-anak aku yang bedua ni, kerap jugak demam..jadinya aku terasa macam, alah demam pulak budak ni, takpe la balik kang bagi ubat kat umah..

perjalanan dari kampung mertua ke umah kitorang hanya 2jam 30minit je pun, pulak lagi suami aku plan nak guna jalan lama, lalu jalan kampung..makin singkat la perjalanan tu, jadi 1jam 45minit je..tapi sebelum tu aku dah cakap kat suami aku, mintak die carikan panadol sirap demam tu, sebab aku terlupa bawak balik ubatnya..suami aku cakap, takpe jom siap2 balik terus la..dah petang lagi pun..sebab jalan kampung tu nanti kena lalu hutan, so takut sikit kalu lalu bila hari dah gelap, ada ank kecik pulak lagikan..bahaya...

pukul 6 kitorang pun bertolak, lalu la jalan belakang tu, dan mak mertua aku yang sentiasa ingat akan anak-anaknya mintak kirim hantar barang ke rumah abang suami aku sekali, alang-alang jalannya sehala, boleh la singgah.

sampai satu simpang, ada jalan baru tengah buat..suami aku kata, dia penah lalu jalan baru ni, lagi dekat tembus terus ke rumah abangnya nanti..aku main setuju je, sebab aku tak tau..tapi jam ketika tu dah nak pukul 7, kira senjalah..aku macam tak best plak,sebab hutan kan..aku memang penakut sikit..cerita filem hantu, takyah ofer ajak aku tengok..memang takkan punya..dah lalu jalan baru tu dekat setengah jam, tetiba suami aku cakap.. 'apsal macam lain ja jalan ni?'. Pulak lagi takde kereta yang ikut belakang kitorang atau yang didepan kitorang, tapi arah bertentangan adalah yang berselisih..

kemudian suami aku pun pusing balik, katanya macam nak sesat..aku dah mengeluh..jam dah 7.15, time tu pulak maghrib awal..rasanya dah maghrib kot..mujur jumpa balik simpang yang memula tu..jadi suami aku ikut jalan yang biasa lalu, cuma perjalanan jadi panjang la skit..dah bazir dekat sejam gara-gara jalan baru tu..

Alhamdulillah, dalam pukul 8 lebih kitorang sampai jugak rumah abang suami aku tu..masuk kejap tumpang solat semua..kakak ipar ni jenis ligat..tetiba dia cakap, 'makan tie, dah hidang tu.." loh bila masalah die masak, padahal bukan die tau pun kitorang nak singgah..aku pun ajak suami jamah..budak-budak bermain ngan sepupu diorang..tapi aku tengok ryan macam masih lemah..mungkin demam die xnak kurang..plak lagi dah malam..penat agaknya..aku segera ajak suami aku balik cepat, lambat-l;ambat karang sian budak tu..

Peel laki aku ni, bila dah bersembang mau ralit..last-last dekat pukul 10 baru kitorang gerak..rumah abang suami aku ni kat kawasan baru buka kat Meru nun..jadi jalan kiri kanan nak keluar dari rumah die hutan..tapi aku dah biasa jadi takde rasa pelik pun..cuma jalan meru malam tu walaupun baru 10.30malam, jalan agak lengang, mungkin sebab esok isnin..semua orang rehat awal nak elak monday blues esok pagi..tetiba si anak sulung aku tegur sesuatu, 'mama apa tu?' ishhh..berderau jugak la darah bila tengok jari kecik die tunjuk kat tingkap, sedangkan bila aku toleh xde apa-apa..lepas tu die buat balik hal die tengok upin-ipin..sedang Ryan terlentok kat bahu aku tetido kepenatan..badan die pun masih panas..

jam masa tu dalam 10.45, dah nak sampai toll setia alam, kira dah nak dekat shah alam..tetiba aku perasan ryan yang sedang nyenyak tido kat bahu aku seperti terbangun...mendongak..matanya hanya pandang ke atas, kearah tingkap...sedang nafas die macam tersekat-sekat...

tambah pendapatan sampingan...moh toraiiii...

assalamualaikum...

arini aku nak share entri ringkas, pasal tambah pendapatan..yelah, hidup sekrang dasat sangat kan, semua naik...air limau ais (hanya air, gula dan 2biji limau kasturi-kat kebun mertua aku bersepah limau kasturi) harga dah rm1.50-rm1.80..kalau jus orange aku tak tau la kan..

plak lagi kat area umah aku ni, makin banyak aku tengok orang mula buka gerai2 payung kat tepi-tepi jalan.. macam cendawan tumbuh..semua berusaha nak tambah pendapatan, dalam erti kata lain cuba menambah untuk menampung mana-mana yang boleh.. teruk sangat rasanya kehidupan sekarang ni..malaysia oh malaysia..
kesian rakyat mu menderita dibumi sendiri...

oleh itu, sesapa yang rajin beronline, blog, fesbuk, twitter..dan sebagainya termasuk blog..meh aku share benda ni..mudah giler..xyah modal..mean kalu menda ni tipu pun ko xrugi ape..

