Memaparkan catatan dengan label puasa Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puasa Ramadhan. Papar semua catatan

Sabtu, 27 Julai 2013

cerita bulan puasa - bahagian III (its a disaster!!)

Assalamualaikum

dah solat subuh kerrrr???
alhamdulillah...

aku rasa masa semakin cepat berlalu sekarang, sampai aku konpious..
hari ni 17 ke 18 ramadhan??
xpe..yang pasti bila orang raya, aku pun akan raya..hahaha

korang yang berstatus isteri macam aku, camne sahur pagi tadi?
sape-sape yang teror masak sudah pastinya enteng..
tapi tidak bagi aku..
aku bukan seorang isteri yang teror masak, aku cuma teror makan je..
jadi bila nak kena masak, aku blurrr kejap..
nak masak apa ek?

aku tepaksa melukis peta minda dalam minda aku sendiri untuk membayangkan kalau kat dalam peti tu ada ayam, apakah hasil yang tu akan jadi nanti..
kalau ikan apa pulak..
dan kalau udang, sotong daging dan sebagainya..
ntah hape pulak yang jadi..

disebabkan aku yang xreti masak sangat ni, aku selalu spare ayam je dalam peti ais..senang...goreng pun sodappp!!!

biasanya bila menu sahur, aku akan mula bepikir masa tengah tunggu nak bebuka nanti..
bila menu bebuka, aku memang bepikir di awal pagi..hahaha..biasanya time aku dah sampai opis..sekitar pukul 8pagi..
awal gilerrr..dah ingat nak bebuka apa..haihhh..

dan sahur pagi tadi..ia sememangnya...disaster!!!
kenapa aku cakap macam tu?
sebab aku selalu tengok rancangan masakan macam master chef, top chef, my kichen rules, yang paling aku suka..iron cheffff..
majoriti chef-chef ni akan sebut.. it's a disaster!!

kretif tak alasan aku..hoho
diorang sebut macamtu bila time masakan diorang tak cukup masa atau masakan diorang tak menjadi seperti yang diharapkan..

kira sama macam aku pagi tadi la..macam tak cukup masa..
tetiba aku terpaksa memasak seperti master chef, dalam tempoh 60 minit, sahur kena ready kalau tak laki aku bakal makan sahur nasik kosong je la..

aku bangun pukul 4.05 pagi, terus ke dapur..kena siapkan semuanya..biasanya aku memasak waktu malam sebelum tido..dan bila bangun sahur benda dah ready tinggal panaskan balik je..

tapi pagi ni tidak seperti biasa, sebab malam tadi aku sangat mengantuk selepas cuba menyiapkan baju raya anak-anak aku (tapi asben aku dah beli baju siap- spare part katanya, ceh! nampak sangat konpiden yang baju tu tak sempat siap!!), aku terus tetido..tanpa memasak menu sahur macam biasa..

bila bangun pagi tadi, dengan pinggan mangkuk periuk belanga serta sudu garfu..tidak ketinggalan jar dan gelas-gelasnya..
penuh dalam singki..
hampeh betul la..

mana ada rancangan masakan yang cabaran memasak dalam tempoh 60minit beserta cuci pinggan mangkuk yang penuh disingki????

it's a disaster!!!
dengan ayam yang sejuk beku..dengan sayur belom potong..
jadi, tepat pukul 4.10, aku mula membasuh, sebab dapur aku kecik, tak leh letak kat memanapun untuk elak dari membasuh..nak tak nak aku tetap kena basuh dulu dan kosongkan singki..lagi pun itu je periuk yang aku ada untuk masak nasik dan untuk buat sup sayur, serta kuali untuk menggoreng..mujur malam tu lepas bebuka aku dah pikir nak masak apa..hoho

aku mula dengan keluarkan ayam dari peti, rendam je dalam bekas besar supaya cepat nyah beku..pastu mula basuh dengan pantas..masak nasik..sambil nasik masak prepare bahan sup dan masak..bila nasik masak (aku masak nasi secara manual, iaitu tanak nasik..umah aku takde rice cooker hokeyyy!!) gantikan dapur tu dengan kuali untuk goreng ayam..

