Rabu, 27 Februari 2013

Mydin vs Giant

Korang musti biasa pegi Giant ataupun Mydin kan? Cik sakura pun, itula tempat shoping barang2 dapur dan keperluan rumah yang lelain..jimat le skit..dan sememangnye memang dah di ketahui Mydin, Giant, Tesco, Carrefour adalah antara pasaraya besar yang menjadi tempat shoping majoriti orang Malaysia. Plak tu semuanya bersaing dgn tagline memasing.. tapi Cik sakura tak berapa ingat sangat tag line dema2 ni.. Peneraju Harga Terendah, Mengapa Bayar Lebih, Everyday Low Prices..itu je la yang cik sakura ingat..tu pun entah betoi entah idak..

Sebenornye entry ni patutnya diterbitkan pada 31 Jan aritu, sbb aritu official date pembukaan Giant USJ ni selepas sekian lame tutup for renovation...dan bila dibuka, waaa...mmg best n gah besarnye..berbaloi die tutup lama tuk renovate...Ruang paking pun best sbb ado paking basement, sesuai dan mudah tuk Malaysia, yang sememangnye negara yang sering hujan..dan sekarang ni pun memang USJ pagi petang ujan je...

Tapi kewujudan Giant kat situ memang adalah pesaing utama bagi satu lagi pasaraya besar yang memang best kalu nak shoping barang dapur...jeng jeng..Mydin Hypermarket usj..huhuhu..dan kalu tak silap, USJ ni HQ..pernah apply keje kat sini. Yang makin best adalah..due-dua pasaraya ni bersebelahan..hahahaha...

Tarikh 31 Jan 2013(khami) tu, ramai yang duk tanya, ko tak pegi giant ke?buka arini..sampai babysitter pun anto sms, "kak, amik ank awal tau, kite nk pegi Giant mlm ni"..wahahaha..semua teruja nk pegi shoping kat Giant. Tapi cik sakura and tenque zafrill rilek je..bukan hape, malas nak redah tempat sesak, sebab dah kompem and dah tau.musti jem giler jalan kat situ..sebab simpang trafik light kat situ menemukan Summit USJ, Giant dan Mydin..HOHO..so, xpela..esok2 boleh pegi..bukan arini je Giant tu buke..so cik sakura xtau la bagaimana potongan harga kat giant.. Tapi wekend tu, cik sakura tak melepaskan peluang, terus ajak shomi techenta pegi ke Giant, nak tengok best sgt ke??

dah siap satu family, maka bergerak la kami dr USJ 16 menuju ke Giant Usj berapa ntah..tak hengat..hohoho..tapi, di saat akhir menukar fikiran tuk ke Giant sebab terlalu sesak..keterujaan para 'pembeli-belah' masih di tahap kritikal, dan minggu tu merupakan minggu last tuk raya cina..so lagi la sesaknye..jadi kereta yang dah konon di setkan akan berada di laluan Giant, tepaksa bg signal ke kanan..sebab rasa2 baik ke Mydin je..sebab sesak sangat, nak masuk paking jem macam tol sprint damansara tu..hahaha..

Ayat biasa encik shomi, alah2 esok2 pun boleh.. maka minggu tu bershoping la di Mydin jugak lagi.. tapi..tak sangka, kerana tamparan pembukaan Giant tu, minggu tu cik sakura beli sekor ayam kat Mydin dengan harga RM4.98..murah giler kannnn????waaa..memang la mura, sebab sekilo harga ayam kat Mydin minggu tu RM2++...waaa..rasa macam nk beli banyak-banyak pastu aku plak niaga ayam..tapi tak boleh, limit 2 birds per pax..huhuhu..

So, bagus sebenornye bile hypermarket buka sebelah menyebelah ni..die punya persaingan memang dasat..harga memang runtuh..dan yang untung adalah kite ni para 'pembeli belah'..HOHO

pastu, wekend baru ni, cik sakura shoping semua barang dapur..total pembelian RM96.67..huhuhu suke sangat.separuh dari total price duk shoping sebelum ni..yeayyyy...suke2..aritu harga ayam pun murah, sekilo RM4.20..murah le tu..biasa sekilo RM6.++



Lokasi Giant dan Mydin yang bersebelahan

Giant USJ pun cik sakura da pegi..so far harga barang2 die masih sama seperti tempat  shoping cik sakura kat shah alam..Giant 13 tu..so, ok la kan...hohoho

