Jumaat, 2 Ogos 2013

Ini cerita ku..

Assalamualaikum

yeayyy... hari ni 2 ogos 2013..
maka genap la umur muhammad iqbal darwish tu jadi 3 tahun..
kejap je masa belalu..
selamat hari lahir sayang
mama doakan iqbal jadi anak dan abang yang baik, hamba yang soleh dan jadi budak yang sangat pintar!!
amin..
tolong amin kan ye doa aku ni
.
.
.

31 Julai 2010

malam tu aku berehat je kat rumah, tunggu tuan besar tak balik keje lagi..
tuan besar memang kuat keje, sejak aku kompem ngandung anak sulung ni, die selalu cakap yang die kena makin kuat keje sebab tanggungjawab dah bertambah..
Alhamdulillah, tuan besar amat bertanggungjawab dan sedar akan perkara yang sedar berlaku disekelilingnya..

pukul 10malam tuan besar sampai..bawak balik nasik lemak feberet aku..
pastu tuan besar layan tv, aku layan nasik lemak..
pukul 12 aku tejaga dari tido, nak kencing..
kat toilet aku tengok ada setompok darah kat seluar kecik..
aikkk???
takkan peknen bleh period plak kan?
time tu dah 37minggu

aku pun cepat-cepat pegi kejutkan tuan besar yang dah telelap sambil tengok tv..
dia panik bila aku cakap 'tumpah darah, jom p spital'
aku buat-buat cool
padahal dalam hati macam-macam pikir
mujur beg baju dah ready dalam keta
aku cuma amik dokumen penting ja
dalam kepala aku pikir, dah nak keluar ke budak kecik ni?
tapi aktif je lagi menendang
mak tak sampai lagi dari kampung
kalau keluar sebelum mak datang, sapa nak jaga aku

tunggu tuan besar mandi siap semua tengah malam die boleh mandi
pukul 1 pagi jugak la baru kuar pegi spital serdang time ni takde budget lagi nak booking private spital.
sangat okeh la anak aku pilih masa, jalan sangat lapang

tapi hospital serdang adalah antara hospital kerajaan yang terbaik perkhidmatan die..
setakat yang aku duk sembang-sembang la
ramai yang bagi komen positif
sebab hospital serdang banyak kelengkapan dan doktor pakar pun ramai kat situ
yang penting kafeteria die memang best giler, macam-macam menu dia
hohoho

sambung citer aku ajak tuan besar pegi hospital tadi
dah sampai spital
register semua
memang kompem kena masuk bilik la
die nak cek semua bagai
part ni aku tak mo citer
cek nak besalin je pun sakit giler woiiiii

dipendekkan cerita
darah yang tumpah tu sebab kepingan dinding rahim yang gugur
maybe persediaan untuk lahir
sebab baby dah ready
tapi darah yang kuar tu xbanyak, so dokter cuma tahan aku sampai pagi esok je..
dalam pukul 7pagi aku dah boleh balik
owh belom nak kuar lagi rupenye si kecik ni
saja usik mama die lettew

lega skit hati
kuar spital terus tuan besar ajak g bekpes kat kedai nasik lemak sedap
hahaha
sepanjang aku bekawan ngan tuan besar ni, memang makan je kerja kitorang
mujur dedua kuruih kering!

pastu mak aku call, cakap pagi ni dah bertolak nak datang umah aku
yeayyy..syukur giler aku time tu
akhirnya mak aku akan sampai jugak petang nanti
so kalau apa-apa, senang la..
dah ada orang tua yang lebih berpengalaman
dan petang tu lebih kurang dekat-dekat pukul 7malam..mak aku sampai..
dan malam tu jugak, sakit aku datang balik
kali ni lain..
memang sakit sangat dan memang sakit kontraksi yang kerap tu
berulang dan berulang
dari setiap setengah jam, jadi setiap 15 minit
pastu bila dah jadi sepuluh minit, aku dah xboleh rilek
terus bangun 
jam aku tengok pukul 1pagi lebih, aku tunggu lagi..
sampai jadi 5 minit sekali
terus aku kejutkan tuan besar
maka berulang la peristiwa yang sama seperti malam sebelum tu
dan kali ni aku yakin
memang my angel dah ready nak jumpa mama n papa die
lucky, his grandmother already here 

gerak hati si ibu memang kuat dan selalu betul
02.08.2010, pukul 12.07tengahari
my angel selamat dilahirkan
he was so beutiful
the first time i saw him, all my pain gone

padahal masa proses kelahiran tu Nauzubillah punya sakit
sampai doc pakat pujuk sikit lagi, baby awak kecik ja ni
first time kan?
mana reti nak meneran!

Iqbal lahir normal, berat die cuma 2.8kg
kulit die putih kemerahan (konpious kejap, aku and tuan besar sawo matang, camne boleh putih serlah ni?)

apa-apa pun, aku sangat bersyukur
pengalaman jadi ibu, mengandung dan melahirkan
memang satu nikmat yang luar biasa
yang hanya dapt dirasa oleh kaum wanita
dan nikmatnya memang sangat sakit, tapi sakit yang memang penuh kepuasan bila kita dah pegang baby
time tu jugak terasa nak ngandung lagi
boleh???
hoho

and here he is

ni hari pertama tengok dunia


ni selepas seminggu..

masa nak kuar dari spital
ada sorang untie ni (chinese)
die tegur aku
'eh, ank u ni jantan ke?'
aku senyum sambil angguk

'waaa...manyak cantik oooo'

dan memang iqbal ramai yang puji die cute, comel hensem dan lain-lain pujian lagi
dan aku serta tuan besar cuma tersenyum
dalam
'tengok la mak pak dia'
hahahah

ini gambar iqbal dah besar

see..hensem boy kan???
 anak mama..kena la cute macam mama dia jugak
sila abaikan ayat diatas jika ia mengganggu emosi anda

inilah cerita aku
pengalaman aku
ketika aku lahirkan iqbal
tapi kalau aku cerita lebih detail
mau 7hari 7 malam tak abis-abis
baik aku cerita ala kadar je
hoho

sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™