Memaparkan catatan dengan label amanah Allah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label amanah Allah. Papar semua catatan

Khamis, 11 Julai 2013

Projek Pertama

Assalamualaikum, salam Ramadhan..

asik sangat membaca blog orang lain..
blog sendiri sampai xdan nak update.. dah dua hari terbengkalai..

hoho..
sebab apa aku tak update belog 2hari lepas?
sebab aku perasan busy kejap dua hari lepas..

apa aku buat yang busy sangat tu?
aku duk belaja menjahit..hoho
hebak tak?

ni projek pertama aku la ni..
aku try buat baju melayu untuk anak bujang aku sendiri.
dua pasang.
bapak nya xyah..pegi je beli sendiri, kedai banyak!
kejam kan?hoho

tahun lepas aku beli baju siap tuk dua budak tecit tu, tapi nak kena otter plak die punya kaki seluar..tu yang aku geram tu..
kalau oter setakat lipat satu inci atau sekali kelim je takpe..
ini baju saiz 8, beli tuk anak aku yang umo die dlm 10bulan time tu..baju ngam-ngam, tak kecik tak besar..
sekali seluar die mak aiiiiii...
 satu jengkal die punya panjang nak kena oter..
aku ni jenis yang sayang barang, nak dipotong kaki tu jahit balik, sayang..kain cantik..so, nak tak nak aku lipat la, kelim sampai 4kali lipat..hambik kau..
alih alih pagi raya pakai, sebab budak tecit tu duk merangkak + belajar memanjat..
 terbuka jahitan tu..benang putus agaknya, dah sebelah terborai..

sudahnya aku salinkan pakai dengan seluar jean je..
ambik ko..kan cool..baju melayu dengan seluar jean, hoho..

so tahun ni aku nekad nak jahitkan sendiri baju dema berdua tu..
senang, saiz dah kompem2 saiz diorang..takkan aku nak ukur saiz orang lain pulak kan..

jadi tunggu la raya nanti..
bejaya ke anak aku pakai baju yang mama die jahit sendiri tu?
atau..tetttt...
tetiba pagi raya baju die kaler lain daaaa..

hahaha..
so tunggu...tengok bejaya tak projek pertama aku belaja buat baju melayu tu. eksited plak rasa nak balik umah petang karang nak sambung jahit.
salah satu sebab aku post entri hari ni pasal jahit baju anak aku ni sebab ni la. nak bagi semangat sikit..

hoho..
korang doakan aku bejaya dengan projek pertama aku ni ya..
nanti kalau dah siap bajunya, aku post kan kat entri berikutnya, beserta modelnya sekali..hoho

Isnin, 8 Julai 2013

Bulan Ramadhan Datang Lagiiii!!!

Assalamualaikum..

sopan kan???
ok, akan mulakan setiap entri dengan lafaz salam selepas ni..
hijrah kecik yang membawa pahala..

lagi dua hari nak posa dah ni, In Shaa Allah..harap korang semua dah settle posa ganti ya..sebab hari ni dan esok tak boleh dah..kita panggil hari tasrik atau hari syak..tapi kalau hari tasyrik yg jelas jatuh pada 11, 12 dan 13 zulhijjah.. lepas raya haji..

dan hari ni dengan esok pun sama, jatuh hari syak iaitu hari yang diragukan tentang kedatangan awal Ramadhan kera bulan tak nampak..belum jelas masuk Ramadhan atau tak, jadi disebut hari syak..ada jugak pendapat yang mengatakan tidak haram, hanya makruh sahaja..rujuk sini

jadinya jom sama-sama kita tengok pengertian puasa...

puasa itu ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. (korang ingat tak masa hapal KAFA dulu, sekolah rendah)

dan, puasa juga bukan setakat puasa dari makan dan minum atau masukkan apa-apa ke dalam rongga badan. 
ketika puasa, kita perlua puasa semua, iaitu, puasa mulut, puasa telinga, puasa mata, juga puasa tangan kaki..

