Memaparkan catatan dengan label life. kisah hidup ku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label life. kisah hidup ku. Papar semua catatan

Sabtu, 27 Julai 2013

cerita bulan puasa - bahagian III (its a disaster!!)

Assalamualaikum

dah solat subuh kerrrr???
alhamdulillah...

aku rasa masa semakin cepat berlalu sekarang, sampai aku konpious..
hari ni 17 ke 18 ramadhan??
xpe..yang pasti bila orang raya, aku pun akan raya..hahaha

korang yang berstatus isteri macam aku, camne sahur pagi tadi?
sape-sape yang teror masak sudah pastinya enteng..
tapi tidak bagi aku..
aku bukan seorang isteri yang teror masak, aku cuma teror makan je..
jadi bila nak kena masak, aku blurrr kejap..
nak masak apa ek?

aku tepaksa melukis peta minda dalam minda aku sendiri untuk membayangkan kalau kat dalam peti tu ada ayam, apakah hasil yang tu akan jadi nanti..
kalau ikan apa pulak..
dan kalau udang, sotong daging dan sebagainya..
ntah hape pulak yang jadi..

disebabkan aku yang xreti masak sangat ni, aku selalu spare ayam je dalam peti ais..senang...goreng pun sodappp!!!

biasanya bila menu sahur, aku akan mula bepikir masa tengah tunggu nak bebuka nanti..
bila menu bebuka, aku memang bepikir di awal pagi..hahaha..biasanya time aku dah sampai opis..sekitar pukul 8pagi..
awal gilerrr..dah ingat nak bebuka apa..haihhh..

dan sahur pagi tadi..ia sememangnya...disaster!!!
kenapa aku cakap macam tu?
sebab aku selalu tengok rancangan masakan macam master chef, top chef, my kichen rules, yang paling aku suka..iron cheffff..
majoriti chef-chef ni akan sebut.. it's a disaster!!

kretif tak alasan aku..hoho
diorang sebut macamtu bila time masakan diorang tak cukup masa atau masakan diorang tak menjadi seperti yang diharapkan..

kira sama macam aku pagi tadi la..macam tak cukup masa..
tetiba aku terpaksa memasak seperti master chef, dalam tempoh 60 minit, sahur kena ready kalau tak laki aku bakal makan sahur nasik kosong je la..

aku bangun pukul 4.05 pagi, terus ke dapur..kena siapkan semuanya..biasanya aku memasak waktu malam sebelum tido..dan bila bangun sahur benda dah ready tinggal panaskan balik je..

tapi pagi ni tidak seperti biasa, sebab malam tadi aku sangat mengantuk selepas cuba menyiapkan baju raya anak-anak aku (tapi asben aku dah beli baju siap- spare part katanya, ceh! nampak sangat konpiden yang baju tu tak sempat siap!!), aku terus tetido..tanpa memasak menu sahur macam biasa..

bila bangun pagi tadi, dengan pinggan mangkuk periuk belanga serta sudu garfu..tidak ketinggalan jar dan gelas-gelasnya..
penuh dalam singki..
hampeh betul la..

mana ada rancangan masakan yang cabaran memasak dalam tempoh 60minit beserta cuci pinggan mangkuk yang penuh disingki????

it's a disaster!!!
dengan ayam yang sejuk beku..dengan sayur belom potong..
jadi, tepat pukul 4.10, aku mula membasuh, sebab dapur aku kecik, tak leh letak kat memanapun untuk elak dari membasuh..nak tak nak aku tetap kena basuh dulu dan kosongkan singki..lagi pun itu je periuk yang aku ada untuk masak nasik dan untuk buat sup sayur, serta kuali untuk menggoreng..mujur malam tu lepas bebuka aku dah pikir nak masak apa..hoho

aku mula dengan keluarkan ayam dari peti, rendam je dalam bekas besar supaya cepat nyah beku..pastu mula basuh dengan pantas..masak nasik..sambil nasik masak prepare bahan sup dan masak..bila nasik masak (aku masak nasi secara manual, iaitu tanak nasik..umah aku takde rice cooker hokeyyy!!) gantikan dapur tu dengan kuali untuk goreng ayam..

