Selasa, 24 Februari 2009

jom usha product proton.............

PROTON EDAR SDN.BHD
anda berminat dengan produk tempatan?? jom kita usha produk-produk proton ni...
antara produk terbaru adalah saga
(BLM), pesona dan yang terbaru adalah model mpv, exora...
sekiranya ada antara kenalan kenalan ku yang berminat..atau sape-sape yang terjumpa blog ku ini..boleh terus mengemailkan ke pada ku terus...atau..lagi bagus..terus korang tepon orang yang lebih arif dengan model-model jelita dari proton ini..iaitu en.sharudin mahamud(0193885191). lebih bagus untuk korang-korang yang tinggal area kl dan selangor la..aku promote ni bukan ape..aku pun dah angkat satria satu..ok sangat..jom kita sokong produk buatan Malaysia..Malaysia Boleh!!!

Rabu, 18 Februari 2009

abah aku yang suprise..

aku baru balik dari lunch ngan budak opis tadi..tengok tepon ada miskol dari kakak aku yang juga seorang guru (rujuk entry sebelum ni) sekolah menengah yang mana budak budak yang dia ajar lagi tinggi and besar dari die..huhuhu..menakutkan betul...aku pun tepon balik kakak aku"nape" "mak abah baru sampai pagi tadi" "erkk..apsal tetiba datang??tak cakap pun" ha tu la perangai feberet abah aku..suke buat suprise kat anak anak die..ayat keramat die.."abah dah kat dalam bas nak gi shah alam ni"..tau tau pagi esok sampai..abah abah..tak kisah la..yang penting abah hepi.. aku bukan ape risau bila tau abah aku datang ni..alaa..cam tau tau lak die yang ofer cikgu dah keluar..dah siap speech ke ape tuk aku karang..takpe..kali ni aku boleh berdepan dengan hujah hujah abah tu..aku dah buat persediaan..korang jangan ingat aku nak berdebat pulak ngan abah aku..persediaan yang aku buat adalah..aku dah buat permohonan dpli ngan kpli tu(rujuk entry sebelum ni)..waaaa..aku tak rela..hmmm..kate orang..walau setinggi mana pun gunung didaki..walau selaut mana pun kekayaan diperolehi..tanpa restu ibu bapa..kita takkan kemana..so..walaupun tak sepenuh rela..tapi boleh buat mak and abah aku hepi..aku rela isi borang permohonan tu.. sebelum aku menyimpang dari nawaitu asal tulis entry ni, aku pun sok sek sok sek ngan kakak aku..tau la sebab nye.. ABAH BELI KETA BARU??? emmmm..tapi yang tak bestnya..die dah jual keta lame die mecedes E200 yang menjadi kesayangan aku tu..emmm..abah abah..takpe la..walaupun aku and abang sayang keta mecedes tu..tapi abah dah jual..ape nak buat???huhuhu..abah aku ni, walaupun garang ang tegas ngan anak die..tapi die cukup suke buat suprise..tak cukup ngan ayat keramat "abah dah sampai", die buat lagi satu suprise..beli keta baru..yang bestnya bapak saudara aku turut sepakat dengan dia..bapak saudara aku tu keje die jual kereta..so die la yang selalu settlekan hal hal kereta kitorang ni..emmmm..apa apa pun..abah tetap best!!!

Selasa, 17 Februari 2009

kpli vs dpli...