dan penyudahnya mujur sesasangat..aku bejaya jugak sediakan menu untuk sahur..
nasik putih, sup sayur cendawa+brokoli+suhun dan ayam goreng
tu je..mujur ada menu kecemasan, sambal kering tempe goreng besama ikan bilis..

kitorang mula makan sahur pukul 5.15pagi..dan dapat bersahur dengan baik dan tenang..dapat abiskan air sebotol besar..

dan sekali lagi..it's a disaster!!!

lepas ni aku kena sentiasa pastikan singki kosong dan lauk bersahur dah siap..sebab aku bukan iron chef ataupun masterchef..

dan ketika sahur..asben aku makan dengan senyap je..tak banyak bunyi, walaupun sup aku rasa tawar je..hahaha

selamat berposa untuk kesekian kalinya..

~sekian~

Khamis, 25 Julai 2013

cerita bulan puasa - bahagian II

Assalamualaikum

pejam celik pejam celik..
dalam lebih kurang 2minggu sahaja lagi, Ramadhan akan meninggalkan kita..
tahun depan pasti dia akan datang lagi, tapi masihkah kita didunia ini?
atau mungkin di dunia yang sana..

semalam..24 julai, aku mendapat dua kabar sedih..
memula kabar pemergian seorang rakan niaga dalam business JSD yang aku buat..
walaupun belum sempat kenal, tapi nama beliau tertera dalam group secret kitorang..semoga roh Wan Akhtar Nasuha akan ditempatkan dikalangan orang yang beriman..

dan lepas berbuka, lebih kurang pukul 8.45mlm, aku dapat panggilan dari abah..
kak zura dah meninggal...
eksiden..berdua dengan kawannya untuk ke tempat kerja..
awal pagi, pukul 7..lori tangki yang di drive pemandu mengantuk merempuh kereta yang dinaikki sepupu aku tu..

kak zura..seorang yang sangat mesra, rendah diri...dan baik hati..
sebenarnya dia berkahwin dengan abang sepupu aku..
seingat aku, aku cuma sempat berjumpa dengan dia hanya beberapa kali sahaja..
tak sampai 5 kali..
aku mula kenal arwah sekitar 2010..ketika majlis dia berlangsung dengan abang sepupu, aku xsempat menghadiri majlis tersebut..
selayaknya mereka berjodoh..kedua-duanya seorang yang berbudi pekerti tinggi..dan jodoh mereka berakhir dengan maut..
hanya Allah yang memisahkan mereka..

kak zura..
pertama kali jumpa, dia memang mudah mesra..
ramah, petah bercerita setiap pengalamannya..
sebenarnya kak zura seorang pembantu perubatan yang sentiasa ditugaskan di Mekah untuk menjaga kesihatan jemaah haji kita..
setiap tahun dia memang di Mekah..sebab itu jarang bertemu..
walaupun jarang, tapi keindahan budi dan pekerti yang ada pada kak zura, cukup untuk buat aku ingat dengan jelas siapa itu kak zura walaupun baru jumpa beberapa kali..

dan sekarang tinggal abg sepupu aku sendirian, dan mereka belum pun punya zuriat bersama..

semoga roh kak zura juga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..
dan semoga abang sepupu aku (aku panggil abang keri)juga tabah menempuh dugaan bulan puasa ni..

hanya insan yang terpilih yang meninggal di bulan Ramadhan..dan orang yang meninggal muda ni biasanya orang baik-baik, dan Allah sangat sayangkan mereka..

Al-fatihah buat sahabat ku Wan Akhtar Nasuha dan kak Zura..

