Memaparkan catatan dengan label beutskin essence. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label beutskin essence. Papar semua catatan

Selasa, 2 Julai 2013

aku adalah aku..korang adalah korang..

hari ni 2 julai..
awal-awal bulan ni musti semua orang hepi dan gumbira..sebab baru dapat gaji..so apa yang teringin nak beli..teringin nak itu, nak ini..so dah dapat la kot kan..tapi jangan boros..lengkapkan keperluan dulu, baru cari yang kemahuan jika balance masih ribu-ribu..
hahaha..

teringat gurauan seorang sahabat, "ko nak makan apa?jom aku payung, balance gaji bulan lepas ada 2 ribu lagi..yang bulan ni pun xsentuh lagi.."
hoho..

best macam tu kan?
semua orang berharap ending dia setiap bulan macam tu kot..

bukan macam ni "adoi, baru 18 hari bulan..tinggal 2ratus ja lagi..cukup ke sampai hujung bulan ni?"

hurmmm..
apa pendapat korang?
dengan desakan hidup zaman sekarang ni, adakah cukup gaji setiap seorang pekerja tu?
basic gaji lulusan degree, tahun 2008..lebih kurang 6tahun yang lalu.. aku bermula dengan basic gaji rm1200.. time tu pun gaji macam tu memang cukup-cukup ja..

kalau zaman sekarang?entah la..
sewa rumah pun paling murah 8ratus kot.. kalau area KL aku tak pasti..tahun 2008, sewa rumah rm500..

mungkin sebab tu, kalau korang perasan..makin ramai yang mula buat kerja-kerja partime..mungkin ada 2kerja..pagi masuk opis pakai kemeja dengan slack, neck tie bagai..malam pakai jeans koyak ngan t-shirt pastu cap..
buka gerai buger..

aku puji korang yang rajin macam ni..sanggup bersusah-payah buat dua kerja..mungkin sebab korang ada komitmen yang besar, mungkin korang nak kumpul duit untuk kawen, atau mungkin korang rasa duit gaji korang tak mencukupi..

duit gaji tak mencukupi..
aku rasa ramai kot yang beranggapan macam ni..
duit gaji tak pernah cukup..
 itu yang makan gaji, tapi ada sorang kawan aku ni.. 
die buat bisnes, dan aku tau monthly die is about rm8-10k, that just minimum..bukan max monthly pendapatan..
but..she always said, tak cukup atie..
 i still tak mampu beli rumah idaman i..

wahhh..
aku memang serius terkejut when she said still no enough..

kalau aku..monthly dapat macam tu..
dah xtau nak buat apa..

sebab kadang-kadang kalau pendapatan bulanan aku terlebih 5ratus bulan tu pun, aku dah rasa heaven giler..
mungkin aku type yang tak berjiwa besar.. takde keinginan yang dasat sangat..
handbag coach, bonia, LV..
dan macam-macam jenis la lagi brand, kasut la..mekap la..
adoi..aku p keje balik keje pakai slipper jepun je..hahaha

aku tau ramai perempuan kat luar sana yang gila shoping barang berjenama macam tu..

dan sorang kawan aku, yang memang tengah kejar money freedom..
penah cakap kat aku.. "ko bayangkan atie, shoping like heaven..no need to check price tag..just take mana yang ko nak"

haihhh...aku memang suka buat kerja sambilan macam sekarang..buat bisnes online..tapi takdela berharap sampai macam tu..

naik takut aku dengar..mungkin sebab tu aku tak boleh follow and continue bisnes yang macam tu..yang memerlukan kita punya imaginasi dan keinginan yang maha dasat..

sapa tak nak rumah sendiri..kereta sendiri..ada cash sendiri..
orang gila pun takkan menolak rasanya..
orang yang menolak bukan sebab die gila, tapi mungkin sebab dia ada pegangan utuh yang lain..hidupnya begitu fokus pada kehidupan disana..
sebab, manusia akan sentiasa ingat Allah bila dia dalam kesusahan..
bukan ketika bersenang lenang dan bermewah..(aku tidak la alim dan zuhud macam tu)

aku tak bermaksud, orang yang mewah hidupnya tu tak ingat pada Ilahi..
cuma ini pendapat aku.. kalau kita tengok cerita-cerita islam..para sahabat, semua miskin-miskin je.. senang cakap, makanan hari ini, untuk hari ini sahaja, esok perlu cari yang lain..

bila kita dalam kehidupan sederhana..
kita lebih banyak bersyukur dan ingat kepada Allah..kalau dalam keadaan kaya-raya pun..patut bersyukur dan ingat kepada Allah..

sesiapa yang memang ada keinginan yang macam tu..
nak rumah besar, kereta besar..hidup senang..money freedom..berusahalah bersungguh-sungguh, dan berdoalah kepada Allah..
impian yang luar biasa, memerlukan usaha yang luar biasa juga..

aku??
aku masih selesa dengan kehidupan aku sekarang..alhamdulillah, walaupun aku takde kereta mewah (dah 7tahun aku guna keta yang sama, kadang-kadang strok die datang, tesadai kat bengkel), blom dapat rumah sendiri..masih menyewa..
tapi aku tak sedih pun, malah aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni..

selagi aku mampu bersedekah kepada orang lain, walaupun hanya seringgit sedekah tu..aku dah rasa aku kaya..hohoho

harap korang jangan berjiwa macam aku kalau korang nak dapat kehidupan yang mewah..hohoho
sebab aku orang simple, orang sederhana..jiwa aku pun sederhana..impian aku hanyalah hidup bahagia dan tenang..
Alhamdulillah..impian tu dah tercapai..

kepada kawan-kawan yang masih mengejar impian korang, teruskan..walaupun prinsip kita tak sama, walaupun matlamat kita berbeza..
sebagai kawan, aku tetap doakan korang..
aku tetap sokong korang..aku tetap senyum bila tengok gambar kejayaan korang..syukur, sebab tidak ada rasa penyesalan dan cemburu besarang dihati..malah aku mampu tersenyum lebar tumpang gembira dengan kejayaan yang korang dapat..

sebab matlamat kita berbeza..
dan aku juga punya perancangan yang berbeza dengan korang..
semoga kita semua, sama-sama mencapai apa yang kita harapkan..

