Memaparkan catatan dengan label suami soleh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label suami soleh. Papar semua catatan

Jumaat, 5 Julai 2013

Friday Againnnn!!!!

Assalamualaikum...

sebab hari ni jumaat, aku nak mulakan dengan salam..
dan seeloknya pun setiap hari kot, harus bermula dengan salam..

pastu...

yeayyyy!!!!
jumaat..jumaat..jumattt (sambil melompat2 penuh keseronokan).

korang suka kan jumaat?
kebiasaannya, semua orang mesti tak sabar tunggu jumaat..tak kirala budak sekolah ke, orang kerja ke..
semua akan sangat hepi bila jumaat tiba..

nak pulak lagi kalau yang kerja govermen.. lagi la kan..jumaat rehatkan panjanggggggggggggg..dari pkul 12.45 sampai 2.45..
kan kan kan??
 best tu, sempat shoping..

tapi aku kerja private, dan istilah rehat masih sama waktunya..
1-2pm.ok fine!

tapi takpe, sebab selepas hari jumaat sentiasa hari sabtu dan ahad..
belom lagi dalam kalendar aku jumpa lepas jumaat jadi hari isnin balik..

kalau sabtu ahad bermakna hari untuk besama family..
happily with my hubby n my kids..
mungkin lepakking kat rumah sambil tonton cerita feberet kitorang satu family, mungkin keluar ke taman permainan for kids..
mungkin jalan-jalan kat shoping complex, atau mungkin visit our family members yang lain atau visit kawan-kawan ke..
yang pasti, apa pun aktiviti setiap hujung minggu yang membolehkan aku bersama family, amat la gumbira dan happening..

so, u oll yang masih bujang, sure uolls pun tak sabarkan..mesti lebih banyak aktiviti yang korang rancang for this coming wekend..
nak dating ke, enjoy watching movie ke, outing dengan kawan-kawan..
macam-macam kan?

so apa pun aktiviti kita, dengan siapa pun..
yang penting kena sentiasa happy..
kalau boleh biar happy happy je..
perasaan yang sentiasa happy boleh membuatkan kita sentiasa sihat..
nak happy, think positive and always bersyukur..

ok?
happy happy ya..

Khamis, 4 Julai 2013

Blogger.. dari bosan kepada hobi..

Blogger..

aku mula menulis blog ni tahun 2009.. 
pada masa tu itu adalah pekerjaan atau office ketiga aku dalam setahun aku graduate..gilo..
hahaha..dan kerja disitu memang banyak masa lapang..

bukan sebab aku kena fired, tapi sebab kerja aku base on contrat.
job pertama lepas graduate, aku join ngan member, terjebak dengan sorang brader ni, abg angkat member aku tu. konon baru nak buka company baru, buat project ternak udang galah. skop kerja aku best, aku jadi orang yang sentiasa pantau progress project tu dan cari pelabur untuk project tu..
kerja luar, pakai kemeja dengan jeans hari-hari. ulang alik shah alam ke port dickson setiap minggu..penat, tapi penuh kepuasan..dan banyak bercampur dengan orang yang dah banyak pengalaman dalam bisnes..harapan aku sangat tinggi dengan kerja ni..gaji pun bagus..tapi lepas 3bulan, brader yang kononnya abang angkat member aku tu lesap..

dengan duit gaji kitorang bulan ketiga tak berbayar, duit claim aku dan jugak modal pelabur-pelabur..

semua lesap..aku rasa agak bersalah..sebab aku antara orang yang deal dengan para pelabur ni.. alih-alih diorang kena kelepet..dengan aku aku sekali kena kelepet..

tak tau mana brader tu ilangkan diri..dan aku kurang pasti berapa para pelabur tu rugi.. projek udang tu pun tak pasti apa yang jadi, aku dah tak pergi lawat site lagi dah..

pekerjaan kedua informal job sebenarnye, aku dalam keinginan nak sambung master, tapi sebab result aku xcukup bagus..aku boleh sambung bersyarat iaitu, jadi staff for this kind of lecturer, at the same time ur belong to that university also.. so boleh sambung master guna title staff U tersebut..

tapi bidang yang aku bleh sambung ikut course yang dalam fakulti lecturer tu je..mula rasa tertipu jugak, sebab masa interview cakap aku bleh sambung course stattistics or marketing atau apa-apa course ikut kelayakan aku, alih-alih course yang di ofer master in mechanical engineering sahaja..

itu yang di offer..bukan ikut kelayakan aku, sebab aku kerja kat fakulti engineering, jadi research assistant..so dalam kata lain, aku tetap tak leh sambung master walaupun masa tu boleh guna status staff..

