Jumaat, 8 November 2013

My Anniversary..!!!

Assalamualaikum,

haii u olllsssss... hihihi dah besawang rupenye aku punya blog ni..alah..bukan sengaja pun..aku kan perasan busy kejap..hoho

ok..yesterday my anniversary...horeyyy
dah 4 tahun rupenya aku kawen dgn tuan besar tersayang tuh.. anyway..thanks dear coz be my hero and accompany me for the whole life..

lepastu...jeng jeng jeng...yesterday we went to setia alam mall.. memula layan makan kat seoul garden, mkn barbeque..emmmdapppp!!! pastu layan movie thor...wahhhh...terus falling in love dengan abg thor..hahaha

abis movie kitorang pun balik la..amik anak-anak..layan anak-anak macam biasa sampai tido..aku pun buat la rutin keje biasa..gosok baju kerja untuk hari ni..siapkan beg anak-anak nak hantar babysitter hari ni..

Empat tahun dah rupernya...kejap ja masa berlalu..dan sekarang pun aku dah ade 2 anak..so bleh estimate la..kalu 8tahun..4 anak la..hahahaha wakakakaka...

bila turn back memory masa memula aku plan nak tukar status dari bujang ke berkahwin ni.. tak terimagine yang life aku macam ni.. hahaha... life aku masih macam dulu, simple but happening..full with my kids punya karenah...
gelak ketawa diorang, rengekan ketawa..kejap mengada-ngada manja nak itu ini.. kadang-kadang bengang jugak..penat balik keje, tapi anak-anak buat perangai mengada-ngada..tapi as a mother, kesabaran kena kuat..bukan senang jadi ibu yang berkerjaya..jugak kalau korang jadi suri rumah pun..its not easy to be a perfect housewife..

dan aku bersyukur..suami aku sangat membantu aku menguruskan keluarga kami..walaupun kadang-kadang ada salah faham..ada rajuk kecil..itu adalh normal dalam alam rumah tangga.. time aku kursus kahwin dulu pun ustaz tu dah pesan "jangan risau ya semua hadirin, bila anda semua sudah berkahwin nanti, pasti akan bergaduh suami isteri" hahaha..kedengaran kelakar dengan usikan ustaz tu, tapi memang itu realiti alam perkahwinan..perselisihan dan pergaduhan akan buat kita lebih sayangkan pasangan kita dan lebih memahami each other.. sweet kan macam tu??? dan memang aku nak bagitau kat sini..alam perkahwinan tu seronok sebenarnya..dan akan sangat2 mematangkan kita..so macam mana?ada rasa-rasa nak kawen takkk???

and my anniversary, thanks to my hubby spend time with me yesterday..really appreciated..

sekiannn...

Rabu, 9 Oktober 2013

tips untuk bakal raja sehari..

Assalamualaikum...

wah..wah.. busy benor aku sekarang ni..duk kejar dateline projek la, duk jual jamu susuk dara (sila ke page saya) la, duk jahit bunga, baju kurung..jual baju kurung cotton budak-budak.. (sambil2 promosi- sila ke pesbuk saya)
memang busy, sebab saya suka isi masa saya dengan benda-benda supaya sentiasa sibuk..bila sibuk kita takkan terpikir nak buat benda yang tak berfaedah sangat..hahahaha

lagipun..semua tu menghasilkan pendapatan tambahan untuk aku bantu suami..kan bagus camtu..??? kan kan? lagipun, hidup ni banyak cara yang ada untuk kita nikmati.. samada nak happy atau nak sedih2.. pilih lah dengan sebijaknya kerana Allah dah pun kurniakan akal yang waras kepada kita.. dan jugak, hidup ni terlalu pendek untuk kita sedih atau tatap perkara-perkara yang lepas atau sejarah hitam kita.. teruskan hidup, bina semangat baru.. jangan penah mengalah dengan kegagalan yang lalu..sebab banyak lagi peluang yang ada untuk kita cuba dan nikmati.. pokok pangkalnya kita sendiri..gembira atau berduka..ok..tu mukadimah untuk kuliah dhuha pagi ni..hahahaha