pasal benda yang aku cerita ni, ringkasnya macam korang dibayar upah untuk mempromosi web page diorang..korang akan dibayar dengan cheqeu.. tapi adala terma dan syarat dia yang korang kena ikut..ni ha benda yang aku maksudkan ni..korang klik ja link kat bawah ni

http://stayreward.com/index.php?share=122169 

pastu register kat situ, nanti korang akan dapat akaun korang sendiri..korang promote la akaun korang tu kat fesbuk atau memana media sosial yang korang suka..aku rasa lumayan juga payment yg akan dapat walaupun hanya register as member, sebab dalam USD...maksudnya akan darab 3.4 xsilap aku untuk tukar ke mata wang ringgit malaysia..jadi, cubalah..pastu baca terms dia yang banyak kat bawah tu..

ok, aku dah share benda bermanfaat ni..terpulang la kat korang nak buat ke tidak..sebab usd25 sekali join, kalu darab 3.4 dekat rm80 kan...sape senang2 nak bagi korang duit camtu?semua kena usaha tau..jadi cubalah..mana tau berhasil...

ok..rezeki perlu dicari, bukan duduk melepak sambil mengharap jatuh dari langit...
babai.

Selasa, 18 Februari 2014

Jodoh.. semua itu ketentuan Ilahi...

assalamualaikum....

haiii u ollls...hermmm... camna hari korang hari ni??? 
gembira? 
sedih? kecewa?
marah? 
sangat bahagia? 
capai kejayaan..
hari yang sangat bemakna???

tak kisah apa pun hari korang hari ni..semoga sentiasa positif...dan entry ni aku taip hari selasa, asikkena kacau je dek bebudak kecik dua orang tu..mungkin akan siap hari rabu..ok?

busy kan aku..macam busy giler...macam bagus ja..hahahaha

penghujung 2013...dan permulaan 2014...

untuk aku, Alhamdulillah...tapi aku sedih bila mendengar berita tentang kawan-kawan...yang gembira, aku tumpang senyum dan gembira..tapi yang berduka...soal jodoh..

jodoh tu Allah yang tentukan..

apa yang aku maksudkan kat sini tentang perpisahan..lebih spesifik lagi..perceraian a.k.a divorce!!!

satu perkataan yang sangat ditakuti oleh setiap pasangan..dan dimurkai Allah...tapi ada baik dan ada buruknya... aku sedih bila kawan-kawan aku diusia sama dengan aku, dah terpaksa melalui perkara macam ni..pulak lagi sudah memiliki cahaya mata, masih kecil..tabahnya korang...

aku tak dapat nak tulis panjang entry ni, sebab aku tak pernah laluinya..dan aku pun berdoa agar tak perlu melalui perkara seperti ni...banyak hati yang akan terluka, banyak perasaan yang akan terguris..rasanya, takkan ada pihak yang boleh tersenyum, kecuali pihak yang meraancang meruntuhkan masjid itu je la..

apa-apa pun, kawan-kawan aku yang terpaksa melalui kisah sedih ini, aku doakan korang akan temui kebahgian yang lebih hebat di masa akan datang..percayalah, yang datang akan sentiasa lebih baik dr yang pergi..dan yakin lah...Allah sentiasa ada untuk kita..

ok, nampak gayanya, aku berjaya menamatkan entry ni dihari selasa jugak..

babai.


Rabu, 12 Februari 2014

bulan cinta???

assalamualaikum...
ok..i'm back..akan cuba menulis..menulis dan menulis...
sebenarnya aku masih cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan sekarang..suri rumah sepenuh masa..dan juga sambil-sambil berbisnes di internet...kedengaran biasa dan tak menarikkan???

tapi korang tau tak???jadi suri rumah lebih mencabar dari menjadi apa-apa ja watak di mana-mana tempat bekerja yang layak aku mohon..sebab???

sebagai suri rumah, aku adalah ibu kepada dua orang anak kecil yang masih mentah dan kencing pun masih dalam pampers..dan kedua-duanya lelaki..
dan sebagai suri rumah, aku juga isteri sepenuh masa kepada suami aku yang sangat kuat bekerja..sangat berdedikasi, kalu boleh setiap tahun aku nak calonkan die sebagai suami mithali yang kuat mencari rezki untuk keluarga...

ok korang dah dapat gambaran kan?keluarga aku dikonker oleh lelaki, setakat inilah..dan sememangnya tersangatlah penat kerana memang aku satu-satunya wanita yang menguruskan hal rumah kami..yelah, sebab aku kan suri rumah, dah memang tanggungjawab la kan..

korang tau tak apa yang aku maksudkan mencabar sebagai suri rumah?sebab akulah segala-galanya untuk keluarga aku...
biar aku senaraikan...
business women
chef
cleaner
pengawal keselamatan
akauntan
penasihat
dokter/ jururawat
penyanyi/ penghibur
baby sitter
badut
alarm jam
blogger
dan yang paling spesel, aku adalah raksasa dan k.rose (upin ipin) kepada anak-anak aku..

