Ahad, 26 Februari 2012

Insurance tu ape? penting ke?

5 atau 10 tahun dlu, masyarakat melayu kita mungkin masih tak hirau hal insuran. Masing-masing menganggap tidak perlu, tak penting. Tapi sekarang tidak lagi, semua sudah tau apa kepentingan insuran. Cik sakura sendiri tidak anggap insuran itu satu keperluan suatu masa dulu, malah cik sakura siap berpendapat, buat bazir duit ja. Sampailah cik sakura bertemu dengan seorang rakan yang menceritakan apa kepentingan insuran, barula cik sakura celik mata.

Betul, insuran bukan satu yang wajib ada, tapi pada cik sakura ia seperti satu ‘backup’ untuk masa depan. kita tak pernah tau hal masa depan, dan tidak salah kalau kita sediakan payung sebelum hujan kan? Sebab malang tu tidak pernah ada bau pun. Tak tau la kalau2 ada sahabat cik sakura yang dikurniakan Allah Taala kebolehan mencium bau malang.. sixth sense orang kata.

Sahabat lama cik sakura ada bercerita tentang seorang sahabatnya, tentang kisah sedih yang menimpa anak lelaki yang baru berusia 2tahun kot. Masih terlalu kecil cik sakura rasa, tapi dugaan yang Allah berikan terlalu besar, anak kecil itu menghidapi tumor dikepala. Mujur la si ibu pernah membeli insuran untuk anaknya, sedikit sebanyak boleh la cover dan ringankan beban dalam hal kewangan. Insuran ni macam cik sakura cakap tadi la, backup masa terdesak. Dan kita semua sentiasa berdoa agar sentiasa dijauhi dan dilindungi, nau’zubillah..tak de sape2 yang nak diuji dengan perkara2 yang menyedihkan.

Tapi Allah itu maha mengetahui, ujian adalah untuk menguji keimanan dan kesabaran hamba2nya..jika anda dilanda ujian seperti sahabat tadi sebagai contohnya, sekurang-kurangnya beban kewangan sudah dapat diringankan.

Ok, kat sini cik sakura buat satu contoh..dan contoh paling mudah adalah life cik sakura sendiri..sejak habis study, cik sakura da kerja selama 4tahun..tapi bila cik sakura cek balik akaun bank..kosong..akan ada bila time 30hb, dimana gaji dah masuk..bayangkan selama empat tahun bekerja, cik sakura tidak pernah ada simpanan tetap untuk masa depan..cuba bayangkan jika suatu hari nanti cik sakura perlukankan duit untuk perubatan, sebagai contoh..atau tetiba cik sakura dah dijemput Ilahi..sekurang-kurangnya, pendidikan anak-anak cik sakura dah terjamin dengan insuran yang cik sakura beli..

Jadi, dengan pembelian insuran ini, secara tidak langsung kita akan ada satu simpanan...simpanan beserta dengan pelaburan untuk masa depan... Jadi, sesiapa yang berminat ingin tahu mengenai insuran ni, boleh hubungi cik sakura.. Cik sakura boleh terang dengan lebih detail berkenaan insuran ni.. tak rugi berkongsi ilmu.. dan cik sakura adalah salah seorang ejen insurance untuk Prudential.. so jangan segan2 tuk dail no 0193802826.. cik sakura akan explain dengan detail, and akan suggest polisi yang terbaik untuk keperluan anda..

Just call me ok..or also can emel..ok..

Isnin, 18 April 2011

hujan hujan hujan...sejuk tuuuu...

skang ni musim ujan ke?aisshhh..iklim pun dah tak macam dulu dah...berumah je...biasanya ujan ujung2 tahun...dan sikit2 la dlm bulan mei, tu pun penghujung la dan kat tmpat tertentu ja...ini ujan ja manjang... ari sabtu aritu pun sama kan...hujan je...dan pagi ni pun sama ja...cuaca macam ni memang sedap tidoo ja, aiishhhh...tak boleh jadi ni... kat lua macam dah nak reda, tp kat jalan dengar bunyi keta macam teruk sangat ja...jam la tu...haiiihhh, kalu monday morning, camni la... malsnya nak pegi keje..dah la tu, kompemmmm jalan jam gilerrrrr......hampehhhh!!!!!!!!!!!!!!! tapi hujan tu sentiasa adalah rahmat dari Allah...bersyukur la bumi masih didimbah hujan...dari terpaksa berkemarau...huhuuhu dah pukul 8...haiiihhhh.....