sebenarnya entri ni nak berkongsi cerita, pengalaman dan jugak pandangan serta nasihat dari hati dan akal fikiran yang waras aku nih.. ramai kawan-kawan bujang aku kat luar sana tu, in a few day akan jadi bini orang, dan yang laki mustilah jadi laki orang kan??? sampai beberapa hari lepas, seorang kawan bercerita masalah diri..persiapan untuk kawen tunggang langgang, duit untuk majlis kena tipu dengan kawan, adik beradik tiba-tiba tentang..masalah itu timbul, masalah ini timbul.. haiihhhh...biasalah...namanya pun hidup, kalu lancar je tak best pulak kan?? cuma diri kita, kuat atau tak sahaja..tapi, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..so aku tukar, sebab aku xdapat lihat dan jumpa kawan aku ni, jauh beribu batu.. aku gantikan, ''berdarah menanah telinga mendengar, bedarah patah riuk lagi bahu yang memikul"..

memula, aku nak ucap tahniah kat kawan-kawan yang bakal langsung majlis cuti sekolah ni, syukur jodoh korang dah sampai.. sebab soal jodoh kita tak penah tau, Allah sahaja yang tahu..ada orang yang sampai berumur, masih bujang..sebab apa?sebab jodohnya belum Allah izinkan..hanya Allah saja yang tahu.. 

bebalik tujuan asal aku nak tulis entri ni, 

ya..perkahwinan adalah perkara yang sangat-sangat menggembirakan semua orang.. ibu bapa akan tersenyum, lega, tanggungjawab akan dipikul sambung oleh lelaki yang telah ditakdirkan jodohnya.. kawa-kawan tumpang gembira bila kawan masing akan tamatkan zaman bujang.. majikan pun silap2 bagi angpau tahniah..cuma garu kepala sekejap sebab korang yang nak kawen musti akan apply cuti panjang.. semua orang sekeliling kita, yang berakal waras, pasti akan tumpang gembira.. kalau dikampung, jiran-jiran siap tolong bagi barang untuk dapur, siap tolong tambah jumlah dulang hantaran.. tapi, perjalanan untuk sampai kepada hari yang bahagia tu, tak akan segembira berita yang kita akan kawen..sebabnya??? 
pasti akan ada 1001 dugaan yang mendatang.. pasti akan ada, cuma bergantung kepada kita dan pasangan , kuat atau tidak untuk menghadapi dugaan itu.. 

kalau bertunang, orang mesti akan pesan, "baik-baik..awak tu darah manis". 
kan? pastu orang akan usik-usik, dan kalau korang perasan, masa kita dah bertunang itu la, macam-macam dugaan yang akan uji kita, ramai pulak yang tetiba mengorat, selama ni aku lalu kat sini, mamat tu tak penah pandang aku..sekarang siap tegur bagai.. itu sebab orang yang makin hampir dengan tarikh keramat, muka die akan berseri lebih sikit..sebab kegembiraan yang terpancar tu.. (bukan cerita aku ya, aku takde tunang-tunang, nikah terus je!! save budget!!)

ada pulak dugaan yang bentuk macam ni, lagi seminggu nak akad, tiba-tiba awek lama yang cinta pertama dulu datang balik, menagih cinta dan janji dulu.. agak-agak bergoyang tak??? 

kenapa semua tu berlaku??? 

sebab semua tu kerja iblis laknatullah... iblis akan menangis bersungguh-sungguh jika ada pasangan yang akan berkawen.. dia pasti akan buat macam-macam helah untuk pastikan perkara halal kepada pasangan itu batal.. 

korang paham ke maksud aku tu? kalau paham, maksudnya dah layak le nak jadi khalifah kepada istri korang..

nasihat dan pendapat peribadi aku, yang baru berkawen selama 4tahun sahaja.. aku pun penah diduga macam-macam sebelum sah bergelar seorang isteri.. hampir putus, hampir putus saudara.. tapi ada satu perkara yang menguatkan hati aku dan pasangan.. mak abah aku.. sebab mak aku cakap,  'buat bagi selesai..mak abah restu hubungan kamu berdua, biar apa pun dugaan, kuat.. Allah ada..biar la orang lain tu" itu je penguat semangat aku untuk cukup yakinkan hati aku, yang pilihan aku tepat..

