Rabu, 9 Oktober 2013

tips untuk bakal raja sehari..

Assalamualaikum...

wah..wah.. busy benor aku sekarang ni..duk kejar dateline projek la, duk jual jamu susuk dara (sila ke page saya) la, duk jahit bunga, baju kurung..jual baju kurung cotton budak-budak.. (sambil2 promosi- sila ke pesbuk saya)
memang busy, sebab saya suka isi masa saya dengan benda-benda supaya sentiasa sibuk..bila sibuk kita takkan terpikir nak buat benda yang tak berfaedah sangat..hahahaha

lagipun..semua tu menghasilkan pendapatan tambahan untuk aku bantu suami..kan bagus camtu..??? kan kan? lagipun, hidup ni banyak cara yang ada untuk kita nikmati.. samada nak happy atau nak sedih2.. pilih lah dengan sebijaknya kerana Allah dah pun kurniakan akal yang waras kepada kita.. dan jugak, hidup ni terlalu pendek untuk kita sedih atau tatap perkara-perkara yang lepas atau sejarah hitam kita.. teruskan hidup, bina semangat baru.. jangan penah mengalah dengan kegagalan yang lalu..sebab banyak lagi peluang yang ada untuk kita cuba dan nikmati.. pokok pangkalnya kita sendiri..gembira atau berduka..ok..tu mukadimah untuk kuliah dhuha pagi ni..hahahaha

sebenarnya entri ni nak berkongsi cerita, pengalaman dan jugak pandangan serta nasihat dari hati dan akal fikiran yang waras aku nih.. ramai kawan-kawan bujang aku kat luar sana tu, in a few day akan jadi bini orang, dan yang laki mustilah jadi laki orang kan??? sampai beberapa hari lepas, seorang kawan bercerita masalah diri..persiapan untuk kawen tunggang langgang, duit untuk majlis kena tipu dengan kawan, adik beradik tiba-tiba tentang..masalah itu timbul, masalah ini timbul.. haiihhhh...biasalah...namanya pun hidup, kalu lancar je tak best pulak kan?? cuma diri kita, kuat atau tak sahaja..tapi, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..so aku tukar, sebab aku xdapat lihat dan jumpa kawan aku ni, jauh beribu batu.. aku gantikan, ''berdarah menanah telinga mendengar, bedarah patah riuk lagi bahu yang memikul"..

memula, aku nak ucap tahniah kat kawan-kawan yang bakal langsung majlis cuti sekolah ni, syukur jodoh korang dah sampai.. sebab soal jodoh kita tak penah tau, Allah sahaja yang tahu..ada orang yang sampai berumur, masih bujang..sebab apa?sebab jodohnya belum Allah izinkan..hanya Allah saja yang tahu.. 

bebalik tujuan asal aku nak tulis entri ni, 

ya..perkahwinan adalah perkara yang sangat-sangat menggembirakan semua orang.. ibu bapa akan tersenyum, lega, tanggungjawab akan dipikul sambung oleh lelaki yang telah ditakdirkan jodohnya.. kawa-kawan tumpang gembira bila kawan masing akan tamatkan zaman bujang.. majikan pun silap2 bagi angpau tahniah..cuma garu kepala sekejap sebab korang yang nak kawen musti akan apply cuti panjang.. semua orang sekeliling kita, yang berakal waras, pasti akan tumpang gembira.. kalau dikampung, jiran-jiran siap tolong bagi barang untuk dapur, siap tolong tambah jumlah dulang hantaran.. tapi, perjalanan untuk sampai kepada hari yang bahagia tu, tak akan segembira berita yang kita akan kawen..sebabnya??? 
pasti akan ada 1001 dugaan yang mendatang.. pasti akan ada, cuma bergantung kepada kita dan pasangan , kuat atau tidak untuk menghadapi dugaan itu.. 

