Isnin, 25 Mei 2009

samseng jalanan atau peragut tegar???

isshhh..lame sgt lah aku tak tulis blog..maklumlah busy je..tengah bulan banyak report nk kena submit..maklumlah..opis tempat aku keje ni, report ikut quaterly..maksudnya awal tahun, tgh tahun dan akhir tahun...kire ni baru lepas la azab tunggang langgang bertungkus lumus siapkan submition..baru legaaaaaaaaa................ pagi tadi on the way ke opis..tak tau kenapa bakal suamiku ambil laluan ke kesas..ambik ko jalan jam..setengah jam sangkut kat highway tu..federal punye la lengang..akhirnya aku telewat smpai opis..kul 930 baru smpai..sejam aku lambat..dah la memang telajak tido..huhuhu.. dalam keta tadi..topik pagi sinar pasal samseng jalanan..tapi krill, k.e n s.y banyak bincang berkenaan peragut..biasala..gejala ragut ni makin menjadi-jadi pulak..aku pun dah naik takut dah.. kalau berjalan sorang-sorang tu..melilau mata aku..tetiba kepala aku bleh berputar 360 drjah..semua arah aku perhati..Alhamdulillah sekarang bakal suamiku sudah mula hantar dan ambil aku dari opis..memandangkan opis kami berdekatan..jadi aku merasa sedikit lega..tak perlu lagi berjalan kaki jauh-jauh untuk ke komuter seorang diri..cume sekali sekala jika bakal aku tu terpaksa keja lebih masa ataupun outstation.. bila teringat masalah jenayah ragut ni..aku mula rasa cuak..yelah..kaum-kaum hawa yang lemah ni la yang memang sasaran para peragut tu..diorang ni tau pulak takut nak meragut orang laki..kalu berani cube la ragut kaum adam pulak..ade berani???huhuhu aku bukan ape..kesian kepada mangsa-mangsa tu..kalau setakat rugi wang ringgit takpe lagi..tapi sampai nyawa melayang..ibu mengandung dah berapa ramai jadi korban peragut-peragut ni.. aku tak boleh bersuara merayu kepada peragut..sebab diorang ni memang dah xde rasa bersalah..or rasa simpati..memang jenis yang pikir 'duit senang'..ragut..dapat duit..xyah keje teruk-teruk..tapi kat sini aku nak luahkan isi hati aku kepada kaum adam..kepada para pelindung kami kaum hawa yang lemah ni..bukan kah adam dijadikan untuk memimpin dan melindungi?hawa pulak untuk temani sunyi adam..jadi..adam kenalah berusaha melindungi kaum hawa ni.. bukan ape..sedih dengar cerita ibu hamil 2bulan maut selepas koma 3hari jd mangsa ragut..yang maut kat tempat kejadian sebab kena ragut lagi la kesian..memangla ajal maut ditangan tuhan..mungkin memang dah ajal die..tapi cara dan sebab meninggal tu buat kite tersentuh dan rasa tersentak..memang Allah lebih mengetahui setiap sesuatu..tapi Allah kurniakan akal untuk kita berfikir..untuk kita menilai..kaum-kaum adam..lelaki..tunang..pakwe..suami..kalau mampu, temanila isteri..kekasih..tunang dan siapa saja..kemana pun..terutama ibu mengandung..manusia zaman sekarang semakin kejam..semakin berani..bukan kerana kaum hawa atau isteri-isteri tidak boleh berdikari..terpaksa bergantung kepada suami semuanya..bukan itu maksudnya..tapi kerana kaum hawa memang kaum yang lemah..pihak yang suka mengambil kesempatan pasti akan memilih lawan yang lemah..kalau ade yang mampu berkereta alhamdulillah..mungkin risikonya dijalanan kurang sikit berbanding yang menunggang motosikal..kerana acapkali kes yang berlaku adalah yang menunggang motosikal.. aku seorang perempuan..jiwa aku perempuan..mungkin kaum adam sampai bila pun takkan faham naluri dan hati perempaun sepenuhnya..kerana mereka lelaki..perempuan bukan lemah, cume kurang daya kemampuan..bukan kah hawa dijadikan dari rusuk adam???bermakna betapa jauhnya beza adam dan hawa..adam hanya kekurangan rusuk kiri..tetapi hawa hanya memiliki rusuk kiri adam..lemah lembut perempuan kerana jiwanya..naluri keibuannya..sifat penyayangnya..perempuan dan isteri sentiasa ade rasa ingin dilindungi..tetapi ibu memiliki sifat melindungi..bukan ke complicated tu korang kaum adam nak paham??? jadi..biar ape pun yang aku membebl kat atas tu..sebagai lelaki yang hebat dan macho gitu..korang kena sentiasa melindungi orang-orang yang korang sayang..biarlah bagaimana pun caranya..yang penting usaha korang tu ada..mungkin berkuranglah masalah ragut di negara kita selepas ni..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™