~sekian~


Rabu, 17 Julai 2013

cerita bulan puasa - bahagian I

Assalamualaikum..

sorry readers..
byk hari dah tak updated..
aku busy skit dua tiga hari ni
sambil perasan ramai orang yang baca blog aku. kat opis banyak plak kerja sekarang ni, antara tulis blog dengan buat kerja opis, memang la buat kerja opis perlu diutamakan..
sebab opis tu tempat cari rezki, kang tak berkat plak rezki tu karang..
bila masa lapang baru boleh buat benda lagha ni kan..

plak tu aku dah maju sikit dalam bisnes jamu berjamu ni..Alhamdulillah, rezki bulan Ramadhan dari Allah..aku dah bejaya upgrade bisnes aku dari agen biasa kepada pengedar..

ok itu citer pasal bisnes aku,and cerita pasal projek aku plak, masih berjalan lancar..sesi jahit menjahit masih belum siap..itula, buat baju ikut pandai sendiri ja..memang la problem skit..asik salah jahit ja..takpe2, yang penting aku mencuba dan tidak berputus asa..ko adee???
hoho

pastu, aku nak citer pasal orang tak posa..
maklumla, ni kan bulan posa..plak lagi malam tadi aku tengok berita kat TV9, ada 12 orang kena tangkap sebab makan kat cyber cafe.. ada sorang tu pakai baju staff sah sah uniform gomen, ada tulisan jawi lagi kat belakang bahu baju biru die.
pastu pagi tadi tengah drive kat federal highway yang sesak tengah jem..pukul 8pagi, selambar mamat taiko ni makan..
aku xtau la ko agama apa, muka pure melayu ala-ala jawa..
lantak ko la kan, tapi ko tak rasa malu ke? cina keta sebelah pun duk jeling ko..haihhh..

dan tahun lepas..
tahun lepas punya cerita pun, puasa tahun ni baru aku nak share ngan korang, busy giler kan aku? jiran kat perumahan rumah tinggi aku..
sebelum ni kalau terserempak ngan asben aku, elok ja borak..
satu ptg tu, kitorang satu family baru nak kuar, die tengah nak paking keta reverse bontot, dengan tingkap keta terbuka..
bibir ko bukan main kental kepit rokok sebatang..sejak insiden tu, dah tak penah die betegur ngan asben aku..
hoho

orang sekarang memang dah takde rasa malu agaknya..
apa taknya, malu dengan Allah pun dah hilang ni pulak dengan manusia..
ayat biasa kita yang hamba ni musti cakap, ko apa pandang?aku nak makan ke nak ape ke, ko peduli apa bukan ko pun yang bagi duit kat aku..

cuba kita tengok plak kalau bab malu dengan Allah..
acaner??? 
duit tu dah sah sah rezki dari Allah.. kecuali la kalo ko memang jenis hamba yang dah tak sedar diri.. segala kudrat tubuh badan ko pun, nikmat tangan, nikmat kaki, semua tu dari Allah.. udara yang ko sedut tu pun untuk benapas hari-hari, tu pun nikmat dari Allah.. 
acaner?? 
ko pikir la sendiri bak kata Nabil.

aku kagum tengok budak kecik sekarang, 
umo 5,6,7 dah pandai puasa penuh..memang hebat adik adik tu, sebab aku dulu, umo 7tahun pun baru belajar puasa separuh-separuh hari..
sebab abah aku cakap, puasa separuh hari dulu..dah boleh tahan baru puasa penuh..tapi sembahyang jangan tinggal..

abah aku didik aku sembahyang dulu, 
memang garang giler bapak aku kalau bab tinggal sembahyang..memang anak-anak semua takut..
giler ko, maau kena sebat dengan ekor ikan pari kalau tinggal sembahyang..umur 7 tahun, pagi2 sebelum pegi sekolah aku dah belaja solat subuh..

