Khamis, 25 Jun 2009

anak-anak kita...

sejak bulan 5 arituh sampai bulan ni..bersilih ganti kawan-kawan aku bersalin..seronok betul aku rasa bila dapat berita kawan-kawan dah selamat melahirkan anak..ade perempuan, ade lelaki..sampai ahri ni, dah ade 6 ke 7 org kawan-kawan aku yang dah jadi ibu n ayah..dan coming soon..dlm sebulan due lagi..ade lagi due atau tiga orang..bersusun la hadiah aku nak kena beli..so tepaksa la beli ikut budget je..kalu tak, aku yang kopak..meraikan ahli baru yang comel..semua orang suke.. anak tu satu anugerah dari Allah..dan merupakan amanah Allah kepada ibu bapa..seperti sehelai kain putih yang diserahkan kepada ibubapa..terpulang lah bagai mana kain putih itu bakal di corakkan.. bukan mudah bergelar ibubapa..tambahan pulak lagi zaman sekarang ni..pelbagai masalah sosial mula timbul..semua ibu bapa risau bila memikirkan hal-hal yang macam tu..buka surat khabar..tengok la..berapa banyak masalah sosial dan kes-kes jenayah yang dilaporkan..dr sekecil-kecil umur..sampai setua atuk..pelbagai tragedi dan cerita..kalau yang budak sekolah tuh, bukan main lagi..merokok, buli, merempit..terpengaruh la tu..pastu mula buat kes..kalau yang dah agak dewasa sikit..mula terjebak dadah, hidu gam..edar dadah pun ramai..tak kurang ngan itu..yang terlibat ngan sumbang mahram..haruan makan anak..bunuh..buang anak..macam citer kat UTM aritu..ade sorang pompuan meninggal dalam asrama, and ade baby baru lahir kat sebelah die..macam mana pihak pengurusan boleh tak sedar???masa baca berita tu aku rasa sedih sangat, biasa kalau ibu meninggal ketika melahirkan anak..syahidlah dia, tapi status gadis tu belum berkawen..dimanakah die bakal ditempatkan..nauzubillah..ngeri bila memikirkan perkara seperti itu.. perkara-perkara yang makin membimbangkan ibu bapa semakin menjadi-jadi sekarang nih..walaupun aku belum pun lagi mendirikan rumahtangga..tapi hanya baru merancang, tapi aku dah berpikir jauh..bagaimana anak-anak aku nanti? akan berjayakah aku mendidik anak-anak aku nanti?

teringat aku lagu m.nasir...

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang

Di bawah mentari sumbing

Sambil bernyanyi laguKetakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban

Kesilapan kita

Hingga dia tak kenal

Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita

Dari padang jerangkap samar

Selamatkan anak kita

Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain

Di hutan belukar

Dengan senapang kayu ubi

Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang

Bila petang kerana terlalu sibuk main lastik

Dan berpistolan

Pistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita

Jangan sampai jadi hamba

Jaga-jaga anak kita

Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang

Ayah nak ajar

Tentang kurang ajar

Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang

Ayah nak ajar

Tentang kurang ajar

Jadi mereka takkan dimomok lagi

Fikir

Selamatkah kita di tangan tukang karut itu

Fikir

Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu

Fikir

Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu

Fikir

Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu

Fikir

Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu

Fikir

Selamatkah kita di tangan Tuhan-Tuhan itu

2 ulasan:

Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™