cikgu..cikgu.. emmm..tu la kot panggilan yang diidam idamkan oleh teman teman aku..sume beriya isi borang dpli n kpli..siap paksa aku isi sekali..diorang cakap senang kalu jadi cikgu ni..terjamin masa depan..keje dah tunggu kita..emmm..memang betul tu..keje dah tunggu kita..tapi nawaitu untuk menjadi cikgu yang sebenar dah tersasar la..aku bukan nak sombong diri ke ape..dari dulu lagi diorang sebuk isi borang..tapi aku satu pun tak isi..tak minat..dalam family pun, aku sorang je yang terkeluar bidang..dari abah aku smpai abang atas aku..sume jadi cikgu..tak tau la kenapa aku tak minat nak jadi pendidik ni..aku suke budak-budak..suke sangat..tapi bab nak mengajar jadi orang berguna ni..alahai..lomah den..raso-raso la, budok budok tu lai bijok dari den ni ha..adui la.. satu lagi benda yang buat aku tak berapa minat nak jadi cikgu adalah..sikap..aku ni bukannya baik pun..akhlak tu adala kan..diselimuti sedikit iman yang senipis kulit bawang..jadi jugak la manusia yang beriman..tapi nama kate nak jadi pendidik ni macam tak layak..sebagai pendidik,pada pendapat peribadi aku la kan..patut memiliki sifat sifat seperti dibawah : 1 berakhlak mulia..beriman (penting ni..) 2 berbudi bahasa (percakapan yang penuh ngan lemah lembut bahasa bleh buat pelajar suke) 3 rajin (buat kelas tambahan tuk pelajar) 4 penyabar (sabar je layan karenah degil pelajar sekarang yang perangainye dah takde rase hormat pada guru) 5 seorang yang tekun (tekun bimbing pelajar yang lemah iqnya) 6 sentiasa menjadi contoh (yelah..ko nak nasihat budak2..kalu sendiri macam setan camne?) 7 sentiasa disenangi (budak budak suka baru senang nak ngajar) 8 pandai mengambil hati orang lain (penting untuk pujuk pelajar masuk kelas..mana tau dapat yang degil cam anak jin) emmm...buat masa ni tu la sikap sikap yang aku rasa patut ada untuk menjadi seorang cikgu..baru la anak murid hormat and buat contoh..tapi budak budak zaman sekarang bukan macam budak budak zaman dulu..marah tegur..kita yang kena panggil balik dengan pentadbiran..budak budak dulu siap parent yang suruh rotan je kalau degil sangat..ha..tu la lagi sebab yang boleh aku tegaskan kenapa aku tak minat.. dan ada lagi sebab yang satu ni..pada aku jadi pendidik ni, tanggungjawab die besar..besar sangat..sebab kita kena sampaikan ilmu dan kena bimbing anak anak yang baru mula nak mengenali dunia ni supaya jadi manusia yang berguna..kalu kita gagal membimbing mereka..emmm..kan susah tu.. tapi masalahnya disini..walau apa pun alasan yang aku cube tegak kan dan tegaskan..abah aku and abang aku tetap cakap.."kamu dah mohon belum kpli tu??yang degil sangat kenapa??mohon je la.."huhuhu..untuk mengelakkan diri dari kena ceramah yang tak berbayar sepanjang hari..so..aku terpaksa ketepikan semua hujah hujah ku tadi..emmmm...

Jumaat, 13 Februari 2009

kenapa berkahwin...