sebab, bila macam-macam dugaan datang, kita pasti akan pikir yang bukan-bukan.. bukan jodoh aku ke? payah sangat, putus jelah, hati aku ingat orang lainlah, camna ni? 
haaa..semua tu hasutan si iblis.. pegang dengan satu perkara yang korang pasti, dan pasangan korang jugak..pastikan die jugak percaya dengan satu perkara yang pasti.. Insya Allah.. akan bejalan lancar.. berdoalah banyak-banyak..

kalau bab duit, tak payah la korang ikut rentak orang, aku ada tengok rancang sembang teh tarik ac mizal tu, masa tu artis jemputan noh hujan.. selamba die cerita pengalaman pertama kali jumpa dengan bapak mizz nina, macam ni die cakap "uncle, saya terus terang cakap.. makan minum, bil api air semua saya mampu, tapi kalau fesyen, makeup hairstyle semua saya tak mampu" gila tak??? sekurang-kurangnya die jujur.. die berterus terang tahap kemampuan die, yelah..mizz nina tu dah la international artis, anak tan sri pulak lagi..maintenan die ko ingat bulan-bulan takat 5,6 ratus je ke??? ratus ribu mungkin... 

jadi sesapa yang nak kawen, ukur lah baju di badan sendiri..agar semua lancar dan korang tak payah nak menanggung hutang lepas kawen.. nak mulakan perkahwinan bukan mudah.. lebih dasat dugaannya.. kalau perjalanan untuk sampai ketarikh perkahwinan pun kita tewas, bagaimana pulak nak hadapi dugaan hidup dalam perkahwinan itu nanti??? 

jadi, kepada pasangan semua, yang akan berkahwin.. sediakan diri korang dari segi fizikal dan mental.. wang ringgit bukan ukuran.. banyak lagi perkara lain yang lebih penting untuk korang pikirkan bagaimana untuk pastikan perkahwinan itu berjaya..pengalaman aku masih cetek, tapi dah banyak yang aku belajar..hidup rumah tangga memang banyak dugaan, yang penting sentiasa jujur, dan percaya satu sama lain.. In shaa Allah.. semua akan baik-baik sahaja.. cubalah untuk membantu pasangan dan bertolak ansur..pasti bahagia akan datang..

harap nukilan aku ni boleh jadi bacaan yang melegakan hati pasangan-pasangan yang tengah gusar menanti hari bahagia mereka.. sekian...

(kongsi cerita lama aku time nak kawen dulu.. kenapa kawen?? )

Rabu, 25 September 2013

kesian pakcik gurd tu..

assalamualaikum..

dah bersawang gamaknya blog aku ni.. asik busy je akhir-akhir ni.. banyak benda nak setel.. penin penin..
tapi takpelah.. janji ade jugak sekali sekala kan dari takde langsung.. arini aku nak ajak sembang pasal kontroversi yang aku rasa bengong jugak la, pasal bini pemain bola mat yo.. korang mesti dah tengok kan.. aku tengok rakaman bini die yang duk maki hamun pakcik pengawal tu, pastu tadi aku tengok rakaman temubual dengan pakcik tu pulak..

kesian pakcik tu, die baru je keje kat lapangan terbang tu..baru 9bulan kalau aku xsalah dengar, sebab rakaman tu tak clear, bunyi bising macam kat tepi lalu lintas..dengar cerita dari mulut pakcik tu sendiri, nampak kerendahan diri dia, masih jaga adap..takde nak marah-marah..elok ja.. siap dia cakap dia ada mintak maaf dengan mat yo, kalau-kalau dia ada terkasar bahasa.. sekali maki hamun bini mat yo yang dia dapat.. pakcik tu cakap, mula-mula die tak tau pun itu bini mat yo, standard la.. ko bukan retis pun nak glamor orang kenal.. pastu pakcik tu cakap lagi, yang suami pun saya tak kenal, tak tau pun iti mat yo..kuang kuang kuang.. ko bajet kerabat la konon, konon glamor..semua orang kenal..sekali pokcik tak kenal pun..hahahaha..

sebenarnya, tak yah tengok rakaman penjelasan pakcik tu pun takpe, memang nampak sangat salah siapa.. pakcik tu cuma jalankan tugas dia.. alah susah sangat ke nak paking.. tapi bila pakcik tu cakap, saya ni orang tua.. terasa kesian sangat la, sebab orang tu maki hamun die, bila si penemuduga cakap ' pakcik tau tak, die ada bahasakan seseorang sebagai anjing, mungkin pakcik atau orang lain', muka pakcik tu nampak terkejut, tapi masih tersenyum tenang je.. takde nak marah atau maki-maki pun..rilek ja..

