Rabu, 22 Mei 2013

buku Cik Sakura


ha....kat sebelah ni buku yang aku baru buat 30minit yang lalu sebab kebosanan... dah 2hari aku duk goyang kaki umpama bos di opis..sebab apa? sebab report dah submit..hahahaha...


oleh kerana itu..kat meja aku banyak kertas yang dah digunakan berselerak atas meja, bawah meja..tepi meja..mujur meja aku bukan macam meja budak sekolah dulu..kalu tak musti dalam meja pun ada..


aku nengok kan je kertas2 tu..banyak..separuh dari paket asal ada rasanya..plak tu kertas 80gram, kertas tebal yang berkualiti elok..


pulak lagi..kertas-kertas tu adalah yang salah print, pages yang boss reject writingnya.. chart yang tak cantik.. so, hanya sebelah je yang digunakan.. sebelah lagi masih kosong bersih dan suci.. jadi, bagi memnuhi masa lapang aku pun buat la apa yang patut.  aku kumpulkan dalam lebih kurang 2inci tebalnya..aku potong 2.. 

dari saiz A4 tu jadi saiz half, A3 rasanya.. pegi bilik belakang, baikpunya mesin binding tu lepak tepi dinding..aku pun bind la cantik2, comb pun adekan..so dapat la buat buku tu..dapat 2bijik sebenornya.. satu lagi wana oren aku buat cover die..dah bagi kakak admin, sebab rajin layan aku tolong buat claim..hahaha

pages depan saje taruk gamba family..bukan ape..nak bagi hati sentiasa ingat pada keluarga..ingat kat anak-anakaku yang cumil tu..huhu

Selasa, 21 Mei 2013

'melayan' Datuk..!!

haaa...ini tajuk memang saje bikin suspen ok.. 

sebabnya datuk kat situ adalah bos aku yg sememangnya bossy giler tu.. sebab ape aku buat tajuk camtu?sebab aku punye penin sampai harini tak hilang..ni dah hari ke-6 ok..penin lagi, badan aku sengal2 lagi..penat tak abis jugak..

 citernye bebuniy begini..rabu lepas (15.05.13)kitorang dikerahkan buat report tuk projek yang opis tengah running sekarang ni..sebabnya kamis esoknya adalah dateline for submission. jadinya, camna pun ko memang kena siapkan la..

 yang jd problemnya, bos aku si datuk ni, suka sangat buat kerja last minute..dah la last minute..last day plak tu..time last2 tula dia nk ubah itu..nak edit itu..nak tambah itu..nak di jadikan cerita, ada dua section dalam report ni, konsultan tu aku tak tau kenapa..macam tak professional jugak la pada aku..sbb report section dia sgt la tunggang langgang, budak degree mcm aku yang xde phd ni pun yang report die punya section tu sangat la tunggang langgang..apa tidaknya, numbering pun tak betul..adeh2..itula yang bos aku bebelkan satu hari..last2 bos aku yang tulis balik semua, so..memang la satu hari pun xcukup..jdnya kami satu opis memnag dah tau nak kena stanby tido opis mlm tu la... 

 standby tido tu bukan bemakna dapat tido, memang kitorang tak tido malam tu semata-mata melayan karenah datuk yang last minute nak edit tu..last minute nak ubah tu..so pecah rekod seumur hidup aku, tak penah aku xtido smpai mcm tu..time study dulu pun, walaupun time exam, aku kena pastikan tido aku cukup 5jam sekurang-kurangnya..kalu tak aku pening..


tp kali ni bukan 5jam..sejam pun xde, hanya 15minit aku telelap selepas solat subuh..dan selepas zohornya pulak, aku begegas ke lcct dengan opis mate, kejar flight air asia ke Penang, sbb report kena hantar by that day jugak camne pun.. plak tu aku sebelum ni xpenah naik kapai yang terbang diudara tu..so dlam flight, aku xtido..aku nikmati pemandangan kat luar tu..tengok awan putih..sambil mengagumi ciptaan Tuhan..

subhanallah...

indah.. 


 selepas semua selesai..pukul 10.30malam baru dapat flight balik ke subang balik..naik firefly plak, mujur la..dekat sikit ngan umah aku, kat lapangan terbang subang je kalau nk bandingkan lcct nun..


