Rabu, 12 Februari 2014

bulan cinta???

assalamualaikum...
ok..i'm back..akan cuba menulis..menulis dan menulis...
sebenarnya aku masih cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan sekarang..suri rumah sepenuh masa..dan juga sambil-sambil berbisnes di internet...kedengaran biasa dan tak menarikkan???

tapi korang tau tak???jadi suri rumah lebih mencabar dari menjadi apa-apa ja watak di mana-mana tempat bekerja yang layak aku mohon..sebab???

sebagai suri rumah, aku adalah ibu kepada dua orang anak kecil yang masih mentah dan kencing pun masih dalam pampers..dan kedua-duanya lelaki..
dan sebagai suri rumah, aku juga isteri sepenuh masa kepada suami aku yang sangat kuat bekerja..sangat berdedikasi, kalu boleh setiap tahun aku nak calonkan die sebagai suami mithali yang kuat mencari rezki untuk keluarga...

ok korang dah dapat gambaran kan?keluarga aku dikonker oleh lelaki, setakat inilah..dan sememangnya tersangatlah penat kerana memang aku satu-satunya wanita yang menguruskan hal rumah kami..yelah, sebab aku kan suri rumah, dah memang tanggungjawab la kan..

korang tau tak apa yang aku maksudkan mencabar sebagai suri rumah?sebab akulah segala-galanya untuk keluarga aku...
biar aku senaraikan...
business women
chef
cleaner
pengawal keselamatan
akauntan
penasihat
dokter/ jururawat
penyanyi/ penghibur
baby sitter
badut
alarm jam
blogger
dan yang paling spesel, aku adalah raksasa dan k.rose (upin ipin) kepada anak-anak aku..

haaa.... itulah aku, bila jadi suri rumah..rasanya banyak lagi yang aku tak senaraikan...tapi takpelah, nanti kalu ingat aku tambahkan kemudian..apa yang mencabar?sebab aku cuma ada 24jam untuk jadi semua diatas tu..

entri kali ni aku nak cerita pasal CINTA...
wowwwww.....
C.I.N.T.A

perkataan keramat pada aku..dan aku percaya semua orang suka dengan cinta...in positive way lahhh...
kita tak mau cerita pasal cinta yang curang dan sedih..kita cerita pasal cinta yang menarik dan indah je..

tau sebab apa aku nak tulis pasal ni?sebab bulan ni kan februari, korang pun tahu 14feb kan????
TAPI KITA ORANG ISLAM....INGAT ITU BUKAN BUDAYA ORANG ISLAM!!!!!

aku kebetulan dapat idea ni sebab aku tengok kat astro, banyak benar movie berkenaan percintaan ditayangkan..antara yang paling aku suka ialah channel life 709 astro biasa bukan HD..hahahaha

tajuk cerita tu "beuty and the briefcase". Lakonan Hillary duff yang comel tu... sebenarnya yang buat aku tertarik nak tengok cerita tu sebab dia mirip-mirip cerita drama "carrie diarie's"..cuma watak utama tu bukan carrie la..watak yang hillary duff guna Lane Daniels..

aku tak nak buat sinopsis cerita beuty and the briefcase tu, aku cuma nak kisahkan perjalanan cinta si Lane ni..dia ada satu senarai semak untuk mencari lelaki magis yang tercipta untuk dia..kira cinta sejati dia la...malangnya kat tempat kerja yang penuh dengan lelaki, berpuluh-puluh lelaki yang kacak handsome cute..tapi semua tak menepati senarai semak yang dia inginkan...termasuk watak Seth, cute giler mamat tu..tapi takpe..sebab dia mat saleh...huhuhu
dan penyudah kisah lelaki magik yang dicarinya tu adalah majikan dia sendiri..Tom, seorang yang tak ada citarasa, agak membosankan..terlalu lurus atau tak tahu berseronok untuk menikmati kehidupan..lebih kepada macam seorang yang sangat formal. senang cakap, dari 10 senarai semak tu, tom adalah 0/10..

nampak tak??? bermakna tak semestinya apa yang kita nak memang kita akan dapat dan sesuai untuk kita..
message dari cerita tu, "Tom bukan lelaki yang penuh dengan ciri-ciri lelaki yang saya inginkan, tapi sikap yang pelik itu adalah keunikan bagi saya" Lane Daniel.

korang paham tak???
macam ni la...kita semua ada kisah cinta, cuma perjalanan tu mungkin berbeza dan mungkin tidak semenarik jalan cerita cinta dalam novel. tapi ada jugak yang kisah cinta mereka sehebat kisah Lagenda Budak Setan, kashah dan ayu. Atau mungkin sedasyat cerita Ombak Rindu...

kisah cinta aku???aku takde kisah cinta...giler bosan jalan hidup aku kan????
hahaha...
bukan takde, kisah cinta aku satu-satunya suami akulah...itulah satu-satunya lelaki yang aku berani terima kehadiran dia dalam hidup aku, dan Alhamdulillah dia memang jodohku..sekali couple terus kawen, senang cakap aku takde ex-boyfren la..hahahahaha

macam yang aku cerita dalam kisah beuty and the briefcase, tak semestinya ciri-ciri yang kita ingin tu sesuai dengan diri kita... dan aku, suami aku bukanlah lelaki kaya atau kacak atau handsome sangat..sekadar cukup sedap mata aku pandang..dia juga takde ciri-ciri lelaki idaman aku pun..tapi dia istimewa kepada aku, sebab dia pelengkap hidup aku.. aku harap kalian diluar sana, jangan cari pasangan yang hanya menepati ciri yang korang inginkan, sedangkan korang tak mampu untuk saling melengkapi antara satu sama lain..

jadi, sebagai perempuan dan isteri, jadilah tulang rusuk yang sempurna untuk suamimu..melengkapkan tulang rusuknya yang tiada itu...huhuhu puitis gilerrrr...

yang belum ada cinta atau kekasih hati, carilah..dia sedang menunggu kalian diluar sana..cuma mungkin korang tak sedar...orang yang korang cari tu sebenarnya memang dah lama kat depan mata korang pun..tapi mungkin orang tu kononnya tak menepati ciri yang korang nak..haaa..itu sesuatu yang merugikan..buka mata, hiasi hati korang dengan perasaan cinta yang suci, dan aku walaupun dah berkahwen, aku tetap jadikan suami aku tu kekasih hati aku..jadi, indahkan hidup berumahtangga..
so cepat-cepatlah kawennnn...hahahaa

ok, macam dah panjang bebenor ni..
babai....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™