dan penyudahnya mujur sesasangat..aku bejaya jugak sediakan menu untuk sahur..
nasik putih, sup sayur cendawa+brokoli+suhun dan ayam goreng
tu je..mujur ada menu kecemasan, sambal kering tempe goreng besama ikan bilis..

kitorang mula makan sahur pukul 5.15pagi..dan dapat bersahur dengan baik dan tenang..dapat abiskan air sebotol besar..

dan sekali lagi..it's a disaster!!!

lepas ni aku kena sentiasa pastikan singki kosong dan lauk bersahur dah siap..sebab aku bukan iron chef ataupun masterchef..

dan ketika sahur..asben aku makan dengan senyap je..tak banyak bunyi, walaupun sup aku rasa tawar je..hahaha

selamat berposa untuk kesekian kalinya..

~sekian~

Selasa, 2 Julai 2013

aku adalah aku..korang adalah korang..

hari ni 2 julai..
awal-awal bulan ni musti semua orang hepi dan gumbira..sebab baru dapat gaji..so apa yang teringin nak beli..teringin nak itu, nak ini..so dah dapat la kot kan..tapi jangan boros..lengkapkan keperluan dulu, baru cari yang kemahuan jika balance masih ribu-ribu..
hahaha..

teringat gurauan seorang sahabat, "ko nak makan apa?jom aku payung, balance gaji bulan lepas ada 2 ribu lagi..yang bulan ni pun xsentuh lagi.."
hoho..

best macam tu kan?
semua orang berharap ending dia setiap bulan macam tu kot..

bukan macam ni "adoi, baru 18 hari bulan..tinggal 2ratus ja lagi..cukup ke sampai hujung bulan ni?"

hurmmm..
apa pendapat korang?
dengan desakan hidup zaman sekarang ni, adakah cukup gaji setiap seorang pekerja tu?
basic gaji lulusan degree, tahun 2008..lebih kurang 6tahun yang lalu.. aku bermula dengan basic gaji rm1200.. time tu pun gaji macam tu memang cukup-cukup ja..

kalau zaman sekarang?entah la..
sewa rumah pun paling murah 8ratus kot.. kalau area KL aku tak pasti..tahun 2008, sewa rumah rm500..

mungkin sebab tu, kalau korang perasan..makin ramai yang mula buat kerja-kerja partime..mungkin ada 2kerja..pagi masuk opis pakai kemeja dengan slack, neck tie bagai..malam pakai jeans koyak ngan t-shirt pastu cap..
buka gerai buger..

aku puji korang yang rajin macam ni..sanggup bersusah-payah buat dua kerja..mungkin sebab korang ada komitmen yang besar, mungkin korang nak kumpul duit untuk kawen, atau mungkin korang rasa duit gaji korang tak mencukupi..

duit gaji tak mencukupi..
aku rasa ramai kot yang beranggapan macam ni..
duit gaji tak pernah cukup..
 itu yang makan gaji, tapi ada sorang kawan aku ni.. 
die buat bisnes, dan aku tau monthly die is about rm8-10k, that just minimum..bukan max monthly pendapatan..
but..she always said, tak cukup atie..
 i still tak mampu beli rumah idaman i..

wahhh..
aku memang serius terkejut when she said still no enough..

kalau aku..monthly dapat macam tu..
dah xtau nak buat apa..

sebab kadang-kadang kalau pendapatan bulanan aku terlebih 5ratus bulan tu pun, aku dah rasa heaven giler..
mungkin aku type yang tak berjiwa besar.. takde keinginan yang dasat sangat..
handbag coach, bonia, LV..
dan macam-macam jenis la lagi brand, kasut la..mekap la..
adoi..aku p keje balik keje pakai slipper jepun je..hahaha

aku tau ramai perempuan kat luar sana yang gila shoping barang berjenama macam tu..