dan aku pun resign je dari jadi research assistant kat U tersebut.
akhirnya aku pun tercampak kat office yang menerima aku sebagai pekerja kat situ. dan bekerja kat office tu sememangnya osem..bukan sebab gaji yang besar, tapi sebab sangat flexible..kitorang cuma busy tahap nak mati bila time dateline, mula la tak tido malam..tapi itu dalam 3,4 bulan sekali je..tu pun 2hari je kot..paling lama pun 4hari je..osem kan?

jadi time aku mula kerja kat office tu, 
kebetulan diorang baru submit report, so memang heaven la melepak dan sebagainya..so, sebab dah bosan giler..jadi aku pun belajar buat blog..
aku memang suka membaca, tapi aku tak tau aku pandai menulis atau tidak..membaca dan menulis dalah dua perkara yang sangat berbeza.

sebab aku cuba jugak isi masa terluang cari idea konon nak tulis novel, tapi agak berat..sebab aku bukan orang yang begitu luas pengetahuan dan pengalaman..

tapi bila tulis blog, lain..
lain sangat, die macam ko membebel non stop 24 7..
belasah la ko nak bebel apa pun..blog tu ko punya..as long as ko tidak menulis benda-benda yang melampau sudah..

so sejak itu aku mula jadikan blog tempat aku bercerita, macam sekarang..tempat aku berkongsi pendapat.. dan tempat aku share apa-apa yang aku rasa boleh bagi kebaikkan kepada orang lain..

tapi aku aktiv tahun 2009 je..masuk 2010, dah slow..dan tahun berikutnya pun makin tenggelam..siap aku lupa aku punya password..sebab apa?
sebab lepas besalin anak sulung aku tak kerja, dan rumah time tu xde internet..hoho

dan sekarang, 2013..aku bertekad nak start balik blogging ni..
nak cuba aktif balik menulis dengan blog yang sama..masih sakurakirates..
hahaha..kelakar nama tu sakurakirates..tapi xpe, aku suka, blog aku kan..suka hati aku la..kihkihkih..

so..hobi ini akan berterusan..membebel lah sepuasnya di blog anda!!!

yeayyyy!!!

Khamis, 27 Jun 2013

pernah tak korang rasa down???

entre ni bukan nak cerita perasaan down aku..
aku nak tanya, korang pernah down??

bukan down to earth.. itu humble..
down yang sangat-sangat gitu.. nak itu, tak dapat..nak inipun tak dapat..

terasa yang dunia ni sangat-sangat tak adil kononnnya..terasa dunia ini begitu zalim kononnya.. kenapa aku masih gagal..kenapa aku tak bahagia macam orang lain?kenapa aku tak mampu beli kerata macam orang tu.. kenapa, kenapa, kenapa???

haaaa... itula down...

mesti pernahkan???

aku pun pernah..macam-macam..standard la..nama pun maanusia, memang syaitan cakap aku akan rosakkan semua hamba Allah..bukan cakap je, dah berjanji pun..

jadi...

apa korang buat kalau tetiba down macam ni?
 takkan bunuh diri kot???
hahaha.. kemon la..
dunia belom berakhir..macam lagu tu..

kalau aku..bila terasa down..
biasanya aku akan termenung kejap..hanyut sekejap (layan feeling la)..pastu aku mula muhasabah diri..

aku bukan alim sangat..bukan ustazah..
cuma, bila down, aku akan ingat balik segala nikmat yang terindah yang pernah aku rasa sebelum ni.. kalau aku down sebab tak dapat sesuatu, aku ingat balik apa yang pernah aku ada sebelum ni yang sangat hebat..

kalau aku down sebab begaduh ngan suami (standard la kan, mana ada laki bini yang tak pernah gaduh), aku akan ingat semua kebaikkan suami aku selama ni..

macam tu jugak kalau kecik hati dengan kawan, sedara, bos dan sesiapa sahaj..aku akan ingat kebaikkan orang tu pada aku sebelum ni..
dan sememangnya orang tu pun manusia biasa..
mustahil la tak buat salah dan silap..

jadi, aku akan rasa lega balik..rasa jiwa tenang balik..
betul pesan arwah ustaz aku, kalau nak jiwa sentiasa tenang, selalu ingat Allah..dan selalu memaafkan sesiapa sahaja..hati mesti terasa lapang n lega..
jiwa jadi bersih dan suci..walaupun kita bukan ahli sufi..

ok??? kalau korang rasa cara ni bagus, korang praktikkan lah..dengan aku berkesan..dengan korang aku xtau la..
apa pun sharing is caring..
hoho..

