Khamis, 11 Julai 2013

driver-driver yang memang budget taiko!!

Assalamualaikum...

pagi ni kat opis, aku sengsorang je..sebab opismate yang dekat ngan aku ni takde..
senyap sunyi..xde sms atau call aku..biasa kalau cuti or ada emergency apa-apa, die akan sms aku atau kakak admin..

tapi pagi ni senyap je..dari pukul 9,sampai pukul 10..
tak nampak batang hidung jugak lagi..
so aku budget die cuti kot..

alih-alih pukul 11 tadi dapat cerita dari kakak admin, opismate aku ni eksiden..
huh..berderau darah aku..
berderu-deru soalan kuar dari mulut aku..
bila kakak tu cakap die ok, xde pape..cuma kancil die je..remuk teruk..
so..lega.. Alhamdulillah..

punca kemalangan tu sebab, member aku nak kuar simpang trafik light..
lampu die dah hijau, keta yang langgar die tu nak kejar lampu hijau yang dah bertukar merah punya pasal, terus rempuh keta die..amik ko..melambung ke tembok..terbukti mungkin ko si pesalah agak laju..

member aku ni bawak keta sopan, nak pulak die baru nak mula jalan lampu hijau, kompem la slow je..hurmmm..itu la, malang memang tak berbau..kadang-kadang kita dah cuba berhati-hati..
tapi sebab pemandu lain yang tak reti nak respek pemandu lain, ingat die je yang bayar roadtax, dah tak pepasal kena dekat orang lain..

jom kita senaraikan sikap pemandu Malaysia mengikut pengalaman memandu aku yang baru masuk 6tahun ni.. (korang boleh tambah kat komen)
  • kereta takde signal - nak tukar line main himpit2 pastu cilok masuk, payah sangat ke nak bagi signal?
  • jalan aku jalan aku, jalan kau pun jalan aku jugak - yang ni lagi best, bawak keta fast lane.. drive macam orang sakit perut menahan cirit, bila keta depan macam terstuck kejap, jem ke apa ke, die main cilok ja..dengan signal tak bagi main belasah ja cilok, siap tekan hon kuat suruh orang respek die bagi laluan untuk die cilok masuk.. puii! (aku dah tekena dengan satu MPV model Mazda, wana biru, mujur aku tak ingat no plate die)
  • tengah jem..pemandu Malaysia memang handal buat dua kerja satu masa, ramai yang aku intai-intai bila time jem tu, masing-masing tangan pegang hp, tab, i-pad..dan macam-macam jenis gadjet lagi la..bila orang depan dah jalan, die ralit sangat dengan laman sosial die..tak jalan-jalan..dah kena hon kuat-kuat..
  • nak keluar simpang - biasa kalau nak keluar simpang, kena tengok jalan clear baru boleh kuar, kang tak pepasal jadi meeting tergempar kat jalan tu..tapi kadang-kadang ada pemandu yang tak reti saba, main hon je dari belakang asak driver yang paling depan suh kuar cepat-cepat..saba boleh tak? (sama jugak kalau lampu hijau, lambat jalan je memang kena hon!)
  • cucuk belakang - aku memang geram betul kalau keta yang suka cucuk belakang ni, kalau aku duk fast lane memang la salah aku, ko nak cepatkan..ni aku duk line tengah, buat ape nak laju-laju, 80, ok la kan..xde laju sangat, xde slow macam siput..nak jugak dicucuk..aku break ngejut kang, ha..sondol ko bayar!
  • driver kenderaan besar - ni lagi best, driver kontena atau bas..kadang-kadang lori yang tong putih besar tu pun,senang cakap kenderaan berat la, main himpit je kalau nak masuk line, aku besar ni, ko berani tak bagi jalan?aku langgar kang
  • ni yang last kot, bab masalah dekat simpang- kalau tengah que sebab jem, boleh tak ko que jgn blok simpang orang lain..punyala tak nak bagi orang take over jalan die, himpit habis kereta depan, last-last ko benti tengah simpang ,blocking jalan orang lain, dan aku kereta yang kat simpang yang ko blocking tu tepaksa besabar menunggu aksi bangang ko tu berakhir..sape driver yang buat perangai ni, aku cakap..ko lah driver bangang yang abadi!

Sekian.


2 ulasan:

  1. Assalamualaikum..Singgah Sahur Salam Ukhwah OhBlogger Malaysia

    Best entri ini..mmg betul la pemandu byk yg taiko2..tmbh2 saya yg bwk moto..mmg pergh la..

    BalasPadam
  2. tq bro for komen.. dan saya pula pemandu wanita yg drive keta manual..lagi la..ayam-ayam je diorang tengok..hoho

    BalasPadam

Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™