dan sorang kawan aku, yang memang tengah kejar money freedom..
penah cakap kat aku.. "ko bayangkan atie, shoping like heaven..no need to check price tag..just take mana yang ko nak"

haihhh...aku memang suka buat kerja sambilan macam sekarang..buat bisnes online..tapi takdela berharap sampai macam tu..

naik takut aku dengar..mungkin sebab tu aku tak boleh follow and continue bisnes yang macam tu..yang memerlukan kita punya imaginasi dan keinginan yang maha dasat..

sapa tak nak rumah sendiri..kereta sendiri..ada cash sendiri..
orang gila pun takkan menolak rasanya..
orang yang menolak bukan sebab die gila, tapi mungkin sebab dia ada pegangan utuh yang lain..hidupnya begitu fokus pada kehidupan disana..
sebab, manusia akan sentiasa ingat Allah bila dia dalam kesusahan..
bukan ketika bersenang lenang dan bermewah..(aku tidak la alim dan zuhud macam tu)

aku tak bermaksud, orang yang mewah hidupnya tu tak ingat pada Ilahi..
cuma ini pendapat aku.. kalau kita tengok cerita-cerita islam..para sahabat, semua miskin-miskin je.. senang cakap, makanan hari ini, untuk hari ini sahaja, esok perlu cari yang lain..

bila kita dalam kehidupan sederhana..
kita lebih banyak bersyukur dan ingat kepada Allah..kalau dalam keadaan kaya-raya pun..patut bersyukur dan ingat kepada Allah..

sesiapa yang memang ada keinginan yang macam tu..
nak rumah besar, kereta besar..hidup senang..money freedom..berusahalah bersungguh-sungguh, dan berdoalah kepada Allah..
impian yang luar biasa, memerlukan usaha yang luar biasa juga..

aku??
aku masih selesa dengan kehidupan aku sekarang..alhamdulillah, walaupun aku takde kereta mewah (dah 7tahun aku guna keta yang sama, kadang-kadang strok die datang, tesadai kat bengkel), blom dapat rumah sendiri..masih menyewa..
tapi aku tak sedih pun, malah aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni..

selagi aku mampu bersedekah kepada orang lain, walaupun hanya seringgit sedekah tu..aku dah rasa aku kaya..hohoho

harap korang jangan berjiwa macam aku kalau korang nak dapat kehidupan yang mewah..hohoho
sebab aku orang simple, orang sederhana..jiwa aku pun sederhana..impian aku hanyalah hidup bahagia dan tenang..
Alhamdulillah..impian tu dah tercapai..

kepada kawan-kawan yang masih mengejar impian korang, teruskan..walaupun prinsip kita tak sama, walaupun matlamat kita berbeza..
sebagai kawan, aku tetap doakan korang..
aku tetap sokong korang..aku tetap senyum bila tengok gambar kejayaan korang..syukur, sebab tidak ada rasa penyesalan dan cemburu besarang dihati..malah aku mampu tersenyum lebar tumpang gembira dengan kejayaan yang korang dapat..

sebab matlamat kita berbeza..
dan aku juga punya perancangan yang berbeza dengan korang..
semoga kita semua, sama-sama mencapai apa yang kita harapkan..

~sekian~





Isnin, 1 Julai 2013

aku masih menjadi bahan rujuk rupanya.. hahaha..

dua hari lepas..
dalam kereta, borak-borak ngan en.somi, sambil tepuk-tepuk si tecit yang mata bolat tu, harap mata dia akan kuyu dan tido..abang iqbal dah pandai bedikari duduk sorang kat belakang..
aku sambil-sambil cek FB kat henpon..tetiba ada msg dari kawan lama..
she wanna share something with me..
paling tepat, wanna ask my opinion n my advice..

hoho..cik sakura masih di perlukan oleh kawan-kawannya..
memang..dari dulu lagi..kawan-kawan sekolah, kawan-kawan universiti..kawan-kawan kerja..
diorang suka bertanya pendapat aku tentang macam-macam..aku pun tak tau kenapa.. nak kata aku banyak pengalaman..umo sebaya je..kalau yang adik-adik pun, beza 2,3 tahun ja dari aku..

tapi en.somi kata, aku seorang pendengar yang baik..
hoho..adakah sebab itu kawan-kawan suka merujuk kat aku?
tapi aku tak kisah, aku suka, walaupun orang kata jangan jadikan masalah orang sebagai salah satu perkara untuk otak kita berfikir..aku tak kisah pun..aku suka tolong bagi pendapat aku kepada mereka yang sudi mendengar nasihat aku..