nape sampai 10.30mlm?sebab terlepas flight pkul 7.45mlm..flight pkul 9.45 dah abis..hoho 

 dan malam tu memang kepala aku cuma nampak bantal...sesampai dirumah..mujur anak2 dah tido, dan aku dapat tido dgn tenangnya...sampai pagi..esoknya lps zohor, aku tido lagi..smpai petang.. 

 ahhhh...mabuk jadinya..pantang letak kepala, memang aku hanyut..terus tido..dan sampai hari ni, mabuk bab tido dah ok, cume penat badan tak jugak ilang lagi..kepala pun penin..mungkin sebab dah telebih tido wekend tu kot.. 


~sekian~

piknik piknik..bukan paniccc!!!

ahad-19-05-2013

aku ngan asben mmg dah tebiasa tetiap hari sabtu atau ahad akan bawak anak2 kuar jejalan..kesian diorg seminggu terperap kat umah babysitter yang mmg tinggal satu blok ngan aku..hohoho memang xde keluar kemana la..keluar dari pintu umah, masuk pintu umah org tu..hahahaha...sian anak2 mama.. so wekend tu aku n my asben bawak bebudak ni p ke tempat biasa la, tasik shah alam, sbb aku rasa sh.alam ni xde sgt tempat rekreasi tuk family berehat di hujung minggu, maksud aku yang tak bebayar la..kalu nk yang bebayar, besepah kot..hahahaha.. 

 kat tasik tu best la jugak, ada taman permainan budak-budak, ada aquarium ikan tuk anak2 aku belaja kenal ikan..ada kawasan lapang tuk kitorang satu family hampar tikar pehtu duduk2 ngan malasnya..yang penting ado orang jual makan2..tu sebab aku selalu datang ke taman tasik shah alam ni.. 

 tapi hari ahad tu, mak aii..punya la ramai,paking dr dlm kawasan paking tasik, membawa ke jalan raya..sampai ke roundbod seksyen mc'D sec 3 tu..bebaris keta paking tepi jalan...entah ape yang ada kat situ, dah kalau mcm tu punya ramai, xde la dpt kot anak aku nk main-main kat taman tu dgn jayanya..aku pun tak dpat la kot lepak2 ngan jayanya..

so en.somi pun terus drive sampai seksyen 7..sebab kat sec 7 pun ade tasik gak..cuma tasik ni belom glamer lagi..sbb pokok2 kat sini blom cukup membesar ngan dumex..so agak panas sikit cuaca, tak redup macam kat taman tasik tu... mungkin tu la kot antara sebab sebab belom ramai yang datang ke situ.. tapi bila kitorang sampai, boleh tahan jugak..sebab suasana agak berbeza berbanding taman tasik, sebab apa?sebab kat sini ramai sangat org yang duk jaga kesihatan.. macam acara maraton beramai-ramai...semua duk sibuk joging di petang hari..mungkin sebab area ni di penuhi student uitm n unisel kot..tapi tu bagus, menunjukkan rakyat malaysia masih mementingkan kesihatan..~bukan pesanan penaja~ 

boleh dikatakan, sepanjang track keliling tasik tu, ado je orang..tasik ni tak sebesar tasik yang glamor tu, dan kite bleh nampak keseluruhan kawasan tasik.. jap lagi aku letak gambo pemandangan tasik tu.. tapi apa yang penting, suasana tetap best..petang tu dalam pukul 5petang, cuaca pun xpanas..cerah n redup..eh, camne tu cerah n redup?senang ckp xpanas la..kira kitorang bentang tikar bleh lepak2tanpa rasa xselesa sebab kepnasan..ha itu la maksudnya cerah n redup..hoho 

 nak pulak lagi, ado orang juai goreng pisang cruncy n kopok lekor..bleh plak anak aku rebut makan sorang2..so betambah la bestnye lepak kat situ..pemandangan pun best, sebab ngadap tasik..tenang je rasa.. dah ngadap tasik, memang la nampak tasik..pastu nampak jugak la bangunan tempat aku ngaji dulu..hoho..uitm di hatiku..fakulti aku dulu namanya fakul ftmsk, sebelah ngan bangunan bekembar enjen tu..kira namapak bumbung pun ok la..hoho 

so lepas ni korang nak cari tempat lepak2..rilek2 ngan family, sambil beriadah..belh le pegi ke tasik sec7 tu..best je pada aku..tak tau la kalau korang rasa tak best..mana la tau kot kot korang nye level up skit dari aku..kan kan kan.. ok dah..tu je.. 

