Isnin, 13 April 2009

telur dihujung tanduk..

pon..pon..huh..kenapa lah orang-orang ni..suka sangat tekan hon..bingit betul telinga aku dengar bunyi hon yang ntah apa-apa tujuan ditekan pemandunya..kadang-kadang lampu baru bertukar hijau, sudah ada yg menekan hon tanda tidak sabar..pemandu yg baru hendak memulakan perjalanan dengan berhati-hati tersentak, mungkin akan mendengus sedikit..tanda kurang selesa dengan sikap tidak sabar pemandu di belakang..sejak pagi semalam..pemanduan aku seolah-olah hilang fokus dan tumpuan..entah kenapa..ada saja pemandu yang membunyikan hon..tapi bukan kepada aku..kepada pemandu lain..tapi aku yang mendengar terasa kurang selesa..bingit seketika, kadang menderau darah kerana terkejut..ketika itu terasa seperti telur dihujung tanduk.. emm..semalm aku hampair menghimpit sebuah wira yg meluncur laju..mujur..mungkin kerana pemanduan aku bermula dengan lafaz bismillah..aku masih mampu memandu pagi ni..memamg silap aku yang cuai..mengelak lubang dihadapan..tak perasan wira yang sedang laju dilorong kanan ku..alhamdulillah..Allah masih menghantar malaikat pengawalnya supaya menjaga aku..hanya aku yang kadang-kadang terlupa kepada-Nya..astaga..aku terbayang jikalau wira kelabu tersebut tidak sempat mengelak..bagaimana agaknya aku pagi ini..mungkin telur yang dihujung tanduk..tembus tertusuk ke tanduk yang tajam..pecah.. ..... mintak simpang semua tu..tak sanggup aku..tapi aku memang terasa lain bila memandu 2,3 hari ni..entah kenapa agaknya..astagfirullah..moga kau sentiasa memlihara aku dari kelekaan Ya Allah..

Jumaat, 10 April 2009

betul cakap mak..susah rupanya hidup ni..

"apsal mak senyum ni" "susahnya hidup anak mak ni..kuat semangat ya..banyak-banyak sabar" "nape ni mak" "hidup ni memang susah..banyak cabaran.." dulu mungkin aku bingung..tapi sekarang aku paham..paham sangat..tiap kali aku tengok tapak tangan aku..aku mesti teringat kat mak..mak selalu pegang tangan aku..pastu usap tapak tangan aku..pastu mak senyum, "penyabar anak mak ni..tabah.."aku kadang-kadang pelik dan tak paham kenapa mak selalu cakap macam tu..sebab aku rasa aku ni bukan seorang yang penyabar sangat..perangai aku lebih mirip abah, pemarah..tapi tu dulu la..perangai pemarah tu aku dah berjaya kikis sikit..mak tak macamtu..mak sangat penyabar..penyayang..senyap..tapi sentiasa senyum..bila berbicara,pasti penuh dengan kata yang buat aku tenang. kenapa aku tak ikut perangai mak yang lemah lembut tu?? rindunya dekat mak..macam ni la aku..bila sedih..kecewa..rasa upset..aku akan rindu sangat dekat mak..padahal hampir setiap hari aku berbual dengan mak dekat telefon..tapi bila macam ni..satu je ubat yang aku kena dapat..tengok wajah mak..wajah yang sejuk tu..lembut ja menyapu kanta mata aku..damainya senyuman mak..penuh kasih.. "kuat semangat..susah hidup anak mak ni rupanya"kata-kata mak aku masih terngiang-ngiang di cuping telinga ni..entah kenapa..perjalanan aku begitu berliku..mungkin itulah dugaan untuk aku didunia ini..mak selalu bandingkan kehidupan anak-anaknya..aku tau mak sebenarnya sedih dan risau melihat aku..dari kecik aku tak penah senang, tak macam kakak abang aku..semua benda tersedia,semua benda menjadi,tak banyak dugaannya..tapi aku perlu berusaha sendiri dengan sabar..dan kadang-kadang tak tercapai jugak..kemudian mak akan cakap..kuatkan semangat..banyak-banyak bersabar.. namun aku redha..semuanya adalah ketentuan Dia..biar la Dia yang mengaturkan jalan hidup ku..kerana Dia yang lebih berhak..hidupku telah aku ikrarkan adalah milikNya yang abadi..aku hanya pelaku..tetapi Dia lah penentu..setiap apa yang berlaku telah tertulis..dan pasti ada hikmahnya..mungkin aku kehilangan matahari..tapi aku yakin..Dia akan menghadiahkan pelangi indah untuk aku..walaupun hanya sementara kehadiran pelangi, namun keindahannya tidak ternilai..aku yakin.."God always have da big agenda for us" pasti ada yang lebih baik untuk aku..pasti..Allah akan sentiasa bersama hambanya yang sentiasa bersabar.. semoga iman aku terus mendahului akal fikiran ku..semoga Dia akan terus membimbing ku..semoga Dia akan sentiasa temani aku..dengan penuh ketenangan..Ya Allah..hambamu ini terlalu lemah..
Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™