TAPI!!!
AMARAN KERAS AKU: kalau orang tu takde mencari kita untuk share something dengan kita, takyah la sibuk duk tanya itu ini..kang tak pepasal kang..kawan baik pun boleh putus hubungan tau..(kisah ni aku cerita lenkali ya)

pasal kawan aku ni..ok kita nama kan die cik cun.. 
memang cun, putih melepak..hidung mancung..kurus ramping..educated..baik hati..banyak lagi la benda-benda positif yang aku tau pasal dia..lama aku kenal, memang baik orangnya..tak lokek apa-apa ngan kawan-kawan..

tapi..mungkin dari segi jodoh, Allah belum izinkan..
jadinya masih mencari sampai sekarang..dan kawan aku ni tak mau lelaki sebarangan yang hadir dalam hidupnya..terutama yang berstatus suami orang..memang die tak layan..pengalaman die dah banyak kes tertipu dengan suami orang..walau hati sayang, dah bertahun kawan..demi menjaga hati perempuan lain..demi tidak mahu meragut bahagia perempuan lain, cik cun sanggup putuskan hubungan..bia die membujang pun tak pe..dulu la katanya pada aku..

tapi dua hari lepas cik cun msg aku.. 
ayat die buat aku tersenyum, 'atie, masa ko nak setuju serius ngan husband ko dulu.. ko ada rasa apa-apa tak?'

hahaha..syukur la..
hati cik cun terbuka untuk mencari pasangan hidup..
rupanya dah setahun berkenalan..syukur la, aku tumpang gembira kalau kawan-kawan aku gembira..

harap ada jodoh antara diorang berdua ni..semoga nasihat dan pendapat yang aku bagi, akan menolong cik cun dalam membuat keputusan..
apa-apa pun aku sebagai kawan hanya mampu doakan yang terbaik..
hoho..

~sekian~


Jumaat, 28 Jun 2013

bodek and ambil hati.. different right???

BODEK

maksud bodek dari kamus dewan : 1. penyakit bodek, iaitu penyakit bagi orang laki-laki sahaja~angin pasang (tak sangka pulak ada maksud lain..hahaha)

2. mengampu/menyanjung/memuji yang melebih-lebih bagi mendapatkan sesuatu..


AMBIL HATI

maksud dari kamus dewan, tak pulak aku jumpa maksud dua perkataan ni terus, jumpa satu-satu.. tapi lebih merujuk kepada ambil berat atau ambil peduli..

haa...aku pun bukan professor..
aku rujuk meaning dia dari kamus dewan google ja..kalau ada kamus dewan betul boleh dapat meaning yang tepat kot..

entree ni bukan nak ajak korang belajar bahasa melayu 
baku atau apa..cuma ini pendapat peribadi aku la..

sebab dulu aku ada borak ngan sorang kakak ni(zaman bujang dulu, lama sgt dah, tapi baru ni benda camni tertimbul plak ngan sorang sahabat), 
dia tanya aku, camne nak senang berkawan dengan orang, akak tengok atie ramah je.. ramai kawan..kalau ada apa-apa, mesti orang cakap..ajak la atie, tanya la atie..

best jadi atie..
(hahahaha..aku memang nak gelak giler ayat terakhir kakak tu..
best jadi atie..adeh2..kalau la kau tahu bagaimana life aku, musti ko tak nak jadi aku..but we just need to choose, nak hepi or nak sedih..kan?)

apa kaitan cerita kakak tu ngan dua word kat atas tu?

