Isnin, 19 Ogos 2013

Maaf..saya tak sengaja..

Assalamualaikum...

masih mood raya..syawalkan sebulan..sampai aku luperrrr..ni kan bulan merdeka, dah 56 tahun kita sambut kemerdekaan negara kita.. yeke merdeka?tapi pendapat aku mengatakan, pemikiran orang kita masih lagi dijajah..itu hanya pendapat peribadi aku je.

baru-baru ni kan heboh isu isteri kena belasah dalam lif hospital..aku rasa laki tu pikir, ah xpe, sini hospital..kalau cedera parah, dekat je..buka pintu lif je dah boleh jumpa dokter..hakkkk tuiiii!!!

pelik la orang yang macam ni.. xde hati perut.. yang ko belasah tu bini ko kot..yang dulu bukan main ko duk ulit peluk siang malam..ni bila dah xnak, camtu je ko boleh belasah..dan aku rasa, perempuan mana pun yang mamat xguna ni jumpa atau ada masalah, memang die belasah je kot..eleh, ngan pompuan ko nak ajak sepak terajang..DAYUSSSS!!! kalau hebat sangat pegilah sepak terajang samseng-samseng atau penjenayah yang besepah kat Malaysia ni..

dengan pembunuhan tembak menembak..huh, dah rasa macam duk kat bangkok dah, tak pun guatemala..sebab tu negara paling bahaya..jenayah, tembak menembak, gengster dengan dadah semua..wahhhh..pastikan negara tu xde dalam list senarai tempai untuk dilawati..

bebalik kepada kes belasah isteri die tu.. aku tak boleh nak pikir apa point atau punca yang buatkan mamat tu tepikir nak belasah bini dia tu..biasa orang laki ni yang kalau nak dibelasah-belasah kalau orang-orang samseng ja, macam peragut memang kena belasah lah..sampai lembik.. tak pun ko ngendap anak dara orang, pastu kantoi, memang kena belasah dengan orang kampung..ko curi getah sekerap ke, curian durian ke..curi lah apa pun..memang biasalah, sebab lelaki memang sifat die sebagai pelindung dan nak jadi wira..
so dia akan protect dengan bersungguh-sungguh lah..tapi bila suami belasah isteri..aku jadi blurr kejap..
sunyi sepi..(bunyi cengkerik kejap)

ok cengkerik semua dah kena makan dek katak ijau..

sampai sekarang aku tak jumpa lojik kenapa dia belasah bini dia tu..nak tunjuk sifat pelindung? pelindung apa? orang yang ko patut lindung tu ko dah belasah.. nak tunjuk sikap wira?celah mana? penin penin..aku memang tak jumpa jawapan kepada punca tu..

sebenarnya aku rasa ramai ja kot suami-suami yang masih tinggal dengan isteri..serumah..dan bersama anak-anak..dan kadang-kadang di depan anak-anak jugak, memukul, sepak terajang isteri sendiri..sebab drama ni yang aku sangka dulunya cuma berlaku dalam tv, tapi dialami sahabat aku sendiri..tambahan lagi, dibelasah teruk ketika sedang hamil lapan bulan..korang rasa korang nak buat apa dengan mamat laki kawan aku tu? jangan riso, diorang dah divorce pun, mungkin cerai tu perkara yang Allah tidak suka, tapi Allah juga tidak suka jika wanita dianiaya.

dan penyudah kepada semua benda belasah tu.. saya minta maaf..

maaf..
maaf..
maaf..

perkataan yang 4huruf tu macam dah takde nilai dah..lepas mintak maaf, buat lagi..belasah lagi..itu yang kawan aku rasa..orang lain aku tak tau la..dan kakak yang kena belasah tu pun.. laki dia lagi sempoi "saya mintak maaf kepada semua wanita, saya tidak sengaja mengajar isteri saya macam tu"..

semudah itu perkataan maaf tu digunakan..bukan isu sengaja atau tak, tapi isu kenapa ko tergamak buat macam tu?haihhh..entah la..dunia sekarang ni, dah akhir zaman agaknye..macam-macam perangai manusia yang pelik timbul..makin kejam..

jeles pun kena bom..itu lagi kesian, tak pepasal dah menjanda pompuan tu..giler kejam..

dah penat dah aku ngomel sorang-sorang..hoho

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™