Jumaat, 13 Februari 2009

kenapa berkahwin...

kenapa berkahwin??kenapa eh?? dulu-dulu masa kat sekolah menengah dulu, adala belajar bab munakahat ni..antara sebab kahwin yang aku ingat..elakkan dosa maksiat..pastu nak ramaikan umat Muhammad..and tu sunnah Rasullullah s.a.w..tetiba kawan aku yang dah berkahwin sorang ni, dah ngandung pun..2bulan rasenye..ade ustaz tanya die..kenapa kamu berkahwin..die jawab la macam yang aku tulih kat atas tadi tu..pastu ustaz tu kate kat die.. "dua sebab sebenar manusia perlu berkahwin adalah..1. sebab nak masuk syurga..2. sebab nak jadi khalifah di muka bumi Allah ni.." emmm..masuk syurga..semua orang nak..persoalannya..LAYAK ke??aku sendiri terasa yang diri ni tak layak nak masuk syurga..malah melihat atau mencium baunya sekalipun diri aku ni terlalu hina untuk dapat..tapi siapa yang sanggup masuk neraka??terlihat api dunia yang marak pun sudah kecut perut..inikan pula api di alam sana..api di dunia ni, kalau aku tak tersilaplah (rujuk yang lebih arif), Allah perintahkan Jibrail ambil api dari neraka sebesar biji saga cuma..kemudian di basuh sebanyak 70,000 kali basuhan(basuhan ni pun aku tak berapa pasti jumlahnya)..barulah diletakkan didunia untuk keperluan hamba-hambanya.. berbalik kepada persoalan kenapa berkahwin??? aku belum berkahwin..bujang lagi..tapi takat perancangan tu ada la..rancang semua orang boleh..tapi untuk capai tu..semua kembali kepada kehendak-Nya.. secara peribadi..aku kalau berkahwin, mula-mula sekali sebab aku nak jadi umat Muhammad..itukan sunnah..ada orang cakap..tak nak berkahwin..nabi tidak mengaku umat..itu aku kurang pasti ada atau tidak dalil ataupun hadis untuk mengesahkan statement tadi.. sebab kedua berkahwin, aku nak ada keluarga sendiri, zuriat sendiri..TAPI..yang paling pasti sebabnya aku berkahwin adalah ingin mencari KEREDHAAN Allah.. bila pulak kahwin ni jadi khalifah..sebenarnya..kalau korang nak tau..semasa kita dalam rahim ibu lagi, kita dah membuat perjanjian dengan Allah yang mana setiap hambanya akan menjadi khalifah dibumi fana ini. tapi kita ni tau ke perjanjiannya???aku pun tak tau..cuma tau setiap orang dibumi ni adalah khalifah..ohh jahilnya aku..bagaimana menjadi khalifah??? macam PM ke??? guru besar??pengetua??ke macam ketua polis negara??? bukan..mereka yang memegang peranan itu sudah pasti sedang melaksanakan tugas sebagai khalifah..tetapi bagaimana kita???aku ni..macam mana jadi khalifah??? ustaz tu kata, sebab kedua berkahwin adalah untuk menjadi khalifah dibumi..mungkin bila bergelar isteri..peranan dan tanggungjawab isteri tu untuk berbakti kepada suami lah yang dimaksudkan sebagai khalifah..benarkah??kalau suami, akan bertindak sebagai ketua keluarga..itulah khalifah kecil..dan isteri sebagai pembantunya..emmm..mungkin begitulah.. plak tu bila nak kahwin...macam-macam pulak benda nak kena buat...alaaaa...susahnye!!!!benda yang patut buat seperti kursus kahwin dan sewaktu dengannya yang mengikut syariat islam..ok..tapi yang jadi payahnya bila sampai bab-bab kenduri ni..emmmm..banyak nak pakai duit tu..kalau pihak lelaki mau nak kena ada dalam 20ribu..tu kalau pihak pempuan mintak hantaran 10ribu la..tapi bagi aku, nape letak mahal-mahal sangat ni??jual anak ke apa??aku ni pun perempuan..tapi kalau ikut pendapat peribadi aku..aku tak mintak pun takpe duit hantaran tu..yang wajib adalah mas kahwin..lepas kahwin nak hidup sebumbug jugak..kenapa masyarakat sekarang terlalu memeningkan kepala dengan mensyaratkan hantaran dengan suatu nilai yang tinggi..macam dah jadi trend dah..aku pun tak tau kahwin aku nanti macam mane..family aku letak macam mana hantaran lak karang..kalau aku mintak cukup-cukup untuk siapkan kenduri bagi sebelha keluuarga aku dan cukup untuk beli barang hantaran je..ok dah kot..emmm..kehidupan sekarang banyak dipengaruhi oleh adat berbanding amalan dalam agama.. kahwin karang, nak sanding lagi..sume tu adat tu..emmm...entah la..kalau buat kecik-kecik takde sanding-sanding..mula la jiran tetangga akan bukak mulut..ade je yang tak kena..ade aje yang nak diumpat keji..hmmm..betul la..susah nak puaskan hati semua orang..tapi kenapa nak di kisahkan dengan orang sekeliling???kalau kita takde duit karang..abis bayar utang kahwin..pelamin..katering mengalahkan hotel 5 bintang..ade orang nak tulung hulur duit??takde..diorang tulung tambah kata je..tu la..kenduri bukan main..bagai nak rak..macam kahwin artis..haaa..kena kata lagi..buat simple kena kutuk..buat meriah..kena kutuk..emmm..kalau cakap bab ahwin ni...macam hal ada..apa yang penting...buat ikut kemampuan kita..mana yang mampu..mana yang wajib dalam hukum..yang adat2 tu kemudian kan pun ok..kahwin bukan sehari..tapi untuk seumur hidup..persediaan selepas kahwin lebih penting berbanding persediaan untuk berkahwin...ok??

3 ulasan:

  1. aku penah mengalami keadaan yg sama dan semuanya aku tulih dlm blog aku. Check la....

    http://simawarhitam.blogspot.com

    -haliza jalil-

    BalasPadam
  2. Salam sakura. InsyaAllah, kalau betui niat utk kawin tu..Allah akan tlg permudahkan segala2nya..tu dari experience aku yg hina ini..:)

    BalasPadam

Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™