kalau bertunang, orang mesti akan pesan, "baik-baik..awak tu darah manis". 
kan? pastu orang akan usik-usik, dan kalau korang perasan, masa kita dah bertunang itu la, macam-macam dugaan yang akan uji kita, ramai pulak yang tetiba mengorat, selama ni aku lalu kat sini, mamat tu tak penah pandang aku..sekarang siap tegur bagai.. itu sebab orang yang makin hampir dengan tarikh keramat, muka die akan berseri lebih sikit..sebab kegembiraan yang terpancar tu.. (bukan cerita aku ya, aku takde tunang-tunang, nikah terus je!! save budget!!)

ada pulak dugaan yang bentuk macam ni, lagi seminggu nak akad, tiba-tiba awek lama yang cinta pertama dulu datang balik, menagih cinta dan janji dulu.. agak-agak bergoyang tak??? 

kenapa semua tu berlaku??? 

sebab semua tu kerja iblis laknatullah... iblis akan menangis bersungguh-sungguh jika ada pasangan yang akan berkawen.. dia pasti akan buat macam-macam helah untuk pastikan perkara halal kepada pasangan itu batal.. 

korang paham ke maksud aku tu? kalau paham, maksudnya dah layak le nak jadi khalifah kepada istri korang..

nasihat dan pendapat peribadi aku, yang baru berkawen selama 4tahun sahaja.. aku pun penah diduga macam-macam sebelum sah bergelar seorang isteri.. hampir putus, hampir putus saudara.. tapi ada satu perkara yang menguatkan hati aku dan pasangan.. mak abah aku.. sebab mak aku cakap,  'buat bagi selesai..mak abah restu hubungan kamu berdua, biar apa pun dugaan, kuat.. Allah ada..biar la orang lain tu" itu je penguat semangat aku untuk cukup yakinkan hati aku, yang pilihan aku tepat..

sebab, bila macam-macam dugaan datang, kita pasti akan pikir yang bukan-bukan.. bukan jodoh aku ke? payah sangat, putus jelah, hati aku ingat orang lainlah, camna ni? 
haaa..semua tu hasutan si iblis.. pegang dengan satu perkara yang korang pasti, dan pasangan korang jugak..pastikan die jugak percaya dengan satu perkara yang pasti.. Insya Allah.. akan bejalan lancar.. berdoalah banyak-banyak..

kalau bab duit, tak payah la korang ikut rentak orang, aku ada tengok rancang sembang teh tarik ac mizal tu, masa tu artis jemputan noh hujan.. selamba die cerita pengalaman pertama kali jumpa dengan bapak mizz nina, macam ni die cakap "uncle, saya terus terang cakap.. makan minum, bil api air semua saya mampu, tapi kalau fesyen, makeup hairstyle semua saya tak mampu" gila tak??? sekurang-kurangnya die jujur.. die berterus terang tahap kemampuan die, yelah..mizz nina tu dah la international artis, anak tan sri pulak lagi..maintenan die ko ingat bulan-bulan takat 5,6 ratus je ke??? ratus ribu mungkin... 

jadi sesapa yang nak kawen, ukur lah baju di badan sendiri..agar semua lancar dan korang tak payah nak menanggung hutang lepas kawen.. nak mulakan perkahwinan bukan mudah.. lebih dasat dugaannya.. kalau perjalanan untuk sampai ketarikh perkahwinan pun kita tewas, bagaimana pulak nak hadapi dugaan hidup dalam perkahwinan itu nanti??? 

jadi, kepada pasangan semua, yang akan berkahwin.. sediakan diri korang dari segi fizikal dan mental.. wang ringgit bukan ukuran.. banyak lagi perkara lain yang lebih penting untuk korang pikirkan bagaimana untuk pastikan perkahwinan itu berjaya..pengalaman aku masih cetek, tapi dah banyak yang aku belajar..hidup rumah tangga memang banyak dugaan, yang penting sentiasa jujur, dan percaya satu sama lain.. In shaa Allah.. semua akan baik-baik sahaja.. cubalah untuk membantu pasangan dan bertolak ansur..pasti bahagia akan datang..

harap nukilan aku ni boleh jadi bacaan yang melegakan hati pasangan-pasangan yang tengah gusar menanti hari bahagia mereka.. sekian...

(kongsi cerita lama aku time nak kawen dulu.. kenapa kawen?? )
Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™