Rabu, 25 September 2013

kesian pakcik gurd tu..

assalamualaikum..

dah bersawang gamaknya blog aku ni.. asik busy je akhir-akhir ni.. banyak benda nak setel.. penin penin..
tapi takpelah.. janji ade jugak sekali sekala kan dari takde langsung.. arini aku nak ajak sembang pasal kontroversi yang aku rasa bengong jugak la, pasal bini pemain bola mat yo.. korang mesti dah tengok kan.. aku tengok rakaman bini die yang duk maki hamun pakcik pengawal tu, pastu tadi aku tengok rakaman temubual dengan pakcik tu pulak..

kesian pakcik tu, die baru je keje kat lapangan terbang tu..baru 9bulan kalau aku xsalah dengar, sebab rakaman tu tak clear, bunyi bising macam kat tepi lalu lintas..dengar cerita dari mulut pakcik tu sendiri, nampak kerendahan diri dia, masih jaga adap..takde nak marah-marah..elok ja.. siap dia cakap dia ada mintak maaf dengan mat yo, kalau-kalau dia ada terkasar bahasa.. sekali maki hamun bini mat yo yang dia dapat.. pakcik tu cakap, mula-mula die tak tau pun itu bini mat yo, standard la.. ko bukan retis pun nak glamor orang kenal.. pastu pakcik tu cakap lagi, yang suami pun saya tak kenal, tak tau pun iti mat yo..kuang kuang kuang.. ko bajet kerabat la konon, konon glamor..semua orang kenal..sekali pokcik tak kenal pun..hahahaha..

sebenarnya, tak yah tengok rakaman penjelasan pakcik tu pun takpe, memang nampak sangat salah siapa.. pakcik tu cuma jalankan tugas dia.. alah susah sangat ke nak paking.. tapi bila pakcik tu cakap, saya ni orang tua.. terasa kesian sangat la, sebab orang tu maki hamun die, bila si penemuduga cakap ' pakcik tau tak, die ada bahasakan seseorang sebagai anjing, mungkin pakcik atau orang lain', muka pakcik tu nampak terkejut, tapi masih tersenyum tenang je.. takde nak marah atau maki-maki pun..rilek ja..

tapi sebenarnya, orang yang paling kita patut kesiankan bukan pakcik tu, tapi mat yo.. sebab pakcik tu mungkin tak payah nak hadap hari-hari ngan pompuan tu.. mat yoyang nak kena hadap hari-hari.. ke mat yo pun 2x5 je???

lantak korang lah..rumah tangga korang.. kalu nakhoda die karam, karam la jugak anak kapal yang lain.. kepada pakcik-pakcik gurd yang lelain yang kat luar sana, bertugas lah dengan baik.. jasa korang tetap ado dalam menjaga keselamatan negaro!! kerana setiap seorang hamba Allah itu, memang dah ada bahagian masing-masing yang akan memainkan peranan didunia ini sebagai hamba-hamba Nya.. yang meletakkan hina, mulia, dipandang rendah atau tinggi, bukan pangkat harta atau kerabat..juga bukan pemain bola kebangsaan, tapi ketakwaan dan keimanan.. itu ja yang Allah pandang..

sekian..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™