Memaparkan catatan dengan label sahur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sahur. Papar semua catatan

Rabu, 31 Julai 2013

cerita bulan puasa - bahagian IV (nak sahurrr!!!)

Assalamualaikum

hari ni dah 22Ramadhan..korang sedar tak??
lagi 8hari In shaa Allah..Ramadhan dah nak belalu..time ni la nak kejar Lailatulqadar..

tapi kebanyakkannya ala kadar..lebih banyak kadar di jalan TAR..
hohoho
aku pun same

tapi macam mana pun, berusahalah..mana la tau dapat, lebih baik dari seribu bulan tau..mana nak carikkkk????
xde dalam bulan yang lain..

ok, aku bukan nak cerita pasal malam lailatulqadar ni..sebab aku bukan ustazah..
dan ilmu pun cetek..kang tesalah plak dalil-dalil yang kuar..
tak pasal-pasal tebagi ilmu sesat..
cuma yang pasti..

LAILATULQADAR itu sangat istimewa..dan hamba yang terpilih pasti akan sentiasa mencari dan mengejarnya di setiap Ramadhan...

apa yang aku nak merepek kat entri kali ni adalah pasal sahurrrr...

korang bangun sahur pukul berapa?
ke korang supper je, xsahur?
rugi..keberkatan di bulan puasa tu ada pada sahur..

Alhamdulillah..pagi tadi aku bejaya sahur dengan baik..menu pun sedap..
hasil air tangan aku sendiri..hohoho

tidak seperti pagi haritu It's a disaster!!!
dan tidak juga seperti pagi kelmarin..
waaaaa...

ni yang aku nak cerita..
pagi ahad baru ni, aku beriya kuar awal pagi sorang-sorang bergegas ke pasar tani seksyen 13 shah alam tu (nanti aku cerita pasal ni, kang panjang bejela)
bukan sebab aku nak beli ikan atau barang basah stok dapur
tapi sebab aku nak cari tudung raya
hahahaha

punya la banyak kedai jual tudung, satu pun xde yang aku bekenan..
semua tudung kebanyakkannya jenis tudung Fareeda tu..betingkat-tingkat..
mana mau beb, xreti aku pakai tudung gitu..
dan motip yang paling aku xpaham, kenap design tudung yang macam tu die perlu taruk butang yang ala-ala keronsang tu sebesar-besar alam kat tengah tudung tu?
apakah motip sebenar penciptanya?sebagai pemberat?
waaaa..memang berat..aku pun berat hati nak beli..
hoho

aku ni lebih suka pakai shawl..
dan kadang-kadang pashmina..
jadi aku nak cari shawl atau pashmina yang cantik skit dan nampak menarik sesuai untuk hari raya..
tapi xde..
sangat hampehhh!!

dari pukul 7.40 pagi, sampai pukul 10pagi..
puas aku pusing-pusing
semua kedai jual tudung yang sama design macam Fareeda tu..dan banyak yang jenis bawal 4 segi tu..mungkin trend bawal dah kuar balik..

last sekali aku putuskan, pegi alam sentral je la..lagipun aku memang kena kesana sebab nak pegi Nagoya tekstile tu..
akhirnya dapat jugak tudung yang aku nak..tudung apa?hoho
still simple jugak, sama konsep dengan diri aku..simple
aku beli halfmoon..hoho

sampai umah dah pukul 12.45, dah setengah hari aku bejalan menyoping diri rupanya..
tuan besar kat umah muncung skit..sebab lama sangat kena melayan budak tecit 2orang tu sorang2..
hahaha

sekali lepas zohor, tuan besar ajak bebuka kat luar..
tapi budak-budak plak nyenak tidur..kena la tunggu bangun si dua beradik tu.
last last sampai asar baru dapat kuar..
bulan puasa, kalau ko berangan nak bebuka kat luar..
plak tu xde plan nak bebuka mana, main redah je..memang nasib ko macam sabut dengan batu la..

kitorang pusing-pusing, last-last destinasi ke seksyen 13 shah alam jugak..kitorang ni nama ja duduk usj, tapi sangat suka bershoping, riadah dan makan-makan sekitar shah alam..
jangan tanya kenapa?aku pun tak tau..dah selesa ngan shah alam kot..

sebab teringat dalam tu ada chiken rice shop..budak kecik 2orang tu memang suka chiken rice..
jadi itula destinasinya, korang rasa ada tempat ke?
kompem la xde kan???
jadinya kitorang putuskan, bebuka karang minum la dulu..begilir pegi solat..lepas tu baru masuk chiken rice..
terima kasih kepada Giant sebab sediakan tapak palyground indoor tu..dan mainan mesin free tu..senang aku ngan tuan besar nak uruskan budak bedua yang tengah nak besar tu..
penat giler, lenguh kaki kejor si kecik tu dalam playground, aku takut die jatuh..lasak bukan main, tapi umo baru stahun jagung..ha ni baru betul setahun jagung, sama ngan dia la..setahun setengah..hak hak hak

pukul 8.15 kitorang dapat tempat kat chiken rice, dapat la menjamu selera dengan menu idaman haritu..walaupun aku dah tahap letih giler, kira dah seharian bejalan,Alhamdulillah..
pukul 10.30 baru kitorang sampai rumah sebab lepas makan tu, kitorang masuk shoping kejap dalam Giant, memang aku dah abis bateri giler..

budak-budak kepenatan, terus tetido..aku pun sama..terus tetido..
asben aku kejutkan aku pukul 2.30 suruh aku solat Isyak..pastu aku tido balik..alarm dah set pukul 4.30, lauk semua dah ada tuk sahur..
bangun karang panaskan je..

so aku pun sambung tido..
dan aku tejaga untuk sahur tepat jam 5.51 pagi, dan terus kedengaran azan subuh..
waaaa....
nak sahurrrrrr...

korang jagan praktikkan cerita aku ni tau..
~sekian~




Sabtu, 27 Julai 2013

cerita bulan puasa - bahagian III (its a disaster!!)