time tu sembahyang sebab takut abah sebat ngan ekor ikan pari..
tapi bila dah besar, aku mula paham..bila makin belajar, dah kenal rukun iman, rukun islam..aku makin jelas kenapa abah aku ajar solat dulu banding puasa..sebab solat tu tiang agama..
ibarat sebuah rumah, kalau takde tiang, camne rumah tu nak dibina?
jadinya senang cakap dan buat kesimpulan, ko puasa dari pagi sampai petang, tahan lapar dan dahaga..alih alih solat 5 waktu satu pun takde..
tak pun lopong2..tak pun time hari jumaat je ko pegi solat jumaat, pastu time tarawikh..
korang rasa-rasa posa yang macam ni kira macam mana?

haaa..pikir la sendiri ya..aku bukan ustazah pun, ilmu agama aku pun cetek..iman aku pun senipis kulit bawang..

korang yang pandai agama dan iman tebal..tolong la jawab kejap..
sekian dari aku yang sentiasa sibuk!!!
hoho

Isnin, 8 Julai 2013

Bulan Ramadhan Datang Lagiiii!!!

Assalamualaikum..

sopan kan???
ok, akan mulakan setiap entri dengan lafaz salam selepas ni..
hijrah kecik yang membawa pahala..

lagi dua hari nak posa dah ni, In Shaa Allah..harap korang semua dah settle posa ganti ya..sebab hari ni dan esok tak boleh dah..kita panggil hari tasrik atau hari syak..tapi kalau hari tasyrik yg jelas jatuh pada 11, 12 dan 13 zulhijjah.. lepas raya haji..

dan hari ni dengan esok pun sama, jatuh hari syak iaitu hari yang diragukan tentang kedatangan awal Ramadhan kera bulan tak nampak..belum jelas masuk Ramadhan atau tak, jadi disebut hari syak..ada jugak pendapat yang mengatakan tidak haram, hanya makruh sahaja..rujuk sini

jadinya jom sama-sama kita tengok pengertian puasa...

puasa itu ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. (korang ingat tak masa hapal KAFA dulu, sekolah rendah)

dan, puasa juga bukan setakat puasa dari makan dan minum atau masukkan apa-apa ke dalam rongga badan. 
ketika puasa, kita perlua puasa semua, iaitu, puasa mulut, puasa telinga, puasa mata, juga puasa tangan kaki..

kenapa? sebab kalau ko puasa, tapi mulut ko bukan main lagi macam mami jarum, mengumpat sana..mengata sini..melaser sana(ni biasanya kaum hawa macam aku la)..kan kurang pahala puasa ko, plak lagi mata tu..puasa, tapi asik duk tengok benda yang bukan-bukan (yang ni ditujukan khas kepada kaum adam)..
hoho..

musti ada org laki yang baca entri ni sedang tersenyum, sebab die tau ape yang aku maksudkan..kan kan kan???

jom kita ingat balik apa kah perkara-perkara yang membatalkan puasa..

makan minum
muntah dengan sengaja (tapi ada pendapat mengatakan muntah sebab memberus gigi adalah tidak batal..aku kurang pasti korang boleh rujuk ustaz ya)
bersetubuh/ mengeluarkan mani dengan sengaja
keluar haid dan nifas
hilang akal (tapi dialog 'ko hilang akal ke apa?' itu tak batal ok)
pitam
murtad
memasukkan apa-apa ke dalam rongga badan
(kalau salah boleh tegur dan betulkan..ni panduan je)

senangkan puasa ni sebenarnya..
bukan kena berperang ke, terjun lautan api ke atau apa-apa..
itu je..so, jangan nak ngelat tetiba dapat surat dokter cakap ada gastrik plak kan? tetiba kena naik van mayat ke..budak kecik pun boleh puasa, ni pulak lagi orang dewasa macam kita ni..malu weh kalu tak leh puasa..
hoho..
jom tengok lafaz niat dia..



so..aku uacapkan selamat menyambat bulan Ramadhan semua.. 
semoga kita semua memperolehi pahala yang berlipat kali ganda...
aminnnn...
Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™