tapi sebenarnya, orang yang paling kita patut kesiankan bukan pakcik tu, tapi mat yo.. sebab pakcik tu mungkin tak payah nak hadap hari-hari ngan pompuan tu.. mat yoyang nak kena hadap hari-hari.. ke mat yo pun 2x5 je???

lantak korang lah..rumah tangga korang.. kalu nakhoda die karam, karam la jugak anak kapal yang lain.. kepada pakcik-pakcik gurd yang lelain yang kat luar sana, bertugas lah dengan baik.. jasa korang tetap ado dalam menjaga keselamatan negaro!! kerana setiap seorang hamba Allah itu, memang dah ada bahagian masing-masing yang akan memainkan peranan didunia ini sebagai hamba-hamba Nya.. yang meletakkan hina, mulia, dipandang rendah atau tinggi, bukan pangkat harta atau kerabat..juga bukan pemain bola kebangsaan, tapi ketakwaan dan keimanan.. itu ja yang Allah pandang..

sekian..

Rabu, 18 September 2013

beca punya pasalll...!!!

Assalamualaikum..

entri ni aku nak citer day trip kitorang weekend baru ni.. kemana destinasi makan angin tu? dekat je.. Melaka laaa.. bandar bersejarah.. 'melawat melaka, bermakna anda melawat malaysia'.. nak pusing satu malaysia penat, jauh, amik masa terlalu lama dan yang pasti aku tak cukup budget.. jadi pusing melaka je la.. so lepas ni aku bleh la cakap aku dah pusing satu malaysia..hoho

destinasi makan angin ni bukan perjalanan yang dirancang pun.. semua ni angkara tuan besar, main start enjin kereta, pastu terus masuk higway.. sekarang ni tak yah kata perjalanan jauh musti naik highway, takat dari usj nak pi shah alam pun orang naik highway, mudah..xyah nak lalu trafic light, bonggol, terowong..selekoh dan sebagainya. sebab tu bila tuan besar masuk tol elite depan umah kitorang tu, aku tak suspect apa-apa. budget perjalanan biasa ja..lagipun aku tanya tadi, dia kata 'pegi jalan-jalan la..sian budak-budak semalam muntah-muntah sampai demam, hari ni dah sihat bawak la jejalan..' pastu die tuju arah selatan, kat papan tanda bertulis 'putrajaya, klia, johor bharu'.. ok, putrajaya la tu.. yang peliknya, takde satu susur putrajaya pun yang dia masuk.. selamber je terus drive.. aku tanya balik nak kompem, bleh die senyum pastu jawab.. 'teka!'.. arrgghhhhhh...'aku pun cakap..ah malas, yang penting ada tempat makan udah..lapo..' 

aku bukan ape, tuan besar ni, perangai die kadang-kadang susah nak expect, mana tau die sesaja nak drive along the highway, pastu pusing balik.. selamber je buat tabiat yang membuang tebiat tu laki aku ni.. pernah dulu beriya ajak aku naik komuter pergi seremban, ingat nak sangat ajak aku jalan-jalan kat seremban..rupa-rupanya saja nak duduk dalam komuter lama-lama semata-mata nak merasa perjalanan jauh dari stesen komuter kl sentral ke seremban.. kalu korang, rasa bengang ke rasa best???

jadi bila die suruh aku teka sambil muka tersengih-sengih, aku dah menyampah.. layankan je budak-budak sambil makan bekalan ringan yang sempat aku bawa. aku memang suka makan dalam perjalanan, entah..rasa best je, makan sambil tengok pemandangan sepanjang jalan.. bila sampai tol seremban, die punya jem, mak aiii... memula aku ingat nak ke seremban atau port dickson, sebab kereta kitorang kat lorong tengah highway, tapi sebab jem teruk sangat..tak pasal-pasal kereta kitorang terjebak sekali dengan jem tu.. mati-mati aku ingat nak ke port dickson, siap aku cakap.. 'nak pegi pd ke? patutnya kuar awal kalu nak pegi pd, ni dah nak pukul 12'..laki aku toleh kejap, pastu die senyum je.. sah, memang tengah meroyan, tak pun memang die nak kenakan aku.. pastu kereta bertukar laluan ke laluan paling laju yang paling kanan sebab lorong tu je yang tak terjebak dengan jem..

