Memaparkan catatan dengan label solat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label solat. Papar semua catatan

Selasa, 30 Julai 2013

Solat Wanita

Assalamualaikum.... 
entri ni aku copy dari FB sorang kawan, dan die pun share dari wall kawan-kawan yang lain..moga kita dapat keberkatan hasil perkongsian ilmu Allah ini..









Cara solat khas untuk wanita
“Biar susah sekarang, jangan susah di alam baqa’”

Sebuah artikel khusus dipinjam untuk tatapan para muslimah dan mukminah. Walaupun penulis asalnya tidak dapat dikenalpasti namun mudah- mudahan banyak darinya dapat kita jadikan pedoman dalam memperbaiki diri insha ALLAH.

Selamat menimba ilmu..

Baiki cara solat khas untuk perempuan. Ingatlah.. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita.

Kaum lelaki tolong forwardkan pada kawan2 perempuan anda dan isteri.

Ilmu yang terlalu bernilai, rugi kalau tak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Bila pergi solat di tempat awam, lihat macam2 gaya org dirikan solat, baru kini timbul kesedaran utk kongsi cara betul solat bagi muslimah agar solat kita berkualiti.

Bagaimana solat yg tidak berkualiti diterima Allah...umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, kita dicadangkan mengambil masa 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap Yg Esa.

2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita.
Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesal-lah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :
i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkatkedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya
kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara : i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

 Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "....illallahh.
." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.

Perlu diingatkan bahawa kain yg digunakan utk solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).

Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini).
Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Adakain telekung yg indah bersulam dan berkerawang.
Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung,
rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.

Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat.
Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat, inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi.

Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna.

‘Biar susah sekarang, jangan susah di alam baqa'.

**Dari Abdullah bin Amr r.a.,Rasulullah s.a.w. bersabda ,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..*

Rabu, 17 Julai 2013

cerita bulan puasa - bahagian I

Assalamualaikum..

sorry readers..
byk hari dah tak updated..
aku busy skit dua tiga hari ni
sambil perasan ramai orang yang baca blog aku. kat opis banyak plak kerja sekarang ni, antara tulis blog dengan buat kerja opis, memang la buat kerja opis perlu diutamakan..
sebab opis tu tempat cari rezki, kang tak berkat plak rezki tu karang..
bila masa lapang baru boleh buat benda lagha ni kan..

plak tu aku dah maju sikit dalam bisnes jamu berjamu ni..Alhamdulillah, rezki bulan Ramadhan dari Allah..aku dah bejaya upgrade bisnes aku dari agen biasa kepada pengedar..

ok itu citer pasal bisnes aku,and cerita pasal projek aku plak, masih berjalan lancar..sesi jahit menjahit masih belum siap..itula, buat baju ikut pandai sendiri ja..memang la problem skit..asik salah jahit ja..takpe2, yang penting aku mencuba dan tidak berputus asa..ko adee???
hoho

pastu, aku nak citer pasal orang tak posa..
maklumla, ni kan bulan posa..plak lagi malam tadi aku tengok berita kat TV9, ada 12 orang kena tangkap sebab makan kat cyber cafe.. ada sorang tu pakai baju staff sah sah uniform gomen, ada tulisan jawi lagi kat belakang bahu baju biru die.
pastu pagi tadi tengah drive kat federal highway yang sesak tengah jem..pukul 8pagi, selambar mamat taiko ni makan..
aku xtau la ko agama apa, muka pure melayu ala-ala jawa..
lantak ko la kan, tapi ko tak rasa malu ke? cina keta sebelah pun duk jeling ko..haihhh..

dan tahun lepas..
tahun lepas punya cerita pun, puasa tahun ni baru aku nak share ngan korang, busy giler kan aku? jiran kat perumahan rumah tinggi aku..
sebelum ni kalau terserempak ngan asben aku, elok ja borak..
satu ptg tu, kitorang satu family baru nak kuar, die tengah nak paking keta reverse bontot, dengan tingkap keta terbuka..
bibir ko bukan main kental kepit rokok sebatang..sejak insiden tu, dah tak penah die betegur ngan asben aku..
hoho

orang sekarang memang dah takde rasa malu agaknya..
apa taknya, malu dengan Allah pun dah hilang ni pulak dengan manusia..
ayat biasa kita yang hamba ni musti cakap, ko apa pandang?aku nak makan ke nak ape ke, ko peduli apa bukan ko pun yang bagi duit kat aku..

cuba kita tengok plak kalau bab malu dengan Allah..
acaner??? 
duit tu dah sah sah rezki dari Allah.. kecuali la kalo ko memang jenis hamba yang dah tak sedar diri.. segala kudrat tubuh badan ko pun, nikmat tangan, nikmat kaki, semua tu dari Allah.. udara yang ko sedut tu pun untuk benapas hari-hari, tu pun nikmat dari Allah.. 
acaner?? 
ko pikir la sendiri bak kata Nabil.

aku kagum tengok budak kecik sekarang, 
umo 5,6,7 dah pandai puasa penuh..memang hebat adik adik tu, sebab aku dulu, umo 7tahun pun baru belajar puasa separuh-separuh hari..
sebab abah aku cakap, puasa separuh hari dulu..dah boleh tahan baru puasa penuh..tapi sembahyang jangan tinggal..

abah aku didik aku sembahyang dulu, 
memang garang giler bapak aku kalau bab tinggal sembahyang..memang anak-anak semua takut..
giler ko, maau kena sebat dengan ekor ikan pari kalau tinggal sembahyang..umur 7 tahun, pagi2 sebelum pegi sekolah aku dah belaja solat subuh..

time tu sembahyang sebab takut abah sebat ngan ekor ikan pari..
tapi bila dah besar, aku mula paham..bila makin belajar, dah kenal rukun iman, rukun islam..aku makin jelas kenapa abah aku ajar solat dulu banding puasa..sebab solat tu tiang agama..
ibarat sebuah rumah, kalau takde tiang, camne rumah tu nak dibina?
jadinya senang cakap dan buat kesimpulan, ko puasa dari pagi sampai petang, tahan lapar dan dahaga..alih alih solat 5 waktu satu pun takde..
tak pun lopong2..tak pun time hari jumaat je ko pegi solat jumaat, pastu time tarawikh..
korang rasa-rasa posa yang macam ni kira macam mana?

haaa..pikir la sendiri ya..aku bukan ustazah pun, ilmu agama aku pun cetek..iman aku pun senipis kulit bawang..

korang yang pandai agama dan iman tebal..tolong la jawab kejap..
sekian dari aku yang sentiasa sibuk!!!
hoho
Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™