Selasa, 31 Mac 2009
rasa xbest dalam hati..
xtau nape rase tak best..kat opis tak best..kat umah pun rasa tak best..semua tak best..macam ada satu perasaan yang buat kita menyampah dengan semua benda..korang mesti penah rase jugak..huh!!apa patut aku buat tuk ilang kan rasa yang tak best ni..terasa macam ada satu hasutan yang menjerit kecil dalam hati ni..bencinya..nyampahnya..tak sukanya..fedupnya..tapi tak tau rasa tu secara spesifiknya kat mana..kat sapa..kenapa..dan yang sama waktu dengannya..yang aku tau..aku rasa tak best..need to pretend being normal..arrrghhhhh..nak pretend2 ni yang aku tak reti ni..bukan perangai aku..aku ni jenis yang berterus terang..tapi kalu boleh mencetuskan kemusnahan..diamkan la..buat yang tebaik..Rasullulah pun kata..berdiam diri itu lebih baik..aku pun berdiam..tapi masih rasa tak best..emmm..macam nak bermalas-malas..tapi rasanya aku memang sudah sedia malas..adakah aku perlu bertukar kepada berajin-rajin???kerana itu bukan kebiasaan aku..emmm..agaknya..yang paling best adalah..amik wudhuk..pastu g semayang zuhur...istighfar banyak-banyak..memang tu je ubat yang paling mujarab untuk penyakit hati ni..sebab hati tu..kalau mula tercalit sikit noda hitam..jika tak dibendung..die akan mencemarkan semua..dah dah dah..jomm pi bentang sejadah..jom p solat zuhur..
Sabtu, 28 Mac 2009
MTeST..hahaha..hancussssssssss.........
tepat pukul 7.50 pauagi..aku mula menghidupkan enjin kereta..pagi-pagi enjin kereta elok dipanaskan dahulu dalam 10 minit..baru pemanduan lancar dan enjin kereta terjaga..camtula pesan abg aku..en.aie si fotografi..kalau de sape-sape nak amik gambo cari la die ye..gambo kawen ke, tunang ke..ape-ape lah yang nak diabadikan sebagai foto..sebelum aku promote die lebih-lebih..baik aku cerita pasal pagi hariku tadi..selepas enjen kereta dibiar selama 7 ke 10 minit...aku pun mula menggerakkan kereta aku ke arah bukit raja..destinasi aku pagi ini agak jauh..satu perjalanan yang cukup panjang..kerana jalannya hanya lurus..aku berdoa dalam hati semoga tiada kesesakan jalan raya pagi ni..selepas melalui to sungai rasau..aku mula mengambil laluan ke meru..tempat aku akan mengambil pepriksaan kpli..atau lebih tepat lagi mtest..nasib memang tidak menyebelahi aku..kerana dari jauh aku sudah dapat melihat deretan kereta dihadapan..huh..mengeluh seketika..tersedar..keluhan adalah sesuatu yang tidak disukai Rasullulah..beristighfar seketika..aku cube memperkuatkan volume radio radio bagi mengelakkan rasa tekanan semasa memandu..perjalanan terasa semakin panjang..bibirku menyanyi-nyanyi kecil..mengikuti lagu yang diputarkan..perjalanan masih jauh..aku merenung jam pada dashboard kereta..jarum panjang sudah menghampiri angka enam..bermakna sudah hampir 30 minit aku memandu..aku mula gusar..bimbang tidak sempat mengambil pepriksaan tersebut..walaupun kurang minat dalam perguruan..namun setidak-tidaknya..aku masih perlu mencuba..mana tahu rezeki..
selepas menempuh perjalanan hampir 50 minit..sekolah men.keb.meru kelihatan disebelah kanan jalan..aku mula memperlahankan pemanduan..bersyukur..masih ada 10minit sebelum peperiksaan bermula..selepas memarkirkan kereta, aku segera mencari kelas yang menempatkan angka giliranku..dan..kelihatan dihadapan ku..kelas H..yang patut ku duduki..kerana angka ku bermula dengan H..jadi aku pun berjalan menuju ke pintu kelas tersebut..dann..aku pun amik exam tu..
sampai sekarang aku masih tidak dapat mempercayaai bahawa aku telah mengambil pepriksaan tersebut..hahahaha..huh!!!
tapi..aku rasa ni memang pengalaman yang best..sebab aku tak penah rasa jawab pelbagai soalan dalam masa 2jam..Mtest ni ada 5 buku, Insak, kuantitatif, verbal, analitikal dan bahasa inggeris..dalam kelima-lima buku tu..verbal lah yang aku macam orang bodoh sekejap..die punya arahan cari perkataan yang paling hampir dengan perkataan huruf besar..