aku makin konpious pulak.. sebab papan tanda depan tu tulis Ayer keroh, Johor bharu.. aku tengok laki aku lagi, nak pegi Melaka ke??? tetiba 'yeayyy!!! betull!!' anak-anak pun macam konpious.. ' bapak aku ke tu?'
pastu, terjadilah day trip ke Melaka ni.. pastu rasa best tetiba, ni kira suprise untuk aku la kot, sebab last 2 week aku ade cakap ' best gak kalu jalan-jalan bawak budak-budak gi Melaka kan?bleh naik beca..!!'
yeayyyy...!! dapat naik beca..

 budak kecik dua orang kat laluan tepi sungai melaka gambar tak clear sangat sebab cuaca agak mendung, jadi best untuk jalan-jalan. nasib baik tak ujan..


mula-mula sampai kitorang nak pegi river cruise, tapi sebab terlepas entrance dia, kitorang try cari alternative konon dengan menyusuri laluan tepi sungai tu boleh sampai kat tempat jeti cruise tu..tapi tak boleh rupenya, dah kena block laluan tu, bleh jalan separuh jalan je..pastu kena patah balik..





best tengok bangunan yang ada sepanjang jalan kat tepi sungai melaka ni, dinding dia penuh dengan mural yang menggambarkan pahlawan-pahlawan melaka dulu-dulu. gambar last sekali tu request oleh anak aku sebab ada gamba gajah!!







antara gamba yang sempat di snap,memandangkan assistant aku yang baru berusia setahun sembilan bulan tu belum cukup terlatih, jadi banyak pemandangan cantik terlepas, tak sempat nak snap..

pengalaman naik river cruise ni sangat best, suasana dia buat kita enjoy evrything kat kiri kanan sepanjang perjalanan.. cantik dan yang menariknya, sama macam naik gondola kat france walaupun aku xpenah lagi pegi france, tapi aku yakin suasananya dengan pemandangan bangunan deretan kedai kopi serta bangunan yang lain sangat mirip. Malaysia pun ada maaa.. satu je yang aku menyampah, air sungai tu, bau die.. mencacatkan sikit la keseronokan yang tengah dinikmati, tapi bila hanya berselisih dengan boat yang lain je.. akan ada air yang terpercik, time tu la akan dapat aroma tak best tu..
sebab kitorang tak plan perjalanan ni, pulak lagi mula gerak dari usj ke melaka sekitar jam 11.30pagi..jadi setengah hari dah membazir, lepas naik river cruise jam dah pun pukul 6.15petang.. padahal belom sempat ke bandar hilir lagi, nak naik beca lagi..nak pegi pantai klebang lagi..
apa apa pun kena pastikan aku sempat naik beca jugak, jadi kitorang pun cepat-cepat nak ke bandar hilir..

yang tak bestnya, jalan sangat-sangat lah jem nak ke bandar hilir tu, entah lorong mana masuk pun tak tau, siap lalu celah-celah deretan bangunan merah.. tuan besar macam dah givup nak pegi tempat beca, dah la tak tau mana nak paking..sepanjang jalan tepi bangunan orang dah penuh paking..
ni dah round ke berapa entah lalu sini, sebab salah jalan.. melaka dah macam kl la weiii..sesak..!!

tapi nasib menyebelahi kitorang, tetiba elok kitorang dah lalu kat depan simpang yang memang dah bersepah beca, ada kereta keluar dari paking, so dapat la kitorang take turn.. so jalan la kaki sikit sambil dukung dua assistant kecik tu sorang satu pegi tempat beca.. satu pusingan kecik dalam 15-20 minit, boleh pegi tempat-tempat bersejarah kat situ..biasalah, a famosa la, ape lagi kan..dan bangunan bangunan bersejarah yang ada kat sekitar die..termasuk naik tanggan yang tinggi tu..wahhh nak pengsan panjat, mana taknya sambil dukung budak yang berat die 10kilo tuh..waaaaa..oksigen oksigen..!!!hufff huff hufff


 A famosa pun makin kecik..kenapa ekk???



 pemandangan dari atas bukit dekat perkuburan british, nampak dataran pahlawan..dulu masa sekolah rendah, datang melaka, dataran pahlawan ni kawasan luas lapang, sekarang dah jadi bangunan kat situ..





