Rabu, 12 Mac 2014

tenanglah kau disana sahabat...

assalamualaikum...
semalam saya menangis sendirian..entah kenapa hati begitu sedih dikala terkenangkan arwah..

puncanya, malam sebelumnya saya bermimpi..mimpi kenangan zaman persekolahan, rahsia yang dikongsi berdua dengan arwah..dan siangnya bila teringat mimpi tersebut, hati makin sayu terkenangkan arwah sahabat baik saya.. fadzilatul ahya'...

ahya'...dia berpindah kesekolah aku ketika kami ditingkatan dua...aku pun tak tau macam mana aku boleh bersahabat baik dengan ahya'..sedangkan ketika dia dipindahkan kesekolah aku, dia bukannya masuk sama kelas dengan aku pun, dan juga tidak tinggal satu dorm pun kat asrama dengan aku..tapi itulah takdir Allah..jodoh kami tetap menjadi sahabat baik..

ahya' seorang yang baik..sehingga sekarang, tidak pernah lagi aku bertemu dengan kawan yang begitu ikhlas menghargai kehadiran kita sebagai sahabat..bukan bermaksud sekarang aku tiada kawan-kawan yang rapat, ada..malah ada yang seperti saudara sendiri, pelbagai rahsia dikongsi bersama..cuma, tidak sama seperti ahya'..

ahya' sepanjang menjadi sahabat, dia tak pernah lupakan aku.. ketika tinggal di asrama, setiap kali hari minggu kami akan pulang ke kampung atau outing..dan setiap kali kembali ke asrama, tangan ahya' tak pernah kosong dari membawa buah tangan untukku... kegemaran ahya', laksam..itula yang sering dibawa ahya' untuk ku bila pulang ke asrama..kadang-kadang aku naik malu, kerana jarang ada buah tangan dari aku untuk ahya'..

aku berkawan rapat dengan ahya' hanya setahun lebih..antara tingkatan dua dan menjelang pmr.. kerana kebodohan aku, aku membuang ahya' dari hidupku...ahya' maafkan aku...
semuanya bermula ditingkatan 3ketika kami sebuk membuat persediaan untuk pmr, aku tidak tahu darimana datang fitnah tentang ahya'..macam-macam cerita yang tidak enak..tak perlulah aku ceritakan hal fitnah itu..tapi yang pasti, kerana fitnah itulah aku mula menjauhkan diri dari ahya'..entah kenapa aku begitu bodoh, buta-buta lebih percayakan cerita yang entah dari mana timbul, entah benar atau tidak..dan yang paling aku kesali, aku menghukum ahya' tanpa dia sedar punca kemarahan aku, dan aku tidak pernah bertanya tentang cerita fitnah tu..maaf sahabat, aku terlalu hina untuk digelar sahabat..

setelah sekian lama, orang mula lupa cerita busuk tu..begitu juga aku..dan aku tersedar, kejamnya aku..tinggal ahya' sendirian..tapi ketika tu aku dah jauh dari ahya', dan aku kurang ingat apa yang ahya buat, dengan siapa dia berkawan..sebab kadang-kadang aku nampak dia makan sendirian..dan bila aku terasa apa salahnya kembali bertegur sapa, ahya' terima aku sebagai kawan kembali..ahya' memang begitu..hatinya sentiasa ikhlas...ahya' maafkan aku..

seingat aku, selepas spm, aku sama-sama mencuba nasib seperti pelajar lain..mengisi borang upu, semua nak masuk universiti..dan rezeki aku di uitm, sedang ahya' di usm...aku di shah alam, ahya' di pulau pinang..jauh kami terpisah..mungkin sebab aku kembali terasa persahabatan kami yang dulu, banyak kali aku cuba menghubungi ahya', itupun hanya ketika pulang ke kampung..tapi dulu cuti antara universiti tidak sama, setiap kali aku pulang bercuti, ahya' sedang meneruskan kursusnya di usm..begitu juga dengan ahya', bila dia pulang ke kampung dia akan berbuat perkara yang sama..sampai pernah suatu hari ketika aku cuba hubungi ahya' dari kampung, mak aku cakap " asik lawan kirim salam ja, sampai bila baru nak jumpa?" aku senyum ja kat mak..mungkin mak ahya' pun bercakap perkara yang sama, bila aku telefon " laa atie ka, ahya' baru balik penang.. takpa takpa, nanti makcik sampaikan salam atie tu" benar..jodoh tu milik Allah...sekian lama, tak pernah berpeluang untuk berborak walaupun hanya sekali...

masatu ahya' tak guna henfon..aku pun belum ada henfon..tapi ahya' ada tinggalkan satu no, katanya dia ada simkad ja..henfon dia tumpang kawan punya..sekadar untuk guna bila nak call family..sampai bila aku dah pakai henfon, aku terlupa akan hal ahya' sebab aku ada masalah sendiri ketika tu..dan satu hari, aku dapat sms dari sorang kawan, kiroh salleh tak silap...

'atie, ahya' dah takda..excident kat sungai dua..'

untuk seketika, aku terduduk..kelu...teman sebilik aku, kak shuhada pelik tengok aku..seminggu jugak aku jadi macam mayat hidup..entah..aku lost sekejap..mungkin terkilan, sekian lama berkirim salam, jodoh kami tetap tiada untuk  berjumpa..dan sampai sekarang bila terkenangkan ahya', aku akan menangis..entah la...mungkin rindu sangat dekat ahya'..tak pelah..moga kau tenang wahai sahabat...

Al-Fatihah untuk sahabat yang tersayang... Fadzilatul Ahya'..dah lebih 10tahun kau pergi meninggalkan kami..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™