Memaparkan catatan dengan label isteri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isteri. Papar semua catatan

Jumaat, 24 Januari 2014

saya dan dunia saya...





assalamualaikummmm.....

ekekekeke...bukan takat berhabuk..besawang...sarang labah semua dah ada ya???hahaha
kan dah cakap..aku ni sibukkkk...hahaha

yelah yelah..sori la kepada sesapa yg memang nunggu aku menulis..aku busy skit sebelum ni..banyak hal dan masalah yang timbul..
dan banyak lak keputusan yang terpaksa diambik..semua berlaku terlalu pantas..dan tak sempat nak ready..
jadi everything tunggang tebalik..

tapi..jangan risau, setiiap masalah yang datang, aku percaya..tu semua ujian dari Yang Esa..dia nak suruh kita ingat kat Dia..tu maknanya Allah sayangkan kita..Dia ingat kan kita, supaya jangan lalai..ujian tu sebagai peringatan la tu..supaya kita tersedar akan kelalaian kita tu..

ok, sejujurnya..(cam lagu firman plak)..problem aku bemula bila anak aku demam..kemudian satu persatu benda timbul..dan berita-berita luar yang macam-macam buatkan aku terfikir untuk amik satu keputusan yang drastik..dan keputusan ni bukan benda yang suami aku suka..tapi keadaan tu telah merubah suami aku, yang mana dia pun sokong tiba-tiba..pelik tak ayat aku?bebelit belit..akupun macam pening gak bila baca balik...argghh...whatever lahh!!

jom sambung lagi,jadinya sekarang ni semuanya dah kembali teratur dan ok.. aku sangat enjoy dengan keadaan sekarang dan sudah boleh menyesuaikan diri dengan dunia aku sekarang ni..
simple..flexible..dan seronok!!

nanti aku cerita dalam enttri yang akan datang...tak best la kan..xde sambungan, buat sambungan-sambungan baru bleh jadi macam drama tv..hahahaha..

Isnin, 1 Julai 2013

entre yang takde apa-apa..hoho

monday bluess...
tapi pagi ni aku ada rutin lain, appoinment kat klinik..cucuk budak tecik yang sorang tu..

kat klinik bapak ramai manusia, 
kata dah di atur appoinment mengikut kawasan rumah memasing..kenapa penuh jugak lagi???haiihhh..letih aku camni.. mujur abangnya belom sampai date checkup..kalau tak mau pening aku nak handle kedua-duanya..pulak lagi en.somi agak busy pagi ni..henpon die bebunyi ja..nyampah..hoho..

tapi xboleh la lagutu.. kan amanah tu..reja tu amanah dan ibadat..kena la laksanakan..

jadinya aku la tekontang kanting menguruskan si kecik yang tengah nak besar  dan sedang aktif tu..huhu..abis satu klinik die buat lawatan sosial..sekali ada sorang baby girl ni peluk and cium die..hahaha..

dua kali kena peluk n cium ngan awek..kah kah kah.. first time kena die macam terkebil-kebil, blur plus terkejut.. second time kena, terus meraung..waaaa...ahahaha...aku suke...sebab apa?sebab lepas tu die akan diam sekejap, dah xnak jalan-jalan kesana sini dah..nak dukung ja..hikhikhik

thanks for that little girl, cute giler baby girl tu..agak-agak sebaya kot dengan anak aku..hoho..

pastu dah takde apa yang pelik, everything normal je..sampai la abahnya datang, die kena cucuk..and kitorang pun balik..hahaha..

itula entree hari ni..dah xde apa-apa..
kan aku dah cakap takde apa-apa..ngeh ngeh ngeh..









Rabu, 20 Mac 2013

Pesanan tuk cik abang semua..

cik sakura copy dr sini https://www.facebook.com/engkaujodohku

::Pesanan Buat Suami::

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Orang perempuan sila SHAREEEEEE...
Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™