kenapa? sebab kalau ko puasa, tapi mulut ko bukan main lagi macam mami jarum, mengumpat sana..mengata sini..melaser sana(ni biasanya kaum hawa macam aku la)..kan kurang pahala puasa ko, plak lagi mata tu..puasa, tapi asik duk tengok benda yang bukan-bukan (yang ni ditujukan khas kepada kaum adam)..
hoho..

musti ada org laki yang baca entri ni sedang tersenyum, sebab die tau ape yang aku maksudkan..kan kan kan???

jom kita ingat balik apa kah perkara-perkara yang membatalkan puasa..

makan minum
muntah dengan sengaja (tapi ada pendapat mengatakan muntah sebab memberus gigi adalah tidak batal..aku kurang pasti korang boleh rujuk ustaz ya)
bersetubuh/ mengeluarkan mani dengan sengaja
keluar haid dan nifas
hilang akal (tapi dialog 'ko hilang akal ke apa?' itu tak batal ok)
pitam
murtad
memasukkan apa-apa ke dalam rongga badan
(kalau salah boleh tegur dan betulkan..ni panduan je)

senangkan puasa ni sebenarnya..
bukan kena berperang ke, terjun lautan api ke atau apa-apa..
itu je..so, jangan nak ngelat tetiba dapat surat dokter cakap ada gastrik plak kan? tetiba kena naik van mayat ke..budak kecik pun boleh puasa, ni pulak lagi orang dewasa macam kita ni..malu weh kalu tak leh puasa..
hoho..
jom tengok lafaz niat dia..



so..aku uacapkan selamat menyambat bulan Ramadhan semua.. 
semoga kita semua memperolehi pahala yang berlipat kali ganda...
aminnnn...

Rabu, 3 Julai 2013

Manusia atau binatang???

"kenapalah kau di jadikan sebagai manusia?bukankah lebih baik jika kau dijadikan sebagai haiwan??"

dialog ibu mertuaku.. 
last scene kat kubur palsu sabariah
masa kebenaran tentang pembohongan ibu mertua kasim selamat terungkap..

dan dialog tu juga aku rasa patut diucap kepada pasangan suami isteri yang menghiasi mukadepan akhbar kosmo hari ini..

celaka..bangsat..sial..babi..
semua makian tu terhambur dari mulut aku saat tebaca kisah muka depan tu..astaghfirullahalazim...

apa dosa anak-anak tu? ko ibu kandung kot, ko tak terasa ke macam mana ko usung anak-anak tu dalam perot ko suatu masa dulu??

tempoh sembilan bulan yang berulang sampaai 3kali..
tempoh berpantang yang semua ibu tak sabar tunggu hari ke 44..
juga berulang 3kali..

wahai ibu, di mana hati manusia mu?
dan ko jugak xlayak di gelar binatang rasanya, sebab binatang pun tau sayang anak.. rasanya binatang pun xde nak seksa anak macam tu..

entah..tak boleh diterima dek akal fikiran aku bila tahu cara budak-budak bertiga tu di dera ibu mereka? 

disula dengan joran? 
siram air panas? 
dicucuh puntung rokok?

patutnya mahkamah jatuhkan hukuman yang sama macam yang budak-budak tu diperlakukan..

baru adil..baru ada kesedaran..
penjara hanya akan sekat dia dari dunia luar..

pelaku adalah ibu kandung..
bukan ibu tiri atau pengasuh..atau orang lain..
tapi ibu sendiri..
ibu yang telah melahirkan..
Ya Allah..

kenapa ada manusia sekejam itu di bumi ini?
sudah tiada belas ihsan terhadap darah daging sendiri..

Kenapa????

Jumaat, 28 Jun 2013

bodek and ambil hati.. different right???

BODEK

maksud bodek dari kamus dewan : 1. penyakit bodek, iaitu penyakit bagi orang laki-laki sahaja~angin pasang (tak sangka pulak ada maksud lain..hahaha)

2. mengampu/menyanjung/memuji yang melebih-lebih bagi mendapatkan sesuatu..