kenapa berkahwin??kenapa eh?? dulu-dulu masa kat sekolah menengah dulu, adala belajar bab munakahat ni..antara sebab kahwin yang aku ingat..elakkan dosa maksiat..pastu nak ramaikan umat Muhammad..and tu sunnah Rasullullah s.a.w..tetiba kawan aku yang dah berkahwin sorang ni, dah ngandung pun..2bulan rasenye..ade ustaz tanya die..kenapa kamu berkahwin..die jawab la macam yang aku tulih kat atas tadi tu..pastu ustaz tu kate kat die.. "dua sebab sebenar manusia perlu berkahwin adalah..1. sebab nak masuk syurga..2. sebab nak jadi khalifah di muka bumi Allah ni.." emmm..masuk syurga..semua orang nak..persoalannya..LAYAK ke??aku sendiri terasa yang diri ni tak layak nak masuk syurga..malah melihat atau mencium baunya sekalipun diri aku ni terlalu hina untuk dapat..tapi siapa yang sanggup masuk neraka??terlihat api dunia yang marak pun sudah kecut perut..inikan pula api di alam sana..api di dunia ni, kalau aku tak tersilaplah (rujuk yang lebih arif), Allah perintahkan Jibrail ambil api dari neraka sebesar biji saga cuma..kemudian di basuh sebanyak 70,000 kali basuhan(basuhan ni pun aku tak berapa pasti jumlahnya)..barulah diletakkan didunia untuk keperluan hamba-hambanya.. berbalik kepada persoalan kenapa berkahwin??? aku belum berkahwin..bujang lagi..tapi takat perancangan tu ada la..rancang semua orang boleh..tapi untuk capai tu..semua kembali kepada kehendak-Nya.. secara peribadi..aku kalau berkahwin, mula-mula sekali sebab aku nak jadi umat Muhammad..itukan sunnah..ada orang cakap..tak nak berkahwin..nabi tidak mengaku umat..itu aku kurang pasti ada atau tidak dalil ataupun hadis untuk mengesahkan statement tadi.. sebab kedua berkahwin, aku nak ada keluarga sendiri, zuriat sendiri..TAPI..yang paling pasti sebabnya aku berkahwin adalah ingin mencari KEREDHAAN Allah.. bila pulak kahwin ni jadi khalifah..sebenarnya..kalau korang nak tau..semasa kita dalam rahim ibu lagi, kita dah membuat perjanjian dengan Allah yang mana setiap hambanya akan menjadi khalifah dibumi fana ini. tapi kita ni tau ke perjanjiannya???aku pun tak tau..cuma tau setiap orang dibumi ni adalah khalifah..ohh jahilnya aku..bagaimana menjadi khalifah??? macam PM ke??? guru besar??pengetua??ke macam ketua polis negara??? bukan..mereka yang memegang peranan itu sudah pasti sedang melaksanakan tugas sebagai khalifah..tetapi bagaimana kita???aku ni..macam mana jadi khalifah??? ustaz tu kata, sebab kedua berkahwin adalah untuk menjadi khalifah dibumi..mungkin bila bergelar isteri..peranan dan tanggungjawab isteri tu untuk berbakti kepada suami lah yang dimaksudkan sebagai khalifah..benarkah??kalau suami, akan bertindak sebagai ketua keluarga..itulah khalifah kecil..dan isteri sebagai pembantunya..emmm..mungkin begitulah.. plak tu bila nak kahwin...macam-macam pulak benda nak kena buat...alaaaa...susahnye!!!!benda yang patut buat seperti kursus kahwin dan sewaktu dengannya yang mengikut syariat islam..ok..tapi yang jadi payahnya bila sampai bab-bab kenduri ni..emmmm..banyak nak pakai duit tu..kalau pihak lelaki mau nak kena ada dalam 20ribu..tu kalau pihak pempuan mintak hantaran 10ribu la..tapi bagi aku, nape letak mahal-mahal sangat ni??jual anak ke apa??aku ni pun perempuan..tapi kalau ikut pendapat peribadi aku..aku tak mintak pun takpe duit hantaran tu..yang wajib adalah mas kahwin..lepas kahwin nak hidup sebumbug jugak..kenapa masyarakat sekarang terlalu memeningkan kepala dengan mensyaratkan hantaran dengan suatu nilai yang tinggi..macam dah jadi trend dah..aku pun tak tau kahwin aku nanti macam mane..family aku letak macam mana hantaran lak karang..kalau aku mintak cukup-cukup untuk siapkan kenduri bagi sebelha keluuarga aku dan cukup untuk beli barang hantaran je..ok dah kot..emmm..kehidupan sekarang banyak dipengaruhi oleh adat berbanding amalan dalam agama.. kahwin karang, nak sanding lagi..sume tu adat tu..emmm...entah la..kalau buat kecik-kecik takde sanding-sanding..mula la jiran tetangga akan bukak mulut..ade je yang tak kena..ade aje yang nak diumpat keji..hmmm..betul la..susah nak puaskan hati semua orang..tapi kenapa nak di kisahkan dengan orang sekeliling???kalau kita takde duit karang..abis bayar utang kahwin..pelamin..katering mengalahkan hotel 5 bintang..ade orang nak tulung hulur duit??takde..diorang tulung tambah kata je..tu la..kenduri bukan main..bagai nak rak..macam kahwin artis..haaa..kena kata lagi..buat simple kena kutuk..buat meriah..kena kutuk..emmm..kalau cakap bab ahwin ni...macam hal ada..apa yang penting...buat ikut kemampuan kita..mana yang mampu..mana yang wajib dalam hukum..yang adat2 tu kemudian kan pun ok..kahwin bukan sehari..tapi untuk seumur hidup..persediaan selepas kahwin lebih penting berbanding persediaan untuk berkahwin...ok??