~sekian~





Isnin, 1 Julai 2013

entre yang takde apa-apa..hoho

monday bluess...
tapi pagi ni aku ada rutin lain, appoinment kat klinik..cucuk budak tecik yang sorang tu..

kat klinik bapak ramai manusia, 
kata dah di atur appoinment mengikut kawasan rumah memasing..kenapa penuh jugak lagi???haiihhh..letih aku camni.. mujur abangnya belom sampai date checkup..kalau tak mau pening aku nak handle kedua-duanya..pulak lagi en.somi agak busy pagi ni..henpon die bebunyi ja..nyampah..hoho..

tapi xboleh la lagutu.. kan amanah tu..reja tu amanah dan ibadat..kena la laksanakan..

jadinya aku la tekontang kanting menguruskan si kecik yang tengah nak besar  dan sedang aktif tu..huhu..abis satu klinik die buat lawatan sosial..sekali ada sorang baby girl ni peluk and cium die..hahaha..

dua kali kena peluk n cium ngan awek..kah kah kah.. first time kena die macam terkebil-kebil, blur plus terkejut.. second time kena, terus meraung..waaaa...ahahaha...aku suke...sebab apa?sebab lepas tu die akan diam sekejap, dah xnak jalan-jalan kesana sini dah..nak dukung ja..hikhikhik

thanks for that little girl, cute giler baby girl tu..agak-agak sebaya kot dengan anak aku..hoho..

pastu dah takde apa yang pelik, everything normal je..sampai la abahnya datang, die kena cucuk..and kitorang pun balik..hahaha..

itula entree hari ni..dah xde apa-apa..
kan aku dah cakap takde apa-apa..ngeh ngeh ngeh..









Khamis, 30 Mei 2013

kenala ikhlas...dan jujur..

pagi ni buka pages, tengok ada cust tanya tentang keberkesanan SNE capsule.. (aku ejen sne ya)..and how long this product akan tunjuk hasil kat tubuh badan dia.. aku pun cakap la, aku makan sebulan je..pastu mmg terus sesuai n bagus tuk aku..memang itu kebenarannya..bukan aku mereka cerita atau amik testimoni orang lain..itu memang pengalaman aku..

pastu si pengadu tadi cakap, saya tengah guna sne ni..
tapi tak bekesan pun..

pastu aku pun bertanya..sebab aku agak tak berpuas hati kenapa boleh tak berkesan, setakat sekarang..alhamdulillah, semua bagi respon positif ngan sne.. jadinya aku pun bertanya ngan seriusnya kpd kakak yang bersungut tu..aku tanya

i. cara dia makan
ii. sebelum mula mkn sne tu ada buat detox tak
ii.ejen yg dia bli tu ajar cara mcm mana?

3 soklan tu je aku tanya.. bila dia bagi jawapan camni

i. makan macam mkn ubat, lepas mkn tengahari n makan malam die pun mkn sne tu
ii. detox tu apa?
iii. ejen tu xde ckp cara, cuma jual je..

jeng jeng jeng.. ni la yg aku maksudkan ngan tajuk entry ni..kena la ikhlas n jujur..ikhlas jual sbb nk tolong, n jujur bagitau cust apa kesan2 awal pengambilan produk tersebut..

dan satu lagi, jawapan dia yg nombor satu..makan macam makan ubat..pembetulan disini.. SNE BUKAN UBAT..SNE ADALAH MAKANAN TAMBAHAN DARI SUMBER BUAH SEABUCTHORN (entah betul ke idak ejaan aku tu)

jadi, kalau korang terlebih makan sne capsule tu sampai 10bijik satu hari pun, in shaa Allah..ok.. 
cuba ko makan panadol 10biji, mau ke hospital aku rasa..(jangan try tau, aku suh korang agak2 je)

jadi kawan-kawan, xkisahla korang jual produk apa pun..tolong la jujur cerita ngan customer korang.. kalau korang tengok kat entry aku..ada dua produk yang memang aku duk selalu post (kat fb lg banyak la) sne dan jsd..kedua-dua produk tu aku memang duk guna..yang mana aku kerap post..memang aku amik n amalkan..dan memang berkesan kepada tubuh badan aku..so aku share keberkesanannya kepada aku.. 

macam hkcc, walaupun aku xmenyusu anak, tapi opismate aku yg aku duk jumpa hari-hari..selalu cakap, anak die sekarang kenyang dapat nyusu lepas die amik hkcc..

kalau korang nk jual, tapi korang tak guna produk tu pun, boleh..share testimoni orang lain..tapi ajar cust yang beli ngan korang tu cara pengambilan yang betul..cara guna produk yang betul..

macam kakak yang ngadu tak berkesan tu, kesian kat dia..sne tu mahal, sekotak dekat 2ratus..

tapi tak berkesan, memang la die merungut..bila aku explain yang sebetulnya..dia ucap terima kasih kat aku..secara tak langsung, aku dah dapat sorang customer baru.. kan sharing is caring..

so...

korang pikir la..berniaga cara jujur n ikhlas, atau berniaga nk untung semata-mata..pilihan kat tangan korang..sebab aku pun manusia..elok saling berpesan..kita semua tak sempuna..ok?

daaaa...

Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™