AMBIL HATI

maksud dari kamus dewan, tak pulak aku jumpa maksud dua perkataan ni terus, jumpa satu-satu.. tapi lebih merujuk kepada ambil berat atau ambil peduli..

haa...aku pun bukan professor..
aku rujuk meaning dia dari kamus dewan google ja..kalau ada kamus dewan betul boleh dapat meaning yang tepat kot..

entree ni bukan nak ajak korang belajar bahasa melayu 
baku atau apa..cuma ini pendapat peribadi aku la..

sebab dulu aku ada borak ngan sorang kakak ni(zaman bujang dulu, lama sgt dah, tapi baru ni benda camni tertimbul plak ngan sorang sahabat), 
dia tanya aku, camne nak senang berkawan dengan orang, akak tengok atie ramah je.. ramai kawan..kalau ada apa-apa, mesti orang cakap..ajak la atie, tanya la atie..

best jadi atie..
(hahahaha..aku memang nak gelak giler ayat terakhir kakak tu..
best jadi atie..adeh2..kalau la kau tahu bagaimana life aku, musti ko tak nak jadi aku..but we just need to choose, nak hepi or nak sedih..kan?)

apa kaitan cerita kakak tu ngan dua word kat atas tu?

kan kakak tu cakap best jadi aku..hahaha
kakak ni sebenarnya seorang yang pendiam, pastu die kata die tak ramai kawan..dan tak ada kawan baik pun..

pakwe pun die tak ada..haihh..yang tu aku tak komen..sebab time tu
aku pun belom ada pakwe, tapi en.somi dah kenal time tu..
cuma cinta tu belom berputik..hoho

so aku pun cakap kat kakak tu..nak bekawan dengan orang senang ja kak..
buat apa yang akak suka orang buat dekat akak..dan jangan buat perkara yang kita pun tak suka orang buat dekat kita~ simple kan???

kalau akak suka orang puji akak, akak pun kena puji orang..
kalau akak tak suka orang masuk campur hal akak, akak pun sama jangan masuk campur..macam tu jugak kalau dalam relationship..
kena pandai ambil hati..

pastu kakak tu cakap "akak tak pandai bodek membodek ni.." 

haihhh..aku bukan suruh ko bodek orang..
bodek tu ko mengampu..puji orang melampau-lampau.. mengampu itu ini..
ni ambil hati.. ambil hati ni, kalau pendapat aku la..buat something yang kita fikir, mesti dia suka kalau aku buat ni..

haa..macam tu..mudah je, bukan susah pun sampai nak kena daki gunung petik satu-satunya bunga ajaib kat puncak gunung..tak pun nak kena renang lautan api bagai..tak de pun..

relationship yang sebenar is simple..
kalau berkawan, tapi kawan ko tu asik susah hati memikir camna nak ambil hati ko, macam mana nak jaga hati ko.. tak payah la kawan dengan orang macamtu.. tu bukan relationship.. tu namanya terhegeh-hegeh..

kita je yang bersungguh-sungguh nak bekawan dengan orang tu,
tapi orang tu endah tak endah je.. bila kita call, weh beb..jom lepak petang ni..orang tu jawab ha tengok la..bila petang, ko je yang tecongok kat bawah bangunan tu..best ke camtu???

kalau becinta orang panggil betepuk sebelah tangan, tapi kalau bekawan, entah apa istilahnya.. tapi aku cuma assume kawan tapi tak ikhlas..

dan pendapat aku jugak, kalau kita ikhlas berkawan.. biar berpuluh tahun tak jumpa pun..suddenly kawan tu call kita musti akan happy.. dan kita akan willing help him or her in anything.. may i have ur favour? sure...

dan..aku memang ada kawan-kawan yang macam tu..
yang dah lama kawan,
tapi jarang berhubung, jarang berjumpa..sebab apa?masing-masing sibuk dengan perjuangan untuk meneruskan hidup masing-masing..
masing-masing sibuk berusaha menjaga keluarga masing-masing..