CINCIN : BENTUK
a. tanah : ekar
b. jala : rawan
c. buluh : ruas
d. pisang : ikat
ha..kalau tak silap aku ni soalan no 1..agak-agak apela jawapan die ye?arahan pilih yang paling hampir maksudnya dengan yang huruf besar..pada pemikiran aku..yang huruf besar tu cincin dan bentuk..sebentuk cincin kah?mungkin boleh letak sama denagan seurat rantai..tapi xde dalam pilihan..serawan jala?seikat pisang? ruas buluh??mana yang hampirnya???arghhh..bahasa kias-kias ni aku xreti betul..dan oleh kerana buku verbal ni adalah buku second last..aku dah penat befikir dan alasan paling jujur adalah aku tak tau..aka tak reti dan tak stadi..aku pun memulakan latihan menembak..hahahaha..yang penting kertas jawapan omr aku penuh..wakakaka..jadi cik sakura..padamkanlah harapan nak lulus tu..walaupun ko takpenah teringin nak jadi cikgu..tapi tau..ko teringin jugak nak lulus exam tu..hahahaha
Khamis, 19 Mac 2009
interview..
knok knok knok...
terdengar suara pelat perempuan cina menyuruh aku masuk setelah aku mengetuk pintu tiga kali..kan sunat buat 3x..angka ganjil kan lebih baguss...bila aku masuk ada dua orang penemuduga sedang menunggu..aku cube berlagak setenang mungkin..melemparkan senyuman sambil lalu..terus berjalan penuh tertib ke meja penemuduga..aku meletakkan fail segala sijil yang aku kumpulkan sejak dari sekolah rendah sampai la sekarang..kalau nak diletakkan nilai pada fail tu..aku rasa xde kot..
tapi fail tu terlalu bererti..maklum la..tu sume kelulusan aku..aku pun duduk selepas diarahkan..setenang mungkin aku merenung encik penemuduga yang kelihatan lebih berusia dari gadis cina tadi..mungkin encik ni ketua kot..fikir aku..dari raut wajah, aku dapat agak sikap encik penemuduga ni..sama ada betul atau tidak..sebentar sahaja lagi..mungkin 2,3 saat lagi aku bakal tahu..kebenaran ramalan aku..dan jika ramalan aku tepat..bermakna sekian terima kasih la untuk aku..
encik penemuduga tu memandang aku sekilas..kemudian die terus merenung sijil-sijil dan borang aku. "nyatakan nama dan no ic"
aku pun dengan nada tenang tapi tegas bersuara.." saya sakura bt ... no ic 8...."
die tenung aku balik..tetiba die tanya..kenapa nak mintak jawatan ni??nasib baik die bersuara dalam bahasa melayu..aku pun dengan fasihnya bersuara dan menyatakan pendapat-pendapat aku..setiap soalan yang beliau utarakan..sebaik mungkin aku cuba menjawab dengan setepat-tepatnya..
"sebelum ni ada mohon kat mana-mana?"
"ada encik..cuma mungkin belum rezeki saya.."
"berapa result awak tadi..2.*@..."
aku menganggukkan kepala..denagn suara selamba die cakap.."patut la.."
perrrghhh...terasa macam kena humban dalam gaung..pastu batu besar gajah hempap pulak kepala aku..terus tebenam dalam tanah..senyap..
berani die kutuk result aku..bukannye teruk sangat pun..cuma kurang sedikit dari 3.00..wah wah wah..nasib abik ko encik penemuduga dan aku adalah calon untuk ditemuduga..kalau tidak..aku pasti bersuara lantang.."encik..result saya tidak la buruk mana..tengok la ijazah apa yang saya pegang..sarjana muda s@$t**@...ingat senang ke??"
huh nak aje aku sound macam tu..tapi aku masih waras..dan masih berpijak dibumi yang nyata..tapi aku suke miss cina tu..die cuba backing aku..mungkin kerana namaku yang seirat jepun dan mataku yang sepet seperti keturunan die..membuatkan die suke merenung muka ku..
hahaha..setakat renungan tak membantu cik..tolongla tanda right kat nama saya tu..tu je yang membantu..alaaaa...............
Rabu, 18 Mac 2009
jahat ke aku ni???
emmm..setelah hampir seminggu tidak mengeluarkan idea2 yang patut..aku kembali dengan satu tajuk yang aku rase..semua orang penah soalkan pada diri sendiri..jahat sangat ke aku ni..atau teruk sangat ke aku ni??emmm..biala aku bercerita disini..meluahkan isi hati ku ini..
camni citer die, aku de buat salah ngan kawan aku sorang ni..salah yang berpunca dari salah faham..salah faham dari pihak die..pastu bila explain die xnak faham..and tak mau terima kenyataan..aku bukan sengaja..aku pun xsangka akan jadi macam ni..yang buat aku tertekan adalah bila die cube menjadikan kisah ni seolah-olah aku sengaja mengaturkan keadaan jadi begini..and sengaja buat macam ni..dan meletakkan kesemua kesalahan hanya pada aku..aku yang merasakan jahat sangat ke aku ni terus berfikir, macam mana lagi agaknya yang apatut aku buat untuk perbetulkan semua ni..and aku yang jahat sangat ke aku ni menyatakan pada semua yang aku ni bukan malaikat..dapat perbetulkan semua salah aku..aku pun manusia biasa jugak walaupun aku ni seorang yang jahat sangat-sangat...sangat............
