Memaparkan catatan dengan label selamat hari raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label selamat hari raya. Papar semua catatan

Isnin, 19 Ogos 2013

Maaf..saya tak sengaja..

Assalamualaikum...

masih mood raya..syawalkan sebulan..sampai aku luperrrr..ni kan bulan merdeka, dah 56 tahun kita sambut kemerdekaan negara kita.. yeke merdeka?tapi pendapat aku mengatakan, pemikiran orang kita masih lagi dijajah..itu hanya pendapat peribadi aku je.

baru-baru ni kan heboh isu isteri kena belasah dalam lif hospital..aku rasa laki tu pikir, ah xpe, sini hospital..kalau cedera parah, dekat je..buka pintu lif je dah boleh jumpa dokter..hakkkk tuiiii!!!

pelik la orang yang macam ni.. xde hati perut.. yang ko belasah tu bini ko kot..yang dulu bukan main ko duk ulit peluk siang malam..ni bila dah xnak, camtu je ko boleh belasah..dan aku rasa, perempuan mana pun yang mamat xguna ni jumpa atau ada masalah, memang die belasah je kot..eleh, ngan pompuan ko nak ajak sepak terajang..DAYUSSSS!!! kalau hebat sangat pegilah sepak terajang samseng-samseng atau penjenayah yang besepah kat Malaysia ni..

dengan pembunuhan tembak menembak..huh, dah rasa macam duk kat bangkok dah, tak pun guatemala..sebab tu negara paling bahaya..jenayah, tembak menembak, gengster dengan dadah semua..wahhhh..pastikan negara tu xde dalam list senarai tempai untuk dilawati..

bebalik kepada kes belasah isteri die tu.. aku tak boleh nak pikir apa point atau punca yang buatkan mamat tu tepikir nak belasah bini dia tu..biasa orang laki ni yang kalau nak dibelasah-belasah kalau orang-orang samseng ja, macam peragut memang kena belasah lah..sampai lembik.. tak pun ko ngendap anak dara orang, pastu kantoi, memang kena belasah dengan orang kampung..ko curi getah sekerap ke, curian durian ke..curi lah apa pun..memang biasalah, sebab lelaki memang sifat die sebagai pelindung dan nak jadi wira..
so dia akan protect dengan bersungguh-sungguh lah..tapi bila suami belasah isteri..aku jadi blurr kejap..
sunyi sepi..(bunyi cengkerik kejap)

ok cengkerik semua dah kena makan dek katak ijau..

sampai sekarang aku tak jumpa lojik kenapa dia belasah bini dia tu..nak tunjuk sifat pelindung? pelindung apa? orang yang ko patut lindung tu ko dah belasah.. nak tunjuk sikap wira?celah mana? penin penin..aku memang tak jumpa jawapan kepada punca tu..

sebenarnya aku rasa ramai ja kot suami-suami yang masih tinggal dengan isteri..serumah..dan bersama anak-anak..dan kadang-kadang di depan anak-anak jugak, memukul, sepak terajang isteri sendiri..sebab drama ni yang aku sangka dulunya cuma berlaku dalam tv, tapi dialami sahabat aku sendiri..tambahan lagi, dibelasah teruk ketika sedang hamil lapan bulan..korang rasa korang nak buat apa dengan mamat laki kawan aku tu? jangan riso, diorang dah divorce pun, mungkin cerai tu perkara yang Allah tidak suka, tapi Allah juga tidak suka jika wanita dianiaya.

dan penyudah kepada semua benda belasah tu.. saya minta maaf..

maaf..
maaf..
maaf..

perkataan yang 4huruf tu macam dah takde nilai dah..lepas mintak maaf, buat lagi..belasah lagi..itu yang kawan aku rasa..orang lain aku tak tau la..dan kakak yang kena belasah tu pun.. laki dia lagi sempoi "saya mintak maaf kepada semua wanita, saya tidak sengaja mengajar isteri saya macam tu"..

semudah itu perkataan maaf tu digunakan..bukan isu sengaja atau tak, tapi isu kenapa ko tergamak buat macam tu?haihhh..entah la..dunia sekarang ni, dah akhir zaman agaknye..macam-macam perangai manusia yang pelik timbul..makin kejam..

jeles pun kena bom..itu lagi kesian, tak pepasal dah menjanda pompuan tu..giler kejam..

dah penat dah aku ngomel sorang-sorang..hoho

Sekian.

Jumaat, 16 Ogos 2013

Selamat Hari Raya..!!!!

Assalamualaikum...


tumpang bergambar kat umah pak anjang kat perlis-motif rumah dia lawa..huhu

sekejapnyerrr dah 9 syawal kan.. tapi boleh lagi lah nak ucap selamat hari raya kan??? raya kan sebulan.. pejam celik pejam celik..dah 9hari..ada yang buat puasa sunat tak?sape-sape yang rajin tu musti dah raya enam kan? alah puasa sunat enam hari bulan syawal..

