Khamis, 20 Februari 2014

CERITA RYAN : kisah 1

assalamualaikum..

hai uollssss...hari ni aku nak kotakan janjiku, ada janji ke? ahhh lantaklahhh...
hari ni aku nak kongsikan cerita kenapa aku konon sibuk sangat, pehtu sampai bersawang bagai sume..
bleh baca entri ni ya KLIK SINI.

aku tak berapa ingat berapa hari bulan, tapi dalam hujung bulan November 2013, maybe dalam 22hb..aku dan suami nak bertolak balik ke subang jaya. masa balik kampung mertua. kebetulan petang tu badan ryan macam panas sikit, aku dah suspek dia nak demam..memang aku dah lali ngan anak-anak aku yang bedua ni, kerap jugak demam..jadinya aku terasa macam, alah demam pulak budak ni, takpe la balik kang bagi ubat kat umah..

perjalanan dari kampung mertua ke umah kitorang hanya 2jam 30minit je pun, pulak lagi suami aku plan nak guna jalan lama, lalu jalan kampung..makin singkat la perjalanan tu, jadi 1jam 45minit je..tapi sebelum tu aku dah cakap kat suami aku, mintak die carikan panadol sirap demam tu, sebab aku terlupa bawak balik ubatnya..suami aku cakap, takpe jom siap2 balik terus la..dah petang lagi pun..sebab jalan kampung tu nanti kena lalu hutan, so takut sikit kalu lalu bila hari dah gelap, ada ank kecik pulak lagikan..bahaya...

pukul 6 kitorang pun bertolak, lalu la jalan belakang tu, dan mak mertua aku yang sentiasa ingat akan anak-anaknya mintak kirim hantar barang ke rumah abang suami aku sekali, alang-alang jalannya sehala, boleh la singgah.

sampai satu simpang, ada jalan baru tengah buat..suami aku kata, dia penah lalu jalan baru ni, lagi dekat tembus terus ke rumah abangnya nanti..aku main setuju je, sebab aku tak tau..tapi jam ketika tu dah nak pukul 7, kira senjalah..aku macam tak best plak,sebab hutan kan..aku memang penakut sikit..cerita filem hantu, takyah ofer ajak aku tengok..memang takkan punya..dah lalu jalan baru tu dekat setengah jam, tetiba suami aku cakap.. 'apsal macam lain ja jalan ni?'. Pulak lagi takde kereta yang ikut belakang kitorang atau yang didepan kitorang, tapi arah bertentangan adalah yang berselisih..

kemudian suami aku pun pusing balik, katanya macam nak sesat..aku dah mengeluh..jam dah 7.15, time tu pulak maghrib awal..rasanya dah maghrib kot..mujur jumpa balik simpang yang memula tu..jadi suami aku ikut jalan yang biasa lalu, cuma perjalanan jadi panjang la skit..dah bazir dekat sejam gara-gara jalan baru tu..

Alhamdulillah, dalam pukul 8 lebih kitorang sampai jugak rumah abang suami aku tu..masuk kejap tumpang solat semua..kakak ipar ni jenis ligat..tetiba dia cakap, 'makan tie, dah hidang tu.." loh bila masalah die masak, padahal bukan die tau pun kitorang nak singgah..aku pun ajak suami jamah..budak-budak bermain ngan sepupu diorang..tapi aku tengok ryan macam masih lemah..mungkin demam die xnak kurang..plak lagi dah malam..penat agaknya..aku segera ajak suami aku balik cepat, lambat-l;ambat karang sian budak tu..

Peel laki aku ni, bila dah bersembang mau ralit..last-last dekat pukul 10 baru kitorang gerak..rumah abang suami aku ni kat kawasan baru buka kat Meru nun..jadi jalan kiri kanan nak keluar dari rumah die hutan..tapi aku dah biasa jadi takde rasa pelik pun..cuma jalan meru malam tu walaupun baru 10.30malam, jalan agak lengang, mungkin sebab esok isnin..semua orang rehat awal nak elak monday blues esok pagi..tetiba si anak sulung aku tegur sesuatu, 'mama apa tu?' ishhh..berderau jugak la darah bila tengok jari kecik die tunjuk kat tingkap, sedangkan bila aku toleh xde apa-apa..lepas tu die buat balik hal die tengok upin-ipin..sedang Ryan terlentok kat bahu aku tetido kepenatan..badan die pun masih panas..

jam masa tu dalam 10.45, dah nak sampai toll setia alam, kira dah nak dekat shah alam..tetiba aku perasan ryan yang sedang nyenyak tido kat bahu aku seperti terbangun...mendongak..matanya hanya pandang ke atas, kearah tingkap...sedang nafas die macam tersekat-sekat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™