kebanyakkan gambar agak tidak memuaskan sebab cuaca agak mendung, pulak lagi time ni memang dah nak gelap..pukul 7lebih rasanya.. nasib baik takde gamba 'orang lain' dalam semua gamba-gamba yang aku snap tu.. 
lepas naik beca, tangkap gambar kat a famosa, panjat bukit tinggi tu..mula la rasa lapar.. lepak kejap kat bangunan merah balai seni lukis tu, kan ada dataran kecik depan air pancut tu, sebelah gereta besar tu.. layankan tengok beca-beca warna warni..beca aku tak berapa cantik..huhuhu..aku nak naik yang hello kitty come tu sebenarnya, tapi takut abg beca yang ofer tadi tu kecik hati, aku senyum je naik beca die yang takde lampu tu..huhuhu..yang pasti ia masih beca!!!

kalu ade lampu-lampu mesti lagi cantikkk..huhu



dah malam.. sebenar nya malam macam ni lagi best naik river cruise tu..takpelah, next time..hahaha

lepas dah lepak kat depan kolam air pancut tu, tuan besar cakap, dah naik becakan..jom pegi umbai..makan, pastu boleh balik..yeayyyy!!! suasana malam buat kitorang sesat cari jalan nak ke umbai..pulak lagi guna GPS-guna pun sesat, kompem la sesat.. tapi sampai jugak dekat kawasan makan ikan bakar dan makanan laut.. tuan besar mula pilih ikan, sotong udang dan kepah.. memandangkan saiz ikan yang sangat besar, udang yang saiz ukur lilit badan die lebih besar dari jari laki aku, macam udang galah gitu..kitorang pun bajet mesti rm100++, paling murah.. dan...bila bil sampai, total semua sekali termasuk air dan nasik serta nasik lemak anak aku..hanya rm90..
wahhhh!!!!! murahnye.....rasa tak menyesal sesat mencari umbai..walaupun tak jumpa umbai, kat situ pun ok..puas hati!!
lepas kenyang, kami pun gerak balik usj, jam masa tu dah pukul 11.10malam..anak-anak aku pun macam dah teratai layu di tasik madu.. lebih kurang pukul 1.30pagi, baru kitorang sampai kat rumah di usj, subang jaya.. perjalanan yang meletihkan tapi sangat menyeronokkan.. yang paling best, sebab kitorang satu family dapat spend masa trip bersama-sama dengan kos yang sangat murah..itu yang penting..kihkihkih..

lepas ni boleh pegi day trip ke tempat lain pulak, yang lagi best and fun.. macam-macam ada kat malaysia ni..jom tengok bumi ciptaan Allah ni..

sekian..

Ahad, 15 September 2013

uwekkk sana sini

assalamualaikum..

entri tengah malam ni terhasil selepas merasa lega yang amat sangat.. kisah malam tadi belom cukup dasyat tapi cukup merisaukan hati aku dan tuan besar.. kisah dia macam ni, balik dari kerja aku pun amik anak-anak, sampai kat umah aku tengah buat apa yang patut, tuan besar pun layan budak-budak.. iqbal cakap nak chipsmore, pastu tuan besar pun amik chipsmore kat atas dapur bagi die.. berkongsilah adik dan abang tu akan baki chipsmore yang tinggal 4 keping tu..

lepas 30minit, chipsmore pun dah abis licin, plastik bungkusan chipsmore pun entah kemana.. aku tengah siap-siap, sebab nak kena cod jamu susuk dara kat customer.. tertiba aku tengok tuan besar tengah elok urut belakang si ryan.. ryan tengok aku, die cakap ' ma, umpah..umpah..'

jadi aku dah tau, die muntah..aku pun suruh tuan besar bawak die masuk bilik air, cuci badan die dengan tempat yang kena muntah..aku plak bersihkan kat ruang depan..hasil muntah tu totally chipsmore yang baru makan tadi..tengah elok bersihkan, tetiba si iqbal pulak..uwek jugak..dan muka dia pun serba salah tengok aku..sebab muntah tepi tempat yang aku baru bersihkan.. bergegas aku bangun, suruh die tunduk sikit, biar semua muntah die keluar sambil tangan aku urut-urut belakang die..

