Jumaat, 13 September 2013

motivasi diri aku sendiri

assalamualaikum..

salam petang jumaat..hari penuh berkat dan penghulu segala hari..jumaat memang sangat-sangat dinanti, semua orang suka hari jumaat..sebab esok adalah hari sabtu, dan jumaat kali ni lebih menggembirakan sebab hari isnin ni 16 sept adalah hari malaysia maksudnya public holiday lah..jadi wekend punya cuti jadi lebih panjang, sabtu ahad dan isnin.. boleh golek lama-lama sikit dengan permata hati kat rumah tu..

tapi hari ni , walaupun sangat best sebab esok cuti aku tetap kelam kabut macam biasa.. tetap pening memikirkan banyaknye benda aku nak buat, terasa masa cepat betul berlalu..macam sekarang, aku baru tersedar dah nak pukul 5 rupanya..sebab apa? sebab aku rasa aku sangat busy arini..tapi bila aku cek balik, takde benda yang siap kerja-kerja aku tuh..semuanya terbengkalai jugak atau hanya siap separuh jalan..macam nak kena motivasi kejap nih, time-time ni mana nak cari doktor azizan osman ke atau HM Tuah ke..Fadzilah kamsah lagi la..tak yah mimpi die nak datang motivasikan diri..

jadi, aku pun mula buat aktiviti lama aku..iaitu, bermuhasabah kejap..cuba bawak bertenang..sebab aku rasa macam dah makin banyak benda berhimpun dalam kepala aku dalam satu waktu yang sama..dan aku jadi kelam kabut serta tak terurus setiap satu perkara. sudahnya satu pun tak siap, dan hanya separuh jalan..kalau komputer, kira asik 'hang' je lah..


so, kalau korang pun dalam situasi macam aku sekarang ni..meh ikut apa yang aku akan cerita ni..sebab benda ni agak berkesan kepada aku selama ni.. dan dari zaman aku belajar dulu, inilah benda yang aku buat untuk format balik kepala otak aku nihh..

mula-mula.. korang tarik nafas panjang-panjang, hembus..cuba rilek dan bertenang..lagi bagus kalau korang mulakan dengan istighfar dulu 3x..lagi banyak lagi bagus..

lepas tu..korang cuba ambil satu kertas kosong..listkan semua perkara yang korang rasa banyak sangat dalam kepala korang, sampai rasa berserabut..semua benda yang korang rasa buat korang kelam kabut, mana nak dibuat dulu mana nak dikemudiankan..

bila list tu dah siap, korang cek balik satu-satu..tengok mana yang penting, korang susun.. dan dulu aku ada hadir satu tranning, penceramah cakap bila buat list, pastikan kita tau antara perkara yang kita boleh kontrol dan kita tak boleh kontrol, jugak perkara yang penting dan kurang penting..
dari list tu, korang akan nampak kepentingan yang perlu didulukan sampai siap, baru perkara kedua..dan korang boleh set kan perkara yang boleh di kontrol dengan tak boleh.. benda yang tak boleh kontrol contohnya kenaikkan harga minyak yang baru-baru ni, so tak payah serabutkan kepala pikir..nak buat macam mana..dah kerajaan kata naik, naik le..lain kali jangan pangkah.hahahaha
dan perkara yang boleh kontrol, contohnya nak kuruskan badan, kurangkan makan makanan yang berkolesterol tinggi. jangan bagi alasan tak boleh kontrol makan pulak kan..lempang kang!!

bila dah kenal pasti list korang, perkara penting dan perkara yang korang boleh kontrol dan jaga, itu yang korang asingkan ke kertas lain..bila dah salin ke kertas lain, kertas yang tadi yang korang listkan semua benda yang banyak yang jadi punca serabut kepala tadi tu, buang je..umpama korang xpenah kenal dan tak pernah tau kewujudan list tu..kalau kena tangkap sesi soal siasat, jangan mengaku langsung pasal list tu. 

dan list baru yang perkara penting tu, korang boleh tengok dan study..mulakan balik kerja korang mengikut kepentingan dalam list tu..baru otak korang akan rasa tenang dan kerja boleh jalan dengan baik takde separuh-separuh jalan..takde tertangguh-tangguh..kira macam dah diformat serta refresh balik dah..

motivasi macam ni selalu berkesan kepada aku, kalau korang nak praktikkan..cubalah..kalau berkesan, alhamdulillah..dan sangat berkesan ketika aku study dulu, aku selalu listkan topik subjek ikut dari subjek yang aku paham sikit-sikit sampai la subjek yang haram aku tak paham langsung..kira bab by bab.. dan lebih kerap terjadi bila lagi sebulan dua nak final..aku pun mula listkan, dan aku xdelah blurr, mana nak study dulu..nampak sangat suka study last minute, adik-adik jangan ikut!!
sekarang guna untuk susun benda-benda kerja pulak, dan jugak susun benda-benda dalam kepala otak..masih jugak membantu diri aku..
harap-harap jugak berkesan kepada korang..babai!!

sekian..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™