kan kakak tu cakap best jadi aku..hahaha
kakak ni sebenarnya seorang yang pendiam, pastu die kata die tak ramai kawan..dan tak ada kawan baik pun..

pakwe pun die tak ada..haihh..yang tu aku tak komen..sebab time tu
aku pun belom ada pakwe, tapi en.somi dah kenal time tu..
cuma cinta tu belom berputik..hoho

so aku pun cakap kat kakak tu..nak bekawan dengan orang senang ja kak..
buat apa yang akak suka orang buat dekat akak..dan jangan buat perkara yang kita pun tak suka orang buat dekat kita~ simple kan???

kalau akak suka orang puji akak, akak pun kena puji orang..
kalau akak tak suka orang masuk campur hal akak, akak pun sama jangan masuk campur..macam tu jugak kalau dalam relationship..
kena pandai ambil hati..

pastu kakak tu cakap "akak tak pandai bodek membodek ni.." 

haihhh..aku bukan suruh ko bodek orang..
bodek tu ko mengampu..puji orang melampau-lampau.. mengampu itu ini..
ni ambil hati.. ambil hati ni, kalau pendapat aku la..buat something yang kita fikir, mesti dia suka kalau aku buat ni..

haa..macam tu..mudah je, bukan susah pun sampai nak kena daki gunung petik satu-satunya bunga ajaib kat puncak gunung..tak pun nak kena renang lautan api bagai..tak de pun..

relationship yang sebenar is simple..
kalau berkawan, tapi kawan ko tu asik susah hati memikir camna nak ambil hati ko, macam mana nak jaga hati ko.. tak payah la kawan dengan orang macamtu.. tu bukan relationship.. tu namanya terhegeh-hegeh..

kita je yang bersungguh-sungguh nak bekawan dengan orang tu,
tapi orang tu endah tak endah je.. bila kita call, weh beb..jom lepak petang ni..orang tu jawab ha tengok la..bila petang, ko je yang tecongok kat bawah bangunan tu..best ke camtu???

kalau becinta orang panggil betepuk sebelah tangan, tapi kalau bekawan, entah apa istilahnya.. tapi aku cuma assume kawan tapi tak ikhlas..

dan pendapat aku jugak, kalau kita ikhlas berkawan.. biar berpuluh tahun tak jumpa pun..suddenly kawan tu call kita musti akan happy.. dan kita akan willing help him or her in anything.. may i have ur favour? sure...

dan..aku memang ada kawan-kawan yang macam tu..
yang dah lama kawan,
tapi jarang berhubung, jarang berjumpa..sebab apa?masing-masing sibuk dengan perjuangan untuk meneruskan hidup masing-masing..
masing-masing sibuk berusaha menjaga keluarga masing-masing..

tapi aku sangat yakin, kawan-kawan aku tu, 
jika aku call diorang dan mintak tolong, pasti diorang akan bantu..miss u all my dear fren..

ainin, muna, asma, salina,liza.. 
tu kawan-kawan baik zaman sekolah dulu..
 dan seorang kawan baik yang dah macam adik aku (kebetulan aku ni anak angkat mak die)..Thanks God.. kerana memberi aku kawan-kawan yang best and osem ni..

so..berbalik kepada dua perkataan tadi..kalau aku membodek, mean tak ikhlas.. kalau tak ikhlas, adakah kawan-kawan tu akan ingat kita?

tapi kalau ambil hati..tujuan kita nak bagi kawan kita gembira, happy.. buat something yang can make she smile.. pulak lagi ko ikhlas.. pasti kawan-kawan takkan lupa kita..

apa-apa pun, ni hanya pendapat peribadi aku ja.. bekawan tu senang ja..
just give n take.. if u want to take something, u must give something..

kalau kita nak sesuatu, kita kena beri sesuatu..
kalau kita nak kawan kita ingat kita, kita yang kena mula ingat diorang dulu..

simple kan???

dan aku rasa entree ni lebih sesuai tajuknya KAWAN..hoho

so..jom kawan-kawan..kita pakat-pakat berkawan..








Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™