Isnin, 13 April 2009

telur dihujung tanduk..

pon..pon..huh..kenapa lah orang-orang ni..suka sangat tekan hon..bingit betul telinga aku dengar bunyi hon yang ntah apa-apa tujuan ditekan pemandunya..kadang-kadang lampu baru bertukar hijau, sudah ada yg menekan hon tanda tidak sabar..pemandu yg baru hendak memulakan perjalanan dengan berhati-hati tersentak, mungkin akan mendengus sedikit..tanda kurang selesa dengan sikap tidak sabar pemandu di belakang..sejak pagi semalam..pemanduan aku seolah-olah hilang fokus dan tumpuan..entah kenapa..ada saja pemandu yang membunyikan hon..tapi bukan kepada aku..kepada pemandu lain..tapi aku yang mendengar terasa kurang selesa..bingit seketika, kadang menderau darah kerana terkejut..ketika itu terasa seperti telur dihujung tanduk.. emm..semalm aku hampair menghimpit sebuah wira yg meluncur laju..mujur..mungkin kerana pemanduan aku bermula dengan lafaz bismillah..aku masih mampu memandu pagi ni..memamg silap aku yang cuai..mengelak lubang dihadapan..tak perasan wira yang sedang laju dilorong kanan ku..alhamdulillah..Allah masih menghantar malaikat pengawalnya supaya menjaga aku..hanya aku yang kadang-kadang terlupa kepada-Nya..astaga..aku terbayang jikalau wira kelabu tersebut tidak sempat mengelak..bagaimana agaknya aku pagi ini..mungkin telur yang dihujung tanduk..tembus tertusuk ke tanduk yang tajam..pecah.. ..... mintak simpang semua tu..tak sanggup aku..tapi aku memang terasa lain bila memandu 2,3 hari ni..entah kenapa agaknya..astagfirullah..moga kau sentiasa memlihara aku dari kelekaan Ya Allah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™