Sabtu, 27 Julai 2013

cerita bulan puasa - bahagian III (its a disaster!!)

Assalamualaikum

dah solat subuh kerrrr???
alhamdulillah...

aku rasa masa semakin cepat berlalu sekarang, sampai aku konpious..
hari ni 17 ke 18 ramadhan??
xpe..yang pasti bila orang raya, aku pun akan raya..hahaha

korang yang berstatus isteri macam aku, camne sahur pagi tadi?
sape-sape yang teror masak sudah pastinya enteng..
tapi tidak bagi aku..
aku bukan seorang isteri yang teror masak, aku cuma teror makan je..
jadi bila nak kena masak, aku blurrr kejap..
nak masak apa ek?

aku tepaksa melukis peta minda dalam minda aku sendiri untuk membayangkan kalau kat dalam peti tu ada ayam, apakah hasil yang tu akan jadi nanti..
kalau ikan apa pulak..
dan kalau udang, sotong daging dan sebagainya..
ntah hape pulak yang jadi..

disebabkan aku yang xreti masak sangat ni, aku selalu spare ayam je dalam peti ais..senang...goreng pun sodappp!!!

biasanya bila menu sahur, aku akan mula bepikir masa tengah tunggu nak bebuka nanti..
bila menu bebuka, aku memang bepikir di awal pagi..hahaha..biasanya time aku dah sampai opis..sekitar pukul 8pagi..
awal gilerrr..dah ingat nak bebuka apa..haihhh..

dan sahur pagi tadi..ia sememangnya...disaster!!!
kenapa aku cakap macam tu?
sebab aku selalu tengok rancangan masakan macam master chef, top chef, my kichen rules, yang paling aku suka..iron cheffff..
majoriti chef-chef ni akan sebut.. it's a disaster!!

kretif tak alasan aku..hoho
diorang sebut macamtu bila time masakan diorang tak cukup masa atau masakan diorang tak menjadi seperti yang diharapkan..

kira sama macam aku pagi tadi la..macam tak cukup masa..
tetiba aku terpaksa memasak seperti master chef, dalam tempoh 60 minit, sahur kena ready kalau tak laki aku bakal makan sahur nasik kosong je la..

aku bangun pukul 4.05 pagi, terus ke dapur..kena siapkan semuanya..biasanya aku memasak waktu malam sebelum tido..dan bila bangun sahur benda dah ready tinggal panaskan balik je..

tapi pagi ni tidak seperti biasa, sebab malam tadi aku sangat mengantuk selepas cuba menyiapkan baju raya anak-anak aku (tapi asben aku dah beli baju siap- spare part katanya, ceh! nampak sangat konpiden yang baju tu tak sempat siap!!), aku terus tetido..tanpa memasak menu sahur macam biasa..

bila bangun pagi tadi, dengan pinggan mangkuk periuk belanga serta sudu garfu..tidak ketinggalan jar dan gelas-gelasnya..
penuh dalam singki..
hampeh betul la..

mana ada rancangan masakan yang cabaran memasak dalam tempoh 60minit beserta cuci pinggan mangkuk yang penuh disingki????

it's a disaster!!!
dengan ayam yang sejuk beku..dengan sayur belom potong..
jadi, tepat pukul 4.10, aku mula membasuh, sebab dapur aku kecik, tak leh letak kat memanapun untuk elak dari membasuh..nak tak nak aku tetap kena basuh dulu dan kosongkan singki..lagi pun itu je periuk yang aku ada untuk masak nasik dan untuk buat sup sayur, serta kuali untuk menggoreng..mujur malam tu lepas bebuka aku dah pikir nak masak apa..hoho

aku mula dengan keluarkan ayam dari peti, rendam je dalam bekas besar supaya cepat nyah beku..pastu mula basuh dengan pantas..masak nasik..sambil nasik masak prepare bahan sup dan masak..bila nasik masak (aku masak nasi secara manual, iaitu tanak nasik..umah aku takde rice cooker hokeyyy!!) gantikan dapur tu dengan kuali untuk goreng ayam..

dan penyudahnya mujur sesasangat..aku bejaya jugak sediakan menu untuk sahur..
nasik putih, sup sayur cendawa+brokoli+suhun dan ayam goreng
tu je..mujur ada menu kecemasan, sambal kering tempe goreng besama ikan bilis..

kitorang mula makan sahur pukul 5.15pagi..dan dapat bersahur dengan baik dan tenang..dapat abiskan air sebotol besar..

dan sekali lagi..it's a disaster!!!

lepas ni aku kena sentiasa pastikan singki kosong dan lauk bersahur dah siap..sebab aku bukan iron chef ataupun masterchef..

dan ketika sahur..asben aku makan dengan senyap je..tak banyak bunyi, walaupun sup aku rasa tawar je..hahaha

selamat berposa untuk kesekian kalinya..

~sekian~

2 ulasan:

  1. dah zohor ni.. heheheh..

    ok la tu... tp kena hati2 la len kali.. :|

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu dah habis berhati-hati lah tu..kuang kuang kuang

      Padam

Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™