Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan

Jumaat, 13 September 2013

motivasi diri aku sendiri

assalamualaikum..

salam petang jumaat..hari penuh berkat dan penghulu segala hari..jumaat memang sangat-sangat dinanti, semua orang suka hari jumaat..sebab esok adalah hari sabtu, dan jumaat kali ni lebih menggembirakan sebab hari isnin ni 16 sept adalah hari malaysia maksudnya public holiday lah..jadi wekend punya cuti jadi lebih panjang, sabtu ahad dan isnin.. boleh golek lama-lama sikit dengan permata hati kat rumah tu..

tapi hari ni , walaupun sangat best sebab esok cuti aku tetap kelam kabut macam biasa.. tetap pening memikirkan banyaknye benda aku nak buat, terasa masa cepat betul berlalu..macam sekarang, aku baru tersedar dah nak pukul 5 rupanya..sebab apa? sebab aku rasa aku sangat busy arini..tapi bila aku cek balik, takde benda yang siap kerja-kerja aku tuh..semuanya terbengkalai jugak atau hanya siap separuh jalan..macam nak kena motivasi kejap nih, time-time ni mana nak cari doktor azizan osman ke atau HM Tuah ke..Fadzilah kamsah lagi la..tak yah mimpi die nak datang motivasikan diri..

jadi, aku pun mula buat aktiviti lama aku..iaitu, bermuhasabah kejap..cuba bawak bertenang..sebab aku rasa macam dah makin banyak benda berhimpun dalam kepala aku dalam satu waktu yang sama..dan aku jadi kelam kabut serta tak terurus setiap satu perkara. sudahnya satu pun tak siap, dan hanya separuh jalan..kalau komputer, kira asik 'hang' je lah..


so, kalau korang pun dalam situasi macam aku sekarang ni..meh ikut apa yang aku akan cerita ni..sebab benda ni agak berkesan kepada aku selama ni.. dan dari zaman aku belajar dulu, inilah benda yang aku buat untuk format balik kepala otak aku nihh..

mula-mula.. korang tarik nafas panjang-panjang, hembus..cuba rilek dan bertenang..lagi bagus kalau korang mulakan dengan istighfar dulu 3x..lagi banyak lagi bagus..

lepas tu..korang cuba ambil satu kertas kosong..listkan semua perkara yang korang rasa banyak sangat dalam kepala korang, sampai rasa berserabut..semua benda yang korang rasa buat korang kelam kabut, mana nak dibuat dulu mana nak dikemudiankan..

bila list tu dah siap, korang cek balik satu-satu..tengok mana yang penting, korang susun.. dan dulu aku ada hadir satu tranning, penceramah cakap bila buat list, pastikan kita tau antara perkara yang kita boleh kontrol dan kita tak boleh kontrol, jugak perkara yang penting dan kurang penting..
dari list tu, korang akan nampak kepentingan yang perlu didulukan sampai siap, baru perkara kedua..dan korang boleh set kan perkara yang boleh di kontrol dengan tak boleh.. benda yang tak boleh kontrol contohnya kenaikkan harga minyak yang baru-baru ni, so tak payah serabutkan kepala pikir..nak buat macam mana..dah kerajaan kata naik, naik le..lain kali jangan pangkah.hahahaha
dan perkara yang boleh kontrol, contohnya nak kuruskan badan, kurangkan makan makanan yang berkolesterol tinggi. jangan bagi alasan tak boleh kontrol makan pulak kan..lempang kang!!

bila dah kenal pasti list korang, perkara penting dan perkara yang korang boleh kontrol dan jaga, itu yang korang asingkan ke kertas lain..bila dah salin ke kertas lain, kertas yang tadi yang korang listkan semua benda yang banyak yang jadi punca serabut kepala tadi tu, buang je..umpama korang xpenah kenal dan tak pernah tau kewujudan list tu..kalau kena tangkap sesi soal siasat, jangan mengaku langsung pasal list tu. 

dan list baru yang perkara penting tu, korang boleh tengok dan study..mulakan balik kerja korang mengikut kepentingan dalam list tu..baru otak korang akan rasa tenang dan kerja boleh jalan dengan baik takde separuh-separuh jalan..takde tertangguh-tangguh..kira macam dah diformat serta refresh balik dah..

motivasi macam ni selalu berkesan kepada aku, kalau korang nak praktikkan..cubalah..kalau berkesan, alhamdulillah..dan sangat berkesan ketika aku study dulu, aku selalu listkan topik subjek ikut dari subjek yang aku paham sikit-sikit sampai la subjek yang haram aku tak paham langsung..kira bab by bab.. dan lebih kerap terjadi bila lagi sebulan dua nak final..aku pun mula listkan, dan aku xdelah blurr, mana nak study dulu..nampak sangat suka study last minute, adik-adik jangan ikut!!
sekarang guna untuk susun benda-benda kerja pulak, dan jugak susun benda-benda dalam kepala otak..masih jugak membantu diri aku..
harap-harap jugak berkesan kepada korang..babai!!

sekian..

Khamis, 27 Jun 2013

pernah tak korang rasa down???

entre ni bukan nak cerita perasaan down aku..
aku nak tanya, korang pernah down??

bukan down to earth.. itu humble..
down yang sangat-sangat gitu.. nak itu, tak dapat..nak inipun tak dapat..

terasa yang dunia ni sangat-sangat tak adil kononnnya..terasa dunia ini begitu zalim kononnya.. kenapa aku masih gagal..kenapa aku tak bahagia macam orang lain?kenapa aku tak mampu beli kerata macam orang tu.. kenapa, kenapa, kenapa???

haaaa... itula down...

mesti pernahkan???

aku pun pernah..macam-macam..standard la..nama pun maanusia, memang syaitan cakap aku akan rosakkan semua hamba Allah..bukan cakap je, dah berjanji pun..

jadi...

apa korang buat kalau tetiba down macam ni?
 takkan bunuh diri kot???
hahaha.. kemon la..
dunia belom berakhir..macam lagu tu..

kalau aku..bila terasa down..
biasanya aku akan termenung kejap..hanyut sekejap (layan feeling la)..pastu aku mula muhasabah diri..

aku bukan alim sangat..bukan ustazah..
cuma, bila down, aku akan ingat balik segala nikmat yang terindah yang pernah aku rasa sebelum ni.. kalau aku down sebab tak dapat sesuatu, aku ingat balik apa yang pernah aku ada sebelum ni yang sangat hebat..

kalau aku down sebab begaduh ngan suami (standard la kan, mana ada laki bini yang tak pernah gaduh), aku akan ingat semua kebaikkan suami aku selama ni..

macam tu jugak kalau kecik hati dengan kawan, sedara, bos dan sesiapa sahaj..aku akan ingat kebaikkan orang tu pada aku sebelum ni..
dan sememangnya orang tu pun manusia biasa..
mustahil la tak buat salah dan silap..

jadi, aku akan rasa lega balik..rasa jiwa tenang balik..
betul pesan arwah ustaz aku, kalau nak jiwa sentiasa tenang, selalu ingat Allah..dan selalu memaafkan sesiapa sahaja..hati mesti terasa lapang n lega..
jiwa jadi bersih dan suci..walaupun kita bukan ahli sufi..

ok??? kalau korang rasa cara ni bagus, korang praktikkan lah..dengan aku berkesan..dengan korang aku xtau la..
apa pun sharing is caring..
hoho..
Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™