Sabtu, 28 Mac 2009

MTeST..hahaha..hancussssssssss.........

tepat pukul 7.50 pauagi..aku mula menghidupkan enjin kereta..pagi-pagi enjin kereta elok dipanaskan dahulu dalam 10 minit..baru pemanduan lancar dan enjin kereta terjaga..camtula pesan abg aku..en.aie si fotografi..kalau de sape-sape nak amik gambo cari la die ye..gambo kawen ke, tunang ke..ape-ape lah yang nak diabadikan sebagai foto..sebelum aku promote die lebih-lebih..baik aku cerita pasal pagi hariku tadi..selepas enjen kereta dibiar selama 7 ke 10 minit...aku pun mula menggerakkan kereta aku ke arah bukit raja..destinasi aku pagi ini agak jauh..satu perjalanan yang cukup panjang..kerana jalannya hanya lurus..aku berdoa dalam hati semoga tiada kesesakan jalan raya pagi ni..selepas melalui to sungai rasau..aku mula mengambil laluan ke meru..tempat aku akan mengambil pepriksaan kpli..atau lebih tepat lagi mtest..nasib memang tidak menyebelahi aku..kerana dari jauh aku sudah dapat melihat deretan kereta dihadapan..huh..mengeluh seketika..tersedar..keluhan adalah sesuatu yang tidak disukai Rasullulah..beristighfar seketika..aku cube memperkuatkan volume radio radio bagi mengelakkan rasa tekanan semasa memandu..perjalanan terasa semakin panjang..bibirku menyanyi-nyanyi kecil..mengikuti lagu yang diputarkan..perjalanan masih jauh..aku merenung jam pada dashboard kereta..jarum panjang sudah menghampiri angka enam..bermakna sudah hampir 30 minit aku memandu..aku mula gusar..bimbang tidak sempat mengambil pepriksaan tersebut..walaupun kurang minat dalam perguruan..namun setidak-tidaknya..aku masih perlu mencuba..mana tahu rezeki.. selepas menempuh perjalanan hampir 50 minit..sekolah men.keb.meru kelihatan disebelah kanan jalan..aku mula memperlahankan pemanduan..bersyukur..masih ada 10minit sebelum peperiksaan bermula..selepas memarkirkan kereta, aku segera mencari kelas yang menempatkan angka giliranku..dan..kelihatan dihadapan ku..kelas H..yang patut ku duduki..kerana angka ku bermula dengan H..jadi aku pun berjalan menuju ke pintu kelas tersebut..dann..aku pun amik exam tu.. sampai sekarang aku masih tidak dapat mempercayaai bahawa aku telah mengambil pepriksaan tersebut..hahahaha..huh!!! tapi..aku rasa ni memang pengalaman yang best..sebab aku tak penah rasa jawab pelbagai soalan dalam masa 2jam..Mtest ni ada 5 buku, Insak, kuantitatif, verbal, analitikal dan bahasa inggeris..dalam kelima-lima buku tu..verbal lah yang aku macam orang bodoh sekejap..die punya arahan cari perkataan yang paling hampir dengan perkataan huruf besar.. CINCIN : BENTUK a. tanah : ekar b. jala : rawan c. buluh : ruas d. pisang : ikat ha..kalau tak silap aku ni soalan no 1..agak-agak apela jawapan die ye?arahan pilih yang paling hampir maksudnya dengan yang huruf besar..pada pemikiran aku..yang huruf besar tu cincin dan bentuk..sebentuk cincin kah?mungkin boleh letak sama denagan seurat rantai..tapi xde dalam pilihan..serawan jala?seikat pisang? ruas buluh??mana yang hampirnya???arghhh..bahasa kias-kias ni aku xreti betul..dan oleh kerana buku verbal ni adalah buku second last..aku dah penat befikir dan alasan paling jujur adalah aku tak tau..aka tak reti dan tak stadi..aku pun memulakan latihan menembak..hahahaha..yang penting kertas jawapan omr aku penuh..wakakaka..jadi cik sakura..padamkanlah harapan nak lulus tu..walaupun ko takpenah teringin nak jadi cikgu..tapi tau..ko teringin jugak nak lulus exam tu..hahahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™