Khamis, 14 April 2011

Hebat kannn????

KELEBIHAN PREMIUM BEUTIFUL

Banyak kebaikan dengan memakai Premium Beautiful corset nie. These are some of the benefits that cik sakura has just found out: 1. Mengecutkan lump. 2) Mengurangkan selulit berlebihan. 3) Menghilangkan strecth mark pregnancy. 4) Melegakan sakit tulang belakang. 5) Mengempiskan perut yang buncit. 6) Mengecilkan pinggul yang lebar. 7) Memulihkan fibroid. Bukan sahaja Premium Beautiful bagus untuk wanita, but also good for ibu yang menyusukan anaknya. Premium Beautiful also provides some benefits for mothers, which are: 1) Cup yang berbentuk piramid dapat membantu payudara agar tidak jatuh, puting payudara akan berada di dalam keadaan yang betul. Ianya mengelak berlakunya kanser payudara di mana di bahagian cup mengandungi chitosan. 2) Bra Premium Beautiful dapat membantu menambah susu ibu. Bagi ibu yang kurang susu untuk menyusukan bayi, pemakaian yang berterusan akan menggalak pengeluaran susu. 3) Girdle Premium Beautiful dapat membantu menguatkan rahim, mengemaskan bahagian perut serta menghilangkan kesan rekanan pada kulit bagi ibu-ibu selepas bersalin. 4) Bengkung Premium Beautiful juga serbaguna iaitu ianya bukan sahaja dipakai oleh ibu, malah bayi yang baru lahir juga boleh dipakaikan bengkung jika demam kuning, dengan cara membalut badan bayi. 5) Premium Beautiful sesuai sekali untuk membaikpulih semua badan setelah melahirkan anak. Premium Beautiful juga boleh memulihkan sakit-sakit berikut: 1) Buasir 2) Sakit Tulang belakang 3) Slip disc 4) Cancer 5) Gastric 6) Asthma 7) Constipation 8) Sakit pundi kencing 9) Radang Usus & Perut 10) Fibroid 11) Breast Lump 12) Hepatatis

Ahad, 3 April 2011

suatu perubahan....

setahun yang lalu...masa mula2 join blog, cik sakura ada pot pet pasal pemasalahan nak kawen...tup tup kawen...tup tup dah ade baby...huh..life is so miracle...tak sangka langsung...terasa macam baru semalam hati ni bergundah gulana tentang kawen...dannn...sekarang sume dah settle...hahaha...hebat betul kuasa tuhan... dan sekarang cik sakura baru mula nak aktif balik nulis blog...dulu macam banyak sangat benda mengong dalam kepala ni...dan sekarang sume dah ok... banyak tul pengalaman yang nak cik sakura nak citer kat sini, tapi xsempat kot nak citer sume...maklum lah..cik sakura bukan bujang lagi, malah dah jadi ibu pun...and my little son pun dah masuk 8bulan...dah senang sikit bila handle banding dlm pantang dulu...and sangat senang..Alhamdulillah... 5bulan lepas cik sakura tak keje, and try to find a new job..pastu dapat la...tp sgt la xmemuaskan..cik sakura sampai kena buat ot sabtu ahad baru dapat seribu something..susahnye nak cari duit...start pada tu, cik sakura terpikir nak wat side income... dan sekarang cik sakura dah jumpa satu peluang untuk menjana pendapatan tambahan...Alhamdulillah, Insyaallah akan cik sakura guna sepenuhnya peluang ini... Penah dengar Premium Beutifull???hahaha..memula cik sakura tlg kawan ja jual...tengok bukan main dasat sambutan...baru cik sakura tau, yang wanita-wanita diluar sana sangat 'gilakan' kehebatan premium beutifull... dan dari itu cik sakura tersedar yang peluangnya ada untuk cik sakura...so, apa lagi...dari tolong kawan jual, baik cik sakura join sekaki...hahaha...rezeki tu ada kat mana2... jadi sesapa yang berminat nak tau pasal premium beutiful, boleh la kontek cik sakura ya... sakura a.k.a atie : 0193802825 email :allienzzzz_cute@yahoo.co.uk