yang buat aku berfikir kenapa aku terasa aku ni jahat sangat adalah kerana apa yang die buat kat aku..bukan aku balas balik..tapi kebetulan..dan aku tidak la merancang dan mengatur perkara itu menjadi seperti itu..cuma secara kebetulan..aku pun tidak tahu kenapa boleh jadi seperti itu..isshhhh..ape aku melalut nih..aku pun dah pening..
tetiba timbul plak sorang manusia nih..manusia yang bermuka-muka..kerja die hanyala cube melaga-lagakn orang je..die ingat best ke keje tu? dah la tak bergaji..pastu sibuk je hal orang..dah tau sibuk bercerita sana sini..isshhh aku tak paham la..
kenapa ada manusia yang macam ni..pastu wujud plak di kalangan aku nih..pening kepala aku..tetiba sebab mulut die yang macam s*@l tu...huh..dah ade orang yang salah fahamm..dan yang menjadi mangsa salah faham itu pulak adalah aku nih..insan yang jahat sangat ke aku ni mula tekebil-kebil berfikir..mane lagi yang tak kena ni..mane lagi yang tak betul nih..
aku mula berfikir..camne aku nak atasi budak yang mulut macam s*@l tu dari memporak perandakan hidup orang..semua benda nak di pantaunya..semua benda nak diperbetulkannya, benda yg tak salah buat apa nk diperbetulkan, emmm..kalu caranya betul ok..fine..masalahnya cara die pun tak betul. asik kutuk belakang..pastu cakap diri sendiri bagus..ala pompuan ni..
ikut hati nak aje aku piat-piat telinga..nak aja aku jerit kat telinga die..woii..henti-hentikan la perangai batu api tu..sudah-sudah la..bawak betaubat and ingat..dah ujung zaman ni..
tapi aku ni seorang hamba yang bukan penakut or pengecut..hanya lemah iman untuk menyuarakan teguran-teguran..kerana aku sedar aku pun bukan insan yang mulia..huhuhu...jadi aku mengambil keputusan hanya untuk berdiam diri..melihat dan memerhati..what will be happen next??
bila wujud manusia ini antara aku dan kawan aku yang sudah lebih setahun bermasalah ni..aku tak mampu perbetulkan sangat situasi kitorang ni..sebab mulut manusia tu yang lebih busuk dari longkang..tapi mujur atas kesabaranku..walau tak mampu bergurau senda seperti dulu..aku dan kawan yang bermasalh ni..masih boleh bertegur hanya secara ala kadar..mungkin kawan aku tu dah tersedar kot..aku ni manusia biasa..bukan malaikat..aku pun pasti akan buat salah ditambah pulak lagi aku ni seorang yang jahat sangat orangnya..cume bila muncul manusia pemecah belah umat tu..aku rasa macam...arrrrggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....
Selasa, 10 Mac 2009
kenapa.......???
pagi ni aku nk tulis something..tapi aku tetiba cam have no idea..emmm..pikir lagi..biasanya aku tak macam ni..biasanya idea aku banyak je..entah kenapa hari ni idea aku cam ilang..aku cam blurr..adakah kerana cuti tiga hari yang begitu membosankan??lantas mendorong diriku untuk melepakkan diri selepak-lepaknya dirumah sehingga tidak keluar-keluar rumah??adakah kerana cuti yang terlalu lama..dan kau hanya berbaring dirumah cam orang sakit sambil menonton tv??adakah kerana aku terlalu bosan??adakah kerana aku hilang mood??adakah kerana aku mempunyai masalah??
adakah kerana...adakah..adakah...
ala...banyak pulak adakahnye..
tapi kenapa sebenarnya nihh??emmm...pikir lagi..kenapa aku leh kekeringan idea nak menulis ni?adakah kerana cuaca yang sekarang sekejap lembap dan sekejap terlalu panas..adakah kerana gegaran yang sering berlaku dek asakan bom israel..turut menjejaskan idea-ideaku??adakh sebab krisis ekonomi yang sedang melanda dunia menyebabkan pengiraan dan aturan di kepalaku tungang tebalik??atau kerana terlalu banyak kemusnahan hutan..menyebabkan kitaran iklim rumah hijau terjejas..atau adakah kerana rusuhan di perak??yang masih mempersoalkan kredibiliti kesultanan kita yang memilih MB baru??atau kerana wujudnya permasalahan tentang pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa omputeh??
ohhh..KENAPA....................???
(penulisan terpaksa dientikan disini sahaja kerana penulis sedang menhentakkan kepala di meja)
Langgan:
Catatan (Atom)