Khamis, 19 Mac 2009

interview..

knok knok knok... terdengar suara pelat perempuan cina menyuruh aku masuk setelah aku mengetuk pintu tiga kali..kan sunat buat 3x..angka ganjil kan lebih baguss...bila aku masuk ada dua orang penemuduga sedang menunggu..aku cube berlagak setenang mungkin..melemparkan senyuman sambil lalu..terus berjalan penuh tertib ke meja penemuduga..aku meletakkan fail segala sijil yang aku kumpulkan sejak dari sekolah rendah sampai la sekarang..kalau nak diletakkan nilai pada fail tu..aku rasa xde kot.. tapi fail tu terlalu bererti..maklum la..tu sume kelulusan aku..aku pun duduk selepas diarahkan..setenang mungkin aku merenung encik penemuduga yang kelihatan lebih berusia dari gadis cina tadi..mungkin encik ni ketua kot..fikir aku..dari raut wajah, aku dapat agak sikap encik penemuduga ni..sama ada betul atau tidak..sebentar sahaja lagi..mungkin 2,3 saat lagi aku bakal tahu..kebenaran ramalan aku..dan jika ramalan aku tepat..bermakna sekian terima kasih la untuk aku.. encik penemuduga tu memandang aku sekilas..kemudian die terus merenung sijil-sijil dan borang aku. "nyatakan nama dan no ic" aku pun dengan nada tenang tapi tegas bersuara.." saya sakura bt ... no ic 8...." die tenung aku balik..tetiba die tanya..kenapa nak mintak jawatan ni??nasib baik die bersuara dalam bahasa melayu..aku pun dengan fasihnya bersuara dan menyatakan pendapat-pendapat aku..setiap soalan yang beliau utarakan..sebaik mungkin aku cuba menjawab dengan setepat-tepatnya.. "sebelum ni ada mohon kat mana-mana?" "ada encik..cuma mungkin belum rezeki saya.." "berapa result awak tadi..2.*@..." aku menganggukkan kepala..denagn suara selamba die cakap.."patut la.." perrrghhh...terasa macam kena humban dalam gaung..pastu batu besar gajah hempap pulak kepala aku..terus tebenam dalam tanah..senyap.. berani die kutuk result aku..bukannye teruk sangat pun..cuma kurang sedikit dari 3.00..wah wah wah..nasib abik ko encik penemuduga dan aku adalah calon untuk ditemuduga..kalau tidak..aku pasti bersuara lantang.."encik..result saya tidak la buruk mana..tengok la ijazah apa yang saya pegang..sarjana muda s@$t**@...ingat senang ke??" huh nak aje aku sound macam tu..tapi aku masih waras..dan masih berpijak dibumi yang nyata..tapi aku suke miss cina tu..die cuba backing aku..mungkin kerana namaku yang seirat jepun dan mataku yang sepet seperti keturunan die..membuatkan die suke merenung muka ku.. hahaha..setakat renungan tak membantu cik..tolongla tanda right kat nama saya tu..tu je yang membantu..alaaaa...............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™