Jumaat, 22 Februari 2013

Segmen blogger i2 sahabatku






aii uollsss...cik sakura dah lama tak hapdet blog ni..tetiba sekarang macam nak gile nulis balik.. pehtu tebaca blog kawan bek masa zaman sekulah dulu si makbedthejournal, pastu tebaca entry yang best segmen blogger i2 sahabatku..pastu terus tebaca plak blog cik rahmad tu..so cik sakura pun mewujudkan terus entry blogger i2 sahabatku..

huhi..sonok dapat jumpa entry korang ni..tenkiu ya makbed..huhu..jugak tuk encik rahmad, sy sememangnye tak pandai sgt nk follow n nk ajak org follow blog sy..segmen blogger i2 sahabatku mungkin boleh membantu..yeayyy!!!

Selasa, 19 Februari 2013

EkSpeRiMEnt

haiii...dah lama rasanya tak post kat blog ni..sampai dah ketandusan idea nk menulis balik..blog ni wujud sekitar ujung tahun 2008..dan sekarang dah 2013..Alhamdulillah, dah hampir 4tahun rupanya..tapi penulisan cik sakura kat sini tak berapa konsisten, kadang ada, kadang xde langsung..

agak busy jugak cik sakura kebelakangan ni..but dont know apa yang busy sangat tu..actually, cik sakura tengah 'mengeksperimen' sesuatu..

hasil eksperimen menunjukkan sedikit hasil..dan Alhamdulillah..telah menyedarkan diri seketika.. Cepat benar masa berlalu, dulu masa awal2 buat blog ni, cik sakura banyak membebel tentang life, tentang nk kawen..tup2 skang anak dah dua.. dan yang sulung dah pun jadi otomen, dan yang kecik mungkin jadi raksasa kot..asik kena fire je ngan abang die..walaupun die blom paham apa yang abang die buat.. hurm..anak-anak, cepat betul mereka membesar..dan, cik sakura sendiri kadang terlupa..yang anak-anak makin membesar, means..tanggungjawab ku sebagai ibu akan makin berat..

so, inilah maksud tersedar yang cik sakura kata tadi..dan eksperimen tu bukan eksperimen buat anak ya..hohoho..eksperimen yang dimaksudkan adalah proses mematangkan diri dan mencari potensi diri..mungkin hasilnya baru nampak sedikit, tapi lebih baik dari tak nampak langsung..

dan eksperimen tu masih berterusan..biarkan, kerana hasil die akan nampak tak lama lagi..hoho..tak sabar rasanya..yeahhh!! ok dah, dah xde idea..jom tido..semua penghuni planet dream da tido, raksasa and otromen pun berpelukan ketika tido..so pemilik planet pun nak tido jugak..hahaha..nite

Sabtu, 3 Mac 2012

Jom Kongsi..

Cik Sakura ada satu benda menraik nak kongsi bersama..tentang satu akaun simpanan baru. ok kita anggap kan ini satu perbualan.. cik sakura : haii, i nak kongsi satu akaun baru dgn u..then u decide.. cik A : ok.. cik sakura : jika cik nk buka akaun simpanan, bank mana yg akan jd pilihan? cik A : Bank ABC cik sakura : ok, kite sama2 buka akaun baru hari ni.. cik A buka dgn Bank ABC, sy buka akaun Prulink One Plan bersama prudential. setiap bulan kita sama2 simpan RM200 dlm akaun masing..selepas setahun, berapa cik A dah simpan? cik A : RM2,400 cik sakura : betul..begitu juga dgn sy..RM2400. Andai malam td doctor tlh mengesahkan cik A menghidapi kanser..berapa simpanan yg cik A boleh keluarkan dr akaun ABC? cik A : RM2,400 + faedah cik sakura : adakah cik A mempunyai simpanan lg dgn ABC slpas cik A telah mengeluarkan semua wang tersebut? cik A : tidak cik sakura : baiklah..kita anggapkan yang sy juga berada didalam situasi yg sama, mlm td doktor mengesahkan sy turut mndpat kanser. berbeza dgn situasi cik A, dgn akaun simpanan prulink one plan, sy boleh mengeluarkan RM50,000 walaupun tempoh simpanan baru mencecah setahun. bukan itu saja, dgn akaun ini, sy mempunyai medical card yg berhrga RM150,000 dan perlindungan kemalangan bernilai RM50,000. Berbeza dgn cik A, slpas semua wang dikeluarkan, cik A akan terpksa menutup akaun tersebut bukan? cik A : ya cik sakura : tidak dengan prulink one plan prudential..walaupun telah mengeluarkan RM50,000.. simpanan sy sebanyakRM2,400 tidak terusik sedikit pun. dan lagi, dr situasi sy penghidap kanser, sy tidak perlu menyimpan lg, sebaliknya Prudential akan menyimpan RM200 kedlm akaun sy setiap bulan. dan bila umor mencapai 60tahun, sy masih boleh mengeluarkan RM100,000 lg dr akaun sy. ok, bagaimana pendapat cik A? dan jika cik A ingin membuka lg satu akaun baru..akaun simpanan yg mana akan menjadi pilihan cik A? (aku tak letak jawapan cik A, sebab nak korang yang nilai and pilih sendiri..hihi)