Assalamualaikum

dah solat subuh kerrrr???
alhamdulillah...

aku rasa masa semakin cepat berlalu sekarang, sampai aku konpious..
hari ni 17 ke 18 ramadhan??
xpe..yang pasti bila orang raya, aku pun akan raya..hahaha

korang yang berstatus isteri macam aku, camne sahur pagi tadi?
sape-sape yang teror masak sudah pastinya enteng..
tapi tidak bagi aku..
aku bukan seorang isteri yang teror masak, aku cuma teror makan je..
jadi bila nak kena masak, aku blurrr kejap..
nak masak apa ek?

aku tepaksa melukis peta minda dalam minda aku sendiri untuk membayangkan kalau kat dalam peti tu ada ayam, apakah hasil yang tu akan jadi nanti..
kalau ikan apa pulak..
dan kalau udang, sotong daging dan sebagainya..
ntah hape pulak yang jadi..

disebabkan aku yang xreti masak sangat ni, aku selalu spare ayam je dalam peti ais..senang...goreng pun sodappp!!!

biasanya bila menu sahur, aku akan mula bepikir masa tengah tunggu nak bebuka nanti..
bila menu bebuka, aku memang bepikir di awal pagi..hahaha..biasanya time aku dah sampai opis..sekitar pukul 8pagi..
awal gilerrr..dah ingat nak bebuka apa..haihhh..

dan sahur pagi tadi..ia sememangnya...disaster!!!
kenapa aku cakap macam tu?
sebab aku selalu tengok rancangan masakan macam master chef, top chef, my kichen rules, yang paling aku suka..iron cheffff..
majoriti chef-chef ni akan sebut.. it's a disaster!!

kretif tak alasan aku..hoho
diorang sebut macamtu bila time masakan diorang tak cukup masa atau masakan diorang tak menjadi seperti yang diharapkan..

kira sama macam aku pagi tadi la..macam tak cukup masa..
tetiba aku terpaksa memasak seperti master chef, dalam tempoh 60 minit, sahur kena ready kalau tak laki aku bakal makan sahur nasik kosong je la..

aku bangun pukul 4.05 pagi, terus ke dapur..kena siapkan semuanya..biasanya aku memasak waktu malam sebelum tido..dan bila bangun sahur benda dah ready tinggal panaskan balik je..

tapi pagi ni tidak seperti biasa, sebab malam tadi aku sangat mengantuk selepas cuba menyiapkan baju raya anak-anak aku (tapi asben aku dah beli baju siap- spare part katanya, ceh! nampak sangat konpiden yang baju tu tak sempat siap!!), aku terus tetido..tanpa memasak menu sahur macam biasa..

bila bangun pagi tadi, dengan pinggan mangkuk periuk belanga serta sudu garfu..tidak ketinggalan jar dan gelas-gelasnya..
penuh dalam singki..
hampeh betul la..

mana ada rancangan masakan yang cabaran memasak dalam tempoh 60minit beserta cuci pinggan mangkuk yang penuh disingki????

it's a disaster!!!
dengan ayam yang sejuk beku..dengan sayur belom potong..
jadi, tepat pukul 4.10, aku mula membasuh, sebab dapur aku kecik, tak leh letak kat memanapun untuk elak dari membasuh..nak tak nak aku tetap kena basuh dulu dan kosongkan singki..lagi pun itu je periuk yang aku ada untuk masak nasik dan untuk buat sup sayur, serta kuali untuk menggoreng..mujur malam tu lepas bebuka aku dah pikir nak masak apa..hoho

aku mula dengan keluarkan ayam dari peti, rendam je dalam bekas besar supaya cepat nyah beku..pastu mula basuh dengan pantas..masak nasik..sambil nasik masak prepare bahan sup dan masak..bila nasik masak (aku masak nasi secara manual, iaitu tanak nasik..umah aku takde rice cooker hokeyyy!!) gantikan dapur tu dengan kuali untuk goreng ayam..

dan penyudahnya mujur sesasangat..aku bejaya jugak sediakan menu untuk sahur..
nasik putih, sup sayur cendawa+brokoli+suhun dan ayam goreng
tu je..mujur ada menu kecemasan, sambal kering tempe goreng besama ikan bilis..

kitorang mula makan sahur pukul 5.15pagi..dan dapat bersahur dengan baik dan tenang..dapat abiskan air sebotol besar..

dan sekali lagi..it's a disaster!!!

lepas ni aku kena sentiasa pastikan singki kosong dan lauk bersahur dah siap..sebab aku bukan iron chef ataupun masterchef..

dan ketika sahur..asben aku makan dengan senyap je..tak banyak bunyi, walaupun sup aku rasa tawar je..hahaha

selamat berposa untuk kesekian kalinya..

~sekian~
Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™