 ~sekian~ 

  p/s : xleh update gamba..entah..xtau nape xleh..nk tengok gamba tengok kat fb aku la ye..

Jumaat, 3 Mei 2013

Magic Body Slim Soap (MBSS) dari JSD

Magic Body Slim Soap (MBSS) - RM36







Cara Guna :
Digunakan diseluruh tubuh terutama digosok ke paha dan bontot yg berselulit, pangkal tangan iaitu antara lengan dan permulaan bahu, perut, pinggang,pinggul dan mana-mana bahagian yg berlemak, besar dan menggeleber. Penting juga digosok kepada bahagian berparut , celah kekotoran degil , badan berjerawat batu dan berbiji akibat lemak keras dan kesan luka.

Semasa penggunaan kulit akan berasa segar dan naturally dingin. Liang-liang kulit akan terbuka dan ini membantu penyerapan oleh satu bahan pelembab yang boleh melarutkan air dan lemak dibawah lapisan kulit . Penggunaan tumbuhan, buahan dan sayuran membantu melancarkan peredaran darah dan sebagai satu bahan anti bakteria dan kulat. Penggelupasan perlahan dan penggantian kulit semulajadi serta menghasilkan kulit tubuh yang cantik, tegang , licin dan lembap serta membantu menghilangkan kesan parut seperti rekahan selepas beranak , kekotoran seperti kerak dan daki yang terpendam .
Lebih effect digunakan setiap kali mandi untuk shape dan kulit yang anda ingini.

Jaminan Keselamatan:
lulus KKM dan selamat digunakan.



credit to magis susuk dara


Intim Gel dari Jamu Susuk Dara

Gel Intim (RM56)


Produk yang memang saya guna..hebat!!

Ianya berubat utk mematikan kuman - kuman didalam faraj yang penyebab kepada keputihan.

siapa yang perlu menggunakan intim gel ini?
~ wanita - wanita yang sibuk bekerja yang kurang tahu tentang penjagaan alat sulit
~ wanita - wanita yang kurang bernafsu utk menikmati hubungan seks bersama suami.

Situasi bila paling sesuai utk menggunakan intim gel ini???
~ boleh dijadikan sebagai gel penjagaan harian utk kebersihan dalaman faraj selepas dibersihkan oleh Jamu Susuk Pengantin Dara.

Jika anda Menggunakan Intim Gel Susuk Dara pertama kali:

1- faraj anda akan terasa sejuk. selepas 1 ke 2 jam anda akan terasa seperti lecak dan banjir air keluar dari lubang faraj.

2- akan terasa seperti tidak selesa kerana air dari dalam faraj akan turun dengan sendirinya.

3- bersihkan faraj anda. sapukan n masukkan kembali gel intim kedalam faraj anda.

4- jika anda mempunyai keputihan atau kekotoran akan berlaku tindak balas seperti gatal2.

5- selang hari kedua atau ketiga..
faraj anda TIDAK AKAN TERASA SEPERTI BERAIR.

6- penggunaan yang kerap ANDA AKAN TERASA SELESA SEBAB COOL DAN KERING, SEMPIT DAN SANGAT2 RASA SELESA

7- penggunaan yang berterusan akan memberi effect kesegaran kepada seluruh badan anda.

rekemen:
1- sangat sesuai disimpan didalam handbag digunakan setiap kali masuk ketandas

HANYA MEREKA YANG SUDAH PERNAH MENGGUNAKAN INTIM GEL INI AKAN TAHU KEBAIKAN PRODUK INI.

ANDA PATUT MENCUBANYA ...
UTK MENGEMBALIKAN DERIA SENSITIF SEMULAJADI YANG MENJADIKAN ANDA LEBIH SEKSI DAN MENGUNDANG RASA INGIN BERCINTA..


credit to magis susuk dara
Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™