Jumaat, 19 Julai 2013

Kisah Kawen Lagi..

Assalamualaikum

sampai hari ni masih lagi 
berbunyi macam-macam pasal kes poligami Ashraf Muslim..

kita ni membaca je macam macam komen..
memula aku tengok gamba and statement yang di post sorang sahabat FB, Ashraff Muslim mengaku nikahi sakinah di Thailand. 

pastu gamba Wan Sakinah yang menjadi isteri kedua..
pastu hari ni terbaca puisi khas dari dayan untuk Ashraff..
.
.
.
.

Kalau betul puisi tu memang nukilan dayana, 
terbukti hati wanitanya amat kecewa..

terbaca tulisan sorang rakan blog lelaki, 'aku lelaki, kalau bab poligami pastinya akan lebihkan lelaki'..

ok fine..
meh aku lak jawab bagi pihak hati perempuan tentang isu poligami..
sudah pasti akan penuh dengan emosi ya..

ok aku nak review dari awal..
memula aku baca kat Mingguan Wanita tentang perkahwinan Ashraff Muslim dengan Dayana..
Kahwin kat Mekah..
merancang untuk tangguh isu zuriat, sebab time tu dayana masih belajar..
aku tak pasti kat mana dan kursus apa..

perkahwinan pertama dengan Dayana

nampak sangat manis dan bahagia photo-photo yang dipublish kat Mingguan Wanita edisi tu..
sampai aku pun teringin nak cari jubah kaler purple yang dayana pakai..yeke purple, tak ingat dah..

tup tup bunyi cerita Ashraff nk kawen lagi..
tapi nafi..
Alih2 mengaku nikah wan sakinah kat Thailand..

Isteri kedua Wan Sakinah

ok..
komen aku..

LELAKI..
korang memang boleh kawen 4..
tapi kawen 4 tu bukan semudah korang menyatakan nak kawen 4..
besar tanggungjawab kalau berpoligami..
aku pompuan, aku tidak tentang isu poligami..
cuma hati wanita pasti akan terguris jika ada poligami tanpa rela..

sedar-sedar dah ade kawan share laki..
arrgghhhhhh!!!!
memang perang dunia la jadinya..
sebab apa?
dia akan pikir..
sejak bila si dia mula mencari yang baru
sejak bila si dia terfikir hendak mencari yang baru
kerana apa
kerana siapa
apa kurang diri si dia sanggup cari yang baru..
 dan macam-macam lagi la..

pompuan kan emosi???
pasti banyak soalan yang bermain kat kepala dia

dan lelaki akan menjawab..

dah jodoh..
nak buat camna..

hurmmmm...
semudah itu jawapan lelaki setelah melukakan hati wanita pertama yang lafazkan aku terima nikahnya..

kalau betul nak bepoligami
buat la cara elok..
dah ada contoh kot
ustaz Azhar Idrus pun kawen 3..bini bleh duk sebaris
elok ja jadi kawan
Salleh Yakob..(abg Jem i follow)
lagi ramai..dah penuh kuota..
siap bleh p bercuti ke China sama-sama semua bini and anak-anak..

nampak tak???
kalau buat cara betul, ikut cara yang Islam ajar..pasti ok..

tapi ini kalau sembahyang pun tunggang langgang, ko xyah sembang la nak kawen 2,3..meh sini aku blend je anu ko tu..
huh!!

poligami bukan benda mudah..
banyak hati akan terluka..
dan terutama sekali hati si isteri, mungkin die senyum..
tapi dalam hati siapa tahu..
sebab itu wanita yang rela ikhlas berpoligami akan mendapat ganjaran payung emas..
sebab berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..

para suami..
tahukah kalian..
perempuan bila berkahwen dengan kalian, maka dunianya terus berubah..
semua di bawah restu dan izin kalian
bila mengandung..macam-macam alahan, muntah pening dan macam..
bila bersalin lagi bertambah derita yang ditanggungnya demi mendapat redha Ilahi
selepas bersalin nak jaga anak..
dan kesihatan perempuan itu tidak sama seperti dulu lagi..batang tubuhnya akan sentiasa sakit-sakit
penyakit pelupa mula datang
penyakit mata mula tumpang
macam-macam sakit..
kadang-kadang salah makan, mula sakit urat sana sini..

tetiba dapat tau laki kawen lagi satu..sembunyi plak tu..
kawen kat Thailand, kat Songkla..
cerita bos member aku lagi best, second wife kawen kat Australia..

boleh tak korang imagine apa yang pompuan tu rasa?
boleh tak korang yang lelaki tu tolong jawab sat..

isteri-isteri yang suami korang blom buat hal..memang rilek je, sebab blom kena batang hidung sendiri..
aku pun Alhamdulillah..suami aku masih setia dengan aku..
tapi lelaki tetap jugak lelaki, pasti ada keinginan untuk beristeri lebih.
suami aku kata..' i followwwww..'
gulppp...

so..
kalau nak berpoligami, buat la cara elok..
macam Ashraff, die mungkin mampu dari segala sudut..zahir batin..dan mungkin juga mampu berlaku adil, lagipun ilmu agama dia hebat..
silapnya cuma dia berkahwin senyap-senyap di Thailand..
 tu ja..
dan pasti Dayana rasa tertipu..
mustahil die akan cakap kat dayana camni
 'yang, abang nak pegi Thailand ni, nak kawen ngan sakinah plak'
.
.
.
kenapa aku kata dayana rasa tertipu?
sebab dialog sebenar pasti ada unsur tidak jujur
yang tu hanya dayana, Ashraff dan Allah saja yang tahu..

jadi para suami..
kalau berani nak berpoligami, beranikan diri korang jujur dengan isteri korang sedari mula..pasti semua akan mudah dan ok..

tu je..
sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™