Khamis, 12 September 2013

hati saya terkilan sangat...

Assalamualaikum..

lamanya tak post entri baru..sorry ya my reader..mood saya pagi ni mendung sikit..mata saya dah menangis, dan sekarang hati saya masih menangis.. pagi tadi terbaca tajuk muka depan kosmo, pemandu 4 tahun.. hati saya tersentap bila baca isi kandungan  laporan kosmo..Ya Allah...

kenapa saya menangis? kerana saya punya anak juga seusia anak yang menjadi mangsa.. kenapa hati saya terkilan? kerana saya seorang ibu..saya tau perasaan ibu bapa kanak-kanak malang itu..tak juga boleh salahkan abanga mangsa, kerana dia masih kanak-kanak..dunianya hanya bermain..dia tak tau apa-apa.. tapi patutkah salahkan si bapa?sebab kecuaian beliau? saya juga rasa tak boleh.. sebab tak mungkin bapa itu dengan sengaja membiarkan kereta begitu sahaja sekiranya die tahu akan bahaya yang mungkin terjadi..

entahlah..tapi hati saya sangat-sangat terguris, apatah lagi hati si ibu..
kepada si ibu..bertabahlah.. Allah lebih menyayangi anak itu..dan jangan la bimbang, anak itu lebih sempurna dalam jagaan Dia..dan die sedia menanti kalian di syurga.. sekurang-kurangnya, anak itu tak perlu bersusah payah nak bertarung hidup di dunia yang penuh kezaliman ni..dunia yang dah penuh dengan kehancuran..jadi senyumlah wahai si ibu, anakmu sedang menunggu mu di syurga..

sekian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™