Sabda Nabi SAW :

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ صَامَ الدَّهْر     


 maksudnya : "barangsiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun" (HR Muslim) 


-aku rujuk sini

yang dah buat syukur..untung korang..yang belum buat macam aku..duk tamak terbayang makanan je memanjang, ihihi.. kawal-kawal lah..macam kata kat diri sendiri je nihhh

ok jom kita kongsi cerita raya..korang raya mana? yang bujang standard lah kan, kampung sendiri..tarak payah penin kepala lambung syiling bagai..yang laki bini somi isteri macam aku..memang kena ada giliran..kalau tidak mau perang dunia.. mana idaknye tahun ni umah awak, tahun depan umah awak lagi..pastu awak lagi..bila masa tahun kat umah saya???haa...susah tu..

tapi tahun ni giliran aku..hihihi..sori lah tuan besar, your turn next year okeh!! tapikan sama je pun..umah aku ke, umah tuan besar ke..dua-dua meriah dan seronok.. rayakan..apa yang tak seronok..nak sedih..nak syahdu..dah..pi duk jauhh jauhh..tapi kena ingat, dalam kita bergumbira tu, memang ada insan yang sedang berduka, cuma kita tak tau apa kedukaan yang ditanggung tu.

ok..menu raya..negeri orang lain aku tak pastilah..tapi utara maiii kedah nun, menu biasalah.. ketupat daun kelapa tu..ok, ni kena tukar loghat lah.. kami panggei ketupat jawi(ketupat nasi), guna daun nyork, tak pun kalau nak ketupat tu besaq sikit, abah aku ambik daun ibuihh..rupa dia macam daun nyork jugak..cuma dia lebih lebaq dan panjang, so hasil dia ketupat agak besaq lah sikit..(aku lupa snap gambar masa duk anyam aritu)

pastu menu lainnya ketupat daun palas ataupun disana dipanggil ketupat pulut..ni kira macam lemang lah..cuma lemak dia kurang skit..lemang lagi sedap..orang kedah jarang buat lemang (area kawasan aku lah-kubang pasu) mungkin sebab susah nak dapat buluh. jadi ketupat adik-beradik lah yang akan menjadi menu utama. penemannya mesti gulai daging, rendang, sambal tanghun (suhun), sambal kacang (sambal kacang ijau+udang=sedap giler),dan adalah lagi..jenuh nak sebut..

menu rumah aku pulak, hari last puasa tu, mak dan abah aku gotong royong masak nasi daging untuk anak-ank dan menantu serta cucu-cucunya..haaaa..romantik tak?best woo tengok mak abah aku gaduh kat dapur berebut resepi sapa lagi sedap..hoho

dan malam tu selepas isyak..aku plak take turn..sebab adik aku duk nyendeng2 tanya.."esok raya selain ketupat ni, xdak yang lain yang lg spesial ka?"
"yelah yelah..jom buat soto" kisah hidupku bertukar lagi, jadi chef ni..hebakkk..
so esoknya menu raya tahun ni lain la sikit kat rumah aku..selain ketupat, gulai daging dan rendang..adolah soto satu family..sampai pukul 2pagi aku gentel2 begedil tu..sebabnya aku buat kecik-kecik saiz telur puyuh..baru senang makan..best skit.. balasannya adik lelaki aku kena iron baju aku satu family..hahahaha...

soto yang adik aku request bersama dengan menu raya yang lain

dan esoknya hari raya..memang soto aku yang habis dulu..soto bertahan sampai petang, ada la 2,3 family saudara mara yang datang sempat merasa..sebab pagi tu pukul 11.45pagi, rumah kitorang kena serbu dengan kawan-kawan adik aku..12orang sekali serbu..semua lelaki..memang la diorang melantak tak ingatkan???habis bergedil aku yang cumil2 tu..patut la bukan main request yang special bagai..hampeh tul..tapi rasa best dan puas hati..sebab abis licin..hoho

apa-apa pun beraya memang saat paling seronok dalam hidup..sebab time ni lah nak jumpa sedara mara yang dah lama tak jumpa, sedara mara yang jauh umah die, yang sebelum ni nak pegi pun terasa jauhnya..tapi bila time raya..lagi jauh, lagi best pegi beraya..macam lari lari raya.. lagi pulak bila masih berkesempatan beraya dengan keluarga dan mak abah sendiri..lagi lah bermakna..huhu..

so enjoy raya puas-puas korang ekk..yang ada mak bapak lagi, kalau hari raya tak dapat cuti..balik la ujung syawal pun takpa..raya kan sebulan..hargai ketika diorang masih ada, atau kita masih dipanjang usia..

~sekian~
Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™