Ahad, 26 Februari 2012

Insurance tu ape? penting ke?

5 atau 10 tahun dlu, masyarakat melayu kita mungkin masih tak hirau hal insuran. Masing-masing menganggap tidak perlu, tak penting. Tapi sekarang tidak lagi, semua sudah tau apa kepentingan insuran. Cik sakura sendiri tidak anggap insuran itu satu keperluan suatu masa dulu, malah cik sakura siap berpendapat, buat bazir duit ja. Sampailah cik sakura bertemu dengan seorang rakan yang menceritakan apa kepentingan insuran, barula cik sakura celik mata.

Betul, insuran bukan satu yang wajib ada, tapi pada cik sakura ia seperti satu ‘backup’ untuk masa depan. kita tak pernah tau hal masa depan, dan tidak salah kalau kita sediakan payung sebelum hujan kan? Sebab malang tu tidak pernah ada bau pun. Tak tau la kalau2 ada sahabat cik sakura yang dikurniakan Allah Taala kebolehan mencium bau malang.. sixth sense orang kata.

Sahabat lama cik sakura ada bercerita tentang seorang sahabatnya, tentang kisah sedih yang menimpa anak lelaki yang baru berusia 2tahun kot. Masih terlalu kecil cik sakura rasa, tapi dugaan yang Allah berikan terlalu besar, anak kecil itu menghidapi tumor dikepala. Mujur la si ibu pernah membeli insuran untuk anaknya, sedikit sebanyak boleh la cover dan ringankan beban dalam hal kewangan. Insuran ni macam cik sakura cakap tadi la, backup masa terdesak. Dan kita semua sentiasa berdoa agar sentiasa dijauhi dan dilindungi, nau’zubillah..tak de sape2 yang nak diuji dengan perkara2 yang menyedihkan.

Tapi Allah itu maha mengetahui, ujian adalah untuk menguji keimanan dan kesabaran hamba2nya..jika anda dilanda ujian seperti sahabat tadi sebagai contohnya, sekurang-kurangnya beban kewangan sudah dapat diringankan.

Ok, kat sini cik sakura buat satu contoh..dan contoh paling mudah adalah life cik sakura sendiri..sejak habis study, cik sakura da kerja selama 4tahun..tapi bila cik sakura cek balik akaun bank..kosong..akan ada bila time 30hb, dimana gaji dah masuk..bayangkan selama empat tahun bekerja, cik sakura tidak pernah ada simpanan tetap untuk masa depan..cuba bayangkan jika suatu hari nanti cik sakura perlukankan duit untuk perubatan, sebagai contoh..atau tetiba cik sakura dah dijemput Ilahi..sekurang-kurangnya, pendidikan anak-anak cik sakura dah terjamin dengan insuran yang cik sakura beli..

Jadi, dengan pembelian insuran ini, secara tidak langsung kita akan ada satu simpanan...simpanan beserta dengan pelaburan untuk masa depan... Jadi, sesiapa yang berminat ingin tahu mengenai insuran ni, boleh hubungi cik sakura.. Cik sakura boleh terang dengan lebih detail berkenaan insuran ni.. tak rugi berkongsi ilmu.. dan cik sakura adalah salah seorang ejen insurance untuk Prudential.. so jangan segan2 tuk dail no 0193802826.. cik sakura akan explain dengan detail, and akan suggest polisi yang terbaik untuk keperluan anda..

Just call me ok..or also can emel..ok..

Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™