Khamis, 25 Julai 2013

cerita bulan puasa - bahagian II

Assalamualaikum

pejam celik pejam celik..
dalam lebih kurang 2minggu sahaja lagi, Ramadhan akan meninggalkan kita..
tahun depan pasti dia akan datang lagi, tapi masihkah kita didunia ini?
atau mungkin di dunia yang sana..

semalam..24 julai, aku mendapat dua kabar sedih..
memula kabar pemergian seorang rakan niaga dalam business JSD yang aku buat..
walaupun belum sempat kenal, tapi nama beliau tertera dalam group secret kitorang..semoga roh Wan Akhtar Nasuha akan ditempatkan dikalangan orang yang beriman..

dan lepas berbuka, lebih kurang pukul 8.45mlm, aku dapat panggilan dari abah..
kak zura dah meninggal...
eksiden..berdua dengan kawannya untuk ke tempat kerja..
awal pagi, pukul 7..lori tangki yang di drive pemandu mengantuk merempuh kereta yang dinaikki sepupu aku tu..

kak zura..seorang yang sangat mesra, rendah diri...dan baik hati..
sebenarnya dia berkahwin dengan abang sepupu aku..
seingat aku, aku cuma sempat berjumpa dengan dia hanya beberapa kali sahaja..
tak sampai 5 kali..
aku mula kenal arwah sekitar 2010..ketika majlis dia berlangsung dengan abang sepupu, aku xsempat menghadiri majlis tersebut..
selayaknya mereka berjodoh..kedua-duanya seorang yang berbudi pekerti tinggi..dan jodoh mereka berakhir dengan maut..
hanya Allah yang memisahkan mereka..

kak zura..
pertama kali jumpa, dia memang mudah mesra..
ramah, petah bercerita setiap pengalamannya..
sebenarnya kak zura seorang pembantu perubatan yang sentiasa ditugaskan di Mekah untuk menjaga kesihatan jemaah haji kita..
setiap tahun dia memang di Mekah..sebab itu jarang bertemu..
walaupun jarang, tapi keindahan budi dan pekerti yang ada pada kak zura, cukup untuk buat aku ingat dengan jelas siapa itu kak zura walaupun baru jumpa beberapa kali..

dan sekarang tinggal abg sepupu aku sendirian, dan mereka belum pun punya zuriat bersama..

semoga roh kak zura juga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..
dan semoga abang sepupu aku (aku panggil abang keri)juga tabah menempuh dugaan bulan puasa ni..

hanya insan yang terpilih yang meninggal di bulan Ramadhan..dan orang yang meninggal muda ni biasanya orang baik-baik, dan Allah sangat sayangkan mereka..

Al-fatihah buat sahabat ku Wan Akhtar Nasuha dan kak Zura..

~sekian~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™