Khamis, 22 Ogos 2013

beliau sangat berkarisma...!!

Assalamualaikum

masih mood hari raya ke? syawalkan sebulan.. aku masih mood raya, dan setiap minggu bersedia nak pegi open house je..ngeh ngeh ngeh.. aku seorang yang sangat teruja bila nampak makanan yang banyak..semua nak balun..hohoho..kalau ada open house, tolong jemput aku!! 

aktiviti aku kat opis hari ni agak slow..dan aku terasa hari ni lambatnya masa berlalu..bukan takat hari ni je..seminggu ni kot..mungkin sebab cuti lama sangat kan..dari semalam aku asik ingat hari ni jumaat..padahal baru khamis..
plak lagi, aku tengok jarum jam tu macam tak berganjak..ke aku yang nak kena berganjak ni?

ermm...sebenarnya bosan kot..dari semalam aku duk mengkelebek data-data excell yang beribu-ribu tu..halus-halus tulisan, sebab nak tengok keseluruhan..tulisan besar tak nampak semua plak kan..jadinya aku asik gosok mata, kejap-kejap tengok jam..mungkin itula aku rasa lambatnya masa berlalu..pulak lagi boss aku yang datuk tu dari pagi tadi dah ada kat opis..sebab die ada meeting dua sesi..sesi pertama dengan orang lain, sesi kedua dengan orang lain..

orang yang meeting dengan bos aku di sesi kedua sebelah petang ni seorang doktor..pensyarah dari universiti mana aku tak pasti, tapi die adalah salah seorang consultant opis aku ni.. nama die dr.amran..nama penuh aku tak tau..dan aku pun malas nak amik tahu..tapi ada satu perkara yang aku nak kongsi tentang beliau..

biar aku gambarkan perwatakkan beliau dulu.. orangnya tegap tinggi, ukuran aku agak-agak dalam 175++..sentiasa tampil kemas berkemeja dengan seluar jenis khakis..kadang-kadang lengan kemejanya disingsing sehingga ke tengah lengan, menampakkan gaya orang muda yang segak bergaya santai atau pun kasual..raut wajah sangat tampan persis kacukan, tapi anak jati taiping noh..melayu tulin, xde mix-mix ya.. sapa kata lelaki melayu tak tampan? bila bertutur, lagak suara dia macho gitu..bersuara tegas tetapi sedap didengar dicuping telinga.. senang cakap beliau seorang yang sangat berkarisma..macam mana berkarismanya anuar zain yang aku minat tu, macam tu lah dr.amran..tapi dr.amran lebih hensem..hoho

kenapa aku macam admire sangat kat dr.amran ni?sebab bila tengok dia, aku siap cakap macam ni..bestnye kalau ni majikan aku..hohoho setahu aku, dr.amran ni orangnya sentiasa travel..kalau nak set appoinment, mesti cek jadual dia dulu supaya tak ganggu jadual aktiviti dia..dan walaupun bila dia sampai kat opis dengan beg sandang belakang ala-ala beg sandang budak sekolah tu, tapi penampilan dia memang sentiasa kemas dan smart..hebatnya karisma atau tarikan dari dr.amran kan..sampai ayat-ayat aku kat atas tu sangat bertatabahasa melayu gitu..

tapi, yang buat aku lebih kagum adalah..umur die bukan muda remaja, tu gaya die je..umo dia korang tau berapa?dah cecah 55++..tak pasti 56@57..sebab itu aku sangat kagum tengok dia..sebab aku ingat umo dia pertengahan 40an gitu.. 

tapi jangan riso, aku bukan admire pun..aku dah berlaki..tak kepingin aku dengan jantan lain walaupun ensemnye teramat sangat..syurga aku kat suami aku je..cuma aku sedikit kagum melihat penampilan beliau, sudah berumur..dah pencen pun umo die, tapi tegap, tak buncit, bertenaga dan sentiasa kemas..suara lantang dan macho..nampak sopan dan sangat educated..cuma rambut je dah beruban, tapi tak mencacatkan pun kehenseman beliau..mungkin sebab dia seorang pensyarah dan bergelaran doktor, jadi menampakkan dia lebih berkarisma serta berilmu.. atau mungkin juga amalan dia, yang buatkan wajah dia nampak tenang dan bersih.. 

sebab apa aku excited sangat cerita pasal dr.amran ni? sebab dia sorang je konsultan yang tak menyusahkan kitorang kat opis nih..yang lain, huh tengok muka pun aku dah stresss..hahahaha

okeh..sekian..

1 ulasan:

Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™