Rabu, 11 Februari 2009

monolog diriku..heh!!

ada sorang due kawan aku yang baca blog aku ni tanya..nape ko tak sambung citer cinta tu tie??emmm..aku cume jawab..saje..lum ade idea..sebenarnya aku tak payah tunggu idea pun..tu citer benar yang aku dah tau dari awal sampai habis..dan hanya tunggu jari jemari ni je untuk terus menaip meluahkan semuanya tentang kisah cinta tu..biarlah kesudahan cerita tu kat situ je..aku macam dah malas nak sambung..sebab kesudahan die amatlah sedih..aku pulak jenis yang tak pandai nak mengolah ayat tuk sad ending ni..so aku putuskan..stop!! bukan ape..aku rase hidup ni pendek je..entah kejap lagi..esok lusa..dah jadi arwah..susah atau senang, gembira atau berduka..kita perlu sentiasa menghargai setiapnya..supaya sentiasa rasa setiap satu itu penuh nikmat dari Allah.. sentiasa tersenyum dan bersyukur dengan nikmat die..yang sedih tentang kenangan, biar terus jadi dinding di belakang sana..kita tak perlu lagi menuju ke dinding tu..apa yang perlu ialah gali lauan yang baru..apa yang didepan lebih penting dari apa yang tertinggal dibelakang..tapi jangan lupakan terus yang belakang tu, sebab yang belakang tu walaupun kadang-kadang penuh dengan duri yang dihiasi palitan racun..mungkin itulah pedoman, iktibar serta pengalaman yang terbaik untuk mengajar kita erti kehidupan. kalu nak dikira tentang kesedihan..aku pun menangis malam-malam kenangkan nasib diri..tapi ustaz aku kata..manangis dimalam hari seolah muhasabah diri sebelum tidur adalah baikk..muhasabah..ya..itulah yang patut dibuat setiap malam sebelum tidur..supaya bila bangun esok pagi..aku akan jadi yang lebih baik dari semalam..lebih bagus kalau aku ada iman yang kuat untuk bangun ditengah malam bersolat hajat dan bersolat tahajud beserta solat taubat..ohh..banyaknya dosa aku..tak terpikul dibahu ni rasenya..entah pahalaku mampu bersaing atau tidak..emmm..ramai betul setan..malaikat tak larat nak tolong kepong.. kadang-kadang aku pikir macam mane nak hijrah..berubah dari yang buruk kepada yang baik..tapi aku ni manusia lemah..cepat terpengaruh ngan godaan dunia..setan ramai sangat..bila malam-malam sebelum tido, mata aku terus merenung siling rumah yang berbalam-balam kelihatan. hanya sedikit remang cahaya yang datang dari lampu korridor umah sewaku mencuri masuk sedikit. mata masih tekebil-kebil renung siling rumah..fikiran ligat memutarkan kembali semua perjalanan kisah hidupku pada hari itu..mungkin kadang-kadang terimbas sedikit hari-hari sebelumnya..emmm..seperti biasa..lebih dosa dari pahala..astaga..sebelum lelap mata..niat ku agar hari esok lebih bermakna dan lebih baik..mungkin cube berhijrah..lebihkan pahala..buang terus yang dosa.. setan!!!jangan kacau aku esok!!kacau orang lain!!!
Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™