tapi aku sangat yakin, kawan-kawan aku tu, 
jika aku call diorang dan mintak tolong, pasti diorang akan bantu..miss u all my dear fren..

ainin, muna, asma, salina,liza.. 
tu kawan-kawan baik zaman sekolah dulu..
 dan seorang kawan baik yang dah macam adik aku (kebetulan aku ni anak angkat mak die)..Thanks God.. kerana memberi aku kawan-kawan yang best and osem ni..

so..berbalik kepada dua perkataan tadi..kalau aku membodek, mean tak ikhlas.. kalau tak ikhlas, adakah kawan-kawan tu akan ingat kita?

tapi kalau ambil hati..tujuan kita nak bagi kawan kita gembira, happy.. buat something yang can make she smile.. pulak lagi ko ikhlas.. pasti kawan-kawan takkan lupa kita..

apa-apa pun, ni hanya pendapat peribadi aku ja.. bekawan tu senang ja..
just give n take.. if u want to take something, u must give something..

kalau kita nak sesuatu, kita kena beri sesuatu..
kalau kita nak kawan kita ingat kita, kita yang kena mula ingat diorang dulu..

simple kan???

dan aku rasa entree ni lebih sesuai tajuknya KAWAN..hoho

so..jom kawan-kawan..kita pakat-pakat berkawan..








Selasa, 18 Jun 2013

"puan tak tau die sape..i tau dia sape"

tersentap jantung aku..
sayu muka kanak-kanak kecil tu..rasa besalah pun ada, sebab berebutkan tilam kecil dengan anak teruna aku.. kanak-kanak kecil tu yang jadi mangsa rotan nenek dia.. 

anak aku yang sulung umo 2tahun 8bulan.. dan kanak-kanak pompuan tu dalam 4-5 tahun kalau aku xsilap..berdasarkan pemerhatian aku la..sebab aku tengok cara dia bemain dengan cara dia becakap..belom sekolah..agak aku la..4 tahun kot..aku namakan die sibibir merah..budaknya comel, putih kemerahan kulitnya..rambut perang skit..memang cantik dan comel..

tak kisah 4,5,6..atau dah tingkatan sekolahnya..
'
'
'
sebab sibibir merah tak salah apa-apa.. dia tak bedosa pun.. dan kalau budak pompuan yg baru umo 4tahun tu meninggal..memang trus jadi ahli syurga..sebab die xde dosa apa-apa pun..kita ni, yang konon ada akal pikiran yang pandai sangat ni..belom tentu masuk syurga..kena hisab..kena rejam api neraka dulu..kena seksa dulu..baru Allah bagi masuk syurga..

jadi kenapa nak panggil dia budak jahat..????

bila budak tu buat salah kecil pun..dia kena marah cukup-cukup, macam kesalahan orang besar.. 

kenapa neneknya buat die macamtu?tu kan cucu ko jugak nenek oiii..kalau nak marah nk panggil budak jahat..nak bantai rotan dan sebagainya..
ko pegi bantai anak ko tu..anak ko yang terlanjur buat dosa zina..

sibibir merah tak mintak dilahirkan pun..

tak sangka di tahun 2013 ni, zaman it ni..ada lagi kepercayaan yang ank terlanjur ni atau anak luar nikah ni pembawa sial..

anak tak sah taraf ni memang kotor..memang pembawa masalah.. Astaghfirullah... sedar la kalian... anak-anak itu tak mintak dilahirkan pun..kenapa mereka yang terima semua hukuman tu???
.....

masa nak balik petang semalam, aku usap kepala sibibir merah... aku pesan kat dia, jangan nakal ya sayang? nanti nenek marah..dengar cakap nenek..

sibibir merah yang mungkin faham kata-kata aku cume merenung sayu pada aku sambil angguk-angguk..

aku xleh renung muka die lama-lama.. hati aku dah sebak..dan sampai pagi ni aku teringat-ingat muka sibibir merah..

Ya Allah.. ko buka lah hati nenek tu..supaya akan sentiasa sayangkan sibibir merah.. ko peliharalah sibibir merah..
Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™