hasilnya pun sama, chipsmore.. aku pun mula rasa pelik..tuan besar cakap, cuba call cikgu siti (baby sitter), budak-budak makan ape tadi.. aku pun call, beliau pun terperanjat sebab cucu die yang 3org tu sedang elok je..takde muntah-muntah..so aku dah yakin, punca adalah chipsmore. rupa-rupanya chipsmore dari malam tadi terbiar satu hari kat atas dapur, dengan keadaan bungkusan die dah dibuka..walaupun chipsmore tu masih dalam bungkusan, tetapi sebab ada ruang yang besar dah terbuka..ikut logik, tikus pun muat nak masuk..mujur rumah aku belom ada tikus, tapi aku rasa cukup hanya dengan kesan lalat hinggap.. dengan usia budak-budak tu, cukup untuk meracun diorang sampai macamtu.. sebenarnya aku xberapa pasti apa yang ada kat chipsmore tu, tapi aku yakin chipsmore tu memang dah tercemar..tambahan pulak, kawasan rumah aku selalu ada foging nyamuk aedes, bahaya kalau semburan tu terkena makanan.. memang macam-macam kemungkinan dan penyebab biskut tu tercemar..dan aku sangat menyesal sebab tertido tanpa simpan baki biskut tu dalam bekas bertutup..tuan besar pun nampak susah hati, sebab die main bedal bagi je bila si iqbal mintak..

hampir sejam lebih, iqbal dan ryan muntah..lepas ko aku, lepas aku ko plak..begitulah lebih kurang..aku dan tuan besar memang dah blurr, xtau nak buat macam mana, abru cuci muntah lagi, tak sempat pakaikan baju, muntah lagi..macam mana nak pegi klinik ni??? last-last aku biarkan dua beradik darwish tu duduk kat bilik air, muntah la korang puas-puas sambil diteman tuan besar. aku masih duk cuci tempat yang kena muntah lagi.. tiba-tiba tuan besar cakap, ' ma, ryan dah lembik sangat ni..yg kuar air je ni..isi dah xde'

bila macamtu, aku lagi risau, iqbal pun sama..dah kuar air wana kuning (air hempedu dokter kata)..jadinya, tuan besar terus pakaikan baju budak-budak, sorang dukung satu..lapik tuala..muntah la kat tuala tu..kena pegi klinik..kang kalu dah terhidrat lagi parah.. for information, kanak-kanak yang mengalami muntah-muntah macam ni, sangat bahaya kepada buah pinggang (juga dari dokter klinik tujuan, usj 11 -dokter die sangat klakar).

kat klinik, aku terus suruh dokter bagi suntikan je, sebab aku harap ubat yang paling cepat..sebab bibir ryan dah biru, dan die sangat lemah..terkulai kat bahu bila aku dukung..iqbal pun lemah, tapi masih mampu buat perangai jugak sikit..hihihi..jadi aku lebih risaukan ryan, dan lepas suntikan tu..iqbal rilek je xde nangis pun.. saya kan abang, dan saya adalah otomen!! tapi ryan yang terkulai tadi, suara die masih bertenaga..menangis menjerit semahunya!!! aku pun lega.. atas nasihat dokter, malam tu aku pantau budak-budak tu, kalau berlanjutan, memang pegi hospital..alhamdulillah..anak-anak aku tunjuk perkembangan positif kesan ubat suntik tu..dan malam tu aku tak tido sampai pukul 4, sebab aku masih risau, mana tau tengah malam muntah balik.. tapi kedua-duanya tido nyenyak sangat..cuma kadang-kadang suara mengigau iqbal kedengaran halus..dan tuan besar pun, amboiii...nyenyak jugak..takpelah..biar la aku je yang berjaga..aku kan ibu..hohoho

dan pagi tadi, anak-anak aku bangun dengan ceria, macam takde ape-ape yang berlaku malam tadi..cuma ryan demam sikit..tapi die aktif jugak..jadi aku lega sikit.. tula pengalaman aku kelmarin..bukan senang jadi ibu bapa, kesilapan kecil pun kadang-kadang akan jadi bahaya kepada anak-anak.. harap benda ni tak berulang lagi, kepada semua ibu bapa yang lain, sama-sama kita cuba jadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak kita..terus rindu mak dan abah..huhu

sekian...
Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™