Rabu, 12 Ogos 2009

aku tak tau...

emmm...sejak baik dari demam denggi hari tu..aku tak tau kenapa aku macamni..seminggu demam, aku cuma tido dan baring kat umah..tu je aktiviti aku seharian..sepanjang masa aku rasa haus sangat..asik togok air koosong dengan 100plusss...makan???roti kosong je..gardenia putih tu..tu je yg aku mampu telan..sebab tekak aku terlalu pahit...telan air liur pun pahit..air kosong apatah lagi...payau semacam je..air liur aku pun pekat semacam dan banyak..aku asik meludah...suhu badan aku tak menentu..kejap aku sejuk gigil-gigil..kejap lepas bepeluh aku rasa bahang yang amat, yang pasti aku memang tak selesa dengan keadan tu..ubat demam yang aku telan macam xde fungsi ape-ape pun selain bagi aku bepeluh dalam 30minit dan memasamkan tubuh badan aku serta baju-baju yang aku pakai...itu la denggi...semiggu sebelum demam hidung aku mula bedarah..sampai aku demam pun bedarah jugak lagi...emmmm..tak banyak pergerakan aku masa demam ni..sebab mood aku tak ok..asik rasa penat, menyampah. bosan...malas...so aku cuma banyak baring and tido dan beharap cepat baik.. tapi otak aku banyak befikir masa demam tu...orang kata sakit tu penghapus dosa...bukan orang kata aku rasa, tapi memang betul kot..sebab masa sakit baru tingat nak berdoa..baru tingat lalainya aku selama ni...banyak aku pikir masa demam tu..aku mula nilai kewujudan orang-orang disekeliling aku..ketika aku sakit ni...dan aku rasa macam i have no body..sebab aku cuma tebaring dalam bilik...tiada yang betanya..hp aku pun turut kaku..tergolek kat tepi aku...dia pun sakit agaknya..tiada bunyi langsung...emmm...inilah hakikat kehidupan kot...masa hepi sume orang tiba-tiba ada untuk gelak sama-sama..masa sakit memang takde sape la kot...cuma Dia je..sentiasaa ada..masa semayang je aku rasa tenang sikit...rasa lega...syukurla..walaupun demam, aku boleh lagi bangun semayang..walaupun 5minit je..tapi aku dapat rasa tenang jugak sekejap... dan sejak baik dari demam ni..emosi aku macam tak ok..aku lebih banyak diam..aku tak tau nak berbual apa..aku cuma duduk diam-diam..kalu kat opis..aku buat je keje aku..bosan-bosan aku bukak fesbuk..men game..hp aku tak sentuh langsung..biasa kalu bosan kat opis..aku akan mula amik hp..satu orang je yang aku akan ingat, cayang aku..tapi entah la..sejak demam aritu..aku dah tak peduli sume tu..sms-sms dari dia pun aku dah tak balas..nak tepon???emmm...aku dah lupa macam mana nak tepon orang..macam mana nak cakap tepon ngan dia pun aku dah takde mood..mesti dia pelik..kenapa aku macam tu..tak tau la cayang..i pun tak tau nape rasa macamni..i wanna be alone for a while..nak senyap untuk sementara..rasa tak selesa..rasa menyampah..penat..giv up..rasa nak jadi single..malas nak ade pakwe-pakwe ni..entah..aku pun tak tau nape aku leh rasa macamni...entah apa virus yang nyamuk tu bagi kat aku selain denggi.. hurmmmm...tak tau la nape aku rasa macamni..huh!!!dan aku rasa semua macam tak ok..kalu boleh aku nak balik kampung je..duduk diam-diam kat kampung...layankan je mood bengong aku ni..tapi aku taktau...kenapa aku rasa macamni...aku tak tau...
Copyright 2013 | Templates Reserved for Cik Sakura | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™