Memaparkan catatan dengan label puasa enam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puasa enam. Papar semua catatan

Isnin, 8 Julai 2013

Bulan Ramadhan Datang Lagiiii!!!

Assalamualaikum..

sopan kan???
ok, akan mulakan setiap entri dengan lafaz salam selepas ni..
hijrah kecik yang membawa pahala..

lagi dua hari nak posa dah ni, In Shaa Allah..harap korang semua dah settle posa ganti ya..sebab hari ni dan esok tak boleh dah..kita panggil hari tasrik atau hari syak..tapi kalau hari tasyrik yg jelas jatuh pada 11, 12 dan 13 zulhijjah.. lepas raya haji..

dan hari ni dengan esok pun sama, jatuh hari syak iaitu hari yang diragukan tentang kedatangan awal Ramadhan kera bulan tak nampak..belum jelas masuk Ramadhan atau tak, jadi disebut hari syak..ada jugak pendapat yang mengatakan tidak haram, hanya makruh sahaja..rujuk sini

jadinya jom sama-sama kita tengok pengertian puasa...

puasa itu ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. (korang ingat tak masa hapal KAFA dulu, sekolah rendah)

dan, puasa juga bukan setakat puasa dari makan dan minum atau masukkan apa-apa ke dalam rongga badan. 
ketika puasa, kita perlua puasa semua, iaitu, puasa mulut, puasa telinga, puasa mata, juga puasa tangan kaki..

kenapa? sebab kalau ko puasa, tapi mulut ko bukan main lagi macam mami jarum, mengumpat sana..mengata sini..melaser sana(ni biasanya kaum hawa macam aku la)..kan kurang pahala puasa ko, plak lagi mata tu..puasa, tapi asik duk tengok benda yang bukan-bukan (yang ni ditujukan khas kepada kaum adam)..
hoho..

musti ada org laki yang baca entri ni sedang tersenyum, sebab die tau ape yang aku maksudkan..kan kan kan???

jom kita ingat balik apa kah perkara-perkara yang membatalkan puasa..

makan minum
muntah dengan sengaja (tapi ada pendapat mengatakan muntah sebab memberus gigi adalah tidak batal..aku kurang pasti korang boleh rujuk ustaz ya)
bersetubuh/ mengeluarkan mani dengan sengaja
keluar haid dan nifas
hilang akal (tapi dialog 'ko hilang akal ke apa?' itu tak batal ok)
pitam
murtad
memasukkan apa-apa ke dalam rongga badan
(kalau salah boleh tegur dan betulkan..ni panduan je)

senangkan puasa ni sebenarnya..
bukan kena berperang ke, terjun lautan api ke atau apa-apa..
itu je..so, jangan nak ngelat tetiba dapat surat dokter cakap ada gastrik plak kan? tetiba kena naik van mayat ke..budak kecik pun boleh puasa, ni pulak lagi orang dewasa macam kita ni..malu weh kalu tak leh puasa..
hoho..
jom tengok lafaz niat dia..



so..aku uacapkan selamat menyambat bulan Ramadhan semua.. 
semoga kita semua memperolehi pahala yang berlipat kali ganda...
aminnnn...

Khamis, 27 Jun 2013

Nak laksam makcik payung kat bawah umah tuuuuu..!!!esok dah raya!!!

dah macam ayat penyata tajuk entree aku hari ni..ayat penyata yang benar-benar menjelaskan keinginan melampau aku terhadap laksam makcik payung..
hohoho....

haaa..esok aku dah raya..korang? 
korang musti dah lame raya kan??? ni khusus kepada perempuan jela..
org pompuan kan tetiap bulan kena buang minyak..bulan mengambang la katakan..

tapi orang laki pun belom tentu 30hari tu, semua puasa korang tu penuh..bagus kalau di tambah puasa sunat buat backup mana yang patut..

hari ni dah 18 Sya'ban.. maknanya ada lagi dlm 12hari Ramadhan datang lagi.. In Shaa Allah.. semoga sempat sama-sama sambut Ramadhan.. sebab tu sekarang ni ramai orang pompuan asik posa ganti.. sebab dah nak masuk bulan Ramadhan..

mula la berpuasa setiap hari..ada yang buat isnin khamis, ada yang puasa selang satu hari..ada jugak yang terus satu minggu, sebab nak abiskan cepat puasa ganti tu..sapa yang mengandung time bulan puasa, memang best, makanan macam-macam ada, apa yang ko teringin, terliur kempunan..semua ada jual kat bazar..pastu tak yah sebuk nak kena ganti puasa dah..

dan aku ni, arini last aku puasa ganti Ramadhan yang lalu, esok aku dah boleh raya.. hihihi.. tapi ada satu lagi yang belom kesampaian, aku nak bebuka dengan laksam makcik payung bawah umah tu..

mungkin sebab ramai sangat yang puasa, tetiap petang laksam makcik payung musti habis.. sampai harini belom dapat lg.. dah dekat 2minggu aku tunggu..
harap-harap petang ni dapat la laksam makcik payung tu..

sedap laksam die..terbaikkk.. memang bila makan tu terasa sangat isi ikan kuah santan die..memang sedap..jadi petang ni aku berdoa la supaya aku dapat beli laksam makcik payung..dah nak kempunan dah ni..

makcik payunggg... i datang tau petang ni..hoho
Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™