Khamis, 1 Ogos 2013

kawan..bukan sengaja kau kutinggalkan sendirian disitu..

Assalamualaikum

entri arini sangat tak best
baik korang jangan baca sebab kisah kali ni tak osem macam selalu
selalu osem kah??

aku kecewa dengan teman aku
sangat kecewa
teman paling karib
setia kemana saja dengan aku
dari bujang zaman study
sampai aku dah jadi bini
sampai dah 2kali buncit perut aku ni

dia setia kat sisi
dia tak peduli tuan besar aku nak marah ke
nak jeles ke
yang die tau
die tetap nak temankan aku
kemana pun
tapi sebab nak jaga hati kedua-duanya
aku selalu pergi kemana pun
mesti bersama

kalau dulu dating ngan tuan besar
aku tetap bawak kawan yang satu ni
biar la adil
demi menjaga hati

kadang-kadang kesian gak
takut die kecik hati
bawak die sekali
tapi tinggal die sorang diri

susah nak puaskan hati semua orang rupanya
yang ni bakal suami
yang ni teman sejati
dan sampai sekarang teman aku walaupun kadang-kadang kecik hati
kadang-kadang merajuk
dia masih ada disisi

sampai tuan besar cakap dia pun dah mula sayang kat kawan aku
apa yang patut aku buat??
nak marah?
nak cemburu?
dulu tuan besar belikan kasut baru kat kawan aku ni
empat sekali beli
beratus duit tuan besar habis

pastu tuan besar selalu temankan kawan aku p klinik
p mana pun dah berani berdua
tak bawak aku

takpe
aku xmarah
aku redha je
nak buat camne

aku rela kongsi kasih ngan kawan karib yang satu ni
aku tengok tuan besar betul-betul ambil berat hal dia
tapi sekarang kawan aku ni selalu sakit
 entah apa penyakit yang dia rahsiakan dari aku
haritu sampai seminggu lebih die kena rawat
bila aku tanya dia senyap ja
sepatah pun xcakap
pujuk elok-elok pun dia tetap nak rahsiakan penyakit dia tu

kadang sebulan sampai 2,3 kali kena pegi cek
risau penyakitnya datang balik

semalam
kawan aku sakit lagi
semput die menjadi lagi
aku dah tak tau nak buat camne
aku bukan misi
kang mati kat sini macam mana
sepanjang jalan dia semput
batuk-batuk

jalan pulak jem
entah sempat sampai rumah ke tidak
aku makin risau
tak tau apa nombor yang nak didail
nombor kecemasan atau nombor tuan besar
sebab aku dah mula panik

'yang aku mampu cakap, 'beb sabar..tunggu sampai rumah..betahan kejap'
tapi agaknya kawan aku ni dah nazak sangat
dah teruk sangat sakit dia

jarak rumah aku dengan tempat trajedi dalam 20 minit
akhirnya dekat simpang sekolah
aku tepaksa berhenti
suara dia makin serak
macam sakitnya dah teramat sangat
dah tak tetanggung rasa
aku putuskan call tuan besar
mungkin tuan besar tau apa patut buat

'pa, kereta rosak lagi ni..semput semput sepanjang jalan dari tadi..enjin bunyi teruk gila..ni dah nak mampus mama benti kat tepi sekolah ni'

jadi aku tunggu la tuan besar datang jemput aku
pastu aku tinggal la ko kat situ
buat hal lagi..
hahahaha

~sekian~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™