Selasa, 2 Julai 2013

aku adalah aku..korang adalah korang..

hari ni 2 julai..
awal-awal bulan ni musti semua orang hepi dan gumbira..sebab baru dapat gaji..so apa yang teringin nak beli..teringin nak itu, nak ini..so dah dapat la kot kan..tapi jangan boros..lengkapkan keperluan dulu, baru cari yang kemahuan jika balance masih ribu-ribu..
hahaha..

teringat gurauan seorang sahabat, "ko nak makan apa?jom aku payung, balance gaji bulan lepas ada 2 ribu lagi..yang bulan ni pun xsentuh lagi.."
hoho..

best macam tu kan?
semua orang berharap ending dia setiap bulan macam tu kot..

bukan macam ni "adoi, baru 18 hari bulan..tinggal 2ratus ja lagi..cukup ke sampai hujung bulan ni?"

hurmmm..
apa pendapat korang?
dengan desakan hidup zaman sekarang ni, adakah cukup gaji setiap seorang pekerja tu?
basic gaji lulusan degree, tahun 2008..lebih kurang 6tahun yang lalu.. aku bermula dengan basic gaji rm1200.. time tu pun gaji macam tu memang cukup-cukup ja..

kalau zaman sekarang?entah la..
sewa rumah pun paling murah 8ratus kot.. kalau area KL aku tak pasti..tahun 2008, sewa rumah rm500..

mungkin sebab tu, kalau korang perasan..makin ramai yang mula buat kerja-kerja partime..mungkin ada 2kerja..pagi masuk opis pakai kemeja dengan slack, neck tie bagai..malam pakai jeans koyak ngan t-shirt pastu cap..
buka gerai buger..

aku puji korang yang rajin macam ni..sanggup bersusah-payah buat dua kerja..mungkin sebab korang ada komitmen yang besar, mungkin korang nak kumpul duit untuk kawen, atau mungkin korang rasa duit gaji korang tak mencukupi..

duit gaji tak mencukupi..
aku rasa ramai kot yang beranggapan macam ni..
duit gaji tak pernah cukup..
 itu yang makan gaji, tapi ada sorang kawan aku ni.. 
die buat bisnes, dan aku tau monthly die is about rm8-10k, that just minimum..bukan max monthly pendapatan..
but..she always said, tak cukup atie..
 i still tak mampu beli rumah idaman i..

wahhh..
aku memang serius terkejut when she said still no enough..

kalau aku..monthly dapat macam tu..
dah xtau nak buat apa..

sebab kadang-kadang kalau pendapatan bulanan aku terlebih 5ratus bulan tu pun, aku dah rasa heaven giler..
mungkin aku type yang tak berjiwa besar.. takde keinginan yang dasat sangat..
handbag coach, bonia, LV..
dan macam-macam jenis la lagi brand, kasut la..mekap la..
adoi..aku p keje balik keje pakai slipper jepun je..hahaha

aku tau ramai perempuan kat luar sana yang gila shoping barang berjenama macam tu..

dan sorang kawan aku, yang memang tengah kejar money freedom..
penah cakap kat aku.. "ko bayangkan atie, shoping like heaven..no need to check price tag..just take mana yang ko nak"

haihhh...aku memang suka buat kerja sambilan macam sekarang..buat bisnes online..tapi takdela berharap sampai macam tu..

naik takut aku dengar..mungkin sebab tu aku tak boleh follow and continue bisnes yang macam tu..yang memerlukan kita punya imaginasi dan keinginan yang maha dasat..

sapa tak nak rumah sendiri..kereta sendiri..ada cash sendiri..
orang gila pun takkan menolak rasanya..
orang yang menolak bukan sebab die gila, tapi mungkin sebab dia ada pegangan utuh yang lain..hidupnya begitu fokus pada kehidupan disana..
sebab, manusia akan sentiasa ingat Allah bila dia dalam kesusahan..
bukan ketika bersenang lenang dan bermewah..(aku tidak la alim dan zuhud macam tu)

aku tak bermaksud, orang yang mewah hidupnya tu tak ingat pada Ilahi..
cuma ini pendapat aku.. kalau kita tengok cerita-cerita islam..para sahabat, semua miskin-miskin je.. senang cakap, makanan hari ini, untuk hari ini sahaja, esok perlu cari yang lain..

bila kita dalam kehidupan sederhana..
kita lebih banyak bersyukur dan ingat kepada Allah..kalau dalam keadaan kaya-raya pun..patut bersyukur dan ingat kepada Allah..

sesiapa yang memang ada keinginan yang macam tu..
nak rumah besar, kereta besar..hidup senang..money freedom..berusahalah bersungguh-sungguh, dan berdoalah kepada Allah..
impian yang luar biasa, memerlukan usaha yang luar biasa juga..

aku??
aku masih selesa dengan kehidupan aku sekarang..alhamdulillah, walaupun aku takde kereta mewah (dah 7tahun aku guna keta yang sama, kadang-kadang strok die datang, tesadai kat bengkel), blom dapat rumah sendiri..masih menyewa..
tapi aku tak sedih pun, malah aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni..

selagi aku mampu bersedekah kepada orang lain, walaupun hanya seringgit sedekah tu..aku dah rasa aku kaya..hohoho

harap korang jangan berjiwa macam aku kalau korang nak dapat kehidupan yang mewah..hohoho
sebab aku orang simple, orang sederhana..jiwa aku pun sederhana..impian aku hanyalah hidup bahagia dan tenang..
Alhamdulillah..impian tu dah tercapai..

kepada kawan-kawan yang masih mengejar impian korang, teruskan..walaupun prinsip kita tak sama, walaupun matlamat kita berbeza..
sebagai kawan, aku tetap doakan korang..
aku tetap sokong korang..aku tetap senyum bila tengok gambar kejayaan korang..syukur, sebab tidak ada rasa penyesalan dan cemburu besarang dihati..malah aku mampu tersenyum lebar tumpang gembira dengan kejayaan yang korang dapat..

sebab matlamat kita berbeza..
dan aku juga punya perancangan yang berbeza dengan korang..
semoga kita semua, sama-sama mencapai apa yang kita harapkan..

~sekian~





2 ulasan:

  1. hehehe. betul2.. lain orang lain cara nyaaa ;)

    #sis, pasal krabi, ida sedang update dlm blog, sis boleh refer link krabi ida. ida mmg update sedetails yg mungkin sbb ramai tanyee ;)

    BalasPadam

Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™