haaa.... itulah aku, bila jadi suri rumah..rasanya banyak lagi yang aku tak senaraikan...tapi takpelah, nanti kalu ingat aku tambahkan kemudian..apa yang mencabar?sebab aku cuma ada 24jam untuk jadi semua diatas tu..

entri kali ni aku nak cerita pasal CINTA...
wowwwww.....
C.I.N.T.A

perkataan keramat pada aku..dan aku percaya semua orang suka dengan cinta...in positive way lahhh...
kita tak mau cerita pasal cinta yang curang dan sedih..kita cerita pasal cinta yang menarik dan indah je..

tau sebab apa aku nak tulis pasal ni?sebab bulan ni kan februari, korang pun tahu 14feb kan????
TAPI KITA ORANG ISLAM....INGAT ITU BUKAN BUDAYA ORANG ISLAM!!!!!

aku kebetulan dapat idea ni sebab aku tengok kat astro, banyak benar movie berkenaan percintaan ditayangkan..antara yang paling aku suka ialah channel life 709 astro biasa bukan HD..hahahaha

tajuk cerita tu "beuty and the briefcase". Lakonan Hillary duff yang comel tu... sebenarnya yang buat aku tertarik nak tengok cerita tu sebab dia mirip-mirip cerita drama "carrie diarie's"..cuma watak utama tu bukan carrie la..watak yang hillary duff guna Lane Daniels..

aku tak nak buat sinopsis cerita beuty and the briefcase tu, aku cuma nak kisahkan perjalanan cinta si Lane ni..dia ada satu senarai semak untuk mencari lelaki magis yang tercipta untuk dia..kira cinta sejati dia la...malangnya kat tempat kerja yang penuh dengan lelaki, berpuluh-puluh lelaki yang kacak handsome cute..tapi semua tak menepati senarai semak yang dia inginkan...termasuk watak Seth, cute giler mamat tu..tapi takpe..sebab dia mat saleh...huhuhu
dan penyudah kisah lelaki magik yang dicarinya tu adalah majikan dia sendiri..Tom, seorang yang tak ada citarasa, agak membosankan..terlalu lurus atau tak tahu berseronok untuk menikmati kehidupan..lebih kepada macam seorang yang sangat formal. senang cakap, dari 10 senarai semak tu, tom adalah 0/10..

nampak tak??? bermakna tak semestinya apa yang kita nak memang kita akan dapat dan sesuai untuk kita..
message dari cerita tu, "Tom bukan lelaki yang penuh dengan ciri-ciri lelaki yang saya inginkan, tapi sikap yang pelik itu adalah keunikan bagi saya" Lane Daniel.

korang paham tak???
macam ni la...kita semua ada kisah cinta, cuma perjalanan tu mungkin berbeza dan mungkin tidak semenarik jalan cerita cinta dalam novel. tapi ada jugak yang kisah cinta mereka sehebat kisah Lagenda Budak Setan, kashah dan ayu. Atau mungkin sedasyat cerita Ombak Rindu...

kisah cinta aku???aku takde kisah cinta...giler bosan jalan hidup aku kan????
hahaha...
bukan takde, kisah cinta aku satu-satunya suami akulah...itulah satu-satunya lelaki yang aku berani terima kehadiran dia dalam hidup aku, dan Alhamdulillah dia memang jodohku..sekali couple terus kawen, senang cakap aku takde ex-boyfren la..hahahahaha

macam yang aku cerita dalam kisah beuty and the briefcase, tak semestinya ciri-ciri yang kita ingin tu sesuai dengan diri kita... dan aku, suami aku bukanlah lelaki kaya atau kacak atau handsome sangat..sekadar cukup sedap mata aku pandang..dia juga takde ciri-ciri lelaki idaman aku pun..tapi dia istimewa kepada aku, sebab dia pelengkap hidup aku.. aku harap kalian diluar sana, jangan cari pasangan yang hanya menepati ciri yang korang inginkan, sedangkan korang tak mampu untuk saling melengkapi antara satu sama lain..

jadi, sebagai perempuan dan isteri, jadilah tulang rusuk yang sempurna untuk suamimu..melengkapkan tulang rusuknya yang tiada itu...huhuhu puitis gilerrrr...

yang belum ada cinta atau kekasih hati, carilah..dia sedang menunggu kalian diluar sana..cuma mungkin korang tak sedar...orang yang korang cari tu sebenarnya memang dah lama kat depan mata korang pun..tapi mungkin orang tu kononnya tak menepati ciri yang korang nak..haaa..itu sesuatu yang merugikan..buka mata, hiasi hati korang dengan perasaan cinta yang suci, dan aku walaupun dah berkahwen, aku tetap jadikan suami aku tu kekasih hati aku..jadi, indahkan hidup berumahtangga..
so cepat-cepatlah kawennnn...hahahaa

ok, macam dah panjang bebenor ni..
babai....

Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™