Selasa, 12 Mac 2013

Lelaki untuk di fahami..Wanita untuk disayangi..

entry ni ditujukan khas kepada semua kawan2, isteri2 dan suami2 sekalian..

cik sakura nk guna bahasa diri aku plak..sebab kalu guna cik sakura rasa macam terikat nak mengeluarkan idea..huhu gitu..

topik ni xde kena mengena ngan sape2, yang hidup atau pun yang mati..tapi perkara yang ni memang biasa menjengah dalam hidup kite..sebab ape, sebab die bermula ngan CINTA..

haaa...semua orang dalam duni ni mesti ada rasa cinta..mustahil lah xde..orang gila pun ade rasa cinta tu, cume mugkin cinta die tak berbalas je..yelah, cinta orang gila..sapa yang berani nak becinta ngan orang gila?becinta ngan orang siuman yang jelas-jelas tiada gilanya pun boleh jadi gila..kan kan kan..

aritu aku tedengar ucapan dari seorang pemanggil kat HOT FM, ucapan die ditujukan kepada bakal isteri die, dema ni nak nikah lagi 2,3 hari..ucapan die bebunyi macam ni 
" kepada bakal isteri saya, terima kasih sebab sudi melengkapkan tulang rusuk saya yang telah hilang"

bukan la bemakna bakal bini die tu tulang, atau die sendiri skeleton.. kan perempuan itu umpama tulang rusuk kiri suaminya..bila berkawen seorang suami dengan seorang perempuan, maka lengkaplah tulang rusuknya..maka lengkaplah kehidupannya..

kenapa lengkap???sebab setiap kita ni, adalah tak sempurna setiap seorang.. semua penuh dengan kekurangan..maka pasangan anda lah yang akan melengkapkan hidup antara, menyempurnakan apa yang kurang pada diri anda..begitu juga sebaliknya..

tapi keperluan lelaki ngan perempuan tu tak sama, memang la tidak sama, udah simbol jamban pun lain2.. sebab tu topik entry ni, lelaki untuk difahami..dan wanita untuk disayangi..biasanye orang laki musti akan cakap, kalu aku nk cari bini, bior yg paham perangai aku..senang..ha, kan..
pastu kalau pompuan plak, musti macam ni, kalau aku nk cari laki, harap2 die sayang n cinta aku sorang sepenuh hatinya..tu je.. betoi tak?

aku pun penah becinta, aku tau le..dan kawan-kaan sekeliling aku jugak penah je becinta dan putus cinta, aku tak penah putus cinta, sebabnya..aku first time kapel ngan en.shomi, maka itu rupanya jodoh aku.terus kawen..Alhamdulillah..

tapi pengalaman becinta sama la, memang die nak kite fahami die..
dan kite memang nak die sayan kite je..

memang la kan..kalu ko da kawen, takkan ko nak laki ko sayang orang lain
semestinya tidak..huhu..bleh perang dunia ko tau..

tapi lelaki pun satu, walaupun ko harap bini ko sangat memahami ko, jangan pulak ko ambik
kesempatan..'takpe, bini aku tau aku penat kerja..krohhh..kroohhh..' di bantainya tido sampai tak teringat nk tolong bini uruskan rumahtangga..

dah tu bini ko xkeje??dah tu bini ko tak penat??

hamboiiihhhhh....!!!

so pikir-pikirla..timbang rasa la..isteri dah sangup tolong awak cari rezki..sanggup bersusah hidup setia disamping awak..sanggup tak cukup tido malam2 bangun kalu anak nak susu (tapi aku terkecuali, sebab malam2 en.shomi yang bangun buat susu..hihi)...betapa isteri sanggup segalanya..dan sebolehnya die tak nak suami die nampak kekurangan diri..sebab tu die sanggup buat semua tuk suami, sebabnye die nak suami die sayang die je...

kalu suami yang memang ikhlas memperisterikan seorang perempuan itu..perempuan yang memang dicintainya, die takkan sanggup biarkan perempuan itu hidup susah kerana dirinya..

tapi kome yang mana terpaksa mengharungi kesusahan dalam berumah tangga, urus rumahtangga, kerja pagi petang, buat kerja partime..sebab nak tolong tambah pendapatan suami, bukan bemakna somi korang tak cintakan korang pulak..tapi sebab die belum mampu nak salutkan badan korang ngan emas berkoyan-koyan..die belum mampu nak sediakan semuanya untuk keluarga die..so tolak ansur dan bertimbang rasa la..
kan itu lagi bagus..

muafakat suami isteri dalam rumah tangga adalah yang terbaik..jadi isteri cuba fahami suami, suami tak mampu, so kite kerja..tolong tambah income..suami pulak, kat rumah ringan-ringankan tulang tolong bini kome.. hargai die dengan sebaiknya..sayang dan cintai isteri kome dengan seadanya..

baru aman rumah tangga..Allah pun suka...

keluarga pun bahagia..

yesss...
ok ya..lelaki tuk difahami, wanita tuk disayangi..

~sekian~
Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™